DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] TV3 Dedah dan Sahkan Identiti Popegomo
- Lim Guan Eng Arah Calon DAP Guna Logo Roket Dahulu, Logo PKR dan PAS Sebagai Alternatif
- UMNO dan SPR Gerun DAP Guna Lambang PAS dan DAP?
- Pengetua Cuba Bunuh Diri Selepas Dituduh Cabul 19 Pelajar
- Akhirnya Roket Mendarat di Bulan
- Gajah Bertempur, Rebut "Awek"
- [Jika Tiada Perubahan] Rakyat Malaysia Hanya Perlu Pangkah 2 Logo Sahaja!
- Ada Berita GEMBIRA untuk Ibrahim Ali?
- Senarai Calon PR di Selangor, Cuma Nak Tanya Bernama, Mstar, Siapa Sebenarnya "Pembangkang" di Selangor?
- Wanita Dedah Punca KERAT Zakar Suami
- Pembunuh Parhwine Kaur Hantar Mesej di Facebook
- DAP Minta ROS Tarik Surat, ROS Kata DAP Tidak Terbatal, Boleh Guna Simbol Parti
[Gambar] TV3 Dedah dan Sahkan Identiti Popegomo Posted: 19 Apr 2013 07:00 AM PDT | ||
Lim Guan Eng Arah Calon DAP Guna Logo Roket Dahulu, Logo PKR dan PAS Sebagai Alternatif Posted: 19 Apr 2013 06:07 AM PDT [MK] DAP telah memaklumkan kepada semua 51 calon Parlimen dan 103 calon DUN negeri dari parti itu supaya menggunakan logo roket terlebih dahulu semasa penamaan calon esok, dan menunjukkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) surat kebenaran yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng. "Jika sekiranya kami tidak boleh menggunakan simbol kami, kemudian baru tunjukkan kepada mereka surat kebenaran yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali," kata Lim dalam satu sidang akhbar hari ini. Arahan itu dibuat selepas DAP memutuskan untuk menggunakan logo PAS dan PKR untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang pada 5 Mei. Lim berkata dua surat kebenaran telah ditandatangani oleh parti itu dan PAS untuk calon-calonnya. "Ini adalah peluang terakhir kami untuk menggunakan simbol roket tetapi jika tidak boleh, kita akan guna simbol PAS," kata Ketua Menteri sementara Pulau Pinang itu. P/s: TM berpendapat, penggunaan logo PAS oleh calon DAP di Semenanjung Malaysia akan memberikan impak yang besar kepada kejayaan PR dalam PRU13. | ||
UMNO dan SPR Gerun DAP Guna Lambang PAS dan DAP? Posted: 19 Apr 2013 06:00 AM PDT Berita 1: Muhyiddin ingatkan pembangkang jangan putar belit soal lambang [Bernama] MUAR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan parti pembangkang agar tidak memutar belit fakta dan mengaitkan Umno dengan sebarang keputusan yang dibuat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS). Menurutnya, Umno tidak pernah campur tangan kerana semua keputusan yang dibuat adalah hak badan itu sendiri. "Ini hak kepada pendaftar pertubuhan. Jangan lupa satu ketika dulu Umno pun diharamkan, diharamkan bukan dibatalkan pemilihan. Tahun 1988 kalau tak silap saya. Saya waktu itu berada di Johor. "Jadi kita terpaksa menghidupkan semula Umno, itu kuasa pendaftar, mana-mana parti pun akan menghadapi tindakan yang sama. "Kerana itu dia mesti melihat bahawa tindakan itu berdasarkan kuasa dan undang-undang yang ada. Kita tidak campur tangan dalam soal ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat peti daerah mengundi (PDM) Kampung Tengah, Sungai Terap di sini hari ini. Menurutnya, RoS membenarkan DAP untuk menggunakan lambang mereka dalam pilihan raya nanti dan sehubungan itu Muhyiddin berkata tidak timbul soal mereka teraniaya sehingga terpaksa menggunakan lambang parti lain. "Pengarah RoS telah beri kenyataan yang jelas. Dia kata yang masalahnya adalah soal pemilihan, yang itu dikatakan sah. Mereka bagi tempoh sebulan supaya DAP akan mengadakan pemilihan baru, tetapi parti itu tidak dibatalkan...masih sah lagi. "Sebab itu mereka masih boleh bertanding menggunakan simbol yang mereka suka iaitu simbol roket mereka. Tidak payah pinjam lambang Pas ke atau ambil bulan sebab roket dia ada lagi," katanya. Dalam satu kenyataan semalam, Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman berkata pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya pada pilihan raya umum ke-13. Berita 2: Jaminan SPR DAP boleh guna lambang parti [SH] SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan kepada DAP layak menggunakan lambangnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) walaupun tidak dikeluarkan keputusan secara bertulis, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi dan penjawat tertinggi SPR adalah rasmi dan boleh diterima pakai. Beliau berkata, SPR tidak pernah mengamalkan untuk mengeluarkan surat mengesahkan mana-mana parti atau calon khususnya DAP layak menggunakan lambang parti seperti pilihan raya sebelum ini. "Mereka nak apa lagi, kita sudah kata mereka boleh guna lambang mereka. Ini adalah jaminan kita. "Esok mereka datang awal, serah borang penamaan calon dan bawa sekali surat kebenaran daripada pemimpin tertinggi mereka untuk guna lambang DAP. "Kita benarkan, kita akan proses, kita juga telah cakap perkara berkaitan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu perkara lain, kita bagi jaminan mereka boleh guna lambang mereka," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini. RoS tidak mengiktiraf ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dilantik dalam pemilihan pada 15 Disember lalu ekoran pertikaian yang berlaku selagi siasatan masih berjalan. Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan DAP layak menggunakan lambangnya pada pilihan raya umum kali ini. Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga berkata, pemimpin setiap parti politik perlu menaruh keyakinan dan kepercayaan ke atas SPR. Katanya, SPR tidak akan melakukan sesuatu yang bukan menjadi amalan dan bukan diperuntukkan oleh undang-undang. "Kita tak akan buat benda yang tak pernah dibuat, tak ada kehendak dalam undang-undang. Mereka (pemimimpin parti politik) kena percaya dan yakin pada kita," katanya lagi. P/s: Andaian banyak pihak: Tindakan ROS tidak mengiktiraf CEC DAP dilihat banyak orang sebagai langkah menyukarkan DAP untuk menyertai PRU13. Malah tindakan itu dilihat dapat melemahkan semangat DAP. Namun, telahan pihak-pihak tersebut silap kerana muafakat dalam kalangan parti PR berjaya menangani masalah itu. Pemimpin PAS dan PKR bersetuju calon DAP menggunakan logo parti mereka. Persetujuan ini sebenarnya menggerunkan pihak-pihak yang terlibat dalam tingkah laku dayus politik ini. Hal ini ada dibangkitkan oleh Husam yang menyentuh sikap berat sebelah ROS yang tidak mengambil tindakan yang sma terhadap UMNO yang mempunyai cawangan yang tidak berdaftar. Walaupun tidak menyangka kesannya pada peringkat awal, namun akhirnya pihak-pihak ini menyedari kelebihan DAP menggunakan lambang parti PR yang lain. Sedikit banyak hal ini ada ditulis oleh TG Nik Aziz di sini. Yang jelas, penggunaan logo PAS oleh calon DAP meruntuhkan persepsi negatif dan fitnah yang dilontarkan oleh UMNO terhadap DAP. Penggunaan lambang PAS dan PKR oleh calon DAP juga akan mengubah persepsi masyarakat terhadap PR. TUMBANGKAN BN & UMNO! | ||
Pengetua Cuba Bunuh Diri Selepas Dituduh Cabul 19 Pelajar Posted: 19 Apr 2013 05:30 AM PDT [HM] Batam: Seorang pengetua sekolah menengah rendah di sini cuba membunuh diri dengan meminum racun serangga selepas dituduh mencabul 19 pelajar perempuan. Tuduhan terhadap Herizon, 45, mula dibuat Isnin lalu selepas sekolah berkenaan membuat laporan kepada Timbalan Datuk Bandar Batam, Rudi. Ia disusuli dengan tindakan 19 pelajar terbabit membuat laporan polis. Ketua Detektif Barelang Ponco Indriyo berkata semalam, pihaknya memanggil tertuduh kelmarin untuk disoalsiasat tetapi Herizon tidak hadir. "Kami bercadang memanggilnya sekali lagi tetapi diberitahu dia cuba membunuh diri," kata Ponco. Herizon dibawa ke hospital awal kelmarin dan ditempatkan di unit rawatan rapi. Ketua Kesatuan Guru Batam, Rustam Effendi memberitahu Jakarta Post, pihaknya memberi sokongan penuh kepada Herizon yang mempunyai rekod baik selaku pengetua. - JP Lanjut di sini. | ||
Akhirnya Roket Mendarat di Bulan Posted: 19 Apr 2013 05:29 AM PDT [HD] KOTA BHARU: "Kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Beliau mengulas keputusan DAP menggunakan logo PAS setelah Pendaftar Pertubuhan memutuskan untuk tidak mengiktiraf barisan kepimpinan DAP yang ada sekarang. "Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. "Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman," kata Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam kenyataannya hari ini. Berikut adalah kenyataan penuh Tuan Guru Nik Aziz. Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP: Akhirnya Roket Mendarat Di Bulan Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada petang ini bahawa calon-calon DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak di dalam pilihanraya umum 5 Mei ini. Ini berikutan sehingga jam 3 petang hari ini, DAP belum mendapat mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga tiada tanda-tanda surat itu akan tiba. Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman. Isu logo sekalipun mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia melambangkan maruah dan harga sebuah perjuangan. Dari sudut yang lain, kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan. Dalam melayari bahtera politik tanah air, PAS dan DAP sering dilagakan oleh UMNO/Barisan Nasional. Di hadapan bangsa Melayu, pemimpin UMNO menakut-nakutkan mereka dengan bahaya DAP dan begitu juga sebaliknya di hadapan bangsa Cina, mereka digembar-gemburkan dengan imej PAS sebagai taliban, radikal dan sebagainya. Natijahnya, Melayu Islam dan bukan Melayu terus hidup dalam keadaan syak wasangka antara satu sama lain. Hari ini, benteng tersebut telah runtuh sepenuhnya. DAP tanpa takut-takut lagi telah merobohkan persepsi ini apabila bertindak berani memilih logo PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka khususnya kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina. Saya kira, inilah saat di mana perjuangan PAS sudah tidak menjadi kegerunan lagi kepada bangsa Cina. Sekalipun ia masih belum diterima sepenuhnya, namun sedikit demi sedikit ia telah hilang. Saya mengimbau kembali saat ketika Perjanjian Hudaibiyyah dimeterai antara Rasulullah SAW dan orang-orang Musyrikin Mekkah. Kabilah-kabilah Arab di sekitar Madinah yang masih belum memeluk Islam mengambil keputusan untuk bernaung di bawah naungan kerajaan Islam Madinah. Di saat itulah, sahabat-sahabat Rasulullah SAW diuji dengan rasa terhina akibat melihat secara zahir bagaimana perjanjian tersebut berat sebelah. Namun kesabaran mereka segera diganjari oleh Allah SWT apabila perjanjian tersebut membuka peluang Rasulullah SAW menakluki kota Makkah apabila perjanian tersebut dilanggar di mana Bani Khuzaah yang masih belum memeluk Islam dan berlindung di bawah naungan Islam diserang oleh kaum Musyrikin. Alhamdulillah, ketika UMNO masih menjaja keris tumpulnya merata-rata, perjuangan PAS sudah mula diterima di kalangan non muslim. Ketika UMNO main kayu tiga dengan perjuangan bangsa Melayu, PAS terus ke hadapan membawa misi dakwah dengan slogan PAS for All. Non Muslim di sana sini tidak lagi segan silu membawa bendera PAS dan sebaliknya tidak pernah kita saksikan mereka membawa bendera keris tidak bersarung milik UMNO. Saya yakin, benih Islamphobia yang disemai UMNO semakin mati tunasnya. Keputusan DAP ini insya-Allah satu rahmat besar buat PAS. Ia sebenarnya rezeki buat perjuangan Islam. Mungkin Barisan Nasional merasakan langkah ini bakal membantutkan gerak langkah Pakatan Rakyat, namun sesungguhnya ia mengandungi rahmat yang sangat besar. Jika Perjanjian Hudaibiyyah membuka jalan kepada pembukaan kota Makkah, maka tidak mustahil langkah kerajaan Barisan Nasional ini sedang membuka kepada pembukaan Putrajaya dan pembinaan Malaysia Baru. Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti, perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh negara menyaksikan keruntuhan Barisan Nasional. Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan! Salam hormat, NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Al-Mursyidul Am, Parti Islam Semalaysia (PAS) Bertarikh : 8 Jamadil Akhir 1434H bersamaan 19 April 2013M | ||
Posted: 19 Apr 2013 04:00 AM PDT [HM] Chon Buri: Pelancong dan kakitangan sebuah pusat gajah di sini lari lintang pukang untuk menyelamatkan diri apabila dua gajah jantan bergaduh kerana berebut gajah betina. Pihak berkuasa yang dipanggil ke Pusat Gajah Khao Chi Chan Pattaya di daerah Sattahip menemui bangkai gajah jantan berusia 69 tahun, Phlai Sompong yang cedera parah pada badannya akibat dirodok seekor gajah lain. Phlai Sompong adalah antara 22 gajah yang digunakan untuk mengangkut pelancong mengelilingi pusat berkenaan. Dia mati selepas bergaduh dengan Phlai Noi yang berusia 30 tahun. Phlai Noi dibawa ke pusat itu dari wilayah Surin untuk dikawankan dengan gajah betina di pusat itu. | ||
[Jika Tiada Perubahan] Rakyat Malaysia Hanya Perlu Pangkah 2 Logo Sahaja! Posted: 19 Apr 2013 01:52 AM PDT PRU kali ini memang bersejarah. Siapa sangka rencana pihak tertentu membolehkan calon DAP menggunakan logo PAS. DAP yang selama ini dimomokkan anti-Islam akan bertanding dalam PRU13 menggunakan logo Parti Islam Se-Malaysia! TUMBANGKAN BN dan UMNO! Kita pangkah logo PAS atau PKR sahaja! [MK] Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini. Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS). Karpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba. "Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung. Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu. Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas. Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS. "Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung)," kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai "bersejarah" untuk PAS. | ||
Ada Berita GEMBIRA untuk Ibrahim Ali? Posted: 19 Apr 2013 12:21 AM PDT
[MSO] Ada maklumat dalam Umno Kuala Lumpur memberi tahu kemungkinan calon UBN untuk kerusi parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa tidak akan hadir ke pusat penamaan calon di Pajabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas jam 9:00 pagi esok. Sumber dalam memberi tahu saya Umno pusat membuat persefahaman dengan bekas ahli Parlimen bebas Pasir Mas Inchek Ibrahim Ali akan mewakili UBN untuk berdepan satu lawan satu dengan calon PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. "Umno akhirnya akur untuk memberi laluan keada Ibrahim Ali sebagai menghormati Tun Dr Mahathir yang telah memohon agar Ibrahim diberi laluan bertanding atas lambang dacing," kata sumber berkenaan. Mahathir tambah sumber itu telah menghubung Najib akan mempertimbangkan desakan Ibrahim. Lanjut di sini. P/s: Orang politik bukan kira pencalonan itu bermaruah atau tidak! Tahniah kerana dia mungkin bertanding atas tiket BN, takziah pula kerana rakyat akan menguburkan karier politiknya di Pasir Mas. | ||
Posted: 18 Apr 2013 08:09 PM PDT Bukankah pelik apabila berita BERNAMA yang disiarkan di MStar ini menggunakan tajuk seperti di bawah ini? Siapa sebenarnya bekas "pembangkang" di Selangor bagi sesi 2008-2013? Sebagai agensi berita nasional yang sepatutnya profesional dalam melaporkan berita, Bernama wajar menggunakan tajuk "Senarai Calon Pakatan Rakyat..." bukan seperti yang tertera di bawah ini. Hal ini pun selaras dengan pembubaran DUN yang meletakkan kedua-dua belah pihak sama ada BN atau PR sebagai pihak yang akan bertanding untuk menguasai DUN bagi sesi akan datang. Senarai Calon Pakatan Pembangkang Di Selangor [Bernama] SHAH ALAM: Berikut ialah senarai penuh calon pakatan pembangkang Selangor yang akan bertanding di 22 kerusi Parlimen dan 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13, yang diumumkan di sini malam Khamis. Kerusi DUN Kota Damansara yang ditandingi Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada PRU-12, masih belum dimuktamadkan statusnya. PARLIMEN 1. Selayang : William Leong Jee Keen (PKR) 2. Pandan : Mohd Rafizi Ramli (PKR) 3. Serdang : Dr Ong Kian Ming (DAP) 4. Kelana Jaya: Wong Chen (PKR) 5. Petaling Jaya Selatan : Hee Loy Sian (PKR) 6. Petaling Jaya Utara : Tony Pua (DAP) 7. Klang : Charles Santiago (DAP) 8. Hulu Selangor : Khalid Jaafar (PKR) 9. Kuala Selangor : Dr Dzulkefly Ahmad (PAS) 10. Gombak : Mohamed Azmin Ali (PKR) 11. Ampang : Zuraida Kamarudin (PKR) 12. Hulu Langat : Che Rosli Che Mat (PAS) 13. Puchong : Gobind Singh Deo (DAP) 14. Subang : R.Sivarasa (PKR) 15. Shah Alam : Khalid Abdul Samad (PAS) 16. Kapar : G.Manivanan (PKR) 17. Kota Raja:Siti Mariah Mahmud (PAS) 18. Kuala Langat: Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR) 19. Sabak Bernam : Dr Abdul Aziz Bari (PKR) 20. Tanjong Karang : Mohamad Rashdi Deraman (PAS) 21. Sepang : Mohamed Hanipa Maidin (PAS) 22. Sungai Besar : Mohamed Salleh M.Husin (PAS) DEWAN UNDANGAN NEGERI 1. Teratai : Tiew Way Keng (DAP) 2. Bukit Gasing : R. Rajiv (DAP) 3. Bukit Lanjan : Elizabeth Wong (PKR) 4. Kinrara : Ng Sze Han (DAP) 5. Gombak Setia : Hasbullah Mohd Ridzwan (PAS) 6. Kota Anggerik : Dr Yaakop Sapari (PKR) 7. Batu Tiga : Rodziah Ismail (PKR) 8. Seri Andalas : Dr Xavier Jayakumar (PKR) 9. Selat Klang : Dr Halimah Ali (PAS) 10. Chempaka : Iskandar Abdul Samad (PAS) 11. Pandamaran : Tan Pok Shyong (DAP ) 12. Seri Kembangan : Ean Yong Hian Wah (DAP) 13. Sungai Pinang : Datuk Teng Chang Khim (DAP) 14. Taman Medan : Haniza Mohamed Talha (PKR) 15. Sekinchan : Ng Suee Lim (DAP) 16. Bukit Melawati : S.Manikavasagam (PKR) 17. Rawang: Gan Pei Nei (PKR) 18. Batu Caves: Amirudin Shari (PKR) 19. Hulu Klang: Saari Sungib (PAS) 20. Bukit Antarabangsa: Mohamed Azmin Ali (PKR) 21. Lembah Jaya: Khasim Abdul Aziz (PAS) 22. Kajang: Lee Chin Cheh (PKR) 23. Bangi: Mohd Shafie Ngah (PAS) 24. Balakong: Ng Tien Chee (DAP) 25. Subang Jaya: Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP) 26. Seri Setia: Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR) 27. Kampung Tunku: Lau Weng Sang (DAP) 28. Damansara Utama: Yeo Bee Yin (DAP) 29. Meru: Dr Abd Rani Osman (PAS) 30. Pelabuhan Klang: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR) 31. Kota Alam Shah: V.Ganabatirau (DAP) 32. Sri Muda: Shuhaimi Shafiei (PKR) 33. Sijangkang: Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS) 34. Teluk Datuk: Loh Chee Heng (DAP) 35. Sungai Panjang: Mohd Fadzlin Taslimin (PAS) 36. Sungai Air Tawar: Wahid Rais (PAS) 37. Sabak: Sallehen Mukhyi (PAS) 38. Hulu Bernam: Muhamad Idris Ahmad (PAS) 39. Kuala Kubu Bharu: Lee Kee Hiong (DAP) 40. Batang Kali: K.Ramachandran (PKR) 41. Sungai Burong: Mohamad Judi Sarjo (PAS) 42. Permatang: Mohd Yahya Mat Sahri (PKR) 43. Jeram: Muhmmad Rashid Muhmmad Kassim (PAS) 44. Kuang: Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman (PKR) 45. Taman Templer: Zaidy Abdul Talib (PAS) 46. Dusun Tua: Razaly Hassan (PAS) 47. Semenyih: Hamidi A Hassan (PKR) 48. Sri Serdang: Noor Hanim Ismail (PAS) 49. Paya Jaras: Mohd Khairuddin Othman (PAS) 50. Sementa: Dr Daroyah Alwi (PKR) 51. Morib: Hasnul Baharadin (PAS) 52. Tanjung Sepat: Mohd Haslin Hassan (PAS) 53. Dengkil: Borhan Aman Shah (PKR) 54. Sungai Pelek: Lai Nyok Lan (DAP) 55. Ijok: Dr Idris Ahmad (PKR) P/s: Mentaliti TV3 juga! TUMBANGKAN BN & UMNO!!! | ||
Wanita Dedah Punca KERAT Zakar Suami Posted: 18 Apr 2013 07:30 PM PDT [HM] Los Angeles: Seorang wanita bertindak memotong kemaluan suaminya kerana mahu menghentikan keganasan seks lelaki itu ke atasnya. Peguam Catherine Kieu Becker, Frank Bittar memberitahu mahkamah wanita itu juga berang kerana menyangka suaminya mempunyai wanita lain. Catherine memasang perakam audio untuk cuba menangkap suaminya mengadakan seks dengan kekasihnya tetapi gagal. Peranti itu bagaimanapun merakam kejadian dia memotong kemaluan itu dan membuangkan ke dalam tong sampah. Catherine, 50, dituduh meletak dadah dalam makanan suaminya untuk mengkhayalkan lelaki berusia 60 tahun itu. Dia kemudian mengikat mangsa pada katil dan memotong kemaluannya. Kejadian berlaku di rumah mereka di Garden Grove, tenggara Los Angeles pada 2011. "Ini ialah kes mengenai seorang suami yang berusaha untuk menceraikan isterinya dan ketidaksediaan si isteri untuk diceraikan oleh pasangannya. "Dengan keengganan untuk dicerai, dia melakukan keganasan itu. Dia memusnahkan kelakian mangsa," kata pendakwa raya John Christl. Christl berkata, perakam audio itu merakam kejadian pada 11 Julai 2011 itu apabila dia mencampurkan ubat tidur Zolpidem ke dalam mangkuk sup tahu mangsa. "Anda boleh mendengar lelaki itu berkata 'Oh, sedapnya. Anda juga boleh mendengar dia berkata, 'Ia agak masin,' sebelum dia masuk tidur awal, kira-kira jam 8.10 malam. "Ketika mangsa tidur, tertuduh mengikatnya pada katil dengan tali. "Apabila mangsa sedar, isterinya memberitahunya 'Anda patut menerima ini,' tiga kali dan dia kemudian memotong kemaluan mangsa, kata Christl. Menurut pendakwa raya itu, Catherine kemudian mengambil kemaluan yang sudah putus itu dan memasukkannya ke dalam tong sampah. Peguam Catherine, Frank Bittar memberitahu mahkamah, anak guamnya sudah sekian lama hidup dalam trauma, bermula sejak zaman kanak-kanaknya di Vietnam, termasuk diperkosa dua abangnya ketika berusia sejak enam tahun. Jika didapati bersalah, Catherine berepan dengan hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang untuk mendapat parol. - AP | ||
Pembunuh Parhwine Kaur Hantar Mesej di Facebook Posted: 18 Apr 2013 06:42 PM PDT
[HM] Kuala Lumpur: "Hehe...tiada siapa boleh jumpa saya !!!! Pembunuh Parhwine Kaur" ini paparan Facebook (FB) milik mangsa bunuh, Parhwine Lucia Mejia Kaur, 18, yang tersebar di laman sosial itu sejak semalam. Status FB yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu dikemas kini jam 3.33 petang kelmarin oleh orang yang disyaki bertanggungjawab terhadap pembunuhan remaja malang itu. Dalam paparan itu, terdapat juga komen balas daripada dua individu dipercayai rakan mangsa mengecam perbuatan pelaku terbabit namun, dia dengan selamba membalas "bapak dia selalu cakap lebih...suruh ah tangkap aku..." dan "kenapa tangkap orang yang tak bersalah...!!!!?!?" seolah-olah mengejek pihak berkuasa. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias ketika dihubungi berkata, pihaknya menyiasat status laman sosial yang tersebar itu bagi memastikan sama ada ia benar atau palsu. "Kita menahan seorang lelaki yang juga teman lelaki mangsa kelmarin dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh. "Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya. Harian Metro Rabu lalu melaporkan, seorang remaja perempuan ditemui maut dengan kesan luka kecil berlubang di lehernya dalam longkang padang bola sepak sebuah kawasan perumahan di Jalan Tiung 5, Puchong Jaya, dekat Serdang. Mayatnya ditemui tertiarap dengan lengkap berpakaian oleh beberapa penduduk kawasan berkenaan yang bermain bola sebelum mereka menghubungi polis. | ||
DAP Minta ROS Tarik Surat, ROS Kata DAP Tidak Terbatal, Boleh Guna Simbol Parti Posted: 18 Apr 2013 03:44 PM PDT DAP akan guna lambang PAS, PKR jika surat RoS tidak ditarik balik [TMI] KUALA LUMPUR, 18 April — DAP menuntut Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini untuk menarik balik surat tidak mengiktiraf pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti tersebut selewat-lewatnya esok, gagal melakukan sedemikian memaksa mereka menggunakan lambang PKR dan PAS dalam Pilih Raya 2013 nanti. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata laporan Bernama yang memetik Ketua Pengarah RoS Datuk Abdul Rahman Othman hari ini sebagai berkata bahawa DAP masih boleh menggunakan simbol Roket pada pilihan raya 5 Mei nanti masih "tidak cukup baik". "CEC DAP dalam mesyuarat malam ini memutuskan RoS perlu membatalkan surat tidak mengiktiraf pemegang jawatan dalam CEC selewat-lewatnya jam 3 petang esok, Jumaat," katanya kepada wartawan di ibu pejabat DAP hari ini, yang merujuk kepada jawatankuasa pusat parti. "Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan DAP mengarahkan 53 calon parlimen dan 103 calon-calon negeri di seluruh negara untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang di bawah lambang PAS di Semenanjung Malaysia dan simbol PKR di Sabah dan Sarawak," katanya. Lim mengecam langkah RoS ekoran surat bertarikh 17 April 2013 yang dikeluarkan menjelang dua hari sebelum penamaan calon, berkata ia bertujuan untuk "membunuh peluang DAP dalam pilihan raya dengan memaksa semua calon DAP menjadi calon bebas." Ketua menteri sementara Pulau Pinang itu berkata ia adalah "tidak masuk akal" untuk RoS mendakwa DAP tidak menghantar notis mengikut saluran sepatutnya pada kongres nasional Disember lalu, mengakibatkan 753 perwakilan tidak menghadiri mesyuarat pada 15 Dis. Tokoh utama DAP Lim Kit Siang yang juga berada pada sidang akhbar berkata secara lemah: "Saya mengaku saya menitiskan air mata." Kit Siang berkata DAP bimbang pengundi akan keliru jika parti menggunakan logo bulan PAS tetapi menegaskan mereka "dipaksa" untuk mengambil risiko tersebut. MCA telah sering memberi amaran kepada pengundi Cina yang menyokong Pakatan Rakyat (PR), mendakwa PAS adalah sebuah parti Islam, akan melaksanakan undang-undang hudud di negara yang berbilang kaum ini. Keputusan RoS ini boleh menyebabkan rancangan DAP untuk menghancurkan MCA pada pilihan raya umum ke-13 tidak kesampaian, terutamanya di kubu kuat parti lawan mereka itu di Johor dimana Kit Siang akan berlawan dengan menteri besar sementara Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di kerusi Parlimen Gelang Patah. Pilihan Raya 2013 dijangka menjadi pilihan raya negara paling sengit dalam sejarah negara dengan gabungan kukuh pembangkang berusaha untuk menyingkirkan kerajaan Barisan Nasional (BN) buat kali pertama sejak sejarah kemerdekaan negara. Guan Eng hari ini berkata terpulang kepada pengundi untuk membuat keputusan jika tindakan Ros adaah sesuatu yang munabsabah. "Jika mereka merasakan ini adalah benar-benar memalukan, mereka akan menunjukkan kemarahan mereka di peti undi. Kita mahu BN merasakan kemarahan bukan sahaja penyokong kita, tetapi juga hak-pemikiran rakyat Malaysia," katanya. Guan Eng menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah terikat dengan surat RoS itu yang menyatakan calon-calon DAP perlu menunjukkan kepada pegawai-pegawai SPR pada hari penamaan surat watikah yang ditandatangani oleh setiausaha agung parti untuk membenarkan mereka menggunakan logo parti. "Ramai ahli kami menitiskan air mata. Bagaimana anda mahu menjelaskan kepada pengundi anda?" katanya. Pendaftaran DAP tak terbatal, boleh guna simbol parti dalam PRU13 [Bernama] Pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menarik perhatian Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memaklumkan kepada DAP semalam bahawa ia sedang mengkaji pendaftaran parti itu berikutan pertikaian di kalangan anggotanya. Sementara menanti penyelesaian pertikaian berkenaan, kenyataan itu menyebut Pendaftar Pertubuhan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Dis 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966. "Bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak terbatal dan ia masih boleh menggunakan simbolnya semasa PRU13," kata Abdul Rahman. Beliau turut berkata siasatan berhubung pemilihan parti itu akan diteruskan. Kemelut yang berlaku dalam DAP itu timbul selepas ramai anggotanya dilapor mempersoal ketelusan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP berikutan wujud perubahan mendadak dalam keputusan pemilihan kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, selain dakwaan kenapa lebih 700 perwakilan dinafikan hak mengundi. Dalam satu sidang akhbar di ibunegara, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa telah menerima surat ROS bertarikh 17 April, menyatakan ROS tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan CEC parti DAP. Berdasarkan keputusan ROS itu, parti tidak berkuasa mengeluarkan surat watikah pelantikan kepada mana-mana calon parti menggunakan simbol parti iaitu roket pada PRU13, katanya. Sehubungan itu, Lim berkata DAP bercadang menggunakan simbol PAS di Semenanjung dan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dan Sarawak pada PRU13. Lim sebelum itu mengadakan mesyuarat bersama Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, yang menurut pemimpin DAP itu mendapat persetujuan pemimpin parti masing-masing berhubung penggunaan simbol PAS dan PKR. Beliau turut berkata sepucuk surat yang diterima semalam menyatakan ROS telah bersetuju menangguhkan penyiasatan berhubung pemilihan jawatan CEC. Dalam surat itu, kata Lim, ROS telah bersetuju bahawa penyiasatan tersebut yang sepatutnya dijalankan hari ini, ditangguh ke 9 Mei. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan