Justice For All |
- SAH!! AKHIRNYA PARLIMEN DIBUBAR SEBENTAR TADI!!!! UNDILAH BARISAN NASIONAL!!
- KELANTAN AFTER DARK: PAS defensif, Penyokong serang wartawan!!!
- Pelakon yang nama sering disebut-sebu
- Anwar Ibrahim tidak dihiraukan penduduk
- [VIDEO & GAMBAR] Samseng Umno Serang Anwar Umum Calon KEADILAN Johor Bharu!
- DIANA DANIELLE SUDAH BERKAHWIN DENGAN FARID KAMIL??
- Jeneral Vs Jeneral
- ANWAR SYOK PADA SAIFUL DEPAN DR SIDEK BABA?
- Adik Nelydia Bercinta Dengan Nabil Jefri?
- Yasmin Hani Jadi Mangsa Ragut
- Berhenti Guna Ubat ‘Kuat’ Sta-lions
- PEDASSS..!!! MAMPUKAH PAS KEDAH "BERNYAWA" LAGI SELEPAS INI..?
- Diana Amir vs Ustazah Segera Abby Abad
- Gadis Dirogol Selepas Dilanggar
- Cubaan Mencuri Dirumah Erra Fazira Gagal
- TukarKelantan : Isteri Kemboja ADUN PAS Sudah Dapat RM 3 Juta??
- KETUA AMK DAN KETUA PEMUDA PAS DAH ADA KERUSI, KETUA PEMUDA UMNO MACAMANA????
- Mamat Liew Ni Baru "Gentleman"..Umno Ada Beranii..???
- Bendera BN dibakar
- [VIDEO] Bukan K'tan, Tapi Pahang, Negeri PM Takda Air
- [VIDEO] 2 Tokoh, Bekas Duta & Pengarah KAGAT Sertai PAS
- [VIDEO] DAP Pilih Sakmongkol Untuk Bertanding Di Raub
- Kerana Takbur, Telur Mahathir Kini Diuji Di Gelang Patah
- Buaya Negara?
- BODOH JUGA ANAK ANWAR NI..!!!
SAH!! AKHIRNYA PARLIMEN DIBUBAR SEBENTAR TADI!!!! UNDILAH BARISAN NASIONAL!! Posted: 02 Apr 2013 09:03 PM PDT [DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu. Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet. "Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," kata beliau dalam pengumuman khas yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen jam 11.30 pagi. Pengumuman ini dibuat ketika Najib genap empat tahun menjadi perdana menteri. Mandat kerajaan pusat akan berakhir pada 28 April ini. PRU12 diadakan pada 8 Mac 2008. Ini kali pertama pilihan raya umum diadakan selepas genap lima tahun selepas satu-satu pilihan raya umum. Dalam ucapannya, Najib yang diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah mengadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 hari ini. Barisan anggota jemaah menteri juga hadir pada majlis pengumuman khas itu. Najib turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak. Dun Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan. Sarawak pula telah mengadakan pilihan raya umum negeri pada April 2011. Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian, lapor Bernama. Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi Dun, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang. Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan raya kecil Dun ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 menyaksikan 17 pilihan raya kecil diadakan. Selepas ucapan khas yang mengambil masa kira-kira 15 minit, Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) bersalam dengan anggota jemaah menteri yang mengenakan tali teler warna merah. |
KELANTAN AFTER DARK: PAS defensif, Penyokong serang wartawan!!! Posted: 02 Apr 2013 08:52 PM PDT The Unspinners dan ramai rakan-rakan blogger sudah bertahun-tahun mendedahkan kegiatan maksiat, masaalah sosial, judi, arak dll di kelantan dan akhirnya New Straits Times berani melakukan penyiasatan dan pendedahan. Artikel NST SINI, SINI dan SINI telah mendedahkan satu keadaan yang sungguh menyedihkan kepada masyarakat Islam Melayu kelantan akibat kemiskinan yang lahir dari pentadbiran lemah dan kecuaian kerajaan PAS kelantan. Dadah boleh diperolehi dengan mudah. Kononnya negeri pemerintahan Islam tapi disco dan arak masih wijud, kemungkinan mata pentadbiran tempatan tertutup kepada wang dari taukeh-taukeh besar. Anak-anak gadis melacurkan diri kerana wang yang lumayan dan menampung keluarga di kampong. PAS hanya lebih retorik dan politik dari mentadbir. Pemimpin PAS hanya lebih mahir berceramah dari bekerja merancang, melaksana dan memantau program pembangunan negeri dari segi ekonomi, sosial, pendidikan, budaya, dll. Kelantan boleh dilihat sebagai sebuah FAILED STATE yang gagal memberi perkhidmatan asas seperti air kepada rakyat. Hutan belantara dibogelkan dan pencemaran alam sekitar berleluasa demi mengejar wang segera untuk menampung deficit kerajaan negeri. Rakyat meninggalkan negeri untuk ke negeri-negeri lain untuk mencari penghidupan. Ugama diberi keutamaan dari segi aspek yang tidak memajukan dan politik. Penuh retorik dan politik penuh tipu daya helah dan fitnah belaka. Budaya Islam yang mendewakan pemimpin. Ah ... panjang cerita. Pendedahan NST yang dibuat oleh wartawan Fara dan rakan-rakannya betul mendapat perhatian pihak PAS. Ini pula reaksi lemah mereka dan jawapan balas kami dalam bold hitam. Bismillah, saya membaca laporan muka depan New Straits Times semalam berkenaan dengan masalah sosial di Kelantan dengan tajuk KELANTAN AFTER DARK, ia disambung lagi dengan liputan dari Buletin Utama TV3 malam semalam. Seorang pemimpin utama UMNO Kelantan pula mengeluarkan kenyataan bahawa ini menunjukkan Kelantan tidak sempurna. Respon saya ialah, saya tidak pernah menyatakan Kelantan sempurna, tetapi kita telah melakukan yang terbaik dalam kemampuan kerajaan negeri untuk mengekang masalah sosial. Selama ini mereka begitu takabur mengatakan kelantan negeri maju dan hebat dengan kepimpinan Islam dan ini bertukar kepada hujah defensif? Kita tidak mengeluarkan lesen judi, tidak mengeluarkan lesen rumah urut, dan menghalang penjualan minuman keras secara terbuka. Begitu juga dengan penguatkuasaan sentiasa berjalan dari masa ke semasa. Isunya PAS menimbulkan isu kelemahan perlaksanaan di tempat lain tapi negeri pentadbiran mereka sendiri lemah. Mana keikhlasan teguran mereka? Laporan NST hanya menyebut senario tanpa menyebut fakta-fakta yang jelas di mana lokasi untuk memudahkan penguatkuasa mengadakan serbuan. Tanpa maklumat, bagaimana penguatkuasa mahu bertindak? Kenapa pula NST yang dibebankan dengan tanggungjawab penguatkuasaan? Sebagai wartawan, mereak ada etika dan tanggungjawab untuk menyimpan rahsia identiti sumber. Hilanglah kepercayaan sumber kepada wartawan jika ianya diberitahu. Nampak sangat penguatkuasa kerajaan PAS Kelantan malas tak mahu buat kerja!!! Sepatutnya UMNO turut membantu ke arah mencegah gejala sosial. Bahkan semua pihak sepatutnya membantu kerajaan negeri menjayakan undang-undang yang diperkenalkan. Sayangnya, apa yang UMNO lakukan ialah sentiasa mencabar undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 pada 15 Julai tahun lepas contohnya, menampilkan persembahan artis wanita secara terbuka yang melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998. Ini langsung tak wujud. Kalau gitu PAS cabar undang-undang ke setiap kali mereka timbulkan isu di tempat lain? Persoalan sosial ialah masalah kita bersama. Kerajaan negeri telah memperkenalkan peraturan di dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Jika wujud aktiviti tidak bermoral, ertinya ia wujud tanpa kebenaran. Soalan saya, adakah meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah bermaksud kerajaan pusat membenarkan ia berlaku? Dalam melakukan pendedahan ini, NST juga memainkan peranan mereka dalam menangani masalaha ini. Jika tidak didedahkan akan ada pihak politik PAS yang akan sorok perkara ini dari diketahui rakyat. Dengan pendedahan ini, penguatkuasa barulah rasa urgent nak lakukan penguatkuasaan. Macam mana PAS cuba hujah, kuasa menguatkuasa terletak pada kerajaan. Di Selangor, polis boleh serbu tempat-tempat sedemikian tapi kerajaan negeri tetap biarkan mereka beroperasi. Jika hanya petak sawah kita dijaga dengan baik sedangkan petak sawah di sebelah berkubang dengan ular dan tikus tanpa jagaan, ular dan tikus pun akan membiak masuk ke petak sawah kita! Kalau kita lihat, mereka tidak nafikan hal ini tapi bersikap defensif dan masih mahu cuba menunding jari kepada NST dan bukan mengambil tanggungjawab. Apa salah kata terima kasih dengan pendedahan NST dan teruskan akan mengatakan akan ambil langkah yang sepatutnya dna meningkatkan pamantauan??? Bukan saja sikap sedemikian, pihak PAS melakukan serangan peribadi terhadap MESSENGEER oOF THE MESSAGE. Mereka siarkan di Facebook SINI gambar Fara sebagai muka wanted Harap pergi ke Facebook tersebut dan pertahankan Fara. Tak hairan macam-macam isu peribadi Fara akan dikorek atau direka-reka untuk discredit dia. Selesaikan masaallah maksiat tak juga dilakukan.... Malah pemimpin-pemimpin PAS bergelumang dengan maksiat!!! |
Pelakon yang nama sering disebut-sebu Posted: 02 Apr 2013 07:54 PM PDT Pelakon yang nama sering disebut-sebut, Nur Syatilla Amirol Melvin atau Syatilla Melvin mengakui rapat dengan aktor kacak Shaheizy Sam dan menjelaskan hubungan mereka sekadar kawan biasa. "Tilla memang rapat dengan Sam, tapi kami kawan biasa je. Kami mula kenal masa hadiri acara-acara yang dianjurkan oleh pihak media. Masa itu Tilla terlibat dalam pertandingan Dewi Remaja lagi," katanya Sejak muncul menerusi drama Julia, pelakon yang membawakan watak Katrina ni mula mendapat perhatian peminat industri hiburan sehingga timbul gosip yang mendakwa gadis ini bercinta dengan pelakon terkenal, Shaheizy Sam. Mengulas lebih lanjut mengenai gosip antara Syatilla dan Sam, timbul juga dakwaan mengatakan Sam telah menghadiri majlis perkahwinan kakak Syatilla, iaitu Syafiqah Amirul Melvin yang juga juara untuk program Gadis Melayu musim kedua pada bulan Julai lalu di Parit Buntar, Perak. "Ya, memang Sam ada datang. Kebetulan masa tu dia ada penggambaran dekat Pulau Pinang. Lagipun jarak dari Pulau Pinang ke Parit Buntar pun tak jauh dan dia singgah la kejap. Itu kali pertama dia jumpa dengan keluarga Tilla", katanya yang turut mengakui senang berkawan dengan aktor yang baru saja memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Anugerah skrin) itu, kerana mereka 'sekepala'. Disamping itu, pelakon wanita ini turut akui yang dia amat meminati lakonan Sam dan sering mendapatkan nasihat daripada pelakon berbakat itu. |
Anwar Ibrahim tidak dihiraukan penduduk Posted: 02 Apr 2013 06:37 PM PDT Kehadiran Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin utama pakatan pembangkang berceramah di Kampung Dato' Sulaiman Menteri, Majidee di sini malam tadi ternyata tidak mampu menarik minat penduduk tempatan. Sebaliknya, sebahagian besar daripada mereka yang menghadiri ceramah itu adalah orang luar. Ini berdasarkan maklumat daripada penduduk tempatan sendiri dan juga kereta-kereta yang diletakkan di tepi Jalan Tebrau, adalah dari luar. Malah pengumuman oleh Anwar bagi nama-nama calon PKR yang akan bertanding di empat kerusi Parlimen di Johor terutama Johor Bahru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini tidak mendapat reaksi dan sambutan hangat daripada hadirin. Ia seolah-olah bukan detik yang ditunggu-tunggu oleh penyokong pakatan pembangkang yang menghadiri ceramah itu. Pengumuman nama bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Johor Bahru tidak mendapat tepukan gemuruh. Begitu juga pengumuman nama Datuk Idris Jauzi sebagai calon kerusi Parlimen Batu Pahat juga sedemikian, diikuti dua lagi calon PKR bagi kerusi Parlimen Tebrau, Steven Chong dan Parlimen Muar, Mohd. Hizwan Ahmad. Ceramah itu juga ternyata janggal apabila kelibat Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng tidak kelihatan, walaupun sebelum ini diuar-uarkan beliau akan bertemu Anwar bagi membincangkan hala tuju parti itu di negeri ini. Terdahulu, dalam ceramah di Cahaya Baru, Masai, Pasir Gudang, penduduk seakan-akan dapat menghidu ucapan skrip Anwar yang dilihat mengulangi cerita lama seperti di lokasi-lokasi terdahulu sebelum ini. Banyak pertanyaan yang ditujukan beliau kepada hadirin disambut dingin oleh mereka yang hadir dengan kebanyakannya hanya mendengar dan tidak respons kepada ucapan Anwar. Pendeknya, tiada sorakan meriah atau tepukan gemuruh di kedua-dua ceramah melibatkan Anwar itu. -uo |
[VIDEO & GAMBAR] Samseng Umno Serang Anwar Umum Calon KEADILAN Johor Bharu! Posted: 02 Apr 2013 06:32 PM PDT
|
DIANA DANIELLE SUDAH BERKAHWIN DENGAN FARID KAMIL?? Posted: 02 Apr 2013 06:27 PM PDT Awal bulan lalu kecoh kononnya pelakon cantik dan jelita, Diana Danielle lari dari rumah selepas bergaduh dengan ibunya, Norsiah Ramli gara-gara tidak merestui perhubungan cintanya dengan aktor, Farid Kamil. Ekoran dari kontroversi tersebut, Diana telah tampil memberi penjelasan kononnya cerita itu tidak benar dan mengakui hubungan beliau dengan ibunya masih baik dan tidak mempunyai masalah seperti yang digembar-gemburkan. Menurut sumber, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson ini pada majlis Malam Gala Tayangan Media Filem 'Jiwa Taiko', malam tadi dan pelakon filem Magika ini memberitahu tidak kisah dengan kontroversi yang timbul dan menganggap ia sebagai lumrah dunia artis. "Sebelum ini ramai yang tanya mengenai isu ini dan di sini saya nak tegaskan yang saya tak pernah lari dari rumah, tak pernah gaduh dengan ibu saya ataupun lari berhari-hari meninggalkan keluarga tanpa khabar berita. Saya tak sekejam macam itu. "Saya juga tak gaduh dengan ibu saya pasal Farid kerana tak ada isu pun kami nak bergaduh pasal hal itu sebab beliau tidak kisah dengan perhubungan kami dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya. Mungkin ramai yang bertanggapan kami bergaduh sebab dah lama tak nampak ibu saya ikut saya di mana-mana majlis. "Sebenarnya, ibu saya tak ikut saya sekarang sebab dia dah tak larat. Umurnya pun semakin meningkat, jadi dia mengambil keputusan untuk memperlahankan aktivitinya dari menguruskan karier seni saya. Bagi saya, benda ini buang masa saja untuk saya perjelaskan. Apapun, saya tak kecewa dengan kontroversi ini dan saya anggap ia lumrah sebagai anak seni." Ketika majlis tersebut, Diana turut ditemani kekasih hatinya itu memakai sebentuk cincin yang tersarung di jari manis Diana. Diana Danielle berkata pada sumber bagi entri ini, "Mana ada, ini hanya cincin pemberiannya sempena ulangtahun ketiga percintaan kami.". "Tidak dinafikan dari dulu perhubungan kami memang ada hala tuju. Cuma apa yang boleh saya katakan, bila semuanya dah pasti nanti, saya akan beritahu dan kongsi dengan semua. Buat masa ini saya tak berani nak cakap lagi sebab takut nanti tak jadi," tambah beliau lalu mengakhiri perbualan. |
Posted: 02 Apr 2013 05:38 PM PDT KUALA LUMPUR 2 April - Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Md. Hashim Hussein tidak layak membicarakan tentang insiden kumpulan militan di Sauk, Perak, 13 tahun lalu kerana pemerintah tertinggi ketumbukan tersebut berada di luar negara ketika kejadian itu berlaku pada 2 Julai 2000. Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said ketika mendedahkan perkara itu berkata, Md. Hashim hanya kembali ke Malaysia sehari selepas insiden itu bermula. "Saya yang menjemput Md. Hashim di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari kedua kejadian dan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada saya untuk menyelesaikan perkara itu. "Beliau langsung tidak membantu, sebaliknya saya berurusan terus dengan Ketua Polis Negara (ketika itu), Tan Sri Norian Mai tentang usaha bersama Tentera Darat dan polis untuk melakukan tindakan susulan. "Md. Hashim hanya muncul di belakang saya pada 6 Julai setelah semuanya selesai," katanya ketika menjadi ahli panel 'Forum Keselamatan dan Ketahanan Negara' anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Taman Melawati dekat sini semalam. Forum itu menampilkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said dan bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd. Salleh Ismail sebagai ahli panel. Bekas Ketua Staf Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya (B) Datuk Mat Rabi Abu Samah yang juga Ahli Dewan Tertinggi Perkasa pula bertindak sebagai moderator. Beliau mengulas perbandingan yang dilakukan oleh Md. Hashim antara insiden di Sauk pada 2000 dengan peristiwa pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu sekarang. Md. Hashim yang kini giat berceramah di pentas pembangkang terutama dalam membincangkan isu keselamatan, antaranya mendakwa pencerobohan Lahad Datu sepatutnya boleh diselesaikan dalam masa singkat dengan mengambil peristiwa serangan militan di Sauk sebagai perbandingan. Beliau juga mendakwa seolah-olah wujud penglibatan politik luar biasa dalam operasi pasukan keselamatan bagi menangani pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu. Zaini menambah, beliau kecewa dengan dakwaan Md. Hashim yang membayangkan seolah-olah pasukan keselamatan terikat dengan arahan politik sedangkan beliau sedia maklum selok-belok operasi pasukan keselamatan. Katanya, setiap anggota dan pegawai pasukan keselamatan negara memiliki tahap integriti serta profesionalisme tinggi dan tidak akan sama sekali membenarkan ahli politik mencampuri urusan mereka. "Contoh sewaktu peristiwa di Sauk, Perak, Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang ketika itu Menteri Pertahanan ada berjumpa dengan saya dan memberitahu bahawa beliau mahu insiden itu diselesaikan secara baik tanpa pertumpahan darah. "Itu sahaja arahan dan ingatan yang diberi dan saya yakin dalam kes pencerobohan di Lahad Datu juga, perkara yang sama dilakukan pihak pemerintah kerana pasukan keselamatan masing-masing ada kepimpinan tertinggi yang arif bagaimana tindakan yang perlu dibuat di peringkat operasi," katanya. |
ANWAR SYOK PADA SAIFUL DEPAN DR SIDEK BABA? Posted: 02 Apr 2013 05:38 PM PDT Di antaranya : Anwar jumpa Saiful Bahari buat pertama kali di hadapan dan disaksikan Dr Sidek Baba, orang ABIM yang kuat menyokongnya hinggalah berlaku kejadian Saiful di hadapan. Yang menjadi Sidek Baba sedar adalah tak berapa hari kemudian, Anwar telah mengambil Saiful kerja sebagai pembantu untuk di bawa ke Sabah dan seterusnya ke Hong Kong. Apabila kes lwiat Saiful berlaku, dan Saiful memberitahu dibawa ke Hong Kong, itu telah menimbulkan kesedaran Sidek baba akan masaalah moral Anwar, akan politik pragmatik tak kira apa asal jadi PM. Dia mulai menyedari pelbagai akibat dari politik yang dibawa pada anwar dan akibatnya pada Melayu dan Islam. seterusnya |
Adik Nelydia Bercinta Dengan Nabil Jefri? Posted: 02 Apr 2013 11:00 AM PDT Selepas kakaknya, Uqasha Senrose dikhabarkan bercinta dengan pelakon berkarakter, Pekin Ibrahim, adik kepada pelakon manis Nelydia Senrose pula dikaitkan bercinta dengan pelumba muda negara, Nabil Jefri. Ini berikutan gambar-gambar mereka sekeluarga sedang menjamu selera dan kelihatan kelibat Nabil serta Qi Razali yang turut dikatakan rapat dengan Nelydia kini bersama-sama dalam gambar tersebut. Malah Nelydia dan Qi pernah bercuti bersama-sama keluarga Nelydia di Phuket, Thailand baru-baru ini. Baguslah begitu, kalau benar serius, selalunya lelaki yang 'gentleman' tidak segan serta berani untuk berjumpa kedua ibu bapa gadis yang dicintainya. |
Posted: 02 Apr 2013 09:00 AM PDT Pelakon yang baru saja melancarkan jenama pakaiannya sendirinya, Yasmin Hani Richardson berdepan dengan insiden buruk apabila tingkap keretanya telah dipecahkan oleh peragut yang cuba meragut beg tangannya pagi tadi. Walaupun begitu, peragut terbabit tidak sempat untuk meragut tas tangan Hani dalam kejadian yang berlaku di persimpangan lampu isyarat di Mutiara Damansara itu. Ketika kejadian, Hani dikhabarkan sedang menuju ke sebuah lokasi penggambaran. Menurut suami Hani, Shaarin Razali, 49, ketika dihubungi Murai berkata isterinya masih lagi terkejut dengan kejadian itu bagaimanapun tetap ke lokasi penggambaran selepas membuat laporan polis. "Saya juga agak terkejut apabila diberitahu berita ini. Tapi Alhamdulillah dia (Yasmin) berada dalam keadaan baik. Cuma tangannya saja yang luka sedikit kerana cuba menyelamatkan tas tangannya daripada diambil. "Kejadian berlaku begitu pantas. Dia berhenti di lampu isyararat dan selepas itu dia dapati cermin keretanya dipecahkan oleh seorang penunggang motosikal dari sebelah kiri kereta dan kemudian terus cuba menarik tas tangan Hani. "Dalam keadaan panic, Hani menarik semula beg tangan berkenaan daripada diambil dan dalam masa yang sama menjerit. Kemudian peragut berkenaan terus lari," kongsi Shaarin. Tambah Shaarin, isterinya itu sudahpun membuat laporan polis sejurus sahaja selepas kejadian berlaku dan kemudian menghantar kenderaan dua pintunya itu ke bengkel berhampiran supaya cermin keretanya dapat dibaiki dengan segera. Diharapkan kejadian yang menimpa Hani ini boleh dijadikan pengajaran buat semua agar lebih berhati-hati serta tidak meletakkan sebarang barang berharga di tempat duduk dalam kereta anda. Buat Hani diharapkan lukanya agar segera sembuh ya! |
Berhenti Guna Ubat ‘Kuat’ Sta-lions Posted: 02 Apr 2013 08:00 AM PDT KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihat berhenti menggunakan pil tradisional 'Sta-lions' kerana dikesan mengandungi racun berjadual 'tadalafil' yang boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk kesihatan. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata Pihak Berkuasa Kawalan Dadah telah membatalkan pendaftaran produk itu pada 28 Mac setelah dikesan mengandungi racun yang boleh menyebabkan pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat berbahaya, strok dan serangan jantung. Pemegang lesen bagi produk itu ialah Together Link Enterprise, Pulau Pinang dan pengilangnya DZ Trade (Malaysia) Sdn Bhd di Kedah, katanya dalam satu kenyataan. Katanya, tadalafil adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat mati pucuk dan sebelum ini ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor. Mereka yang mempunyai stok produk tersebut diminta menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta, katanya. Individu yang melanggar peraturan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya |
PEDASSS..!!! MAMPUKAH PAS KEDAH "BERNYAWA" LAGI SELEPAS INI..? Posted: 02 Apr 2013 07:53 AM PDT Nampaknya PAS Kedah makin teruk selepas memerintah Kedah selama 5 tahun. Makin hilang daya kepimpinan dan tidak lagi memberikan tumpuan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat, khususnya di negeri Jelapang Padi itu. Terbaru, Menteri Besarnya, Azizan Razak mengumumkan PAS Kedah tidak mempunyai sebarang janji baru pada PRU ke-13 ini. Dia memberitahu media baru-baru ini bahawa mereka hanya akan pakai janji lama saja yang ternyata banyak belum tertunai! Dalam pada itu, dia sempat "balun" Menteri Besar Selangor yang pening menabur janji baru sedangkan janji-janji lamanya belum lagi ditunaikan. Tak ada jawapan balas dari Khalid "Gagap", kah? Saya mengundi di Kedah. Saya orang Kedah dan sangat mengecewakan bila Menteri Besar di negeri saya gagal segagal-gagalnya. Bukan apa, selalunya apabila menang pilihanraya, sesebuah kerajaan itu akan berusaha dan bertungkus-lumus untuk menunaikan janji di dalam manifesto yang dicanang ketika berkempen sebelum pilihanraya diadakan. Sudah menjadi tradisi bagi BN untuk menepati setiap inci manifesto yang dihebahkan kepada rakyat di dalam tempoh lebih kurang lima tahun atau sepenggal selepas mendapat mandat. Itu standard khidmat dan komitmen BN pada diri sendiri serta pada rakyat. Tapi lain halnya pula dengan PAS Kedah. PAS Kedah boleh "carry forward" segala janji manifesto yang mereka tabur pada rakyat dulu seberapa lama yang mereka mahu. Kalau sepenggal tak dapat ditunaikan, mereka bawa ke penggal depan. Cuba bayangkan jika PAS Kedah kalah pada PRU ke-13 nanti. Sudah tentu janji mereka takkan dapat ditunaikan lagi, bukan? Apabila janji gagal ditunaikan, apakah kategori yang paling sesuai untuk kita golongkan mereka? PAS munafik? Kalau kita kata mereka munafik, nanti merah pula muka mereka marahkan kita. Jadi, apa hukum tidak menunaikan janji? Sebetulnya, saya yakin bahawa Azizan sedar tentang pelbagai masalah yang dia hadapi ketika bergelar Menteri Besar Kedah selama lima tahun ini, terutama tentang masalah dalaman PAS Kedah dan pentadbiran Kerajaan PAS itu yang kacau bilau di dalamnya. Setelah PAS menjajah Wisma Darulaman kira-kira lima tahun dulu, begitu ramai pak-pak lebai PAS yang "chempeghaa" menerobos masuk pejabat-pejabat kerajaan tanpa mempunyai kebolehan atau pengalaman memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Balak yang sepatutnya ditebang secara sistematik dan mengambil kira pelbagai aspek dan syarat telah "dirompak" ditarah habis-habisan sehingga lebih 15,000 hektar hutan simpan kekal di negeri itu gondol selicin-licinnya "dikerjakan" puak-puak PAS yang lahap. KUIN yang dulunya sebuah kolej universiti yang menjadi kebanggaan rakyat kini berhutang lebih RM330 juta dan kampusnya yang konon-konon bertaraf 5 bintang di Kuala Ketil rupa-rupanya tidak ada asrama. Pelajar tidur dipaksa dalam bilik kuliah! Mungkin Azizan tidak punya janji lagi untuk dijual kepada rakyat kali ini. Tapi dia lupa bahawa dia boleh menjanjikan satu kejutan kepada seluruh penyokong-penyokong PAS di negeri Jelapang Padi itu. Azizan boleh berjanji bahawa dia akan mencantas mana-mana pemimpin PAS Kedah yang cuba menggulingkannya sebagai "Boss" PAS di Kedah. Antara yang menjadi mangsa ialah Phahrolrazi Zawawi, Nasir Mustapha, Dr. Ismail Salleh dan konco-konco mereka. Selain itu, jangan lupa untuk memberitahu bahawa PAS akan merampas banyak kerusi DUN dan Parlimen yang dikuotakan untuk PKR dan DAP. Bukan lagi rahsia bila para penyokong PAS "berperang" dengan penyokong PKR kerana berebutkan kerusi dan nak jadi calon PRU! Itu belum lagi diceritakan tentang huru-hara di dalam Wisma Darulaman di mana ada beberapa "taiko" muda PAS yang nak tunjuk kuasa mengalahkan Menteri Besar! Malah ada salah seorang dari pemimpin muda PAS pernah menumbuk seorang KCS! Padanlah Azizan kerap benar dimasukkan ke hospital. Boleh dikatakan hampir setiap minggu jantungnya sakit dan perlu diperiksa doktor. Itu pun Azizan belum sedar ada pemimpin kanan PAS Kedah yang kutuk dia "pakai 3 silinder" saja untuk hidup! PAS Kedah makin parah… |
Diana Amir vs Ustazah Segera Abby Abad Posted: 02 Apr 2013 07:49 AM PDT Diana Amir yang kini memakai tudung mengulas, dia memakai tudung setelah berkali-kali mimpi kiamat sejak kebelakangan ini. Takut dengan mimpinya, dia mula mendapatkan nasihat dari kawan-kawannya, termasuk rakan selebriti seperti Wardina dan Irma Hasmie. Diana nampak seperti tidak begitu berminat untuk menurut jejak rakan artis yang terlalu "mabuk" mengejar "Dunia Politik" dengan menjadi "Ustazah Segera" . Tahniah saya ucapkan kepada pelakon comel dan berbakat tinggi Diana Amir yang bijak dalam mengambil keputusan berhijrah. |
Gadis Dirogol Selepas Dilanggar Posted: 02 Apr 2013 07:07 AM PDT TELUK INTAN – Bukan sahaja patah tangan kiri akibat terjatuh selepas bergesel dengan sebuah kereta tetapi seorang gadis yang menunggang motosikal seorang diri di sini turut dirogol oleh pemandu kereta yang melanggarnya. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, gadis berusia 22 tahun itu bekerja di salah sebuah kilang di Kampung Ayer Itam dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Chui Chak, Langkap kira-kira 7.30 malam, Sabtu lalu. Menurutnya, setiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun. Menurutnya, pergeselan itu mengakibatkan mangsa terjatuh ke dalam semak dan mengalami patah tangan kiri serta jari kanan. "Lelaki itu berpura-pura mahu menolong mangsa selepas terjatuh dan mengangkat mangsa masuk ke bahagian belakang kereta sebelum merogol gadis berkenaan. "Mangsa dalam keadaan separuh sedar dan dalam kesakitan, tidak mampu untuk melawan suspek daripada melakukan perbuatannya itu," katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak (IPD) Hilir Perak, di sini, semalam. Kok Liang berkata, selepas melakukan perbuatan jijik terhadap gadis itu, suspek memberitahu nama dan nombor telefon sebenarnya kepada mangsa sebelum gadis itu minta lelaki tersebut menghantarnya pulang ke rumah. Jelasnya, suspek bersetuju untuk menghantar mangsa pulang dengan syarat tidak memberitahu perbuatan jijik yang dilakukan itu kepada keluarga gadis berkenaan sebaliknya memberitahu suspek hanya bantu mangsa daripada jatuh motosikal. "Suspek menghantar mangsa pulang ke rumah dan berjumpa dengan bapa mangsa ketika membawa pulang gadis itu. "Selepas suspek pulang, mangsa memberitahu kepada ibunya mengatakan dia menjadi mangsa rogol dan satu laporan polis dibuat di Balai Polis Langkap pada hari yang sama," katanya. Kata beliau, gadis itu juga dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk menjalani pemeriksaan dan mendapati ada kesan koyakkan baru pada kemaluannya. Tambahnya, dengan nombor telefon yang diberikan suspek kepada mangsa membantu pihak polis mendapatkan maklumat penting bagi menjalankan siasatan. "Berdasarkan nombor telefon itu, membawa kepada penemuan tempat tinggal lelaki berkenaan di Sungai Manik sebelum satu pasukan ke rumah suspek, kelmarin. "Ketika polis ke rumah suspek, lelaki tersebut tiada di rumah namun, kami meminta kepada bapa lelaki itu untuk datang ke balai polis bagi membantu siasatan," katanya. Kok Liang berkata, pada hari yang sama, suspek datang ke Balai Polis Langkap dan kini lelaki itu ditahan reman bagi membantu siasatan. Katanya, hasil siasatan mendapati suspek juga cuba merogol seorang wanita berusia 38 tahun di jalan Sungai Tungku menggunakan cara sama pada Sabtu lalu, kira-kira jam 6.20 petang. "Suspek menggunakan modus operandi yang sama dengan cuba melanggar motosikal yang ditunggang mangsa yang juga seorang kerani sehingga jatuh. "Wanita berusia 38 tahun itu berhenti tepi jalan sebelum suspek turut turun dari kereta lalu membuka bonet," katanya. Melihat tindakan suspek mencurigakan wanita itu cuba melarikan diri tetapi ditahan lelaki berkenaan sebelum mangsa terjatuh dalam semak. Beliau menambah, suspek cuba merogol mangsa tetapi menghentikan perbuatannya apabila sebuah kereta jenis Kancil berhenti berhampirannya sebelum lelaki itu melarikan diri. "Wanita itu membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. "Hasil daripada ujian air kencing suspek negatif tetapi, lelaki itu mengaku ada menghidu gam sebelum kejadian," katanya. |
Cubaan Mencuri Dirumah Erra Fazira Gagal Posted: 02 Apr 2013 06:01 AM PDT KUALA LUMPUR 2 April - Rumah pelakon terkenal, Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chik, 38, di Seksyen 20, Damansara dekat sini cuba dipecah masuk hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, suspek yang menaiki kereta Honda berwarna putih dikatakan memasuki kawasan rumah pelakon terbabit melalui pagar hadapan. Bagaimanapun jiran kepada pelakon filem Maria Mariana itu, yang curiga dengan kehadiran suspek, segera menghubungi pihak polis. "Suspek yang tidak sempat masuk ke dalam rumah, bergegas melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak polis," kata sumber polis kepada Utusan Online. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu. Beliau berkata, pihaknya masih memburu suspek terbabit bagi membantu siasatan. Arjunaidi turut memuji tindakan pantas jiran terbabit yang segera melaporkan kejadian mencurigakan kepada pihak polis. Dalam pada itu, Erra ketika dihubungi Utusan Online memberitahu, ketika kejadian, dia berada di sekolah anaknya di Bangsar. "Sebaik sahaja menerima panggilan jiran, saya bergegas menyelesaikan segala urusan sebelum pulang ke rumah kira-kira pukul 4 petang. "Syukur kerana penjenayah tidak sempat memasuki bahagian dalam rumah dan hanya berada di garaj rumah saya sahaja," katanya. - UTUSAN ONLINE |
TukarKelantan : Isteri Kemboja ADUN PAS Sudah Dapat RM 3 Juta?? Posted: 02 Apr 2013 04:45 AM PDT Seorang wanita Kemboja telah menuntut RM 3 juta daripada bekas suaminya iaitu ADUN PAS Melor, Wan Ismail Wan Jusoh pada tahun 2010. Wanita tersebut bernama Siti Aishah Chou Abdullah memberitahu kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu bahawa beliau yakin bahawa ADUN PAS itu memiliki harta yang melebihi RM 3 juta. The Malaysian Insider Perbicaraan kes tersebut menjadi buah mulut kepada rakyat Kelantan ketika itu kerana telah melibatkan ADUN PAS. Tetapi sekarang sudah senyap menyepi walaupun baru 3 tahun kes itu disebut? |
KETUA AMK DAN KETUA PEMUDA PAS DAH ADA KERUSI, KETUA PEMUDA UMNO MACAMANA???? Posted: 02 Apr 2013 02:41 AM PDT Presiden PAS Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang pagi tadi mengumumkan bahawa Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Tantawi akan bertanding di Parlimen Temerloh pada PRU 13 nanti. Manakala beberapa minggu lalu Ketua Umum PKR,Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin bertanding di Parlimen Bukit Katil. Ketua DAPSY, Teo Kok Siong pula akan mempertahankan kerusi Dun Bahau yang dimenanginya pada PRU 12 lalu. Tetapi malang dan peliknya, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sehingga kini sunyi sepi tanpa berita. Kerusi pun tak tahu di mana malah besar kemungkinan akan hilang kerusi. Kesian sama Khairy .... |
Mamat Liew Ni Baru "Gentleman"..Umno Ada Beranii..??? Posted: 02 Apr 2013 02:37 AM PDT Gua memang respek dengan Mamat Liew nii..Majoriti 16 000 di Parlimen Bukit Bendera pada PRU-12 2008..kira boleh goyang kaki dan korek hidung saja pun boleh menang..Tapi mengapa beliau nak bertanding di Johor tempat Hospital bersalin Umno??Kalau ikutkan logik memang cari maut beb.. Namun ada suara dan fakta yang mengatakan,kalau mereka tak yakin menang,masakan mereka mahu bertanding di Johor..sedangkan inilah masanya PR hendak ke PutraJaya..tambahan pula Lim Kit Siang sudah awal-awal berada di sana..maka ini adalah petunjuk mudah difahami oleh rakyat bahawa Johor akan mampu ditawan oleh Pakatan Rakyat..Hanyasanya Mahathir yang masih mengigau dan meracau minta orang melayu pertahankan Johor..Jawapan sudah terlambat la brooo...InsyaAllah Ini Kali |
Posted: 02 Apr 2013 02:04 AM PDT Memang canggih. Cukup menghiburkan. Untunglah sesiapa yang berkeupayaan mengedit video. |
[VIDEO] Bukan K'tan, Tapi Pahang, Negeri PM Takda Air Posted: 02 Apr 2013 01:53 AM PDT Lagi krisis air di Pahang, penduduk berdemo Maran: Krisis air yang berlarutan tanpa penyelesaian melibatkan lebih 5,000 penduduk di tujuh kawasan penempatan yang mendapatkan bekalan air bersih dari Loji Air Kampung New Zealand dekat sini, menimbulkan kemarahan mereka. Serentak dengan itu, beberapa orang penduduk telah tampil membantah secara aman di hadapan loji air berkenaan sambil mendesak Pengurusan Air Pahang (Paip) mengambil langkah segera bagi menangani masalah gangguan bekalan tersebut yang berlarutan sejak 10 tahun lalu. Seorang wakil penduduk, Sheikh Abdul Halim Sheikh Hassan, 45, berkata, catuan bekalan air yang dilakukan pada setiap hari untuk tempoh tertentu sehingga menjejaskan aktiviti harian penduduk. Menurutnya, keadaan bertambah menyulitkan penduduk apabila bekalan air terputus untuk beberapa hari pada setiap bulan dengan jadual penyaluran bekalan air yang tidak menentu. "Apabila dibuat komplen, kami diberitahu bahawa catuan air terpaksa dibuat bagi membolehkan semua rumah penduduk dapat air kerana sumber air mentah terhad dan tidak dapat menampung keperluan penduduk "Tekanan air yang rendah turut memberi kesan pada rumah di kawasan tinggi. Perkara ini perlu diatasi segera demi keselesaan penduduk kerana ia adalah keperluan utama bahkan untu kehidupan. "Sebelum ini diuar-uarkan telah beberapa kali kerja naik taraf loji tetapi nampaknya tidak memberi sebarang perubahan positif kerana gangguan bekalan air tetap berlaku seperti biasa," keluhnya. Sheikh Abdul Halim berkata, kekerapan catuan bekalan air yang berlaku setiap hari sama ada siang atau malam sehingga menjejaskan tahap kebrsihan apabila pelbagai aktiviti harian tidak dapat dilakukan sengan sempurna. Menurutnya, pakaian tidak dapat dicuci menggunakan mesin mengikut kesesuaian waktu penduduk memandangkan jadual bekalan air tidak menentu. "Baru-baru ini ramai kanak-kanak kena jangkitan Rotavirus dan apabila air tiada, pakaian kotor dan berbau kesan cirit-birit serta muntah tidak dapat dicuci segera. "Pinggan mangkuk terpaksa dibiarkan di sinki sehingga air ada semula. Bukan semua rumah ada tangki kerana nak beli tangki air bukannya murah. "Air keperluan penting supaya kita dapat menjaga kebersihan dengan baik. Sebab itu kalau tiada air macam-macam penyakit boleh menular terutamanya kepada kanak-kanak," jelasnya. Tambahnya, krisis air yang menimpa penduduk di sini turut amat merumitkan apabila ada penduduk mengadakan majlis kenduri kahwin dan peniaga warung makan yang berniaga sebagai sumber rezeki utama. Sheikh Halim membayangkan, jika masalah seperti ini berlaku di Selangor atau Kelantan, beliau percaya akan berlaku demonstrasi setiap hari dan mendapat liputan televisyen. Seorang lagi penduduk, Ghazali, berkata masalah air yang dideritai turut menyebabkan pelajar-pelajar sekolah mengalami masalah lewat ke sekolah kerana terpaksa mandi di sungai setiap pagi. "Saya ada tiga anak yang bersekolah. Mereka terpaksa bangun awal pagi, balik ke kampung untuk mandi dan patah semula ke sekolah, anak orang lain pun macm tu. "Jadi sampai bila masalah ini hendak selesai? Kita harap perkhidmatan air yang sudah swasta ini segera diselesaikan jangan penduduk telefon pun tak mahu jawap. Bayangkan penduduk yang ada anak kecil, lagi susah," katanya. Kawasan Kampung Felda New Zealand terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Luit dan Parlimen Maran. |
[VIDEO] 2 Tokoh, Bekas Duta & Pengarah KAGAT Sertai PAS Posted: 02 Apr 2013 01:52 AM PDT PAS mengumumkan penyertaan dua tokoh baru bagi menguatkan jentera parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad dan bekas Duta Besar Malaysia di Arab Saudi dan Iran, Datuk Adnan Othman menyertai PAS dan pengumuman dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Najmi merupakan adik kepada bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad turut diumumkan bertanding di Parlimen Baling. Berkhidmat selama 28 tahun di dalam ATM dan kerajaan, Najmi merupakan lepasan Universiti Al Azhar dalam jurusan Syariah. Beliau menyertai Bahagian Agama ATM pada tahun 1979 dan menjadi Pengarah Kor Agama ATM pada tahun 1986 sebelum bersara pada tahun 2006. Datuk Adnan Othman berasal dari Marang, Terengganu merupakan lepasan University of Exeter, England dalam bidang Sains Politik pernah berkhidmat di China ketika Malaysia baru menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan China pada tahun 1974. Selain itu, beliau pernah berkhidmat di Kanada dan Singapura serta berkhidmat secara kontrak sebagai Pesuruhjaya Tinggi Canberra Australia pada tahun 2001 sebelum bersara. Sebelum itu, Abdul Hadi turut merasmikan Pusat Media PAS sempena PRU-13 di Pejabat Agung PAS. Turut hadir sama, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
|
[VIDEO] DAP Pilih Sakmongkol Untuk Bertanding Di Raub Posted: 02 Apr 2013 01:51 AM PDT DAP akan meletakkan Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz - yang pernah menjadi orang kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - sebagai calon bagi kerusi Parlimen Raub. Ia diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu ceramah parti itu di Raub petang ini. Mohd Ariff pernah menjadi ADUN Pulau Pemanis antara tahun 2004 hingga 2008. Dari 2000 hingga 2004 beliau menjadi ketua penerangan Umno bahagian Pekan Umno yang masih diketuai oleh Najib. Lebih dikenali dengan nama blog Sakmongkol AK47, Mohd Ariff telah menjadi blogger politik yang aktif dan kerap pengkritik pentadbiran Najib. Beliau menyertai DAP pada Januari 2012, bersama dengan ahli veteran Umno, Aspan Alias. Raub adalah kerusi majoriti pengundi Melayu yang kini diwakili Naib Presiden MCA, Datuk Dr Ng Yen Yen, yang menang dengan majoriti 2,752 undi. Memandangkan majoriti itu hanya 8.2 peratus daripada jumlah pengundian, maka Raub disenaraikan sebagai antara kerusi goyah BN. Sementara itu, Lim juga mengumumkan bahawa DAP memilih Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, seorang kerabat diraja Pahang, sebagai calonnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Mentakab. Tengku Zulpuri adalah seorang jurutera elektronik dan ahli perniagaan. Beliau menyertai DAP pada tahun 2000 dan kemudiannya dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Selayang. Mentakab merupakan satu lagi kerusi majoriti pengundi Melayu yang kini diwakili Chuah Boon Siong dari MCA, yang memenangi dengan majoriti 2,439 undi majoriti, untuk menewaskan lawannya dari DAP. Bersama dengan Zairil Khir Johari, kini sah DAP akan membariskan sekurang-kurangnya tiga ahli Melayu yang dilihat menonjol untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13. -mk Ulasan GB Pengundi Raub perlu memilih Mohd Ariff Sabri untuk ahli parlimennya. GB mengenalinya apabila berpeluang berceramah sepentas dengannya beberapa minggu lalu. Pengetahuan dan kebolehannya melafazkan ayat-ayat Al-Quran sewaktu berceramah begitu mengkagumkan. Dan selepas ceramah GB menyatakan kepada beliau.... "Datuk, ada kemungkinan Allah keluarkan Datuk dari UMNO kerana Datuk mempunyai ilmu keagamaan kerana syaitran yang dikenali itu terasa panas bila dibacakan ayat-ayat Al-Quran.." Datuk Mohd Ariff berkata.. "Ya, mungkin". Bagi yang belum berkesempatan mendengar ceramah beliau, berikut disiarkan rakaman ceramahnya di Sungai Buaya yang pernah disiarkan di blog ini. |
Kerana Takbur, Telur Mahathir Kini Diuji Di Gelang Patah Posted: 02 Apr 2013 01:50 AM PDT Kit Siang: Saya tunggu Dr M di Gelang Patah Pertarungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk meneruskan survival politik di Johor semakin sengit apabila veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melawannya di Gelang Patah. "Saya yakin tiada pihak akan kata 'Tidak' .... lagipun beliau lebih berkuasa dengan berselindung 'dibalik tabir' apabila sama sibuk semasa menjadi perdana menteri selama 22 tahun lalu dengan kenyataan-kenyataan hariannya kepada pemimpin Umno dan BN," kata Kit Siang ketika berucap di Taman Molek, Johor Jaya, di sini. Jelas Ketua Parlimen DAP itu lagi, dengan bertanding di Gelang Patah juga, kedua-dua seteru politik itu bakal membuktikan "siapa yang akan terkubur" apabila mempertaruhkan nasib mereka kepada pengundi di kawasan yang menjadi milik BN sejak sekian lama. Menurut Kit Siang lagi, beliau berani meninggalkan kerusi Ipoh Timor yang ditandinginya dan memiliki kedudukan selesa berbanding untung nasib yang belum diketahui di Gelang Patah, serta mempersoalkan keberanian Dr Mahathir untuk melakukan tindakan sama dengan bertanding menentangnya di kerusi yang kini menjadi milik Tan Ah Heng, yang merupakan Ketua Wanita MCA Johor. "Saya menjemput Dr Mahathir untuk bertanding di Gelang Patah dan biarkan pengundi menentukan hayat politik siapa akan berakhir, sama ada kuburkan saya atau beliau. "Saya bersedia menyerahkan nasib kepada penduduk Gelang Patah yang memiliki 53 peratus pengundi Cina, 33 peratus Melayu, dan 12 peratus pengundi India," tegasnya. Gelang Patah menjadi perhatian apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kit Siang akan bertanding di kawasan berkenaan, sekaligus menamatkan konflik perebutan kerusi berkenaan antara Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau, dan Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Chua Jui Meng. "Adakah Dr Mahathir sedia menyerahkan hayat politiknya kepada pengundi Gelang Patah,?" soal Kit Siang dalam ucapannya. Gelang Patah yang dimenangi parti komponen BN daripada MCA menunjukkan majoriti besar apabila menewaskan calon PKR dalam Pilihan Raya 2008, 9,000 undi. "Meninggalkan Ipoh Timor yang saya menangi dengan majoriti 21,000 undi pada PRU 2008 untuk Gelang Patah, saya diibaratkan 'menggantung diri'. "Berdasarkan sejarah Gelang Patah yang sering memihak kepada BN, Dr Mahathir seharusnya akan menang selesa dengan majoriti besar," kata Kit Siang. "Saya tunggu Mahathir di Gelang Patah." Dr Mahathir malam tadi menyeru rakyat Johor untuk menamatkan karier politik Kit Siang di Gelang Patah dalam Pilihan Raya 2013 dalam rangka untuk membantu BN mempertahankan kubu kuat mereka daripada kemaraan pembangkang. "Sekarang ni Lim Kit Siang nak datang ke Johor, mudahlah, boleh menang bila-bila jam. Orang Johor mesti ganyang dia habis-habis ... biar itu jadi hari terakhir dia dalam bidang politik," kata Dr Mahathir dihadapan ribuan orang di projek perumahan rakyat anjuran Umno Pulai di luar Hospital Pulai di sini. Kedatangan beliau di sini selepas ceramah Pekatan Rakyat (PR) hampir setiap malam dan yakin akan menang beberapa kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri kelahiran Umno itu. Bekas presiden Umno dan pengerusi BN itu mengkhususkan kepada Kit Siang, musuh politiknya semenjak beliau masih perdana menteri bermula 1982, sehingga bersara pada 2003. "Kalau dia nak bertanding di Penang, Melaka kita faham, tapi nak serang kubu Umno di Johor ini perbuatan bodoh, tak masuk akal," Dr Mahathir memperlekehkan Lim, pemimpin veteran DAP yang merupakan anak kelahiran Johor. Beliau mengatakan pemimpin DAP itu seharusnya memikirkan persaraannya oleh kerana sudah lama berada dalam politik dan partinya sering bercakap soal perubahan. |
Posted: 02 Apr 2013 01:49 AM PDT Akhirnya ada juga para penyokong UMNO yang jujur dan berhati suci murni apabila mengambarkan perangai dan gelagat UMNO/BN yang sebenar. UMNO jenis buaya tembaga baham semau harta rakyat tanpa kira waktu dan ada rasa belas kasihan. Apa jua yang boleh memberi kekayaan dia akan baham ngap!!!! Tahniah!!!!.. Kejujuran mu akan sentiasa rakyat ingat dan sanjung!!!! -omakkau |
Posted: 01 Apr 2013 10:08 PM PDT Harap belajar je tinggi tapi kebodohan tu nampak jelas ketara apabila anak Anwar ni membuat ulasan mengenai penurunan cukai pendapatan yang dikenakan. Nurul Izzah ni menyalahkan pihak Kerajaan BN pula sebab menurun kadar cukai..?? Setahu KBC Pakatan PR ni kalau boleh semua nak percuma..!!! Bapanya, Anwar meminta harga minyak diturunkan agar melambak kereta atas jalanraya, elok2 trafic jem 1 hingga 2 jam, melaratlah sampai 3 hingga 4 jam meleret beratur atas jalanraya. Anwar minta pula air diberi percuma sehinggakan tak mampu nak menampung kos rawatan sulingan, penyelenggaraan kebersihan dan ketulenan air yang diminum. Bila kerajaan BN turun kan sedikit kadar cukai pendapatan, anak Anwar melalak pula marah macam budak hingusan belajar tak habis. Si bapa minta turunkan harga, si anak pula marahkan harga turun...!!! Anwar cakap lain, Nurul Izzah anaknya minta benda lain. Lagi satu KBC tak pernah dengar lagi dalam sejarah dunia anak-beranak dapat menjadi pemimpin sebuah parti, inilah kali pertama Malaysia melakar sejarah hitam mendapat sokongan orang ramai yang tak faham maksud "KRONI"...!!! |
You are subscribed to email updates from tunhisyamuddin,News Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan