Jumaat, 5 April 2013

Justice For All

Justice For All


PRU 13 - Kisahnya 15 Tahun Tun Mahathir Simpan Rahsia... Surat Tebal 18 Muka Surat Wan Azizah Mengadu Perangai Anwar Meliwat

Posted: 05 Apr 2013 06:12 PM PDT

Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab. Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia, Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri. Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif. "Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit. "Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu. Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr. Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh. "Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan," katanya. Temu bual bersama Tun Dr. Mahathir boleh diikuti dalam Mingguan Malaysia esok.

PKR Sah Akan Gunakan Pakar Yahudi

Posted: 05 Apr 2013 09:07 AM PDT

Media sebelum ini mendedahkan firma lobi Amerika Syarikat (AS), Orion Strategies telah mengatur perjumpaan wakil Suaram (Suara Rakyat Malaysia) dengan Ahli Kongres AS bagi mendapatkan kepakaran untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 (PRu-13).
Untuk melaksanakan misi 'perwakilan Malaysia' itu, Mike Mitchell bagi pihak Orion Strategies dilaporkan telah menghubungi Hana Atuatasi, kakitangan Kongres untuk mengatur perjumpaan tersebut.

Mitchell juga turut menamakan dua delegasi Malaysia iaitu Pengarah Suaram Cynthia Gabriel, dan Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, dua NGO yang mendapat tajaan yayasan AS, National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) yang mana organisasi diketahui menyokong penuh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Orion Strategies menurut sourcewatch.org adalah badan pelobi milik kumpulan neo-konservatif  atau lebih dikenali sebagai Yahudi yang mencipta 'Project for the New American Century' (PNAC).
Salah satu pelanggan Orion Strategies adalah Open Society Policy Center (OSPC), badan yang ditaja penyangak mata wang Yahudi, George Soros.
Mesyuarat antara wakil Malaysia dengan Kongres sepatutnya diadakan pada 14 dan 15 Mac, namun kandungan e-mel tidak menyatakan sama ada mesyuarat itu berlaku atau sebaliknya.
Malah, semakan media juga mendapati Strategi Orion diketuai oleh Randy Scheunemann, bekas penasihat kepada bekas Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld, dari parti Republikan AS.
Scheunemann digambarkan sebagai neo-konservatif, yang juga pernah berkhidmat untuk calon presiden Republikan, John McCain sebagai penasihat semasa pilihanraya Presiden AS 2008.
Anwar juga sekitar tahun 2006 hingga 2007 pernah berkhidmat kepada Jabatan Negara AS, di bawah naungan Paul Wolfowitz, juga dari parti Republikan.
Walau bagaimana pun, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli menafikan perkara itu dan menganggap sebagai gimik pilihanraya.
Rafizi juga menganggap parti pembangkang itu mempunyai tokoh yang berkaliber dan tidak memerlukan bantuan luar. Siapa? Rafizi?
Malah turut difahamkan, Orion juga akan membawa pengarah Suaram itu ke Washington.
Apabila PR menggunakan khidmat Yahudi ini, sudah pasti kaedah dan cara politik mereka serta pentadbiran mereka umpama kumpulan neo-konservatif.

Cerita di sebalik khabar angin nama Ahmad Said tercicir?

Posted: 05 Apr 2013 08:25 AM PDT

Hariankini.com – Kisah 2009 mungkin kembali menerjah politik Umno-BN Terengganu apabila '10 YB' daripada 'team' Datuk Seri Idris Jusoh dengan secara terbuka memboikot pelantikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said kerana tidak berpuas hati YB Kijal itu 'merampas' hak bosnya sebagai ketua eksekutif negeri minyak itu.

Menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke-13, nama MB kontroversi Terengganu itu dilaporkan tiada dalam senarai calon bertanding. Namun secara pantas ianya dinafikan oleh Ahmad Said sambil menyatakan beliau sendiri sebagai ketua perhubungan Umno-BN yang menyenaraikan nama calon, sudah tentu namanya ada.

Ahmad dalam kenyataannya bahawa beliau akan mempertahan kerusinya di Dun Kijal, Kemaman yang dimenanginya dalam PRU-12 lalu sekali gus menafikan 'khabar angin' kononnya namanya tersisih dalam PRU-13.

Persoalannya, siapakah yang cuba menyebar 'khabar angin' itu? Masakan pokok boleh bergoyang jika anginnya tidak ada.

Bunyinya macam biasa tapi mungkin kisah silam, penolakan 10 YB Umno terhadap Ahmad serta krisis 'SMS ugut bunuh' yang mengakibat bekas setiausaha politik mantan MB ditahan dan dibicara di mahkamah ada perkaitan.

Khabarnya, 'team' Ketua Umno-BN Besut cuba 'mengambil' kembali apa yang 'dirampas' oleh Ahmad Said sebelum ini. Antara caranya ialah cubaan mencicirkan nama YB Kijal itu daripada senarai nama calon PRU-13.

Sabotaj dan 'cas keting' dalam Umno-BN adalah perkara biasa. Sudah tentu ada perancangan rapi semenjak 2009 sedang dirancang bagi membalas dendam yang belum tertunai.

Akibat bimbang disabotaj buat kali kedua menjelang PRU, Ahmad Said terpaksa mengeluar kenyataan awal memintas khabar angin yang dibuat bahawa beliau akan kekal bertanding di Kijal sebagai usaha berjaga-jaga.

Sebelum ini, dikhabarkan pihak Umno-BN pusat cuba mencaturkan nama Ahmad Said sebagai calon parlimen bagi meredakan keadaan antara 'team' Idris dan kerusi MB Terengganu cuba diberi kepada muka baru yang dirasakan boleh menjadi orang tengah antara 'team' Idris dan 'team' Ahmad Said.

Betapa kurang ajarnya Ketua Menteri ni!

Posted: 05 Apr 2013 08:21 AM PDT


Walaupun BN kalah dia tetap jugak jadi Ketua Menteri dan mungkin dia rasa dia pun dah terlalu tuan untuk pegang lagi jawatan ketua Menteri untuk penggal akan datang. Lagi pun harta dia dah terlalu banyak. Makan 7 keturunan pun tak habis.

Malaysiakini melaporkan:
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau "tidak akan bekerjasama" dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung siasatan mengenai urusniaga belakang tabir didakwa melibatkan anggota keluarganya.

SPRM juga tidak layak mendapat kerjasama darinya kerana kerana suruhanjaya itu didakwa bertindak "nakal" dan "tidak jujur", kata Abdul Taib ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat dewan tertinggi BN di Kuala Lumpur hari ini. - Mkini.   
ePaper Harakah. Harakah cetak versi digital untuk langganan.
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar
Tak ka kurang ajar namanya tu. SPRM satu instrumen kerajaan tapi ketua kerajaan negeri sendiri boleh kata macam tu. Dia ingat negeri Sarawak tu kepala bapak dia punya!!

Mentang-mentang la dia tak perlu bertanding dalam PRU kali ni, suka-suka ja dia buat apa yang dia suka. Mungkin dia rasa Umno BN akan kalah kali ni, jadi tak guna dia sungguh-sungguh nak jaga nama BN.

Walaupun BN kalah dia tetap jugak jadi Ketua Menteri dan mungkin dia rasa dia pun dah terlalu tuan untuk pegang lagi jawatan ketua Menteri untuk penggal akan datang. Lagi pun harta dia dah terlalu banyak. Makan 7 keturunan pun tak habis.

TheMalaysianInsider pula melaporkan:
KUALA LUMPUR, 5 April — Tan Sri Taib Mahmud telah mencabar Global Witness untuk berdebat dengannya dalam isu rundingan tanah haram di Sarawak, dan menuduh kumpulan aktivis alam sekitar antarabangsa itu mempunyai agenda tersembunyi dengan melawat negeri terbesar Malaysia itu menggunakan "cara licik".

Beliau juga mencadangkan terdapat kaitan diantara Global Witness dan parti pembangkang.

"Jangkamasanya keterlaluan untuk diabaikan ... saya fikir ada kaitan antara mereka dan pembangkang," kata ketua menteri Sarawak paling lama berkhidmat yang berkata pengeluaran video menunjukkan bagaimana rundingan tanah haram didakwa berlaku di negeri itu tidak lama sebelum Pilihan Raya 2013

Berlegar khabar Ku Li tak ada dalam senarai calon BN

Posted: 05 Apr 2013 08:21 AM PDT

Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum dengan tekad untuk menamatkan kuasa Umno Barisan Nasional (BN), yang ramai ialah orang-orang seperti saya — orang-orang yang tidak hebat, tidak berbakat dan tak pernah lelah memendam hasrat untuk menghambat Umno BN yang jahat. Namun, sebodoh mana pun orang-orang yang mudah dipersetankan seperti saya, kamilah yang paling memerlukan negara ini. Kami tak ada pelajaran dan tak ada wang yang memungkinkan kami membawa anak isteri kami berhijrah ke tempat lain. Sebab itulah, kamilah yang lebih memerlukan negara ini ditadbir dengan lebih baik, kalaupun tidak terbaik. Kerana kita yang dhaif dan lemah inilah yang lebih memerlukan negara ini, marilah kita yang tidak hebat ini buat apa yang dapat. Kita buat apa yang termampu untuk memastikan negara kita merdeka dari cengkaman Umno BN. Bercakap fasal pilihan raya, berlegar khabar bahawa Tengku Razaleigh Hamzah tidak ada dalam senarai calon Umno BN. Mungkin auta. Tapi, boleh jadi benar. Bila tersiar khabar Ku Li tak ada dalam senarai Umno BN, seorang kawan berharap agar tidak ada pemimpin PAS yang gatal hendak mengusung Ku Li sebagai calon Perdana Menteri pula. Semua itu hanya mengundang pecah belah yang akhirnya menguntungkan Umno BN.
 

Dr M berperanan penting sebagai ketua kempen de facto BN

Posted: 05 Apr 2013 06:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 April — Sepuluh tahun selepas bersara, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa teman Kabinet lamanya muncul semula kebelakangan ini sebagai wajah dalam kempen Barisan Nasional (BN) bertujuan untuk kekal berkuasa pada Pilihan Raya 2013.

Pemimpin veteran berusia 87 tahun tersebut dilihat sebagai ketua kempen de facto, lebih bersemangat berbanding mereka yang lebih muda dalam BN sekaligus menunjukkan cabaran kali ini daripada lawan mereka Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling sengit.
Menjelang pilihan raya yang semakin dekat, wajah Dr Mahathir dilihat lebih ketara daripada pemimpin lain dalam parti kerajaan - selain Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang merentasi seluruh negara memberikan penerangan tentang formula perkongsian kuasa bertujuan menghidupkan sokongan kepada Najib khususnya.
Bekas perdana menteri tersebut telah bekerja keras sejak beberapa minggu ini terutamanya dalam memberikan sokongan kepada Najib, anak kepada bekas mentornya Tun Razak Hussein, kaedah yang berbeza sama sekali semasa yang tidak pernah dilakukannya semasa dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikannya pada Oktober 2003.
Beliau juga menggesa orang ramai untuk mengundi BN jika mahukan kestabilan dan kemakmuran yang berterusan.
"Rakyat Malaysia yang cintakan negara ini harus memegang konsep mereka boleh bekerja dalam negara yang berbilang kaum ini - konsep kongsi," kata Dr Mahathir dalam ruangan kolumnya di akhbar New Straits Times hari ini.
"Hanya BN boleh memberikan kongsi ini. 
Pembangkang semata-mata tidak boleh kongsi. Memberi mandat untuk pembangkang adalah bencana kepada Malaysia," katanya, dengan menggunakan kata Melayu "perkongsian" dalam akhbar bahasa Inggeris tersebut untuk merujuk kepada fomula 13 gabungan yang memegang tampuk kuasa diperingkat persekutuan sejak negara merdeka pada tahun 1957.
Menurut Dr Mahathir, ketiga-tiga parti pembangkang yang membentuk PR cuba untuk meniru konsep perkongsian kuasa BN yang berjaya mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi Malaysia serta memastikan masyarakat yang pelbagai kaum dan agama di negara ini dapat merasai sama rata.
"Tetapi mereka bukan berkongsi. Mereka adalah 'pakatan'," kata beliau dengan menggunakan perkataan Melayu "pakatan" untuk merujuk kepada perkongsian antara PKR-DAP-PAS, serta menunjukkan perbezaan antara kedua-dua blok parti politik tersebut.
Ketiga-tiga parti pembangkang tidak mendaftarkan diri untuk bertanding sebagai satu gabungan, oleh sebab itu calon-calon daripada PR yang akan bertanding dalam pilihan raya menggunakan bendera parti berbeza dalam pilihan raya kali ini. 
Ia berbeza sama sekali dengan BN yang akan menggunakan satu bendera sama, warna biru dan dacing putih, logo yang digunakan mereka sejak tahun 1973 bagi menggantikan Perikatan yang menjadi orang tengah dalam kemerdekaan negara daripada penjajah British.
"Kongsi adalah tentang perkongsian. 
"Pakat adalah kerjasama sementara untuk tujuan tertentu. Tidak memberi dan menerima. Tiada perkongsian," kata pemimpin veteran Umno itu. 
Beliau berkata perjanjian itu adalah sama dengan "konspirasi" dan mencadangkan jika PR memenangi Pilihan Raya 2013, ketiga-tiga parti tidak akan dapat mengekalkan kerjasama dan bekerja sebagai sebuah kerajaan campuran yang mampu membawa negara ke hadapan. 
"Setiap mereka akan membawa haluan masing-masing," katanya.
Walaupun sudah berusia, jadual Dr Mahathir amat ketat dan menjelajah setiap sudut negara, termasuk di Laut China Selatan di kampung-kampung terpencil kedua-dua negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak - dimana baru-baru ini digemparkan dengan pencerobohan bersenjata yang mengakui daripada Sulu telah mendarat di Lahad Datu, Sabah.
Perdana menteri keempat negara dilihat seolah-olah ketua kepada kempen pilihan raya Najib yang keluar memberi ceramah hampir setiap hari menerangkan tentang perkongsian kuasa untuk kestabilan memandangkan dunia terus dibuai oleh krisis politik dan ekonomi yang telah meningkat akibat penggangguran yang tinggi dan pergolakkan sosial di Eropah, Afrika dan Timur Tengah.
Beberapa ahli Kabinet senior Mahathir juga dilihat mula keluar daripada bersikap berada dibelakang tabir selepas bersara daripada kerajaan mula keluar secara umum untuk menyampaikan pesanan sama dan menyokong Najib.
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin keluar daripada gua politiknya baru-baru ini dan menasihati Najib untuk membuang pemimpin yang sudah luput daripada kabinet sedia adanya.
Teugran pesaran kerajaan berusia 74 tahun itu dilihat sebagai kritikan tajam terhadap pentadbiran sekarang, namun Daim masih mempertahankan Najib telah menjalankan "tugasnya dengan agak baik" sebagai perdana menteri keenam dan yakin BN akan menang pada pilihan raya nanti.
Baru-baru ini juga, bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri Samy Vellu dilaporkan mengumumkan dirinya sebagai "calon boleh menang" jika bertanding dalam pilihan raya walaupun tewas kerusi Parlimen Sungai Siput dengan majoriti agak besar 1,821 kepada pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Michael Jeyakumar Devaraj pada Pilihan Raya 2008.

PRU13: Aishah Bertanding Di Jempol Atas Kerelaan Hati

Posted: 05 Apr 2013 06:23 AM PDT

PETALING JAYA: Penyanyi Aishah yang sebelum ini dilaporkan terkejut dicalonkan untuk bertanding kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akhirnya mengesahkan untuk bertanding kerusi itu.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 48, berkata, keputusan menerima tawaran itu bagi mewakili PAS dibuat atas kerelaan dan kehendaknya sendiri.

"Ia adalah pilihan saya. Apabila kita mempunyai pengikut tertentu (sebagai bintang pop), dan ia juga merupakan perkara yang baik, mengapa tidak (bertanding)?" katanya seperti dilaporkan portal red carpet.net.my pada Jumaat.

Pada Rabu lalu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu telah mengumumkan Aishah yang popular dengan lagu Janji Manis Mu dan Melukut Di Tepi Gantang dinamakan sebagai calon Parlimen Jempol bagi mewakili parti itu dalam PRU13.

Akhbar bagaimanapun melaporkan pengumuman Mohamad Sabu satu keputusan 'bercelaru' kerana pada Ahad lalu nama Ketua Dewan Pemuda PAS Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa diumumkan sebagai calon bagi kerusi tersebut.

Dalam pada itu Aishah yang pernah menuntut dalam jurusan sains politik di sebuah universiti di New Zealand berkata, dia sentiasa cenderung dalam bidang berkenaan walaupun mengakui permainan politik kadangkala kotor.

"Ia akan menjadi kotor kalau kita yang mahukan ia menjadi kotor. Sebagai rakyat Malaysia, saya berpendapat kita memerlukan politik yang matang dalam membentuk pandangan politik kita. Ia mengambil masa untuk mendidik masyarakat," katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini berkata, keutamaan dalam hidupnya telah berubah selepas membuat keputusan meninggalkan dunia seni.

Ujarnya, semasa muda dia banyak memberi tumpuan dalam bidang muzik tetapi apabila sudah 'tua', bidang politik adalah dunia barunya.

"Jika doktor boleh menjadi ahli parlimen dan menteri kabinet, kenapa tidak artis seperti saya?" katanya yang akan memulakan kempen pada minggu depan.

Kata Aishah selepas menyertai PAS pada Mei tahun lalu, dia telah terlibat secara aktif bagi memperjuangkan parti itu termasuklah menyertai ceramah-ceramah politik yang dianjurkan.

Dalam pada itu Aishah menerusi satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online pada Jumaat berkata dia kini sibuk berkempen di Pasir Salak, Perak.

#PRU13 #TolakPR - Ansari & ‘Geng 7′ Gugat Pakatan Sabah

Posted: 05 Apr 2013 06:22 AM PDT


Satu kumpulan PKR pimpinan Ansari Abdullah mengumumkan satu senarai pendek tujuh calon pada hari Khamis, lapor borneoinsider.com di mana senarai nama Geng 7 ('Gang of Seven') itu berbeza dengan senarai calon yang dipersetujui Pakatan sebelum ini.

Ansari, bekas Pengerusi PKR Sabah telah bertanding dalam pilihanraya sejak zaman Berjaya di bawah beberapa parti yang berbeza, namun dalam Plihanraya Umum ke-13, beliau tidak disenaraikan sebagai salah seorang calon PKR di Tuaran.

Lapor borneoinsider, keputusan Ansari mengumumkan senarai nama 'geng 7′ itu telah menimbulkan rasa kurang senang Pakatan.

"Ansari tahu Tuaran yang telah diperuntukkan kepada APS dan Wilfred adalah calon, manakala Marudu akan dipertandingkan oleh Maijol Mahap," kata pembantu Wilfred Bumburing dari Angkatan Perpaduan Sabah (APS).

Beliau menambah lagi: "Ansari tidak pernah menang bertanding dalam pilihanraya, jadi dia adalah
halusinasi. Senarai nama calon gengnya dan dia merupakan salah seorang yang turut bersubahat bertujuan untuk menonjolkan diri mereka. Sudah tentu ia bukan sesuatu yang rasmi tetapi sengaja didedahkan awal supaya memalukan kepimpinan PR, terutamanya Anwar Ibrahim dan Wilfred. "

Pada Khamis, Ansari pada sidang akhbarnya menyebut senarai nama geng 7 iaitu beliau sendiri bakal bertanding di Tuaran dan Anthony Mandiau di Kota Marudu.

Ansari adalah Ketua PKR Cabang Tuaran dan Anthony Mandiau adalah Ketua PKR Cabang Kota Marudu

Selain itu terdapat 5 orang lagi penama iaitu Dr Chong Eng Leong (Sepangar), Mazhry Nasir (Putatan), Mursalim Tanjul (Kudat), Saidil Semoi (Kota Belud) dan Jonathan Yassin (Ranau),

Jonathan adalah adik ipar Ansari, ketua bahagian PKR Ranau, yang lebih dikenali sebagai tangan hitam di sebalik isu Anwar menerima gelaran kontroversi 'Huguan Siou'.

"Selaras dengan janji untuk autonomi (Sabah), kita telah mengambil kebebasan untuk meletakkan nama-nama tujuh calon yang telah dipilih oleh bahagian masing-masing.

"Kami amat yakin bahawa Datuk Seri Anwar dan kepimpinan PAS dan DAP akan menghormati komitmen mereka terhadap perkara-perkara yang melibatkan Sabah akan ditentukan oleh rakyat Sabah.

"Ini merupakan satu ujian sama ada kepimpinan parti itu adalah ikhlas dalam janji mereka untuk memberi autonomi kepada kita. Kami amat yakin bahawa parti itu akan lulus ujian ini, "katanya.

Ansari (tiga dari kiri) dan Eng Leong (empat dari kiri) dari kumpulan geng 7

Dalam masa sama Ansari menyindir Wilfred dengan mengatakan bahawa pada majlis pelancaran APS, bekas aktivis BN itu berjanji penubuhan APS bukan untuk menyediakan calon-calon pilihanraya, tetapi untuk membantu pakatan, dan kedua, APS tidak akan mengambil ahli-ahli PKR sebagai ahli sebaliknya akan mengambil orang-orang atas pagar dan yang mahu meninggalkan BN.

"Wilfred adalah kawan saya, beliau adalah seorang lelaki yang mulia dan saya pasti beliau akan berpegang dengan kata-katanya sendiri,"katanya. -AIDC

Makin Pening – Nurul Izzah Sangkal Anwar Ibrahim

Posted: 05 Apr 2013 02:05 AM PDT

Jika semalam Mykmu.net melaporkan Pas mengumumkan dua calon pada tempat yang sama, hari ini rakan karib Pas dalam Pakatan, PKR pula bertelagah sama ada Wan Azizah Wan Ismail akan bertanding atau tidak.
Tidak sampai 48 jam selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding, Naib Presiden PKR yang juga anak kepada Anwar dan Wan Azizah menyangkal kebenaran berita itu.
"Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam tadi, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas.
"Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.
"Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini.
Kenyataan Dr Wan Azizah tidak akan bertanding dimaklumkan Anwar semasa temu bual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut KeadilanDaily.com di www.keadilandaily.com semalam. – MYKMU.NET/BERNAMA

Hanya Buat Kelakar, Bukan Hina Polis - Intan Ladyana

Posted: 05 Apr 2013 12:49 AM PDT

Filem lakonannya berjudul Kecoh! Hantu Raya Tok Chai pun belum ditayangkan lagi. Namun sewaktu sesi previu bersama media baru-baru ini, ramai yang terkejut dengan imej dan perwatakan anggota polis yang dibawakan oleh Intan Ladyana bersama tiga pelakon lain dalam filem itu.
 
Menerusi filem pertama arahan Opie Zami itu, Intan melakonkan watak Koperal Lisa yang sering mengharapkan bantuan polis lelaki dan suka mengenakan pelembap bibir setiap masa.
 
Hal itu sedikit sebanyak memperlihatkan kredibiliti pasukan polis yang tidak menjalankan tugas dengan berhemah sekali gus dilihat seolah-olah memperlekehkan badan beruniform terbabit.
 
Menjawab tuduhan yang diajukan media, Intan berkata dia hanya mempotreykan watak seorag polis wanita yang kelakar seperti mana yang dikehendaki oleh pengarah. Malah sewaktu penggambaran, beberapa orang anggota polis ditempatkan bersama sepanjang di set, demi mengawal tatacara pelakon.
 
"Saya melakonkan watak seorang anggota polis wanita pada landasan yang betul, kalau orang nak kutuk saya tidak kisah. Pengarah mahukan watak seorang polis wanita yang kelakar dan adakalanya nampak hilang arah kerana itu sebenarnya yang disukai oleh penonton.
 
"Lagipun, sepanjang penggambaran beberapa orang anggota polis turut sama berada di lokasi untuk menjaga dan mengawal tertib percakapan dan perlakuan apabila memakai uniform berkenaan," ujarnya.
 
Selain Intan, watak anggota polis berbeza pangkat turut dijayakan oleh tiga orang pelakon lelaki lain termasuk pelawak Sathiya.
 
Menerangkan lebih lanjut karakter polis yang diperlihatkan dalam filem yang bakal dutayangkan pada 18 April ini, pengarahnya, Opie Zami memberitahu dia mencorakkan watak-watak tersebut seperti drama kepolisan yang disiarkan di kaca televisyen sebelum ini.
 
"Anggota polis dalam filem ini sekadar watak saja, begitulah polis yang sering disiarkan di pawagam atau televisyen sebelum ini. Saya cuma potretkan semula menerusi filem saya ini," jelas Opie.

Nabila Huda Akui Cintakan Nas-T

Posted: 05 Apr 2013 12:20 AM PDT

Sebelum ini Mynewshub pernah menceritakan mengenai keakraban serta kemesraan di antara pelakon berbakat besar Nabila Huda, 29, dan Nas-T yang ditunjukkan menerusi gambar-gambar yang dikongsikan di laman Instagram masing-masing.
Hari ini menerusi Gua, Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil mengakui dia mencintai Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar, 30.
"Kami merupakan sahabat baik yang ingin membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya. Saya sudah mengenali Nas-T sejak zaman remaja kami lagi.
"Namun, pada waktu itu tidak pernah terlintas untuk bersama. Hubungan ini terjalin secara tiba-tiba tanpa kami sedari," katanya.
Abil juga menyatakan keserasian yang ada di antara mereka berdua menyebabkan dia berasa senang dan selesa ketika bersama jejaka yang popular menerusi drama bersiri Kami itu.
Semoga hubungan pasangan serasi ini berakhir sehingga ke jinjang pelamin dan harapnya tuah menyebelahi Abil dalam Anugerah Bintang Popular bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular yang bakal diadakan Ahad ini.

Petanda Tok Jan nak gelincir

Posted: 05 Apr 2013 12:13 AM PDT



Semalam Menteri besar Kedah Dato Azizan jatuh ketika hendak menuju ke keretanya selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi  Pakatan Rakyat di Ibupejabat Parti Keadilan Nasional (PR) di Tropicana Selangor.

Macam petanda kejatuhan seorang lagi MB Kedah...

Ingat ye ... dalam politik Kedah, belum ada mana-mana MB yang turun cara elok. Semuanya melalui kontroversi.

Homeless old man needs aid

Posted: 04 Apr 2013 11:07 PM PDT

DESTITUTE: Muniandy Kolandai, 74, has been living in a basement car park for 18 months

GEORGE TOWN: A SEPTUAGENARIAN  has been spending his nights  in a  basement car park, here, for 18 months.
Muniandy Kolandai, 74, has been sleeping on bedding consisting of a thin and worn out mattress and recycled material.
The car park is used by stall operators at the Penang Island Municipal Council (MPPP) food court and residents of nearby flats in Farlim.
Muniandy said he had tried to make the place as cozy as possible.
"It isn't a palace but it is more comfortable than staying in the streets. It is better to have a roof above my head than having none," said Muniandy.
Muniandy said he feared for his life because drug addicts would harass him at night.
He said he had applied for welfare aid two years ago but did not get a response.
"I stopped working as a lorry assistant seven years ago and I have used up all my savings.
"I have been living on my own and don't have any relatives in the area to stay with."
He had stayed in flat in Medan Angkasa for three months but wasevicted out when he couldn't pay the monthly rent of RM150.

Muniandy said his health had been deteriorating and  he was blinded in his right eye in an accident at a barber's shop two years ago.

"My right eye is completely blind and I have very poor vision in my left eye. My body is worn out due to old age."

He said  he often  received food from kind passers-by.

 Penang Hindu Association deputy president P. Murugiah  urged the  authorities to help Muniandy.

"He will be sent temporarily to the Bethesda Home shelter.
"I urged the Welfare Department to step in to provide financial aid and a home for him," added Murugiah.
 Donations can be sent to the Penang Hindu Association at No 9-3-1 Bukit Awana Condo, Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong, 11060 Pulau Pinang or banked into Muniandy's Maybank account 

An afternoon with Hetty

Posted: 04 Apr 2013 11:06 PM PDT

Indonesian diva Hetty Koes Endang promises a great time for secretaries, writes Dennis Chua

SHE needs no introduction on both sides of the Straits Of Malacca. Hetty Koes Endang is an evergreen diva who has been entertaining Malaysian and Indonesian fans since she began her career 38 years ago.
On April 25, from 2pm to 6pm, she will be in Kuala Lumpur in conjunction with Secretaries' Week at Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre in Jalan Putra, Kuala Lumpur.
Her showcase, titled An Evening In Kuala Lumpur With Hetty Koes Endang, is produced by Gitu-Gitu Production and Niqas Resources. It will be emceed by Daphne Iking.
Hetty says: "Malaysia is a second home to me. It is always a joy to serenade my fans in Kuala Lumpur. I have lots of fond memories in Kuala Lumpur as I've made lots of friends among Malaysian singers and musicians over the years."
One such friend is Datuk Ramli MS who is her showcase music director.
"We are both perfectionists who believe in giving our best to music lovers, so expect an afternoon to remember, fans," says Hetty who will sing 12 of her hit songs as well as mingle with diners and get them to sing along with her.
The mother of two may bring along her 17-year-old daughter, Afifah Qamariah, who has inherited her singing talent.
"Afifah has talent but it's a hobby for her rather than a calling. She loves the music of Frank Sinatra, Adele and many of Indonesia's veteran and contemporary singers," says Hetty, adding that Malaysia is special to Afifah because she was born on Aug 31 (National Day).
Hetty may be semi-retired now, but she upholds the proverb that "old soldiers never die, they just fade away".
"In my case, it's divas never fade away, they just take it easier with age," says the 56-year-old. To her fans though, she looks only 40-something.
"There's no hard and fast rule for looking 'timeless'. It boils down to eating right, not smoking and exercising regularly. Positive thinking and being friendly is very important too," she says.
Hetty, who is of Sundanese descent, is strict about separating her public and private selves when back home in Jakarta.
"When I sing, I'm Hetty Koes Endang, but when I'm shopping or visiting friends and relatives I'm Hetty Koesmadewy, my given name at birth," she says.
Hetty, who is married to Dr Yusuf Faisal, has five albums to her credit. Her hit songs include Kepergian Mama, Waktu, Lahir Lagi Satu, Bila Cengkih Berbunga, Cinta Putih, Sayang, Dingin, Siksa, Demi Cinta Ni Ye, Berdiri Bulu Romaku, Di Ujung Senja, Sorga Dan Neraka, Aduh Mak, Jangan Salahkan Aku and Jodoh.. She has also acted in films as Akulah Vivian and Memble Tapi Kece.
Ramli says Hetty's non-stop showcase will be a trip down memory lane and it will feature some guest artistes.
Comedian Saiful Apek, the founder of Gitu-Gitu, will also make a guest appearance.
He says: "It's our first musical showcase and we are big fans of Ibu Hetty because she is a legend in Southeast Asian popular music."
Niqas director Iman Aristone says she is confident that Malaysians will have a great time with Hetty as she is a world-class.
Between 800 and 1,000 people are expected to turn up at the showcase and tickets are priced from RM500 and RM1,000. Call 016-2631 303 or 019-3418 515/ 019-3997 377.

Tiada ulasan: