Khamis, 18 April 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Giliran Wanita UMNO Tibai Najib

Posted: 18 Apr 2013 12:34 AM PDT


Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.

Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.

Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

"Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN," katanya kepada Sinar Harian.

Kamilia berkata, beberapa ketua Wanita Umno negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

"Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional," katanya.

"Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan," katanya.

Kamilia, seorang peguam, berkata, hakikatnya, wanita membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membantu parti sejak tiga tahun lalu.

Beliau, bagaimanapun berkata akan 'berjuang habis-habisan' walaupun tidak terpilih di saat akhir.

"Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.

"Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja," katanya.

Beliau juga tidak menafikan, rata-rata wanita di seluruh negara mempersoalkan calon-calon yang ditampilkan.

"Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil. Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya.

"Tunggu dan lihat, Saya tidak mengugut, tetapi saya menunggu keputusan parti.

"Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan," katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak dicalonkan oleh BN dalam PRU13.

Kamilia disebut-sebut untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, tetapi pada Selasa lepas, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Adun Bukit Chandan, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad bertanding untuk Parlimen tersebut. -SH

'Di mana slogan wanita disanjung?'

IPOH - Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar kecewa apabila Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim tidak dicalon bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Setiausaha Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar, Aishah Halid berkata, mereka terkejut apabila nama Kamilia tidak dicalon untuk mana-mana kerusi di Kuala Kangsar.

Menurutnya, mengikut heirarki, Kamilia turut menjawat jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar dan ia cukup untuk membuktikan beliau mampu memikul tanggungjawab.

"Kami berhasrat dan mahu beliau mengisi kekosongan kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang ditinggalkan oleh Tan Sri Rafidah Aziz.

"Di mana slogan wanita dipuji, disanjung? Semua itu tidak dihargai apabila kepimpinan terlepas pandang nama beliau (Kamilia). Kami mohon dipertimbangkan apa yang mereka katakan," katanya.

Katanya, Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) yang diberi mandat untuk bertanding pada pilihan raya umum kali ini tetapi terkilan ketua mereka tidak dicalonkan.
-SH

[VIDEO] Bongkar: Mohd Zin Terlibat Dalam Pengurupan Wang Haram!

Posted: 17 Apr 2013 11:23 PM PDT


PKR hari ini mendakwa calon BN Parlimen Sepang, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed terlibat dalam salah laku pengurupan wang haram melibatkan dua ahli perniagaan dari Bangladesh.

Menurut Ahli Biro Politik PKR, R Sivarasiah, pada tahun 2000 Mohd Zin menubuhkan sebuah syarikat di Dakar Bangladesh bersama dua rakan kongsinya iaitu Sheikh Farid Ahmad yang dikenali sebagai Manik di Bangladesh dan Sheikh Riaz Ahmad.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, Mohd Zin mempunyai pegangan 49 peratus pegangan dan dikongsi bersama rakan di Malaysia, Mohamad Tahir Fazal Mohd dengan 24 peratus.

Pada tahun 2004 Mohd Tahir membuat laporan terhadap Badan Pencegah Rasuah(BPR) tetapi dimaklumkan pegawai penyiasat bahawa kes berkenaan tidak boleh diambil ekoran 'tidak mendapat lampu hijau dari pihak atasan'.

"Kenyataan bersumpah menunjukkan 63 Cores of Taka (RM31 juta pada ketika itu) dihantar Farid kepada Mohd Zin bermula Ogos 2000 hingga 2004.

"Kenyataan tersebut menyebut sebahagian dana berkenaan dihantar kepada Mohd Zin melalui Hundi (terma yang digunakan di Bangladesh berhubung pengurupan wang).

"Ketika itu beliau merupakan Menteri Kerjaraya," katanya pada sidang media di Ibupejabat PKR.

Kemudian pada 2007, Tahir membuat laporan kepada pihak berkuasa Dakar. Farid ditahan pada 27 Julai 2007 serta disiasat akhirnya beliau didapati mempunyai hubung kait dengan kes berkenaan.

Farid dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun.

"Fakta ini menunjukkan Mohd Zin diketahui sebagai penerima wang berkenaan sebanyak RM31 juta.

"Saya merujuk akuan bersumpah berkenaan. Farid dijatuhkan hukuman di Bangladesh sementara Mohd Zin masih bebas," tambah Sivarasa.

Dakwanya lagi, Mohd Zin turut memainkan peranan supaya Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) melantik mereka (Silkways Cargo Services Ltd) sebagai agen dalam menguruskan semua urusan tiket dan kargo.

"Saya minta SPRM menjelaskan bagaimana Mohd Zin dianggap sebagai 'calon bersih' untuk bertanding dalam PRU-13 sedangkan dikaitkan dengan perkara ini," ujar beliau lagi.

Sehubungan itu, Sivarasa akan membuat laporan polis di Balai Polis Tropicana esok agar siasatan dapat dilakukan oleh polis dan SPRM.


Semua Kaum Tolak Zul Nordin Di Shah Alam

Posted: 17 Apr 2013 08:10 PM PDT


Barisan Nasional (BN) akan kalah di Selangor pada 5 Mei ini jika gabungan tersebut bertegas untuk meletakkan Zulkifli Noordin di Shah Alam, kata S Vell Paari dari MIC hari ini dalam kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada presiden parti Datuk Seri G Palanivel.

Menurut pemimpin MIC itu, dengan meletakkan Zulkifli, BN berisiko untuk kehilangan undi India, yang beliau katakan akan menjadi faktor penentu di negeri seperti Selangor - kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR).

Menurut SMS yang dihantar ke The Malaysian Insider dari sumber dalaman parti itu malam ini, Vell (gambar) mendesak Palanivel untuk menyampaikan kebimbangannya kepada Datuk Seri Najib Razak dan meminta tindakan dari pengerusi BN itu, memberi amaran "keadaan buruk" jika tiada tindakan diambil.

"Kepada Datuk Seri G Palanival, Zulkifli Noordin sebagai calon di Shah Alam adalah penghinaan kepada orang Hindu di Malaysia. Di mana-mana orang emosi mengenai perkara ini," katanya dalam SMS tersebut yang turut dihantar kepada ahli jawatankuasa pusat MIC.

Anak kepada bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu memberitahu terdapat 15,000 pengundi India di Shah Alam, 31,000 di Kota Raja, 21,000 di Kapar dan 17,000 di Subang, kebanyakkannya menurut beliau marah dengan pemilihan Zulkifli oleh Najib.

"Kira boleh kehilangan hampir 50 peratus hingga 70 peratus undi India yang akan menyebabkan kekalahan calon MIC terutamanya di Selangor dan dengan pengundi India menjadi faktor penentu, ia boleh menyebabkan BN gagal untuk merampas Selangor," katanya dan memberi amaran sentimen tersebut turut merebak ke negeri lain.

"Dato Seri kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan semua orang terlepas dengan memohon kemaafan selepas menghina agama dan komuniti.

"Pemimpin kita di bawah terutamanya di Shah Alam telah didera secara lisan," katanya.

Vell mengakhiri SMSnya dengan mengatakan beliau hanya memerhatikan secara tertib dengan memohon tindakan tentang pencalonan Zulkifli melalui rayuan kepada presiden parti.

"Ini nasihat strategik saya sebagai seorang pengarah strategi," katanya.

Vell kemudiannya mengesahkan kepada The Malaysian Insider beliau telah menghantar SMS tersebut. -TMI

Apabila ditanya apakah beliau menerima cabaran DAP untuk meletakkan jawatan parti jika Zulkifli tidak digugurkan sebagai calon BN, pemimpin tersebut tidak memberikan jawapan "ya".

"Saya juga boleh tanya soalan sama kepada DAP. Hari ini PSM mempunyai masalah dengan PR berhubung isu kerusi dan logo. PSM menyatakan 'PKR menggunakan faktor kaum untuk menafikan kerusi kami'.

"Jadi apakah DAP akan keluar PR kerana penggunaan faktor kaum untuk menafikan kerusi kepada PSM oleh PR? katanya dalam satu SMS.

Najib mengesahkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam semasa mengumumkan senarai calon BN Selangor semalam, membenarkan penyandang kerusi Kulim Bandar Baharu untuk bertanding secara langsung di bawah tiket BN.

Keputusan tersebut menyebabkan perdana menteri kerajaan sementara itu dikritik hebat, sebahagian besarnya disebabkan reputasi Zulkifli sebagai seorang Muslim berhaluan kanan, jawatannya sebagai naib presiden Perkasa dan kontroversi terbarunya mengenai penghinaan terhadap penganut Hindu.

Video menunjukkan Zulkifli menggunakan perkataan "Keling", yang masyarakat India rasakan sebagai penghinaan kaum, tersebar baru-baru ini, beberapa hari selepas satu lagi video menyaksikan beliau mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak menyelamatkan kedainya daripada banjir, menyebabkan kemarahan penganut Hindu.

Zulkifli pernah menjadi salah seorang panel peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempersoalkan kesuciaan Sungai Ganges yang turut dikenali sebagai Ganga di India, dianggap suci oleh penganut Hindu.

Zulkifli menjadi ahli parlimen bebas mesra BN selepas dipecat daripada PKR pada 6 Mac, 2010 disebabkan laporan polis yang dibuatnya kepada penyandang kerusi parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Calon Umno, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin kalah kepada Khalid pada 2008 dengan majoriti 9,314 undi. Pada 2004, beliau mengalahkan Khalid dengan majoriti 13,410 undi.


Zul Noordin Bukti Umno-BN Selangor Bankrap Calon


Meletakkan Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin mencabar Khalid Samad di Parlimen Shah Alam membuktikan Umno-BN bankrap calon.

Penyandang DUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata, Khalid akan mendapat laluan mudah mempertahan kerusi dimenangi pada pilihan raya lalu kerana umum mengetahui Zulkifli bukan pemimpin yang boleh diharapkan bagi membela nasib rakyat.

"Ini membuktikan Umno-BN bankrap. Tiada calon lain. Calon yang lompat macam katak diambil. Ini standard Umno-BN.

"Khalid Samad tak perlu ceramah atau kempen. Jangan takut, boleh menang terus. Orang Melayu, India dan Cina di Shah Alam tak akan sokong Zulkifli Nordin," katanya dalam ceramah Pakatan Rakyat (PR) di sini malam tadi yang dihadiri lebih 1,000 orang.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Zulkifli bertanding atas tiket PKR di Parlimen Kulim Bandar Baharu dan menang dengan majoriti 5,583 undi menewaskan calon Umno-BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Namun seleps itu bertindak keluar dari PKR dan menjadi anggota bebas serta mesra Umno-BN.

Dr Xavier menambah, Umno-BN juga menghadapi masalah di peringkat DUN apabila hanya menyenaraikan empat calon lama dengan selebihnya muka baru.

Menurutnya, kenyataan itu terbukti apabila Datuk Seri Najib Razak sendiri mengakui segala kesilapan dilakukan Umno-BN dalam mentadbir negara lebih 56 tahun menerusi risalah yang dihantar ke rumah pengundi dengan kata-kata 'Belajar daripada kesilapan'.

Dr Xavier turut mengingatkan rakyat bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 diyakini sebagai paling kotor akan dijalankan di negara ini.

Katanya, perubahan besar yang ingin dibawa Pakatan Rakyat(PR) ialah politik terbuka dan adil yang dikuatkan dengan fakta yang betul untuk dibincangkan serta dibicarakan antara satu sama lain.

Namun, pemimpin Umno-BN sukar menerima perubahan apabila menutup ruang media massa kepada PR biarpun mendakwa negara memiliki semua kemudahan dengan kemajuan membanggakan.

"Takut sungguh Najib dan Umno-BN.

Ini masalah Umno-BN sekarang.

Kita minta debat, dia bagi video lucah," katanya.
-selangorku

Ku Nan Sudah Mula Pucat Lesi...

Posted: 17 Apr 2013 05:02 PM PDT


Apalah ilmu yang Husam pakai.. sehingga Ku Nan dah mula sembahyang hajat dan seumpamanya... mereka juga mohon pada Allah, disamping menggunakan tipu daya...

Husam tak perlu risau,, tak ada yang mustahil dalam PRU13 nanti... Tahniah Husam kerana berani mengorak langkah pertama menuju ke Putrajaya... -manjongmari


KEWIBAWAAN DATUK HUSAM MUSA




Di Precint 16 Putrajaya malam ini... Sambutan luarbiasa "Kakitangan Awam" amat memberangsangkan... Ini Kalilah... Tewas UMNO/BN Di Putrajaya, Tewaslah UMNO/BN Seluruh Malaysia, Insha-Allah...




[VIDEO] Kami Akan Pastikan Calon BN Tewas – Shariff Omar

Posted: 17 Apr 2013 08:06 AM PDT


Tasek Gelugor: Mantan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar mengakui pengumuman muka baru sebagai calon Pilihanraya Umum ke-13 oleh Umno Pulau Pinang semalam boleh membawa kekalahan dan kehancuran Barisan Nasional (BN).

Beliau yang berbaju 'T' belang berseluar hitam ketika berucap di hadapan ribuan penyokong di pekarangan kediamanya di Pokok Machang, di sini malam tadi kelihatan kecewa.

Ini kerana beliau tidak disenaraikan sebagai calon BN menggantikan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang digugurkan sebaliknya memberikan mandat kepada Ketua Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahya, yang pernah mengalahnya ketika pemilihan Umno beberapa tahun lalu.

Shariff yang juga mantan Timbalan Menteri Pertanian menegaskan, kerusi tersebut sepatutnya menjadi miliknya semula setelah dipinjamkan atas saranan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menamakan Nor Mohamed Yakcop sebagai calon pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu.

"Kenapa janji tidak ditepati macam slogan BN. Nampak gayanya dah jadi capati. Apa kata kali ni kita koyak BN yang sengaja memilih individu yang tidak bekerja sebagai calon," ujarnya.

"Keputusan yang diambil nanti bukan keputusan sendiri tapi atas sokongan hadirin malam ini. Kami akan pastikan calon BN tewas," tambahnya. -HD







Kenapakah Dr Mahathir Masih Tak Ditangkap & Didakwa?

Posted: 17 Apr 2013 05:05 AM PDT


Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail digesa segera menangkap dan mengambil tindakan undang-undang ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menghasut dan memfitnah.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata Peguam Negara perlu bertindak segera sebelum beliau meminta peguamnya mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir yang memfitnahnya mengenai dalam blognya 11 April lalu.

Semalam penyandang Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng membuat laporan polis di Kuala Lumpur terhadap Mahathir dan memberi peluang Abdul Gani menangkap dan mendakwa Mahathir kerana menghasut dan memfitnah.

"Saya sendiri juga sudah dua peluang kepada Dr Mahathir untuk menarik balik dan memohon maaf kerana blog cauvinis itu sebelum mengambil tindakan undang-undang.

"Dua hari lalu, "operasi hitam" terbaru pada PRU-13 apabila muncul video seks kononnya membabitkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali, membuktikan UMNO cukup terdesak sehingga sanggup berbohong dan memfitnah.

"Taktik kotor seperti itu juga pernah dimainkan UMNO/BN pada 1990 ketika kempen termasuk menuduh Presiden Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah yang memakai topi Kadazan dengan simbol salib menjual Islam kepada Kristian di Sabah," katanya dalam kenyataan media di Gelang Patah, semalam.

Kit Siang penyandang Ahli Parlimen Ipoh Timur juga berkata, bukan setakat Tengku Razaleigh, malah Dr Mahathir sendiri juga pernah memakai topi Kadazan dengan salib ketika melawat Sabah.

Beliau berkata, media tradisional kawalan BN juga menyiarkan iklan untuk mewujudkan rasa takut dan panik di kalangan pengundi seperti akhbar Utusan Malaysia bertajuk "sokong Membawa Rebah" manakala Nanyang Siang Pao dengan "ingatan Sejarah" yang kedua-duanya menggambarkan pertumpahan darah, ganas, kebakaran dan pembunuhan beramai-ramai.

"Saya masih ingat ketika bertanya Dr Mahathir pada perbahasan di Parlimen selepas PRU 1990 samada beliau diberi "lampu hijau" terhadap muslihat kotor UMNO/BN, dan sekarang, saya yakin Mahathir di belakang kedua-dua "muslihat kotor" itu apabila mencipta pembohongan dan fitnah dalam blognya dengan menuduh saya mahu orang Cina di Gelang Patah dan Johor tidak bekerjasama dengan orang Melayu"; menggesa orang Cina di Johor suaya membenci orang Melayu dan mewujudkan konfrontasi tidak sihat antara orang Melayu dan Cina di Johor," katanya.-Roketkini


Dr Mahathir sedang usaha hancurkan negara - Salahudin


Saranan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa akan berlaku konfrantasi kaum jika Lim Kit Siang menang di Gelang Patah boleh menghancurkan negara ini, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Jika hancur negara ini kerana tercetusnya konfrontasi kaum akibat hasutan secara tidak langsungnya itu, Dr Mahathirlah yang bertanggungjawab.

"Kalau berulang lagi rusuhan kaum 13 Mei 1969, Dr Mahathirlah pencetusnya,"
tegas beliau.

Bagi Salahuddin, bekas Presiden Umno itu amat jelas anti-perpaduan dan sangat tidak bertanggungjawab apabila mendakwa kononnya konfrontasi kaum akan menggantikan kerjasama Melayu Cina di negara ini jika Lim Kit Siang menang di Gelang Patah.

Malah, katanya lagi, semakin terbukti dengan amat jelas kepada rakyat bahawa perbuatan mengapi-apikan kebencian antara kaum adalah satu-satunya senjata Umno untuk menghadapi kebangkitan rakyat dalam dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Menulis dalam blognya, Perdana Menteri keempat itu berkata, "Apabila Kit Siang memutuskan untuk bertanding kerusi majoriti Cina di Gelang Patah, ia adalah disebabkan beliau mahu orang-orang Cina di situ dan di Johor menolak untuk berkerjasama dan berkongsi dengan orang-orang Melayu.

"Konfrontasi kaum yang tidak sihat akan menggantikan kerjasama Cina-Melayu yang menyebabkan Malaysia stabil dan makmur. Kerjasama itu akan berakhir jika Kit Siang menang di Gelang Patah".

Salahuddin menyifatkan tulisan Dr Mahathir itu secara tidak langsung menghasut supaya dicetuskan konfrontasi antara kaum jika Kit Siang menang.

"Walaupun beliau tidak menghasut secara langsung, tetapi apa yang ditulisnya jelas merupakan taktik untuk menghasut secara tidak langsung.

"Ia taktik lama yang sudah biasa kita lihat," katanya.

Salahuddin berkata, sukar untuk ditolak kemungkinan mereka yang terpedaya dengan hasutan tidak langsung Dr Mahathir itu akan mengamuk dan mencetuskan konfrontasi antara kaum," katanya.

"Dr Mahathir mungkin memerah otak supaya tulisannya tidak dilihat menghasut tetapi semakin ia cuba untuk tidak kelihatan menghasut semakin terdedah niat yang cuba disembunyikannya itu.

"Kalau Dr Mahathir fikir cara dia menulis itu dapat menyembunyikan niatnya untuk mencetuskan konfrontasi kaum, ia tak ubah seperti menutup bangkai gajah dengan nyiru," katanya.

Bagi Salahuddin, Dr Mahathir hanya tahu melihat apa sahaja yang berlaku dari sudut pandangan perkauman Umno sahaja.

"Saya tidak mahulah kata Dr Mahathir menulis dari sudut pandangan perut busuk Umno tetapi bekas Presiden Umno itu sendiri pernah menulis Umno busuk hingga ke usus atau 'rotten to the core'.

"Dia hanya mampu melihat dari sudut itu sahaja dan tidak tahu apa-apa tentang perpaduan kaum yang semakin berjaya dibina oleh Pakatan Rakyat setelah dimusnahkan oleh sentimen perkauman yang tidak henti-henti diapi-apikan oleh Umno sejak selepas pilihan raya umum 2008 lalu," katanya.

Salahuddin menegaskan, tidak ada sebab sesiapa pun hendak berkonfrontasi jika Kit Siang menang di Gelang Patah.

"Kit Siang tidak membawa mesej perkauman sempit seperti Umno
.

"Malah, beliau membawa semangat Datuk Onn Jaafar yang membuka keahlian Umno kepada semua kaum ketika beliau menjadi pemimpin parti itu," katanya.

Kit Siang sebelum ini menyeru semua pihak mencontohi pengasas Umno Datuk Onn Jaafar dengan bersikap melampaui sentimen perkauman dalam pilihan raya umum di Gelang Patah.

Calon Pakatan bagi Parlimen itu berharap "pertempuran" di kerusi itu merealisasikan "impian Malaysia" Datuk Onn ke arah penyatuan bangsa berbilang kaum, seperti tergambar daripada tindakannya untuk membuka keahlian Umno kepada semua pada 1951.

"Malah, saya merujuk kepada pengundi Gelang Patah sebagai rakyat Malaysia, bukan pengundi Cina, Melayu atau India demi mencapai 'impian Malaysia' masyarakat bersatu-padu," katanya.
-HD

Ulasan GB

GB hairan kenapakah ucapan-ucapan berbentuk perkauman yang merbahaya daripada mulut para pemimpin UMNO tidak diambil tindakan oleh pihak polis.

Mengapakah ada double standard di dalam penguatkuasaan undang-undang?

Mengapakah pemimpin UMNO begitu bebas mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan sedang ianya jika dikeluarkan oleh pemimpin PR amat segera pula dikenakan tindakan?

Sampai bila PDRM mahu menjadi orang suruhan UMNO?

Tiada ulasan: