DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] Cuba Baca Pesanan AMOI CUN Ini...
- Budak 5 Tahun Dirogol dengan Kejam
- [Gambar] Bukti UMNO Pinggir Wanita
- [Gambar] Datuk Husam Musa SEBAK, MENITIS Air Mata...MENGAPA?
- [Video] Husam Hilang Wang Deposit di Putrajaya? Tonton Video Ini Dulu Tengku Adnan!
- [PANAS] Calon Lelaki BN Terima Ciuman Mesra daripada Seorang Lelaki
- [PANAS] Datuk Kamilia LETAK JAWATAN dalam UMNO dan Keluar Parti
- Kerana Kecewa dengan UMNO, Kamilia Tanding BEBAS di Kuala Kangsar
- Seperti Dijangka, ROS dan SPR Benar DAP Guna Logo Roket
- [Gambar] Azwan Ali Iringi Abangnya, Azmin Ali ke Pusat Penamaan Calon PRU13
- [Gambar] Jual Agama
[Gambar] Cuba Baca Pesanan AMOI CUN Ini... Posted: 20 Apr 2013 07:48 AM PDT | ||
Budak 5 Tahun Dirogol dengan Kejam Posted: 20 Apr 2013 07:00 AM PDT [SH] NEW DELHI - Seorang kanak-kanak berumur lima tahun kini bertarung nyawa di hospital selepas diculik dan dirogol kejam dalam insiden keganasan terbaru di India, menurut media tempatan, semalam. Siasatan awal polis mendapati, mangsa dipercayai dikurung lebih 48 jam dalam bilik berhampiran rumahnya di kawasan ibu negara selepas diculik ketika sedang bermain, Isnin lalu. Ketua Perubatan Hospital Swami Dayanand, R N Bansal berkata, budak itu mengalami trauma teruk semasa dibawa ke hospital. "Terdapat kesan lebam pada leher dan kecederaan lain pada anggota tubuhnya serta keadaannya sangat kritikal. Dia kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Kami juga menemui objek asing dalam kemaluannya yang telah menyebabkan jangkitan," jelas beliau lagi yang dipetik dalam laporan AFP Difahamkan, mangsa ditemui dalam keadaan menyedihkan selepas beberapa orang yang lalu lalang di kawasan itu mendengar tangisannya. Dalam satu kenyataan, ibu bapa kanak-kanak malang tersebut mendakwa pihak berkuasa tidak sensitif dengan siasatan mereka. "Mereka enggan menerima aduan kami dan turut bertindak sambil lewa," menurut bapa mangsa. | ||
[Gambar] Bukti UMNO Pinggir Wanita Posted: 20 Apr 2013 06:00 AM PDT | ||
[Gambar] Datuk Husam Musa SEBAK, MENITIS Air Mata...MENGAPA? Posted: 20 Apr 2013 03:30 AM PDT
Datuk Husam Musa calon PAS di P-125 Putrajaya tidak mampu menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika bacaan doa. Beliau ditenangkan oleh beberapa orang pengiring beliau. Allahuakbar! Mengapa beliau menangis? Tonton video ini. Mungkin ada dapat meneka sebab beliau sebak dan menangis. - DCM TUMBANGKAN BN & UMNO!!!! | ||
[Video] Husam Hilang Wang Deposit di Putrajaya? Tonton Video Ini Dulu Tengku Adnan! Posted: 20 Apr 2013 02:00 AM PDT Beberapa hari lepas, Tengku Adnan Mansor dilaporkan mengadakan solat hajat, tahlil, dan doa selamat bersempena dengan pencalonannya di kerusi Parlimen Putrajaya menentang Datuk Husam Musa dalam PRU13. Beliau sebelum ini didakwa tidak pernah mengadakan solat hajat besar-besaran untuk menentang calon daripada parti lawan. Selepas menunaikan solat hajat, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu menunjukkan buku "Kenali Siapa Husam Musa, Politik Wang dan Kronisme". Buku yang dicurigai kesahihan kandungannya itu kononnya dapat menjadi modal politik untuk mempengaruhi undi penduduk di Putrajaya. Selain itu, Tengku Adnan cuba memperlekeh kehadiran Husam dengan mengatakan bahawa Husam orang luar dan bukannya penduduk Putrajaya. Namun, berdasarkan beberapa tindakannnya itu, kehadiran Datuk Husam jelas mampu menggugat kerusi selamat BN di Putrajaya. Pada hari penamaan calon, Tengku Adnan dengan sombong berkata bahawa dia yakin Datuk Husam akan hilang deposit dalam pilihan raya kali ini. Tengku Adnan dilaporkan berkata demikian ketika bercakap kepada para pemberita hari ini. Datuk Husam, Naib Presiden PAS akan bertanding melawan Tengku Adnan secara satu lawan satu dalam pilihan raya ini. Sebelum menilai kata-kata Tengku Adnan, tontonlah video yang merakam suasana hari penamaan calon Datuk Husam di Putrajaya. Puluhan ribu rakyat Putrajaya bersedia menguburkan karier politik Tengku Adnan di sana. Kehadiran rakyat yang luar biasa pagi tadi memberikan harapan yang cerah kepada Datuk Husam untuk membuat kejutan dengan merampas kerusi Parlimen Putrajaya kali ini. In sha Allah! -DCM TUMBANGKAN BN & UMNO! Penyokong UMNO di Putrajaya | ||
[PANAS] Calon Lelaki BN Terima Ciuman Mesra daripada Seorang Lelaki Posted: 20 Apr 2013 12:38 AM PDT P/s: Kalau Anwar Ibrahim yang kena cium, TM yakin gambar dan isu ini akan dimainkan oleh media perdana sampai tamat PRU13. Namun yang menjadi mangsa ialah katak politik yang sebelum ini hangat dibidas kerana menghina orang India dan agama Hindu. Yang TM musykil, adakah orang yang mencium katak politik ini orang India? Sanggup dia mencium orang yang menghina kaum dan agamanya? Lagi musykil, sejak bila katak politik ini mesra aksi LGBT? Walhal dia kononnya anti-LGBT.-DCM | ||
[PANAS] Datuk Kamilia LETAK JAWATAN dalam UMNO dan Keluar Parti Posted: 19 Apr 2013 10:21 PM PDT [HD] KUALA KANGSAR: Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar dan meletakkan semua jawatan dalam Umno. Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Khalil Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru. Kamilia Ibrahim kelmarin berkata, beliau kecewa dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang. Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, beliau dilapor sebagai berkata. "Saya Kamilia Ibrahim telah disahkan oleh SPR sebagai calon bebas Parlimen Kuala Kangsar, dan dengan ini mengumumkan perletakan jawatan selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar, dan Ahli Umno," tulis Kamilia dalam Facebooknya. | ||
Kerana Kecewa dengan UMNO, Kamilia Tanding BEBAS di Kuala Kangsar Posted: 19 Apr 2013 10:00 PM PDT [HD] KUALA KANGSAR: Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar. Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Khalil Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru, lapor Malaysiakini. Kamilia Ibrahim kelmarin berkata, beliau kecewa dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang. Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, beliau dilapor sebagai berkata. P/s: Mengikut Perlembagaan UMNO, mana-mana ahli yang didapati bertanding sebagai calon bebas atau menyokong parti lawan akan dipecat serta-merta. In sya Allah, KK dalam genggaman PR! Berita sebelum ini di sini. | ||
Seperti Dijangka, ROS dan SPR Benar DAP Guna Logo Roket Posted: 19 Apr 2013 08:58 PM PDT [HD] KUALA LUMPUR: Jangkaan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali terbukti pagi ini apabila semua calon DAP diterima untuk bertanding atas tiket parti itu. Mereka berjaya menggunakan logo DAP walapun sebelum ini Pendaftar Pertubuhan (RoS) menyatakan mereka tidak mengiktiraf barisan kepimpinan DAP yang ada. Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali awal pagi ini berkata segala tindakan yang diambil oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) adalah bermotifkan politik semata-mata. "Reaksi rakyat terhadap isu ini adalah di luar jangkaan Umno-BN. Maka, hasrat itu bakal terbatal. Senjata sudah makan tuan. "Saya menjangkakan DAP akan dibenarkan menggunakan simbol Roket untuk bertanding – keputusan ini juga bermotifkan politik," kata beliau. Mustafa berkata sekiranya betul calon-calon DAP tidak dibenarkan untuk menggunakan simbol Roket pada penamaan calon hari ini, ia adalah satu malapetaka kepada sistem demokrasi negara. "Keputusan yang dibuat di saat-saat akhir ini begini telah menimbulkan persepsi bahawa Umno-BN akan menggunakan segalanya, termasuk agensi kerajaan untuk mengelakkannya dari tumbang," tegas beliau. Menurut calon-calon DAP, RoS telah memberikan surat rasmi kepada DAP bagi mengesahkan lambang Roket boleh digunakan. Sehingga kini, tidak ada sebarang laporan DAP tidak boleh menggunakan logo mereka.
| ||
[Gambar] Azwan Ali Iringi Abangnya, Azmin Ali ke Pusat Penamaan Calon PRU13 Posted: 19 Apr 2013 06:31 PM PDT | ||
Posted: 19 Apr 2013 05:00 PM PDT |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan