Rabu, 17 April 2013

dollah yankee

dollah yankee


Tangan ada bau TAIK! sebab ayam sudah terlepas!

Posted: 17 Apr 2013 12:11 AM PDT

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..
Dulu... masa Dollah zzz jadi PM, Shariff ada 'gentelmen aggreement' dengan Dollah zzz.(dikatakan juga ketika berjabat tangan dalam perjanjian itu,siap baca Fatihah dan selawat) supaya  Shariff lepaskan kerusi Tasek Gelugor untuk Nor Yakob. Dan sebagai balasan nama Shariff akan direkomen untuk jadi Gabenor Pulau Pinang ganti Rahman Abbas. Shariff pula ibarat 'dengar guruh dilangit,air dalam tempayan dicurah'. Semuanya hancus,lebur  bila Pak Lah zzz ditendang.
'Balik Pulau,Bayan Lepas.Gabenor terpulau,MP pun terlepas' Kah..Kah..Kah.. 

Khabar kurang baik buat Umno apabila BEKAS calon parlimen Tasek Gelugor,Shariff Omar pula mengamuk dan ambil keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas menentang calon umno dan calon PAS,Abdul Rahman Maidin.
 
 
 
Janji BEKAS perdana menteri, Abdullah Badawi untuk memberi peluang kepada BEKAS penyandang yang digugurkan, Nor Mohamed Yakcop bertanding hanya setakat dua penggal nampaknya tidak ditunaikan.
Sebaliknya Umno memilih ketua Umno bahagian, Shahbudin Yahya sebagai calon menyebabkan Shariff berang dan mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas malam tadi.
Ini pasti memberi peluang cerah kepada calon Pakatan Rakyat, Abdul Rahman untuk menang di kubu kuat Umno itu kerana undi kepada BN sudah pasti akan terpecah dua ekoran keputusan drastik Shariff.

Tiada ulasan: