Kelab Greenboc |
- BN Di Penghujung Usia: Ketua Pemuda, Wanita & Presiden Parti Komponen Tak Bertanding
- [BONGKAR] Ini Sebabnya Tarikh Pembubaran Parlimen Dilambatkan...
- Najib Tak Reti Bezakan Tugas Kerajaan Dengan Parti!
- Nizar Seru Rakyat Tamatkan Politik Perkauman UMNO BN Pada PRU13 Ini
- Setelah Video Lucah Kantoi, FB Palsu "Mustafa Ali" Pula Diwujudkan...
- UMNO Kelantan Terdesak, Paksa Guru Tampal Pelekat "T"
BN Di Penghujung Usia: Ketua Pemuda, Wanita & Presiden Parti Komponen Tak Bertanding Posted: 14 Apr 2013 12:30 AM PDT Mungkin buat kali pertama dalam sejarah Umno-BN, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri Umno diisytihar sebagai tidak layak bertanding di pilihanraya umum ke 13. Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan kes lembu kondonya dalam isu penyalahgunaan wang rakyat oleh National Feedlot Corporation (NFC) sudah mengisytiharkan diri tidak bertanding. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sudah membayangkan bahawa beliau juga tidak akan bertanding. Nama beliau juga sudah mendapat 'gag order' agar tidak keluar dalam media yang dikawal BN. Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin pula diura-urakan sebagai bukan calon winnable untuk pilihanraya umum ke 13 ini. Ketua Putera Umno, Abdul Azeez Rahim dikatakan bukan 'winnable candidate' untuk Parlimen Baling. Ia berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh orang kanan Mahathir, Rocky Bru. Ketua Ulama Muda Ustaz Fathul Bari dilaporkan ditolak oleh Umno Perlis yang tidak mahukan calon payung terjun di negeri tersebut. Perkara ini dilaporkan Malay Mail beberapa hari lepas yang menceritakan pertembungan antara ahli-ahli Umno Kangar dan Arau di PTWC. Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek telah mengisytiharkan bahawa beliau tidak bertanding. Di belah MIC pula, tidak diketahui samada Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel akan bertanding. Palanivel pernah ditolak menjadi calon di pilihanraya kecil Hulu Selangor, di mana P Kamalanathan dipilih untuk menjadi calon yang mengatasi Datuk Zaid Ibrahim, yang mewakili PKR. Kelakarnya, bekas Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu muncul dan menyatakan beliau ialah 'winnable candidate' bagi BN di Sungai Siput. Lebih mengejutkan, satu insiden di mana seorang pemimpin kanan Umno yang didakwa menampar dan menyepak seorang lelaki di Putrajaya minggu lepas dikatakan akan menyebabkan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak bertanding mempertahankan Putrajaya kali ini. Ini pula diikuti desas-desus bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir bakal menggantikan Tengku Adnan yang bakal berdepan dengan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa. Program pertama Husam di Putrajaya disambut hangat sehingga mengejutkan Umno sendiri. "Ya. Sambutan program pertama Husam di Putrajaya adalah di luar jangkaan Umno. Bagi Umno, itu adalah luar biasa. Kini mereka terpaksa mencatur semula. Kemungkinan Mahathir turun kembali bertanding ada walaupun beliau menafikannya. Tingkat 2 B4 sedang mengatur strategi," kata sumber Umno kepada Harakahdaily lewat malam tadi. Umno-BN, katanya, kali ini menghadapi masalah besar dalam menentukan calon. "Pemillihan calon kali ini ialah pertembungan Mahathir dengan Rosmah Mansor. Kedua-duanya ingin memastikan calon mereka yang dikemukakan terpilih. Mereka juga ingin memastikan jumlah calon Umno yang menang adalah dari kem mereka," kata sumber itu. Ketika ditanya mengenai kemungkinan semua ketua sayap Umno tidak bertanding dan kesannya, berikut ialah jawapan sumber Umno tersebut: "Jika Umno betul berbuat demikian, Umno akan hancur secara dalaman. Ahli-ahli Umno nak letak muka di mana? Nak jelaskan macam mana? Rakyat akan lihat Umno semakin tidak stabil dan akan tumbang. "Saya tak pasti orang Tingkat 2 B4 sedang berfikir, tapi yang pastinya jika semua ketua sayap tidak bertanding, bersama dengan Chua dan juga Palanivel – BN akan hancur. Sebab itu Mahathir dan kroninya Samy Vellu dilaporkan seperti berminat bertanding," tegas beliau. Jadi siapakan calon-calon winnable pada pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Harakahdaily bertanya kepadanya. "Winnable itu main cakap saja. Winnable itu berdasarkan kesukaan Rosmah dan Mahathir. Mahathir dilihat cuba mencatur segalanya demi masa depan anaknya. Rosmah pula ingin mengekalkan kuasanya. "Pernah tak terfikir kenapa Najib menyandang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat? Siapa sebenarnya yang nak sangat jawatan itu? "Sebenarnya, jika rakyat celik politik, rakyat akan soal, Umno jadi macam hari ini bukan ke kerana Mahathir yang ingin menghancurkan Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) dulu. Sekarang beliau pula kata nak datang repair. "Kita pun tak tahu apa beliau nak buat. Sekarang Mahathir kempen ikut skrip beliau sendiri – sehingga menyebabkan war room Najib kelam-kabut nak pertahankan kenyataan Mahathir," kata sumber Umno tersebut. Mengapa Najib biar Mahathir berkempen? "Ada perjanjian," kata sumber Umno tersebut yang enggan mengulas lanjut. -HD |
[BONGKAR] Ini Sebabnya Tarikh Pembubaran Parlimen Dilambatkan... Posted: 13 Apr 2013 11:10 PM PDT UMNO Sudah Sampai Ke Klimaks Kemunafikan Penyebaran video lucah dimusim pilihanraya memang sudah menjadi tradisi UMNO dan juak-juaknya. Terbaru, penyebaran video lucah Datuk Hj Mustafa Ali, video yang kalau ditelitikan nampak sangat telah dibuat menggunakan teknologi animasi dan superimpose yang hebat. Patutlah lambat tarikh pembubaran parlimen lambat dimaklumkan, rupanya untuk menyiapkan fitnah-fitnah. Jangan bimbang, selepas ini UMNO dan BN akan keluarkan lebih banyak lagi video lucah tanpa ada sebarang sekatan pengedarannya. Inilah UMNO.... mereka tidak takut dengan kemunafikan dan kekufuran, kerana mereka tidak berjuang untuk memasukkan keyakinan kepada Allah dan hukumanNya. Kepada wanita, anda sedar atau tidak, UMNO telah memperlecehkan wanita seolah barang dagangan dan pemuas nafsu semata-mata untuk melengkapkan fitnah demi mencapai tujuan menghalalkan cara oleh UmNO. Surah AlNur ayat 12-17: (12) "Mengapa orang mukmin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri sendiri, ketika kamu mendengar berita bohong itu dan berkata: "Ini adalah (suatu berita) bohong yang nyata". (13) Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak datang membawa empat orang saksi? Oleh kerana mereka tidak membawa saksi-saksi, maka mereka itu dalam pandangan Allah adalah org yang berdusta. (14) Dan seandainya bukan kerana kurniaan Allah dan rahmatNya kepadamu di dunia dan akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, disebabkan pembicaraan kamu tentang hal itu (berita bohong itu). (15) (Ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikitpun dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal yang besar. (16) Dan mengapa kamu tidak berkata ketika mendengarnya: "tidak pantas bagi kita membicarakan perkara ini. Maha Suci Engkau, ini adalah pembohongan yang nyata. (17) Allah memperingatkan kamu agar jangan kembali mengulangi seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang yang beriman. SELEPAS INI, PENYIAR BERITA FITNAH DAN PALSU SERTA UMNO AKAN MENERIMA AZAB YANG SANGAT PEDIH!! -salehuddin |
Najib Tak Reti Bezakan Tugas Kerajaan Dengan Parti! Posted: 13 Apr 2013 08:00 PM PDT Dalam Buletin Utama TV3 malam Ahad (& gambar dari Bernama di atas -GB), jelas sekali Najib Razak semasa turun ke Sabah, merasmikan program kerajaan berkaitan isu Lahad Datu, ESSCOM, memakai topi berlambangkan dacing BN, dan paparan kamera memberikan fokus kepada topi itu. Najib diiringi Ketua Polis Negara dan juga Jeneral Tentera (PAT), selain empat menteri, Hishammuddin, Zahid, Musa Aman dan Shafie Apdal. Makin menjolok mata berkempen atas platform kerajaan .... -fb Ahmad Lutfi Othman Ulasan GB Inilah tahap pemimpin UMNO BN. Lansung tidak memperlihatkan pengetahuan dan hormatnya mereka terhadap perbezaan diantara kerajaan dan parti. Menggunakan wang rakyat sesuka hato untuk kepentingan parti. Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya dimana mereka akan dihumban keluar dari Putrajaya kerana pencabulan konsep kerajaan dengan perbelanjaan parti menggunakan wang rakyat tersebut. |
Nizar Seru Rakyat Tamatkan Politik Perkauman UMNO BN Pada PRU13 Ini Posted: 13 Apr 2013 05:31 PM PDT Rakyat perlu mengambil kesempatan di dalam pilihanraya ke 13 yang akan datang ini untuk menamatkan politik perkauman UMNO BN selepas 55 tahun memerintah negara, demikian kata Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, mantan Menteri Besar Perak yang juga AJK PAS Pusat di Merlimau petang tadi. Menurutnya, Islam telah lama mengkuburkan politik perkauman dengan seruan Allah swt. di dalam Al-Quran: "Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang sentiasa menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS Al-Maidah : 8) Rakyat perlu memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara Malaysia supaya segala kepincangan dan ketidak-adilan yang dilakukan oleh rejim UMNO BN dapat diperbetulkan. Semua kes-kes berprofil tinggi dapat buka semula supaya keadilan dapat ditegakkan seperti kes pembunhan Altantuya - siapa sebenarnya yang mengarahkan beliau dibunuh, kes kematian Teoh Beng Hock, Ahmad Sarbani, A.Kugan dan lain-lain kes yang menimbulkan banyak tandatanya dan misteri di kalangan rakyat negara ini. Nizar yang juga seorang AJK PAS Pusat turut menyatakan bahawa pada PRU ke 13 ini, PAS akan menampilkan beberapa orang calon bukan-Melayu sebagai calon seperti Ketua Kongres Penyokong PAS (PSC), Hu Pang Chow bagi kerusi Ayer Hitam menentang Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong dan Kumutha a/p Raman di DUN Tiram. Katanya, Mohd Najib Razak kini begitu tertekan apabila sehingga kini, UMNO BN masih gagal untuk mengumumkan senarai calon mereka. Beliau juga menyatakan keyakinannya bahawa Pakatan Rakyat bakal menerajui semula kerajaan negeri Perak yang dirampas oleh Najib secara tidak bermaruah pada tahun 2009 yang lalu. Majlis Hi-Tea anjuran MTD Merlimau turut menampilkan penceramah Radio Selangor, Ustaz Uda Kassim yang menyelar kenyataan Tun Dr. Mahathir yang mempersenda dan menghina kepimpinan TG Nik Aziz di Kelantan. Beliau juga turut menyeru rakyat supaya menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat supaya kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan. di dalam pemerintahan negara ini. Sebelumnya, Pesuruhjaya PAS negeri Melaka, Tuan Hj Adly Zahari menyeru rakyat negeri Melaka supaya menamatkan politik berkepentingan diri tajaan UMNO BN selama ini dengan menjadikan "Melaka Milik Rakyat". Beliau juga turut mendedahkan tentang peralihan sikap masyarakat Melayu yang begitu ketara mutakhir ini dimana orang Melayu sudah muak dengan politik sempit UMNO yang hanya mementingkan pemimpin-pemimpin dan kroni mereka. |
Setelah Video Lucah Kantoi, FB Palsu "Mustafa Ali" Pula Diwujudkan... Posted: 13 Apr 2013 08:00 AM PDT Satu akaun peribadi laman sosial Facebook dengan menggunakan nama 'Mustafa Ali' ditemui dan turut memaparkan pautan sebuah klip video aksi seks dengan tajuk 'Memang Betul Ini Saya'. Lebih mengejutkan, laman akaun ini baru sahaja diwujudkan sekitar 10 jam lalu selain memaparkan status semasa yang menyatakan 'Mustafa Ali' adalah individu di dalam klip video berkenaan. "Saya akui yang saya merupakan pelaku dalam klip video tersebut dan kejadian tersebut berlaku dua tahun yang lepas dan saya ingin tegaskan, perlakuan saya tidak menggambarkan perjuangan PAS kerana ia adalah kesilapan peribadi saya," memetik status semasa yang dinaikkan sekitar 10 jam lalu. Akaun berkenaan didakwa mempunyai 'motif politik' bertujuan memburukkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kerana dikaitkan sebagai individu di dalam klip video seks berdurasi 11 minit 27 saat yang dinaikkan dua jam lepas. Laman akaun berkenaan boleh diakses pada pautan https://www.facebook.com/profile.php?id=100005696323534 Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, Pas menyatakan sokongan penuh kepada Mustafa menghadapi serangan politik seperti mana yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Bagi pihak PAS kita tidak mahu terganggu dengan cubaan-cubaan musuh mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu yang sengaja diwujudkan dengan pelbagai fitnah menjijikan. "Dalam mood rakyat ingin membawa perubahan dama Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ganguan sebegini akan muncul. Saya yakin pelbagai Facebook ciplak direka akan sentiasa wujud," katanya kepada TV Selangor. Beliau turut mengingatkan para petugas parti agar terus melakukan tugasan dalam usaha memenangi PRU-13. Dalam pada itu, memetik laporan portal Malaysiakini dan Bernama hari ini, Mustafa mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair. Ketika berucap di satu majlis di markas PAS Kampung Molek di Dungun malam semalam, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media. "Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah… saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya. Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan. Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas penyebaran gambar dan video seks tersebut. Ulasan GB Ringkas sahaja, Hukum kebenaran dan keadilan menyatakan setiap perencanaan yang jahat itu akan kembali menimpa si perencana tersebut. Allah sudah berfirman: Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43] |
UMNO Kelantan Terdesak, Paksa Guru Tampal Pelekat "T" Posted: 13 Apr 2013 05:01 AM PDT Seorang guru di Kelantan mendakwa beliau dan rakan gurunya yang lain telah dipaksa menampal pelekat T (Tukar) pada kenderaan mereka. Dalam emel yang dihantar ke Harakahdaily, beliau yang tidak mahu namanya didedahkan mendakwa, arahan tersebut datang dari pejabat pengarah pelajaran negeri. Menurutnya juga, taklimat khas kepada guru-guru besar berhubung arahan itu juga telah dibuat. "Barang siapa yang tidak menampal pelekat tersebut maka diharamkan parking kenderaan dalam kawasan sekolah kerana kami dianggap menentang kerajaan. "Semua guru dibekalkan dengan dua keping stiker T" katanya kecewa dengan arahan terbaru itu. T membawa maksud 'Tukar Kelantan', iaitu simbol yang dibawa oleh sebuah NGO Umno Kelantan. Ianya timbul selepas pelekat R yang mewakili sebuah NGO menuntut hak royalti Kelantan menjadi fenomena dikalangan rakyat di negeri ini sejak setahun lalu. Bagi menyaingi gelombang R itu, mereka telah memaksa rakyat khususnya guru untuk menampal pelekat T di kenderaan masing-masing bagi menampakkan sokongan menyeluruh terhadap perjuagan NGO itu. Selain pelekat R, turut menjadi fenomena di Kelantan ketika ini adalah pelekat 'K' iaitu membawa maksud 'Kekal Kelantan' yang diperjuangkan juga oleh sebuah NGO. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan