Selasa, 23 April 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar & Video] Bukti Rakyat & Sami Buddha Lakukan Pembersihan Etnik di Myanmar

Posted: 23 Apr 2013 06:30 AM PDT







Polis hanya memerhati tanpa menghalang perlakuan kejam ini. Tidak hairanlah pemerhati antarabangsa melabelkan pembunuhan di Myanmar sebagai pembersihan etnik secara besar-besaran.

Selamatkanlah Muslim di Myanmar.

Baca di sini.




[PANAS] Bahana Pilih Zul Nordin Jadi Calon Sudah Mula Menjelma...

Posted: 23 Apr 2013 04:49 AM PDT



Selepas Dicium India, 104 Ahli MIC Shah Alam Keluar Parti

[HD] KUALA LUMPUR:Selepas media BN menyiarkan gambar seorang lelaki India mencium calon BN Shah Alam, Zulkifli Nordin, Naib pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 pengikutnya keluar meninggalkan MIC.

(Seorang India berpakaian BN mencium Zulkifli Nordin. Kesannya, Naib Pengerusi MIC Shah Alam bersama 104 pengikutnya keluar MIC)

Ia dibuat sebagai tanda bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana meletakkan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam.

Perkembangan terbaru ini memberi tamparan hebat kepada BN terutamanya dalam misi untuk merampas negeri Selangor dan pemimpin utama MIC S Vell Paari juga pernah memberikan amaran sama sebelum ini, lapor The Malaysian Insider.

"Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti... seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama," kata Supayah apabila dihubungi laman itu.

Supayah yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MIC Shah Alam sejak 2009 juga memberikan tiga alasan mengambil langkah keluar parti, salah satu sebab utamanya adalah kerana faktor pengumuman

Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam.

"Sebab pertama adalah kerana meletak calon Perkasa Zulkifli Noordin, dia sebelum ini telah menghina masyarakat India dan penganut agama Hindu.

"Bukankah itu jelas penghinaan?" kata Supayah lagi. 

Faktor kedua yang menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut adalah kerana tindakan Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Mohd Zin memijak kepala lembu pada tahun 2009 disamping tindakan calon BN Che Johan Che Pa di Pasir Mas yang memberikan laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut.

Zulkifli Nordin adalah Naib Presiden Perkasa.

Sebelum ini tersebar video beliau menghina tuhan orang India yang beragama Hindu.

Di Pasir Mas pula, Datuk Ibrahim Ali bertanding sebagai calon bebas selepas namanya tidak terpilih sebagai calon BN.

Ketika Umno memecat 61 pemimpinnya kerana bertanding calon bebas, calon BN di Pasir Mas tiba-tiba tidak memfailkan namanya di hari penamaan calon.

Ibrahim telah merayu kepada Umno supaya tidak bertindak ke atas Che Johan Che, Naib Ketua Umno Bahagian Pasir Mas kerana tidak memfailkan namanya sebagai calon BN di situ.



'Orang India amat meluat dengan Zul Noordin'

[MK] Ciuman dari anggota masyarakat India tidak memadai untuk menyelamatkan calon BN untuk kerusi parlimen Shah Alam, Zulkifli Noordin, atau menjadi penawar kepada perasaan "amat meluat" di kalangan warga berkenaan, kata ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jarang sekali kita mendapat ahli politik seperti ini, penuh dengan ketaksuban kaum, merendah-rendahkan agama dan kepercayaan lain," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Anwar juga tertanya-tanya mengapakah pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak meletakkan Zulkifli sebagai calon di kawasan tersebut.

Sedangkan, masyarakat India kini "sangat meluat" dengan Zulkifli yang merupakan naib presiden PERKASA itu, katanya.

Sentimen itu tidak boleh ditawarkan dengan hanya satu ciuman, kata Anwar lagi.

Zulkifli pada hari penamaan calon Sabtu lalu dirakam dalam keadaan beliau dirangkul erat dan dikucup oleh seorang lelaki, yang merupakan seorang penyokong dari BN dari kelompok masyarakat India.

Najib menguar-uarkan kucupan tersebut sebagai tanda bahawa masyarakat India sudahpun menerima Zulkifli yang sebelum ini mencetus kontroversi berhubung kenyataannya berhubung dewa Hindu.

Najib juga berkata Zulkifli berikrar untuk menjaga kebajikan orang India di kawasan tersebut.



[PANAS] Polis Sudah Mengundi Pos? Tanpa Pantauan SPR? Sebelum Tarikh Pengundian?

Posted: 23 Apr 2013 04:33 AM PDT


Kata pemberi maklumat:

Salam admin, minta jasa baik admin ambil berat apa yang saya ingin sampaikan ni.. Hari ni telah bermula undi pos bg anggota PDRM,di sini saya nak bagitau beberapa perkara

1) Undi pos sepatutnya bermula 3 hari awal dari undi awam tapi skrg ni baru berapa hari bulan?

2) Undi tnpa ada pemerhati dari spr,hnya kantung undi sahaja yang ada 

3) Kertas undi ada no siri

4) Sebelum pangkah undi, terdapat borang yang sudah tertera nama pengundi beserta no ic dan no siri yang sama dengan kertas undi 

5) Borang tersebut dimasukkan bersama kertas undi ke dalam sampul sebelum digam dan dimasukkan ke kantung undi 

6) Undi tak rahsia langsung, siap ada no siri, kawan-kawan ada kiri kanan, bersepah2 undi.. tiada tmpat khas utk mengundi!!

Harap admin dpt sebarkan n bangkitkn perkara ni,n dpt segera sampaikn ke pucuk pimpinan PR,mintak tolong sgt2.. 

Lanjut di sini.


P/s: Tulen atau rekayasa? Kalau benar, lahanatlah mereka yang terlibat. Pemimpin PR dan NGO yang berkaitan perlu memulakan langkah untuk membongkarkan penipuan ini.  

Kemas Kini:

Baru-baru ini SPR mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak akan mencetak kertas undi baru walaupun ada calon yang akan menarik diri, kononnya selari dengan pemansuhan tempoh bertenang. Adakah tindakan itu kerana kerja lahanat untuk merencanakan pengundian awal seperti yang tersebar di laman sosial??? 

Kertas undi PRU13 yang tersebar di FB:

Tulen atau rekayasa??



Berkaitan:

Tarik Diri: Nama Calon Tetap Dicetak Pada Kertas Undi, Setiap Undi Diterima Akan Dikira

[Mstar] PETALING JAYA: Calon yang ingin tarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini boleh berhenti berkempen.

Namun, nama mereka akan tetap dicetak dalam kertas undi pada hari pengundian dan setiap undi yang mereka terima akan tetap dikira.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata calon tidak lagi diberikan masa untuk tarik diri selepas tiga hari penamaan calon secara rasmi agar nama mereka tidak dicetak pada kertas undi.

Ini berikutan dengan pemansuhan 'tempoh bertenang' beberapa tahun lalu, selepas Parlimen meluluskannya bagi memastikan hanya calon-calon yang benar-benar serius untuk bertanding ketika mereka memfailkan kertas pencalonan.

"Oleh itu, kami mengambil berat kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menggesa beberapa ahli partinya menarik diri daripada bertanding ekoran masalah dalaman parti.

"Mengikut undang-undang, senarai nama calon yang telah diterima pada hari penaamaan calon akan kekal dicetak pada kertas undi dan setiap undi yang mereka terima akan tetap dikira," kata Wan Ahmad ketika dihubungi pada Isnin.


[PANAS] 1MDB Pindah RM7 bilion Wang Rakyat ke Pulau Cayman

Posted: 23 Apr 2013 04:00 AM PDT



[KD] PETALING JAYA 23 APRIL: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan maklumat bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB), badan pelaburan milik rakyat yang dikawal penuh Datuk Seri Najib Razak memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Pulau Cayman, United Kingdom.

Pada sidang media hari ini, Rafizi berkata, maklumat ini terkandung dalam Laporan Tahunan 1MDB dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoal kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.

Di bawah kenyataan penuh Rafizi berkaitan pendedahan ini:

KEADILAN memandang serius maklumat bahawa 1MDB, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal sepenuhnya oleh Datuk Seri Najib Tun Razak telah memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island.

Maklumat ini terkandung di dalam Laporan Tahunan 1MDB dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoalkan kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.

Akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana pusat kewangan pesisir pantai mempunyai undang-undang yang melindungi urusniaga sebegini walaupun berunsur jenayah atau rasuah.

Sebelum ini pun, laporan antarabangsa telah mempersoalkan tokoh-tokoh yang rapat dengan Barisan Nasional seperti Mirzan Mahathir, Raja Nong Chik Zainal Abidin dan Michael Chia yang mempunyai akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai kerana ia disyaki bersabit dengan urusniaga yang tidak betul.

1MDB mendapat modal melalui terbitan bon sebanyak RM5 bilion yang dijamin oleh kerajaan. Dari modal ini, ia melabur di dalam beberapa pelaburan di luar negara terutamanya di dalam Petro Saudi International (PSI) yang diragui kewujudan dan aktivitinya.

Dari urusniaga dengan PSI yang penuh kerahsiaan inilah, sejumlah RM7 bilion dilaporkan dipindahkan ke akaun rahsia di Cayman Island, sebuah pusat kewangan pesisir pantai.

Pemindahan wang RM7 bilion oleh 1MDB ini perlu dijawab segera oleh Datuk Seri Najib Razak kerana beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB. Pemindahan wang ke sebuah akaun rahsia pesisir pantai seperti Cayman Island bertentangan prinsip ketelusan dan tata kelola baik yang sepatutnya diamalkan oleh sebuah badan pelaburan kerajaan seperti 1MDB.

Saya khuatir sekiranya Barisan Nasional kalah dalam PRU13, wang RM7 bilion ini tidak dapat dijejaki dan hilang begitu sahaja, bermakna kerajaan menanggung kerugian besar ke atas hutang RM5 bilion yang diambil sebagai modal 1MDB.

Saya memberi amaran keras kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau akan bertanggungjawab ke atas setiap satu sen kerugian yang ditanggung 1MDB. Pemindahan wang RM7 bilion ke akaun rahsia di Cayman Island adalah satu tindakan yang berunsurkan jenayah yang perlu disiasat segera.

Oleh yang demikian, untuk membolehkan satu siasatan dimulakan serta merta sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa dalam dua minggu akan datang, saya akan membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada hari Rabu dan Khamis minggu ini supaya wang RM7 bilion ini dibawa balik ke Malaysia secepat mungkin dan mereka yang bertanggungjawab memindahkan wang ke akaun rahsia di Cayman Island dihadapkan ke muka keadilan.



[Tumbangkan BN] Jika Pakatan Rakyat MENANG, 6 Mei Cuti Umum, 7 Mei Minyak Turun!!!

Posted: 23 Apr 2013 01:48 AM PDT


Tidak perlulah TM mengulas panjang.

Janji minyak turun di sini.

Janji cuti umum pula di bawah ini.

PR Isytihar Cuti Umum Jika Kuasai Putrajaya

[HD] KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan mengisytiharkan 6hb Mei ini iaitu sehari selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diumumkan, sebagai cuti umum jika berjaya menguasai pentadbiran di Putrajaya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata ianya bagi memberi keselesaan kepada rakyat khususnya pengundi di perantauan untuk kembali ke ibu kota bagi meneruskan tugas mereka.

"InsyaAllah, Pakatan Rakyat akan isytiharkan 6 Mei sebagai cuti umum jika Pakatan Rakyat mendapat majoriti untuk bentuk kerajaan di Putrajaya.

"Jadi rakyat tidak perlu untuk tergesa-gesa balik ke tempat kerja masing-masing selepas selesai membuang undi," katanya yang juga calon PAS bagi parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari mengundi PRU13 akan diadakan pada hari Ahad, 5 Mei ini.

Ianya adalah hari bekerja bagi tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Kelantan bagaimanapun telah mengumumkan bahawa tarikh itu dijadikan cuti peristiwa bagi membolehkan rakyat negeri itu keluar mengundi dengan selesa.

Seramai 13.3 juta rakyat Malaysia yang sudah berdafar sebagai pengundi, layak mengundi kali ini.


MARI KITA TUMBANGKAN BN DEMI KESEJAHTERAAN BERSAMA!!!


[PANAS] Isu Barang 1Malaysia: Rafizi SAHUT Cabaran Muhyiddin, Adakah Muhyiddin "Bertelor" untuk Berdepan dengan Rafizi dalam Forum Ekonomi?

Posted: 23 Apr 2013 12:42 AM PDT


SAYA mengalu-alukan cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya saya menyatakan sama ada barangan berjenama 1Malaysia yang kini ditawarkan oleh Barisan Nasional akan dihentikan sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13.

Pakatan Rakyat telah menyatakan pendirian yang jelas bermula dari Buku Jingga dan diperincikan di dalam dokumen-dokumen belanjawan serta Manifesto Rakyat.

Dalam menangani bebanan sara hidup yang dihadapi rakyat, cara terbaik adalah dengan menyelesaikan dua perkara – pertama, dengan mengawal dan menurunkan harga barang dan kedua, mengurangkan beban hutang rakyat akibat herotan dalam pasaran.

Pendekatan Pakatan Rakyat adalah dengan menyelesaikan masalah struktur ekonomi yang menyebabkan harga barang naik dan beban hutang melambung, sehingga mengurangkan pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat. Ini termasuklah menghapuskan monopoli, mengurangkan kos asas perniagaan, mengurangkan kos pengangkutan, memastikan subsidi sampai kepada rakyat dan menghapuskan cukai eksais ke atas kereta yang membebankan rakyat.

Pendekatan ini adalah lebih baik dari cara Barisan Nasional yang tidak mahu menyelesaikan masalah-masalah struktur ekonomi ini, sebaliknya hanya menawarkan beberapa barangan yang diberikan subsidi di bawah jenama 1Malaysia. Oleh kerana barangannya terhad dan edarannya tidak menyeluruh ke seluruh negara, pendekatan ini hanya tertumpu di beberapa kawasan sahaja. Ia tidak berkesan dan tidak membantu meringankan bebanan sara hidup setiap rakyat.

Oleh yang demikian, saya berbesar hati untuk mengupas isu ini dengan lebih panjang dan menyatakan pendirian sama ada akan menghapuskan barangan 1Malaysia di dalam satu forum ekonomi yang turut disertai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jika beliau berani membuat cabaran terbuka kerana yakin dengan pendekatan ekonomi Barisan Nasional, beliau tidak perlu gentar untuk berdepan dengan saya di dalam satu forum ekonomi agar rakyat boleh membuat pilihan yang lebih baik.


Rafizi Ramli



P/s: Adakah Muhyiddin juga PENAKUT seperti bosnya?




Dr Juanda MENGAKU Undi BN dalam PRU, BN Parti Pejuang Islam

Posted: 22 Apr 2013 11:00 PM PDT




P/s: Tuan Mufti sudah sekepala dengan Hasaang Ali dan geng? Hairan. Cuba tengok gambar poster parti yang disanjung oleh Tuan Mufti dan Hasaang Ali dalam memperjuangkan Islam di sini. Poster itu hanya sekelumit bukti yang menunjukkan UMNO itu "pejuang" Islam.

Yang peliknya, bagaimana nama Tuan Mufti ini boleh dikaitkan dengan PKR? Adakah PKR mahu orang seperti ini menjadi calon atau dikaitkan dengan parti mereka?

Selamat mengundi Tuan Mufti, selamat berkongsi saham! -DCM









Baca Komen Hasaang Ali tentang Penyertaan Bekas MB Selangor dalam PAS

Posted: 22 Apr 2013 07:59 PM PDT


[BH] Kuala Lumpur: Ruang untuk meniupkan roh Islam seperti dimahukan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, lebih luas terbuka dalam UMNO berbanding PAS yang sudah menggadaikan prinsip perjuangan Islamnya. 

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata Muhammad yang berpengalaman dalam dunia politik patut menilai kembali keputusannya itu jika ingin menegakkan syiar Islam di negara ini. 

Kemaruk kuasa 

PAS sekarang adalah PAS yang kemaruk kuasa ingin ke Putrajaya dengan apa cara sekalipun, sehingga sanggup meninggalkan prinsip perjuangan dan pangkalan asalnya. PAS sanggup mengikut apa saja kehendak rakan pakatannya, hatta menjual kalimah Allah untuk digunakan bukan Islam. 

Di bawah kepemimpinan sekarang, saya rasa ruang meniup roh Islam terbentang luas dalam UMNO jika dibandingkan PAS yang dikuasai golongan Anwarinas atau parasit yang tidak akan membantu Muhammad merealisasikan hasrat murni itu. 

Agenda mereka bukan lagi menghidupkan roh Islam, sebaliknya tunduk dengan perintah nakhoda pakatan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan jurumudinya, Karpal Sing, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. 

Semalam, Muhammad yang juga bekas Menteri Kabinet menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan disaksikan Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Dr Haron Din.


P/s: Hasaang, Hasaaang!!!













Kerja di Singapura, Anak Tinggal Ibu Merempat di Stesen Bas

Posted: 22 Apr 2013 06:26 PM PDT


Sekadar hiasan.

[HM] Johor Bahru: "Tidak apa, biar emak saya duduk di sini, bukannya salah duduk di sini," kata seorang daripada dua anak yang ditanya kenapa meninggalkan ibu mereka yang berumur 60 tahun gelandangan di hentian bas sekitar bandar raya ini sejak setahun lalu.

Dua wanita itu berumur 30-an dan 40-an kini bekerja serta tinggal di Singapura.

Penjaja yang enggan dikenali berkata, warga emas itu dikenali sebagai Raodah menjadi perhatian ramai, malah ada yang memberinya makanan serta wang.

"Anaknya berperwatakan tomboi dan perbuatannya itu ditegur ramai penjaja di sini namun tidak dihiraukan. Mereka datang sebulan sekali untuk meninggalkan sedikit wang belanja.

"Mereka meninggalkannya dengan alasan dia kesunyian di rumah berikutan mereka di Singapura," katanya.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, pihaknya mengenal pasti warga emas itu ketika melakukan operasi mencegah pengemis serta kutu rayau di sekitar bandar raya ini hujung minggu lalu.

"Dalam operasi itu, kami mengenal pasti 11 individu yang hidup gelandangan membabitkan tiga wanita dan lapan lelaki dewasa.

"Amat mengejutkan seorang wanita berusia 63 tahun menyatakan dia hidup gelandangan di hentian bas kerana anak perempuannya bekerja di Singapura.

"Dia memberitahu berbuat demikian kerana dipaksa anaknya," katanya.



Tiada ulasan: