DUNIACACAMARBA |
- [Video-SEBARKAN] Tamrin Ghafar DEDAH Dalang Sebenar 13 Mei 1969
- [Video] Dengarlah LAGU Ini Jika Anda Ragu-ragu untuk Mengundi PAKATAN RAKYAT!
- [Gambar] Pengundi Awal Dakwa Dakwat KEKAL Boleh HILANG Dicuci dengan Sabun
- [PANAS] Pemilik Asal Gambar Bangla Kahwin Jadi Melayu dalam Poster BN Luah Rasa Tidak Puas Hati
- [PANAS] Dua Siswi Dakwa Dicabul Semasa Hadiri Program Najib
- Di Mana Lim Kit SIang Semasa Berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969?
- [Video] Bukti Visual BN Tayang Video Seks Fitnah Secara Terbuka
- SPR, Polis Buru Blogger PR, Mengapa Bekas Tentera Ini Masih Belum Didakwa?
[Video-SEBARKAN] Tamrin Ghafar DEDAH Dalang Sebenar 13 Mei 1969 Posted: 30 Apr 2013 06:23 AM PDT TOLONG kongsi di laman sosial! Keterangan Video: Dato' Mohd Tamrin b. Tun Abdul Ghafar Baba menyangkal fitnah UMNO terhadap Lim Kit Siang dan DAP sebagai dalang peristiwa Mei 13, 1969. "(Menteri Dalam Negeri ketika itu) Ghazali (Shafie) memberitahu Anwar (Ibrahim) dan saya, ketika kami berada dalam Pergerakan Pemuda UMNO, bahawa kejadian itu adalah percubaan kecil untuk merampas kuasa yang dirancang pemimpin UMNO dan Mahathir terbabit," Tunku (Abdul Rahman) telah menulis dalam kolum 'As I See It" dalam akhbar The Star dua tahun sebelum beliau meninggal dunia, bahawa kejadian itu adalah percubaan merampas kuasa yang sengaja diadakan pemimpin UMNO yang kemudiannya menyalahkan DAP dan kaum Cina. Dengar Pengakuan Tunku Abdul Rahman tentang Che Det, 13 Mei, UMNO: Berita Berkaitan: 13 Mei Angkara Dr M Mahu Rampas Kuasa Tunku - Tamrin [HD] JOHOR BAHRU: Rusuhan kaum 13 Mei berpunca dari percubaan untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Tamrin Tun Ghafar (gambar). Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, perkara tersebut diberitahu sendiri kepada beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie. "(Menteri Dalam Negeri ketika itu) Ghazali (Shafie) memberitahu Anwar (Ibrahim) dan saya, ketika kami berada dalam Pemuda Umno, bahawa kejadian itu adalah percubaan kecil untuk merampas kuasa yang dirancang pemimpin-pemimpin Umno dan Mahathir turut terlibat," kata Tamrin dalam ceramahnya di Gelang Patah malam tadi. "Tunku telah menulis dalam kolum 'As I See It" dalam akhbar The Star, dua tahun sebelum beliau meninggal dunia, bahawa kejadian itu adalah percubaan merampas kuasa yang sengaja dilakukan pemimpin-pemimpin Umno yang kemudiannya menyalahkan DAP dan Cina," katanya lagi. Pendedahan Tamrin itu sama dengan apa yang didapati oleh hasil kajian Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong tentang peristiwa berdarah 13 Mei itu. Menurut Dr Kua, peristiwa 13 Mei adalah akibat dari percubaan merampas kuasa dari Tunku yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdul Razak Hussein yang turut disokong oleh Dr Mahathir. Tamrin seterusnya menceritakan, Tunku telah mengusir Dr Mahathir dari Umno kerana menulis surat menuntut Tunku meletak jawatan selepas rusuhan itu. "Selepas Tunku berundur dan Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dia membawa Dr Mahathir masuk Umno semula dan melantiknya sebagai Menteri Pelajaran. "Perkara itu menunjukkan Razak terhutang budi kepada Dr Mahathir (kerana menuntut Tunku berundur)," kata beliau sambil menambah Lim Kit Siang tidak ada di Kuala Lumpur ketika rusuhan itu berlaku. Tamrin berkata, tindakan Umno menakut-nakutkan orang Melayu dengan peristiwa 13 Mei membuktikan parti itu begitu terdesak kini. |
[Video] Dengarlah LAGU Ini Jika Anda Ragu-ragu untuk Mengundi PAKATAN RAKYAT! Posted: 30 Apr 2013 05:30 AM PDT Kredit/Lirik: Yasin Sulaiman/ Faizal Tahir Hush Entertainment violins by Tengku Ryo bass by Kelly guitars by Faizal Tahir children vocals by Sameer, Malaika, Mikaeel Zidane & Raudhah Nur Iman bagai pasak, GUNUNG; bumi terbentang tidak goyah walau dilanda angin kencang kerana ianya bagaikan kebenaran dan kemestian bagai deras SUNGAI setelah hujan tak putus walau dibelah seribu pedang mengalir bagaikan ianya kepastian TAK KAN TERHALANG BERANI kerana aku BENAR tiada apa harus kuragukan kuberdiri TEGUH |
[Gambar] Pengundi Awal Dakwa Dakwat KEKAL Boleh HILANG Dicuci dengan Sabun Posted: 29 Apr 2013 11:00 PM PDT |
[PANAS] Pemilik Asal Gambar Bangla Kahwin Jadi Melayu dalam Poster BN Luah Rasa Tidak Puas Hati Posted: 29 Apr 2013 09:30 PM PDT Kata pemilik gambar di akaun FBnya: Gamba pengantin ini saya ambil pada 15 may 2007..... menguna gambar ini di luar pengatahuan saya....gamba isteri telah ditukar... tak kira lah sape pon yng buat... INI KERJA TAK ELOK dan TAK BERTANGGUNG JAWAB Tindakan pihak terdesak ini memang tidak bertanggungjawab. Rata-rata pemberi komen mencadangkan pemilik gambar agar mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit. Tepuk dada tanya selera! Poster kempen BN yang turut memaparkan gambar calon BN di Putrajaya Tengku Adnan ini mula heboh diperkatakan di laman sosial sejak semalam. Ada dua isu yang diperkatakan sebelum timbul isu hak milik di atas, iaitu: BERSYUKUR KEPADA BN ORANG BANGLA BERTUKAR MENJADI MELAYU Sudahlah menggunakan gambar orang tanpa meminta izin, kemudian menggambarkan pula orang Bangla bertukar menjadi Melayu selepas berkahwin. Selepas itu, mesej poster itu meminta rakyat Malaysia bersyukur kepada BN seolah-olah segala macam rezeki datang daripada BN bukannya daripada Allah. Mengucap panjanglah kalau terdesak sangat pun! Betullah kata Faizal Tahir: Kah kah kah! TUMBANGKAN BN & UMNO DEMI BANGSA & AGAMA! |
[PANAS] Dua Siswi Dakwa Dicabul Semasa Hadiri Program Najib Posted: 29 Apr 2013 08:22 PM PDT [MK] Dua mahasiswa 19 tahun dari Kolej Universiti Selatan mendakwa mereka dicabul secara seksual oleh beberapa orang penyokong BN semasa majlis yang dihadiri perdana menteri kerajaan sementara Datuk Seri Najib Razak semalam. Enggan nama mereka disebut, kedua-dua mahasiswa itu, hadir dengan dua lagi rakannya bagi menceritakan kembali peristiwa itu kepada Malaysiakini ketika ditemui di Johor Bahru hari ini. Najib hadir ke kolej itu di Skudai, Johor bagi merasmikan majlis pecah tanah untuk kampus barunya manakala dua gadis itu ditugaskan sebagai wanita pengiring bagi menyerahkan pen supaya perdana menteri dapat menandatangani plak. "Majlis itu diadakan atas sebuah platform di padang. Kami pakai cheongsam. "Bersama pelajar lain yang memakai pakaian tradisional masyarakat masing-masing, kami mengiring Najib ke dewan universiti selepas majlis pecah tanah itu," cerita gadis pertama, yang mahu dikenali sebagai 'X'. Bagaimanapun, selepas Najib dan jurugambar media naik ke pentas, sekumpulan penyokong terdiri daripada lelaki muda berpakaian biri BN juga terasak ke pentas. Katanya, beliau dan rakannya - yang kami rujuk sebagai 'Y', juga berada di atas pentas tetapi tertolak daripada Najib oleh penyokong yang mengelilinginya. Penyokong-penyokong yang kasar itu kemudian bersama-sama memasuki kampus, dengan Najib menaiki motosikal mereka. "Tempat itu sungguh padat. Kami malah tak dapat dekati perdana menteri untuk menyerahkan pen kepadanya, jadi kami serahkan kepada pembantunya. "Kemudian ada seseorang sentuh punggung saya. Saya beritahu dia (Y) 'seseorang sedang sentuh saya'...," katanya. |
Di Mana Lim Kit SIang Semasa Berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969? Posted: 29 Apr 2013 07:53 PM PDT [HD] JOHOR BAHRU: Walaupun berkali-kali Lim Kit Siang menegaskan beliau tidak ada di Lembah Kelang ketika tercetusnya peristiwa 13 Mei, namun Umno tetap menyebarkan fitnah menuduh beliau menjadi perancang tragedi berdarah tahun 1969 itu. Dalam usaha terdesak berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini, pelbagai risalah fitnah berhubung tragedi berdarah itu disebar termasuk di pasar malam di Taman Universiti, Skudai dengan mengaitkan penasihat DAP itu. Di Tanjung Piai pula, jentera DAP menemui risalah bertajuk 'DAP Rasis' yang yang dilaporkan turut diedar di kampung-kampung Melayu. Apa yang menarik, risalah yang diedarkan di Skudai memuatkan satu wawancara akhbar milik Umno Mingguan Malaysia dengan bekas Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Noordin Abdul Razak yang mendakwa beliau melihat Lim bersama penunjuk perasaan anti-Melayu semasa insiden tersebut. Dakwaan itu bertentangan dengan penjelasan Lim. Menurut Penasihat DAP itu, beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969. "Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad)," kata Lim. Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, beliau pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan terima kasih kepada pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum terima kasih kepada pengundi pada sebelah malamnya. Kedua-dua acara itu katanya telah berlangsung secara aman. "Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum berterimakasih kepada pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung. "Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur," kata Lim. Beliau juga memberitahu, dalam ucapan pertamanya di Parlimen pada 23 Februari 1971 setelah beliau dibebaskan daripada tahanan ISA pertamanya, serta selepas Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 1971, beliau telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen ditubuhkan. "Saya meminta suruhanjaya ini yang keahliannya termasuk wakil-wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing, untuk antara lain, 'mengenal pasti punca rusuhan Mei 13' dan 'membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13 di masa depan, dan menghentikan masalah polarisai kaum di Malaysia'," kata Lim. |
[Video] Bukti Visual BN Tayang Video Seks Fitnah Secara Terbuka Posted: 29 Apr 2013 06:30 PM PDT Baca lanjut di sini. Berkaitan: Apa kata bekas KPN? [KD] Bekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan berkata, tindakan mengedar dan menayang video lucah di khalayak terbuka sebagai kempen politik boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan. "Tak boleh jual, tak boleh edar. Kalau ditunjukkan di khalayak ramai, di hadapan kanak-kanak dan sebagainya, ini satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara, hari ini. Beliau mengulas tindakan menayang video lucah dalam satu program ceramah BN yang dipercayai diadakan di sebuah negeri di pantai timur, minggu lalu. Program ceramah tersebut dimulakan dengan ucapan menghentam pucuk pimpinan PAS, sebelum rakaman klip video seks itu ditayang kepada orang ramai, termasuk kanak-kanak. Manakala di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, di Pandan ada pihak tidak bertanggungjawab mengedar VCD seks fitnah yang mencemarkan pemimpin Pakatan Rakyat tertentu. "Ia adalah kesalahan di bawah undang-undang jenayah. Kempen begini tak sepatutnya berlaku," tegas Musa. Dalam pada itu, Musa yang kini Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat berpesan agar institusi polis bersikap neutral ketika berhadapan dengan pelbagai pihak sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13. "Polis tak boleh benarkan parti politik ceramah bersebelahan. Polis mesti bersikap neutral. Saya nasihatkan mereka berlaku adil. Jangan menyebelahi mana-mana pihak. "Perkara ini sendiri disebut oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar). Semua orang kena cool head (bertenang). Jangan mulakan provokasi," kata Musa. Beliau turut menyelar pihak yang menggunakan taktik perkauman untuk memancing undi. "Rakyat kini sudah matang. Mereka tak mahu huru-hara. Ekonomi negara akan mundur 10 tahun dan perkara itu sesiapa pun tak mahu. Kena saling hormat masyarakat Malaysia yang berbilang kaum," kata Musa. Persoalannya: Bila polis dan SPR akan bertindak??? |
SPR, Polis Buru Blogger PR, Mengapa Bekas Tentera Ini Masih Belum Didakwa? Posted: 29 Apr 2013 04:14 PM PDT Panik? Polis akan menyiasat blogger PR yang mendedahkan kertas undi serta mempersoal ketelusan pengundian awal, pengundian secara pos yang dilakukan baru-baru ini. Baca di sini. Selain pengundian awal yang didakwa dibuat tanpa pemantauan pihak yang sepatutnya dan dijalankan sebelum tarikh yang ditetapkan, orang ramai juga mempersoal kertas undi tersebut yang mempunyai nombor siri yang membolehkan pihak tertentu mengesan identiti pengundi. Jika SPR begitu bertegas dalam soal tadi, mengapa mereka tidak mendakwa bekas tentera yang mengaku mengundi untuk rakan-rakannya yang lain? Pendedahan ini sudah dibuat sejak sekian lama. P/s: Bila pula polis akan menyiasat blogger UMNO yang memfitnah sesuka hati, memaki hamun sesuka hati, mencarut sesuka hati, dan menyiarkan gambar atau video lucah sesuka hati? Mungkin selepas 5 Mei nanti baru mereka nampak jalan untuk berbuat demikian! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan