DUNIACACAMARBA |
- [Video] Najib Gelabah Sampai Tersalah Sebut Tahun Ketika Umum Bubar Parlimen??
- Isteri Terkejut Lihat Suami Peluk Janda Anak 6 Dalam Keadaan....
- [PANAS] Najib Menghadap Agong, Berucap Secara Langsung 11.30 Pagi Ini, BUBAR???
[Video] Najib Gelabah Sampai Tersalah Sebut Tahun Ketika Umum Bubar Parlimen?? Posted: 03 Apr 2013 06:14 AM PDT [HD] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen jam 11.35 pagi ini, 3 April 2013, tepat empat tahun selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Sehubungan itu, beliau meminta semua ketua-ketua kerajaan negeri menghadap ketua-ketua negeri masing-masing untuk membubarkan DUN di setiap negeri selain Negeri Sembilan yang terbubar dengan sendiri. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin mengiringi beliau ketika membuat pengumuman itu. Dalam ucapannya, Najib berjanji sebagai pemimpin kerajaan yang ada, akan memastikan jika berlaku peralihan kuasa, ia akan berlaku dalam keadaan aman selepas pilihan raya umum nanti. Beliau juga memberikan jaminan keselamatan untuk semua rakyat yang akan keluar mengundi di kawasan zon keselamatan di Lahad Datu. Dengan pembubaran ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa 60 hari untuk menentukan tarikh pengundian dan penamaan calon. Pagi tadi Najib telah menghadap Yang Dipertuan Agung untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan Dewan Rakyat. P/s: Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini dalam keadaan sedih dan dukacita. Apakah yang sebenarnya berlaku? Mengapa tidak ada keceriaan langsung sedangkan membubarkan Parlimen itu wajar menjadi suatu kepuasan? Adakah najib sudah bersedia menjadi Ketua Pembangkang? | ||
Isteri Terkejut Lihat Suami Peluk Janda Anak 6 Dalam Keadaan.... Posted: 02 Apr 2013 11:27 PM PDT [SH] ALOR GAJAH - Seorang isteri tergamam apabila menyaksikan suaminya tidur berpelukan dengan seorang janda beranak enam dalam kejadian kira-kira 11.40 pagi semalam. Dalam kejadian itu, pasangan terbabit ditemui dalam keadaan bertelanjang bulat dalam sebuah bilik di rumah ibu lelaki berkenaan di Kampung Ayer Paabas, dekat sini. Wanita berusia 60 tahun itu mendakwa suaminya yang sudah bercucu itu kerap tidur bersama pasangannya di rumah berkenaan. Sumber berkata, isteri yang berada di hospital melawat ibu mertuanya berusia 87 tahun berasa tidak sedap hati sebelum pulang menjenguk ke rumah ibu mertuanya itu. "Setibanya di rumah kira-kira jam 10 pagi, dia terkejut terdengar dengkuran kuat suaminya dari arah salah satu bilik. "Berang melihat perbuatan jijik suaminya itu, si isteri bertindak melaporkan kejadian kepada pegawai syarak kampung berkenaan sebelum tindakan diambil," katanya. Bertindak atas maklumat, Pegawai Syarak merangkap Imam (1) Kampung Ayer Paabas, Sahri Abu Samah bersama penduduk kampung membuat pemeriksaan ke atas rumah disyaki. "Walau bagaimanapun salam dan ketukan di rumah itu tidak berjawab kira-kira 10 minit sebelum imam serta penduduk bertindak masuk melalui pintu yang tidak berkunci. "Pasangan terbabit terkejut dengan kehadiran penduduk kampung dan mengaku bukan pasangan suami isteri selain mendakwa bermalam di rumah itu akibat keletihan," katanya. Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani ketika dihubungi mengesahkan pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah sebelum kes dirujuk Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Negeri untuk tindakan lanjut. P/s: Nafsu tidak mengira orang, tempat, usia, status.... | ||
[PANAS] Najib Menghadap Agong, Berucap Secara Langsung 11.30 Pagi Ini, BUBAR??? Posted: 02 Apr 2013 07:12 PM PDT
Media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bergerak keluar dari Istana Negara kira-kira jam 9.10 pagi tadi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Najib turut dilaporkan akan berucap secara langsung pada kaca televisyen pada jam 11.30 pagi ini. BUBAR??? Kemas Kini: Sah, Najib mengumumkan pembubaran Parlimen pada pukul 11.35 pagi tadi. PRU13 akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan