Isnin, 1 April 2013

Justice For All

Justice For All


Pendedahan siapa Zulkifli Nordin

Posted: 01 Apr 2013 08:51 PM PDT

Saya tak hairan apa pun yang pembohong tu kata.

Saya dah tulis sebelum ini bahawa manusia bernama Zulkifli Nordin ini sangat saya curigai ini sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap di zaman Reformasi dahulu. Pada waktu itu, satu laman web yang saya percaya ada kaitan dengannya mengisytiharkan Zulkifli Nordinlah yang paling layak memimpin Reformasi setelah Anwar ditangkap


Bukan setakat itu sahaja, malah diatur satu pertemuan dengan Almarhum Ustaz Fadzil Noor di mana Zulkifli menayangkan-nayangkan dirinya sebagai pemimpin Reformasi menggantikan Anwar. Pertemuan itu diadakan di rumah seorang tokoh yang kemudiannya menjadi bisan Ustaz Fadzil.

Begitu sekali kelaku Zulkifli Nordin.

Walaupun ketika berlawan dengan Umno, ucapan-ucapannya penuh dengan perkara-perkara yang dicurigai sebagai pembohongan sehingga akhirnya Zulkifli Nordin tidak dibenarkan oleh pengurusan Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar berceramah di situ walaupun beliau diangkat oleh orang-orang yang mudah ditipu sebagai Yang Dipertua PAS Bandar Tun Razak. Orang PAS memang cepat kagum dengan orang yang macam tu. Kalau tak, tentulah Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tak dipilih oleh orang-orang PAS jadi Naib Presiden parti itu.

Pernah sekali saya bertemu dengan Zulkifli Nordin dalam ceramah PAS. Waktu itu saya jadi drebar seorang penceramah PAS. Zulkifli Nordin datang dengan Pak Salleh Bakar. Memang waktu itu mereka selalu bergerak berdua. Zulkifli Nordin berceramah dan Pak Salleh pula baca puisi.

Ketika makan di rumah tuan rumah di mana ceramah itu diadakan, saya kata kepada Zulkifli Nordin, "Awat hang ni ceramah kira nak membohong ja?!" Dengan muka yang langsung tak nampak rasa bersalah, Zulkifli Nordin hanya tersenyum sahaja.

Seorang pekerja Pejabat Agung PAS yang selalu memandu kereta yang dinaiki oleh Ustaz Fadzil menceritakan bahawa Almarhum Presiden PAS itu tidak suka berjumpa dengan Zulkifli Nordin.

Saya dah tulis lama dah dalam blog lama yang kini masih didelete oleh Google.

Satu hari ketika kawan tersebut memandu kereta yang dinaiki oleh Ustaz Fadzil hendak memasuki kawasan Markaz Tarbiyyah PAS di mana terletaknya Pejabat Agung PAS waktu itu, beliau lihat ada banyak kereta dan pemberita di sekitar markaz itu.

Ustaz Fadzil lalu bertanya, "Ada apa ramai-ramai ni?" Kawan itu menjawab "Ustaz Taib Azamuddin nak buat sidang akhbar".

Ustaz Fadzil tanya lagi, "siapa lagi ada?"

Pekerja Pejabat Agung PAS itu jawab, "Zul Nordin pun ada".

Ustaz Fadzil pun terus mengarahkan, "Patah balik! Patah balik!"

Ustaz Fadzil dan pekerja Pejabat Agung PAS itu kemudianya pergi minum di kedai Anuar Hasan (juga salah seorang pekerja Pejabat Agung PAS) yang ketika itu betul-betul di sebelah Markaz Tarbiyyah PAS itu.

Sampai begitu sekali sikap Ustaz Fadzil terhadap Zulkifli Nordin. Ramai yang tahu cerita itu.

Apa pun kesilapan PAS menerima Zulkifli Nordin sebagai ahlinya, perkara itu sudah ditebus menjelang pilihan raya 2004 apabila Zulkifli Nordin ditolak dari dijadikan calon PAS dalam pilihan raya tersebut oleh Majlis Syura Ulama PAS.

Dipetik dari blog:

Mitos Dan Fakta Tentang Rambut Yang Anda Tidak Pernah Ketahui

Posted: 01 Apr 2013 07:56 PM PDT

Mitos Dan Fakta Tentang Rambut Yang Anda Tidak Pernah Ketahui | Pasti anda pernah mendengar bahawa ramai bercakap jangan mengikat rambut ketika rambut basah kerana takut nanti rambut akan berbuah. Tanpa usul periksa, anda terus menganggap apa yang dikatakannya itu fakta.
Tetapi anda perlu tahu bahawa tidak semua informasi itu benar. Jadi di sini kami inginkan kongsikan yang mana fakta dan yang mana satu mitos

Perapi rambut boleh memperbaiki rambut bercabang
  • MITOS - Tidak kiralah seberapa banyak iklan perapi yang mengaku boleh memperbaiki rambut bercabang, kenyataannya tidak sedemikian. Perapi sememangnya boleh memperbaiki rambut bercabang, namun hujung rambut yang telah bercabang tetap ada. Cara untuk menyingkirkan hujung rambut bercabang adalah memotongnya secara teratur setiap empat hingga enam minggu. 
Jangan tidur dengan rambut basah kerana kurap akan tumbuh
  • MITOS - Anda sebenarnya boleh tidur dengan rambut basah tanpa risau kurap atau bakteria akan tumbuh di kulit kepala. Kulit kepala tidak akan didatangi kurap atau sebarang bakteria sekiranya anda rajin merawat dan menjaga kulit kepala agar sentiasa bersih. 
Rambut akan tumbuh lebat dengan bersikat 100 kali sehari
  • MITOS - Fikirkan semula tentang perkara ini. Bagaimana hanya dengan bersikat rambut 100 kali sehari boleh menumbuhkan rambut? Bersikat secara berlebihan sebenarnya boleh merosakkan kulit kepala, apa lagi jika kamu menggunakan sikat yang salah. 
Berkongsi sikat boleh menyebarkan penyakit
  • FAKTA - Setiap orang harus punya sikatnya tersendiri. Sejumlah parasit seperti kutu boleh hidup pada sikat dan ia dengan mudah akan menular dari satu kepala ke kepala yang lain. 
Lebih banyak bersyampu membuatkan rambut akan lebih bersih
  • MITOS - Tidak kisahlah seberapa banyak syampu yang anda gunakan, asalkan ia telah membersihkan keseluruhan rambut hasilnya akan sama sahaja. Jangan membazir syampu dan gunakanlah dengan jumlah yang secukupnya. 
Makanan mempengaruhi kualiti dan kesihatan rambut
  • FAKTA - Apa yang anda makan memiliki kesan terhadap kualiti dan kesihatan rambut. Pola makan yang seimbang ditambah pula dengan suplemen multivitamin akan membuatkan rambut anda tumbuh lebih sihat dan bersinar. 
Mengikat rambut dengan tegang dan ketat boleh menyebabkan kebotakan
  • FAKTA - Mengikat rambut tegang atau tertarik boleh menyebabkan Alopecia. Situasi ini terjadi apabila anda sering mengikat rambut secara ketat tanpa membiarkan rambut berehat. Alopeciamemang boleh mengakibatkan rambut gugur dan kebotakan.

Ada penglibatan politik ‘luar biasa’ di Lahad Datu- bekas Jeneral ATM

Posted: 01 Apr 2013 06:31 PM PDT

 KUALA LUMPUR 31 Mac: Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein membayangkan wujud penglibatan politik luar biasa dalam operasi pasukan keselamatan dalam menangani pencerobahan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN tengah hari tadi, beliau berkata, ada sesuatu yang tidak kena dalam cara kerajaan menangani konflik itu.

"Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan profesion tentera, saya lihat peristiwa di Lahad Datu membayangkan ada penglibatan politik yang luar biasa dalam operasi yang sedang dijalankan,"

"Pertama, kita ada panglima (ATM) di Sabah, ada dua markas tentera di sana. Jadi kalau kita lihat dari segi 'Command and Control', tugasan (di Lahad Datu) patut diserah kepada mereka.

"Ini kerana mereka lebih arif dengan keadaan tanah, jalan dan kawasan yang mungkin terdedah kepada ancaman," katanya.

Namun, Md Hashim berkata, pasukan yang dikerah pada peringkat awal di sana kebanyakannya dari semenanjung Malaysia.

"Pada awalnya di Kampung Tanduo, unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Semenanjung yang ditugaskan," katanya lagi.

Tambahan pula, bilangan penceroboh yang masuk ke Lahad Datu tidaklah terlalu ramai dan pasukan keselamatan yang sudah ada di sana sepatutnya dapat menghadapinya.

"Kenapa kita tugaskan pemerintahan tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM untuk pergi ke sana?

"(Jadi) inilah yang saya lihat tidak kena (dalam cara kerajaan tangani insiden Lahad Datu)," katanya lagi.

Menurut Bernama, sehingga kini, jumlah pengganas Sulu yang ditembak mati adalah 67, manakala jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berjumlah 111 orang

Kerana Takbur, Telur Mahathir Kini Diuji Di Gelang Patah

Posted: 01 Apr 2013 06:28 PM PDT

Pertarungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk meneruskan survival politik di Johor semakin sengit apabila veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melawannya di Gelang Patah.

"Saya yakin tiada pihak akan kata 'Tidak' .... lagipun beliau lebih berkuasa dengan berselindung 'dibalik tabir' apabila sama sibuk semasa menjadi perdana menteri selama 22 tahun lalu dengan kenyataan-kenyataan hariannya kepada pemimpin Umno dan BN," kata Kit Siang ketika berucap di Taman Molek, Johor Jaya, di sini.

Jelas Ketua Parlimen DAP itu lagi, dengan bertanding di Gelang Patah juga, kedua-dua seteru politik itu bakal membuktikan "siapa yang akan terkubur" apabila mempertaruhkan nasib mereka kepada pengundi di kawasan yang menjadi milik BN sejak sekian lama.

Menurut Kit Siang lagi, beliau berani meninggalkan kerusi Ipoh Timor yang ditandinginya dan memiliki kedudukan selesa berbanding untung nasib yang belum diketahui di Gelang Patah, serta mempersoalkan keberanian Dr Mahathir untuk melakukan tindakan sama dengan bertanding menentangnya di kerusi yang kini menjadi milik Tan Ah Heng, yang merupakan Ketua Wanita MCA Johor.

"Saya menjemput Dr Mahathir untuk bertanding di Gelang Patah dan biarkan pengundi menentukan hayat politik siapa akan berakhir, sama ada kuburkan saya atau beliau.

"Saya bersedia menyerahkan nasib kepada penduduk Gelang Patah yang memiliki 53 peratus pengundi Cina, 33 peratus Melayu, dan 12 peratus pengundi India," tegasnya.

Gelang Patah menjadi perhatian apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kit Siang akan bertanding di kawasan berkenaan, sekaligus menamatkan konflik perebutan kerusi berkenaan antara Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau, dan Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Chua Jui Meng.

"Adakah Dr Mahathir sedia menyerahkan hayat politiknya kepada pengundi Gelang Patah,?" soal Kit Siang dalam ucapannya.

Gelang Patah yang dimenangi parti komponen BN daripada MCA menunjukkan majoriti besar apabila menewaskan calon PKR dalam Pilihan Raya 2008, 9,000 undi.

"Meninggalkan Ipoh Timor yang saya menangi dengan majoriti 21,000 undi pada PRU 2008 untuk Gelang Patah, saya diibaratkan 'menggantung diri'.

"Berdasarkan sejarah Gelang Patah yang sering memihak kepada BN, Dr Mahathir seharusnya akan menang selesa dengan majoriti besar," kata Kit Siang.

"Saya tunggu Mahathir di Gelang Patah."


Dr Mahathir malam tadi menyeru rakyat Johor untuk menamatkan karier politik Kit Siang di Gelang Patah dalam Pilihan Raya 2013 dalam rangka untuk membantu BN mempertahankan kubu kuat mereka daripada kemaraan pembangkang.

"Sekarang ni Lim Kit Siang nak datang ke Johor, mudahlah, boleh menang bila-bila jam. Orang Johor mesti ganyang dia habis-habis ... biar itu jadi hari terakhir dia dalam bidang politik," kata Dr Mahathir dihadapan ribuan orang di projek perumahan rakyat anjuran Umno Pulai di luar Hospital Pulai di sini.

Kedatangan beliau di sini selepas ceramah Pekatan Rakyat (PR) hampir setiap malam dan yakin akan menang beberapa kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri kelahiran Umno itu.

Bekas presiden Umno dan pengerusi BN itu mengkhususkan kepada Kit Siang, musuh politiknya semenjak beliau masih perdana menteri bermula 1982, sehingga bersara pada 2003.

"Kalau dia nak bertanding di Penang, Melaka kita faham, tapi nak serang kubu Umno di Johor ini perbuatan bodoh, tak masuk akal," Dr Mahathir memperlekehkan Lim, pemimpin veteran DAP yang merupakan anak kelahiran Johor.

Beliau mengatakan pemimpin DAP itu seharusnya memikirkan persaraannya oleh kerana sudah lama berada dalam politik dan partinya sering bercakap soal perubahan.


Panas!! Bas Jelajah Merdeka Rakyat Terbakar..

Posted: 01 Apr 2013 06:17 PM PDT

Admin apabila di beritakan perkara ini agak terkejutlah juga,tapi bila dilihat yang mempostingkan berita ini adalah macai-macai Umno,Admin rasa sesuatu yang tak boleh di percayai,maklumlah nama pun macai-macai Umno,kalau tak fitnah atau pembohong bukanlah Umno.

Hina penganut Hindu, Zul Nordin buat kenyataan ketika masih JAHIL bersama PAS!

Posted: 01 Apr 2013 05:15 PM PDT

KUALA SELANGOR 1 April - "Rakaman itu dibuat 12 tahun lalu. Ia tidak ada kaitan dengan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia)." Demikian ulasan Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin berhubung penyebaran rakaman video yang memaparkan kononnya beliau memberi komen negatif terhadap penganut agama Hindu. Menurut beliau, rakaman itu tidak ada kaitan dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dianggotainya sekarang kerana ia dibuat 12 tahun lalu. "Mengapa pihak yang menayangkan rakaman video itu tidak memaparkan lokasi dan penonton ceramah tersebut, sedangkan saya berceramah lebih lima minit dan diadakan di markas parti Pas dan penontonnya ahli Pas sendiri, bukannya ahli Perkasa. "Saya ingin memberi amaran kepada pihak tertentu jangan terus memburukkan nama saya, kelak segala rahsia buruk mereka akan terbongkar dan mereka tidak boleh menunjuk muka kepada masyarakat lagi," katanya ketika menyampaikan ceramah, di Kampung Permatang, di sini malam tadi. Beliau berkata demikian bagi mengulas rakaman video bertajuk "Zulkifli Nordin (Perkasa) menghina agama Hindu" yang dimuat naik di laman YouTube beberapa hari lalu. Zulkifli menyifatkan usaha menyebarkan video tersebut sebagai taktik pihak yang bankrap idea serta mahu memburukkan namanya. - UTUSAN

Aksi Ranjang Remy Ishak Dan Diana Danielle

Posted: 01 Apr 2013 03:00 PM PDT

Jika sebelum ini aksi 'panas' antara pelakon comel, Nora Danish dan Rushdi Ramli mendapat kritikan hebat daripada peminat diluar sana, terbaru adegan 'ranjang' yang melibatkan aktres jelita, Diana Danielle dan Remy Ishak pula mendapat perhatian segelintir peminat filem.Pada 29 Mac lalu, pihak Grand Brilliance telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan aksi 'mesra' pelakon utama filem terbaru mereka yang berjudul "Sembunyi : Amukan Azazil," di mana secara umumnya video berdurasi 1:07 itu telah di potong dan tidak ditayangkan kepada tontonan umum di pawagam.Namun begitu, sejak video ini di muat naik di laman YouTube, ramai pihak telah megkritik adegan yang ditojolkan oleh Diana Danielle dan Remy Ishak, sehingga ada individu yang mendakwa adegan ini sengaja dipertontonkan untuk meraih perhatian penonton.

Zaquan Adha Dapat Anak Sulong Lelaki

Posted: 01 Apr 2013 01:30 PM PDT

Tanggal 29 Mac menjadikan kehidupan pasangan suami isteri, Ayu Raudhah dan Zaquan Adha lebih bermakna dengan kelahiran putera pertama meraka pada jam 2.17 petang tadi
Berita ini telah dikongsi oleh Zaquan Adha menerusi akaun Twitternya. Ayu Raudhah telah melahirkan putera sulungnya ini di Hospital Columbia Asia di Johor.

Pelakon Jelita Watie Mahu Anak Lagi

Posted: 01 Apr 2013 12:00 PM PDT

"Tak ada, memang tak ada. Kami teringin ada anak kecil tetapi setakat ni rezeki untuk hamil belum datang. Sampai masanya, InsyaAllah, ada rezeki kami untuk menambah bilangan ahli keluarga", kata Watie kepada Utusan.
Wati yang kini bahagia bersama Joey sejak mendirikan rumah tangga dua tahun lalu, turut memberitahu hubungan Joey dengan anak lelakinya, Afiq juga sangat mesra dan dilayan baik oleh Joey seperti anak sendiri.

Erry Putra Bercinta Dengan Janda?

Posted: 01 Apr 2013 10:30 AM PDT

Menurutnya, beliau mengakui sedang berkawan dengan seseorang namun perhubungan mereka berdua bukanlah sampai ke tahap bercinta.
"Tak mungkinlah saya bercinta dengan dia sebab saya anggap dia macam kakak. Janganlah disebabkan saya sering keluar dengan dia maka orang boleh gosipkan saya dengan mudah. Saya tak ambil hati pun kalau orang nak gosip-gosip sebab saya tahu itu sekadar usik-usik manja sahaja", katanya.
Dalam perkembangan terbaru, Erry bakal keluar dengan single terbaru berjudul Tapi Aku Cinta (Walau Lebih Tua). Namun tajuk lagunya itu dikatakan cuba memerli teman-teman artis yang terlibat.
"Saya bukan bermaksud untuk perli sesiapa pun. Itu cuma sekadar lagu. Memang tajuk itu kedengaran seperti mengata orang tapi saya tak buat begitu. Kalau ada yang terasa saya minta maaf. Namun jujurnya saya tak ada niat mengata orang apalagi kawan-kawan artis," ujarnya.

Wanita Ini Mahu Upah RM150 Jika Peluk Beliau

Posted: 01 Apr 2013 09:18 AM PDT

Demi mendapat pelukan dari sekumpulan orang asing, seorang perempuan bernama Janeen Sonsie rela membayar 35 dolar Australia atau sekitar Rm150 Demikian diberitakan Sydney Morning Herald, Minggu (9/9/2012).

"Ada tiga lelaki yang mengurut saya dan sungguh menyenangkan," kata perempuan berusia 50-an tahun ini yang bekerja sebagai perunding jualan dan jurulatih perniagaan. Awalnya, ia mengaku ketakutan saat tiba namun kemudian senang kerana semua orang yang bekerja sangat menghargai satu sama lain.
Perniagaan pesta saling berpelukan ini sudah menjadi fenomena baru. Sonsie adalah satu dari 20 orang yang menghadirinya.
Tak ada hubungan seks dan hanya dibenarkan memeluk, mengurut, satu sama lain.
Perniagaan ini dibuat oleh lembaga penasihat hubungan asmara asal Amerika Syarikat (AS). Pesta pertama dilakukan di New York tahun 2004. Dua tahun kemudian, cabangnya dibuka di Melbourne, Australia, namun ditutup kerana pengasasnya sakit.
 

Macam-macam ada...main depan ada,main belakang ada..main sendiri pun ada..itulah PKR

Posted: 01 Apr 2013 08:36 AM PDT

Memang tak faham aku dengan PKR ni..yang terang-terangan buat onar takde diambil tindakan,namun yang sikit buat onar..perghh cepat benar jatuhkan hukuman.Bukanlah aku nak sokong dengan tindakan mamat ni..tapi nampak benar ketidakadilannya.Orang bawahan confirm SALAH.Tu baru sedikit je yang kita ketahui. Nampak di sini bahawa demi kepentingan individu tertentu sanggup sembunyikan fakta dan mengatakan ianya satu konspirasi politik.

teresakok KURANG AJAR, SENGAJA CETUSKAN PERMUSUHAN!

Posted: 01 Apr 2013 08:30 AM PDT

Lihat gambar di atas, inikah contoh seorang YB yang diangkat oleh rakyat menjadi pemimpin mereka? Jadi pemimpin tapi perangai macam budak terencat akal si Teresa Kok nie. Walaupun berbeza parti politik hormat antara satu sama lain itu perlu.

Memang dasar Cina DAP yang biadap dan kurang ajar. Tak pernah nak hormat hak antara sesama manusia. Pada pencacai pakatan pada mereka berasa bangga kerana Teresa Kok berani buat isyarat begini bersama pemimpin BN. GR tak heran pun sebab rakyat Seputeh sendiri dah MELUDAH YB nie sebab dia seorang PEMALAS.

Ini bukan GR yang kata yer...YB Teresa Kok nie sendiri yang mengaku. Lepas tu naik di FB gambarnya dikutuknya Transformasi Kerajaan. Dasar komunis memang macam tu, tak pernah nak hormat orang tapi orang kena hormat dia.

Terkini!!!M. Kulasegaran Perang Besar dengan Penyelarasnya, R.K Muthu???

Posted: 01 Apr 2013 07:23 AM PDT

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran berperang besar dengan Penyelarasnya, R.K Muthu apabila mereka saling tuduh menuduh dalam sidang media yang diadakan berasingan hari ini.
Bertempat di Pusat Perkhidmatan DUN Kepayang berlangsungnya sidang media kedua-dua mereka secara berasingan dengan ditemani penyokong masing-masing dalam suasana tegang. Kula membuat sidang media di dalam pejabat manakala R.K Muthu di perkarangan pejabat yang sama.
Semalam, kedua-dua mereka membuat laporan polis berhubung dakwaan ugutan bunuh.
Kula dalam sidang medianya berkata, beliau tidak mahu lagi menerima R.K Muthu dalam kepimpinan DAP kerana mendakwa tidak menjalankan tugas yang diberikan dengan baik.
Beliau mendakwa, para penyokongnya juga sebulat suara tidak mahu meneruskan lagi perkhidmatan R.K Muthu sebagai penyelarasnya.
Sehubungan itu, Kula enggan mengulas lanjut kerana menganggap R.K Muthu sebagai 'orang luar' dan mahu memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang bakal menjelang.

Ketua Cawangan Dap DI Pukul Di Johor !!!

Posted: 01 Apr 2013 07:21 AM PDT

Budaya samseng memang tidak boleh dipisahkan dari dasar perjuangan pakatan pembangkang. Umpama aur dengan tebing, saling perlu memerlukan.  
Mereka hebat bila berkata-kata tapi hancur dari segi pelaksanaan. Perjuangan yang kononnya atas konsep Malaysian Malaysia, sama rasa sama rata hanyalah retorik politik semata.  
Kesamsengan parti pembangkang seperti Dap dizahirkan baru-baru ini apabila mengupah kongsi gelap untuk memukul dan mencederakan bekas ahli Dap Taman Nesa malam semalam, Murugan A Kaliappan dan Thulasi Das Visuvalingam.  
Cerita bermula apabila mereka tidak puas hati dengan cara Dap Johor mengendalikan mesyuarat. Menurut mereka mesyuarat Dap dijalankan dalam bahasa cina yang tidak difahami oleh ahli yang berketurunan India.

PANASS!! KEDIAMAN RAMSI PM DI'SERANG' MAHASISWA!!

Posted: 01 Apr 2013 07:19 AM PDT

Polis menahan tiga mahasiswa berusia 20-an di depan kediaman rasmi Perdana Menteri di sini lewat petang tadi selepas didapati sengaja menimbulkan masalah dan mengganggu ketenteraman awam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Superintenden Mak Pak Chuai berkata mahasiswa berkenaan, yang mengetuai kira-kira 100 pelajar lain, cuba menghantar memorandum berhubung isu pendidikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Mereka semua datang kira-kira jam 6 petang, kononnya untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri mengenai isu pendidikan. Kita beri peluang mahasiswa terbabit berucap selama 10 minit tanpa menggunakan mikrofon, tetapi mereka berdegil dan tetap meneruskan ucapan menggunakan mikrofon.
"Suasana itu mengganggu ketenteraman awam menyebabkan kita terpaksa mengambil tindakan menahan tiga mahasiswa berkenaan kira-kira sejam kemudian bagi tujuan soal siasat," katanya sambil menambah kumpulan pelajar itu bersurai pada kira-kira 7.30 malam selepas diarah polis.
Beliau berkata kumpulan itu juga melaung pelbagai tuntutan, termasuk penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma di depan kediaman rasmi Perdana Menteri.

HOT - SAYA BUKAN BOGEL. Cuma..

Posted: 01 Apr 2013 06:40 AM PDT



"Saya bukan berbogel, tetapi jika ada pihak yang tersinggung cara pemakaian saya di Anugerah Blockbuster, Sabtu lalu, saya mohon maaf," kata pelakon, Nabila Huda Suhaimi, 27, mengulas isu pemakaiannya yang didakwa menyinggung perasaan segelintir masyarakat di negara ini.

Nabila dihubungi petang semalam menambah, dia tidak pernah menyangka gaun hitam rekaan Alia Bastaman, mendedahkan sebahagian bahu dan perutnya yang digayakan sewaktu menghadiri Anugerah Blockbucter anjuran Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan disiarkan di Astro Ria malam minggu lalu, menjadi berita hangat.

"Saya dipilih sebagai seorang penyampai trofi pada acara berkenaan dan untuk itu saya mendapatkan tajaan pakaian di saat akhir daripada Alia Bastaman. Tema malam itu adalah 'letusan warna blok', tetapi saya akhirnya memilih memakai gaun itu kerana ada beberapa koleksi pakaian Alia yang saya tidak sesuai dari segi saiz.

"Saya sedar ia sedikit terbuka pada bahagian bahu, perut dan terbelah di kaki namun, kerana saya menghormati penonton ketika ditugaskan menjadi penyampai saya menutup bahagian perut dengan 'tube' hitam.

"Terus-terang saya tidak menyangka hal ini menjadi isu kerana saya fikir ramai sedia maklum saya memang berani mencuba fesyen. Apapun saya sekali lagi memohon maaf dan berharap dapat memperbaiki penampilan saya pada masa akan datang
 

Kecoh Gambar-Gambar Iras Neelofa Tanpa Seurat Benang Tersebar Di #Facebook.

Posted: 01 Apr 2013 06:36 AM PDT



Ketika ini di dalam beberapa blog kecoh mengenai gambar yang dikatakan iras pelakon dan pengacara Nona, Neelofa dikatakan telah bergambar tanpa seurat benang.

Dari mana gambar berkenaan diperoleh pun tidak tahu kerana gambar itu tidak mempunyai apa-apa tulisan ataupun watermark pemilik asal gambar berkenaan.

Yang ada hanyalah watermark blog yang memuat-naik gambar berkenaan.

Jika dilihat, nampak seperti Neelofa sedang menjalani photoshoot.

Sejauh mana kesahihan dia bergambar bogel tidak dapat pula dipastikan kerana rata-rata gambar berkenaan diambil sehingga paras dada saja.

Malah jika diamati, takut pulak gambar ini sebenarnya bukan milik Neelofa.

Ia berikutan terdapat beberapa komen yang mendakwa gambar itu adalah kepunyaan artis daripada Hong Kong.

GRO Lori Balak Di Kelantan. 'Serambi Mekah' Apa Lagu Ni.

Posted: 01 Apr 2013 06:35 AM PDT


Difahamkan, taktik itu mendapat sambutan sehingga restoran terbabit menyediakan satu dewan besar dan dua bilik kecil di bahagian belakang khusus pelanggan singgah berkaraoke sambil berhibur.

Bagaimanapun, Jabatan Imigresen Kelantan dapat mengesan aktiviti tidak bermoral itu dan melakukan serbuan jam 10 malam, kelmarin.

Sebuah restoran dekat Tanah Putih, Gua Musang, dikesan menyediakan pusat karaoke haram dan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing sebagai umpan untuk menggoda pemandu serta kelindan lori balak yang sering singgah ketika melalui kawasan itu.

Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Mahasan Mustapa berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan lapan GRO warga Thailand dipercayai terbabit dalam kegiatan tidak bermoral.

Katanya, walaupun semua ditahan mempunyai pas lawatan sosial, pemantauan sebelum ini mendapati mereka menjadi GRO dan mendapat tip daripada pelanggan.

Fuhhhh!!! NEELOFA 'BERAKSI' DENGAN.........

Posted: 01 Apr 2013 06:34 AM PDT



Mak aihhh!! Sapalah jejaka bertuah yang dipeluk oleh Neelofa yang dipuja-puja oleh ramai jantan-jantan seluruh Malaya tu yee? Nak kata Hans Isaac, tak sama pulak muka nya beb..


Bukan sikit punya peluk tu tau.. Kalau gua lah yang Neelofa peluk macam tu.., bukan takat hidung je yang berdarah.., tapi habis semua rongga dibadan keluar darah beb..


Sebenarnya.., lelaki bertuah yang dipeluk oleh Neelofa tu ialah Mohamed Aqief yang merupakan adik beliau sendiri.. Sayang sungguh Neelofa pada adik dia tu kannn...


So korang jangan lah bersangka yang bukan-bukan pulak yee.. Biasalah kalau adik beradik beraksi macam tu bersama keluarga..


Dan kepada jantan-jantan yang angau kat Neelofa.., peluang korang masih terbuka beb selagi Hans Isaac belum masuk merisik anak dara Kelantan tu..


Bak kata pepatah anak muda.., sedangkan kapalterbang pun kena hijack, inikan pulak setakat awek orang.. Hahahahaha..

Nurul Izzah tunjuk bukti makluman pada SPR

Posted: 01 Apr 2013 06:00 AM PDT

MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyelar kenyatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang mendakwa PKR tidak pernah memaklumkan kepada suruhanjaya itu sebelum memfailkan permohonan semakan untuk membatalkan senarai lebih 4,600 pemilih yang didakwa meragukan.

Bercakap dalam sidang medianya hari ini, Nurul Izzah mengemukakan surat daripada Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Baria yang membuktikan bahawa suruhanjaya itu "mengambil maklum dan sedang meneliti" aduan berkenaan.

Petua Bagi Rambut Cepat Panjang

Posted: 01 Apr 2013 05:48 AM PDT

Petua Bagi Rambut Cepat Panjang | Inginkan rambut sihat dan cepat panjang? Kami ada cara yang boleh dikongsi bersama. Jom semak.
1. Sekiranya rambut kamu rosak atau hujungnya bercabang, segeralah merapikan bahagian yang bercabang itu dengan memotongnya kerana ini merupakan langkah awal.
2. Jangan bersyampu setiap hari. syampu boleh mengurangkan minyak semula jadi yang dihasilkan oleh rambut dan ia sangat berguna untuk zat rambut. Sekiranya kamu tidak selesa kerana rambut mudah berbau, gunakan sedikit perapi agar rambut kembali wangi.
3. gunakan produk-produk penataan rambut sesedikit mungkin. Misalnya gel, volumizer, serum, semburan rambut dan sebagainya. Penggunaan produk yang terlalu kerap boleh membuatkan rambut keras sehingga kamu terpaksa memerlukan syampu untuk membersihkannya.
4. Minimumkan penggunaan peralatan yang panas seperti pengering rambut, pengeriting rambut dan pelurus rambut.
5. Gunakan sikat rambut untuk mengurut kulit kepala setiap malam. Lakukan gerakan memutar ke seluruh kulit kepala sekitar 15 minit. Setelah itu, sikat rambut kamu secara perlahan dari pangkal rambut sehingga ke hujung. Cara ini akan menyebarkan minyak semula jadi pada pangkal rambut ke seluruh rambut hingga ke hujungnya.

KSI DI RANJANG NORA DANISH DAN RUSDI RAMLI TIMBULKAN KONTROVERSI!!

Posted: 01 Apr 2013 05:06 AM PDT

Jarang sekali kita dapat tengok aksi-aksi panas dalam cerita Melayu tempatan ni. Tapi sejak kebelakangan ni, lakonan Nora Danish yag bergandingan dengan Rusdi Rami telah menjadi bualan ramai kerana adegan panas mereka lakonkan melalui filem Mencari Cinta. Dalam treler filem ini, jelas ditampilkan satu senario di mana pelakon lelakinya, Rusdi Ramli memeluk Nora . adegan panas nora danish

TERKINI! DS @NajibRazak PILIHAN PERTAMA DAP BUKANNYA ANWAR IBRAHIM!!

Posted: 01 Apr 2013 05:05 AM PDT

Kita tentu tersenyum sinis dengan kenyataan Lim Guan Eng DAP. Beliau mendakwa bahwa mereka liberal di dalam media ketika melancarkan stesyen DAP.

TERKINIRM3.4 BILLION LESAP TANPA BERITA??

Posted: 01 Apr 2013 03:55 AM PDT



Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan berhubung pelaburan bernilai RM3.14 bilion untuk projek 'Taman Elektronik Pulau Pinang' di Kawasan Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Wuhu, China.
Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, H'ng Khoon Leng berkata projek yang dimeterai sejak Jun 2011 antara kerajaan negeri yang diwakili Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dengan Timbalan Setiausaha Daerah Wuhu, China, Pan Chaohui.
"Kita mahu tahu maklumat mengenai projek itu, tiada langsung maklumat, rakyat perlu tahu mengenai pelaburan yang dibuat, selain itu kita juga mahu tahu kemajuan projek itu setakat ini kerana ia telah dua tahun berlalu.
"Kita juga mahu tahu berapakah peratusan pelaburan yang dibuat oleh kerajaan negeri untuk projek ini," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Beliau juga sekali lagi mempersoalkan prinsip 'Cekap, Akauntabiliti dan Telus' (CAT) kerajaan negeri yang dilaung-laungkan selama ini kerana ketua menteri sendiri tidak menjiwai prinsip itu dalam pentadbirannya dan sering menyembunyikan maklumat yang perlu disebarkan kepada rakyat.
"Banyak projek-projek yang gagal dan tidak dimaklumkan kepada rakyat, kita mahukan ketelusan maklumat daripada kerajaan negeri," katanya.
H'ng menjelaskan projek 'Taman Elektronik Pulau Pinang' akan dijalankan oleh Anhui Hua Hong Investment Sdn Bhd dengan kerjasama kerajaan negeri Pulau Pinang, bertujuan supaya China dapat menghasilkan produk menggunakan teknologi canggih seperti telefon bimbit, komputer, skrin sentuh dan sistem sekuriti komputer.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin berkata sokongan padu akan diberikan kepada Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow yang menerima cabaran Lim untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Pemuda Umno akan beri sokongan padu kepada Teng dan mengalu-alukan hasratnya untuk bertanding dengan Lim di kawasan yang mempunyai komposisi kaum yang pelbagai, di situlah nanti akan terbukti siapa yang menjadi pilihan rakyat.
"Inilah masanya untuk Lim buktikan bahawa beliau tidak mengamalkan politik perkauman, sekiranya beliau enggan maka beliau sememangnya mengamalkan politik perkauman," katanya. BERNAMA
 
 

Tiada ulasan: