Ahad, 21 April 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Putrajaya kawasan berprestij, Husam lah yang secucuk sebagai wakilnya

Posted: 21 Apr 2013 06:41 AM PDT

ASPAN ALIAS

Pertembungan diantara Husam Musa dan Tengku Adnan di kawasan Parlimen Putrajaya dalam PRU ini amat menarik bagi diri saya untuk membuahkan sedikit komen. Awal-awal bicara saya ini, saya terus terang berkata kalaulah benar-benar pengundi di Putrajaya mahukan seorang wakil yang betul-betul mempunyai 'attribute' sebagai seorang wakil yang betul, maka Husam lah orangnya. Jika kita mahukan seorang yang 'colorful' dengan berbagai-bagai isu, maka Tengku Adnan lah yang betul.

Husam seorang Naib Presiden PAS dan tidak mempunyai apa-apa warna yang menjadikan beliau seorang yang boleh dipersoalkan. Berbeza dengan T Adnan, Husam tidak mempunyai isu yang membabitkan perjudian atau isu salah laku korporat yang menjejaskan imej sebagai seorang ahli Dewan Legislatif bagi kawasan yang berprestij seperti Putrajaya itu.

Jika kita benar-benar memilih mengikut markah keperibadian, Husam sememangnya jauh lebih bersesuaian untuk mewakili rakyat Putrajaya. Segala-gala yang ada  pada Husam itu semuanya 'natural' dan tidak ditempelkan dengan imej-imej palsu seperti yang ada kepada Tengku Adnan.

Hanya satu yang lebihnya T Adnan dari Husam, iaitu T Adnan banyak wang ringgitnya. Tengku Adnan mempunyai banyak bisness yang besar-besar dan semua bisness beliau itu adalah dari kedudukan beliau dalam UMNO selama ini sehinggalah jawatan beliau sebagai Setiausaha Agong UMNO.


Tengku Adnan berbuat bisness dengan taikonya Vincent Tan. Tengku Adnan lebih takut kepada Vincent Tan dari pimpinan tertinggi UMNO itu sendiri. Kita boleh campurkan satu dengan satu atau dua dengan dua, kita tahu kenapa Vincent Tan begitu berpengaruh dalam kerajaan dan UMNO itu sendiri.


Justeru jika rakyat Putrajaya mahukan wakilnya seorang yang seperti T Adnan ini maka Tengku Adnan lah patut dipilih. Tetapi di sebaliknya jika kita mahukan seorang wakil Legislatif yang berwibawa dengan keperibadian yang segar secucuk dengan imej Putrajaya sebagai kawasan induk negara ini, maka Husam Musa lah orang yang paling tepat dan sesuai untuk mewakili pengundi di Putrajaya. Dari segi kemanusiaannya Husam adalah seorang yang secara relatifnya jauh lebih lengkap dari lawannya itu.

Saya yang merupakan pengundi di Kuala Pilah tidak dapat memberikan undi kepada Husam. Jika undi boleh dikirim seperti kita mengirim undi dalam rancangan Akademi Fantasia, saya akan menghantar undi kepada Husam Musa sebanyak yang mungkin kerana sokongan terhadap Husam tidak boleh di abaikan jika kita mahukan perubahan.

Husam perlu diberikan sokongan samada dengan kerja tubuh seperti berkempen dan merayu undi atau usaha yang lebih mulia iaitu untuk bermohon terus kehadrat Allah SWT. Pengundi-pengundi Putrajaya wajar menjolok rahmat dari Allah SWT agar Putrajaya mendapat seorang wakil yang berprestij imejnya dan jernih wajahnya.

Saya berdoa agar Husam sentiasa berada di dalam keredhaan Tuhan Maha Esa.

Calon DAP terkejut namanya tiada dalam senarai SPR

Posted: 21 Apr 2013 06:38 AM PDT

 


 
Calon DAP bagi kerusi Sri Tanjong, Chan Foong Hin terkejut besar semalam apabila namanya tidak ada dalam senarai akhir Suruhanjaya Pilihan Raya SPR) , walaupun pencalonannya  telah diterima oleh pegawai pengurus pada sebelah pagi.

NONEPada jam 8.30 pagi ini, nama Chan masih tidak ada dalam
senarai calon SPR yang bertanding di kerusi tersebut yang terletak dalam kawasan Parlimen Tawau.

"Terkejut besar" dengan apa yang berlaku, Chan (kanan) berkata, ejen pilihan rayanya telah menyemak dengan seorang pegawai SPR dan diberitahu ia adalah "masalah teknikal".

"Menurut pegawai pengurus, apabila nama calon diumumkan, sepatutnya tidak ada masalah.

NONE"(Beliau berkata) ia adalah satu kesilapan teknikal kerana (isu) penghantaran faks atau internet," katanya ketika dihubungi.

Chan berkata, beliau akan menghantar surat peguam untuk menuntut jawapan rasmi, jika senarai itu tidak dikemaskini dengan memasukkan namanya menjelang esok.

"Ia sama sekali tidak demokratik jika seseorang yang telah dicalonkan sebagai calon digugurkan daripada senarai sebelum pengundian dijalankan," katanya.

Semakan pada kira-kira jam 11.30 pagi hari ini bagaimanapuan mendapati nama Chan telahpun muncul dalam senarai calon yang akan bertanding di kawasan tersebut.

PRU13: Calon 'kerdil' saingan 'abang besar' di Kedah

Posted: 21 Apr 2013 06:34 AM PDT



 
ULASAN Selepas proses penamaan calon beberapa calon 'kerdil' PAS dan PKR bakal berdepan dengan calon 'abang besar' berpengalaman dan berpengaruh tersendiri dalam persaingan sekurang-kurangnya tiga penjuru di kerusi DUN atau parlimen.

Sekalipun dianggap setara dari sudut jawatan dalam kerajaan, calon PAS DUN Ayer Hitam Abdul Ghani Ahmad dilihat berdepan dengan pengaruh calon BN, Datuk Mukhriz yang dibayangi bayang-bayang ketokohan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, kehadiran bapanya sewaktu penamaan calon pagi tadi, telah menaikkan semangat penyokong dan jentera, malah mendapat sorakan antara yang paling gemuruh berbanding dua lagi calon Umno yang bertanding.

Dalam parlimen Alor Setar, pemimpin muda PAS dan PKR masing-masing berdepan dengan perlawanan tiga penjuru di DUN Alor Mengkudu dan Bakar Bata.

Ketua Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahya yang mewakili PAS di Alor Mengkudu bakal berdepan dengan bekas exco Kedah berkelulusan agama Datuk Fadzil Hanafi yang bertanding sebagai calon Bebas dan Sharifah Maznah Syed Kassin Barakbah mewakili BN.

Alor Mengkudu sebelum ini diwakili Yang Dipertua pas Alor Setar Dr Ismail Saleh yang kini berpindah dan bertanding di parlimen Jerlun. Dalam pilihan raya umum lalu, beliau menang dengan majoriti 2,247 undi.

Tugas besar perlu ditempuhi Ahmad dengan saingan Fadhil dan Sharifah Maznah yang mempunyai kekuatan dan pengaruh di kerusi tersebut.

Sekalipun kedua-dua pemimpin itu berada dalam satu kapal BN, sekurang-kurangnya penyertaan mereka dapat memecah undi kepada Ahmad sekaligus dilihat menggagalkan usahanya mempertahankan kerusi tersebut.

Sementara di Bakar Bata, bekas setiausaha akhbar kepada ketua umum PKR, Mohd Eekmal Ahmad turut berdepan situasi sama apabila bersaing dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan calon parti Bersama Jawahar Raja Abdul Wahid.

Ahmad Bashah sudah pasti bertungkus lumus mempertahankan kerusinya - sebagai salah satu syarat untuk merebut kerusi menteri besar. Malah sokongan untuk beliau tidak sedikit di DUN itu, sekalipun menang dengan majoriti 358 undi.

Bagi Eekmal - yang berkelulusan Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) - perlu memperkemas dan memperkukuhkan jentaranya bagi memastikan semua kumpulan masyarakat dan kumpulan ditemuinya bagi menarik sokongan kepadanya.

Bagi peringkat parlimen pula, penyandang kerusi Padang Terap, calon muda Mohd Nasir Zakaria bakal menghadapi serangan dua penjuru apabila ditentang bekas menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid dan calon Bebas Muhammad Bazli Abdullah.

Dan Mahdzir bukan 'kecil-kecil anak', kerana berpengalaman dalam pentadbiran negeri dan ketua pembangkang di DUN Kedah, sudah pasti memberi taruhan terhebat dalam pilihan raya umum kali ini.

Apatah lagi, isu yang penebangan balak di Padang Terap antara isu yang bakal dimainkan oleh BN dalam tempoh kempen. Beliau dahulunya bertanding di DUN Pedu sebelum berpindah ke parlimen pada pilihan raya umum kali ini.

Naib presiden PKR N Surendran pula akan bersaing dalam pertarungan lima penjuru di kerusi parlimen Padang Serai. Beliau akan ditentang empat calon antaranya bekas timbalan menteri Heng Seai Kie (BN) dan N Gobalakrishnan.

Sememangnya laluan tidak mudah buat peguam muda itu, kerana berdepan dengan pemimpin kerajaan yang mempunyai jentera dan sumber kewangan yang kukuh.

Tetapi ketokohan dan konsisten beliau membela kumpulan tertindas dan membela kaum India tidak mustahil beliau memberi saingan terhebat bagi PKR mempertahankan kerusi itu.

Apatah lagi, penyertaaan N Gobalakrishnan sebagai penyandang sebelum ini turut memberi tamparan hebat kepadanya.

Surendran juga perlu bertungkus lumus menarik sokongan apabila dua lagi calon - Othman Wawi (Bebas) dan Hamidi Abu Hassan (Berjasa) turut kepingin merebutnya.

Di Alor Setar, calon muda PKR Gooi Hsiao Leung akan berdepan dengan tiga calon iaitu menteri kabinet Datuk Seri Chor Chee Heung yang berpengaruh dan sokongannya 'mengakar' untuk mewakili BN bagi mempertahankan kerusinya.

Penyertaan kali kedua peguam muda itu berdepan menteri mungkin dilihat tidak sukar dan mampu memberi saingan kepada Chee Heung apatah lagi telah menjalankan kerja selepas tewas pada pilihan raya umum 2008.

Sekalipun penyertaan calon Berjasa Abdul Fisol Mohd Isa dan Jawahar Raja Abdul Wahid daripada parti BERSAMA, ia dilihat tidak memberi sedikit kesan, kerana umumnya, calon Bebas jarang memberi saingan serius melainkan tokoh besar yang dikenali dalam masyarakat.

Husni: 'Kamilia egoistik, dia akan menyesal'

Posted: 21 Apr 2013 06:28 AM PDT

SINAR HARIAN

Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah.
Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah.
 
IPOH - Timbalan Pengerusi Umno Perak Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata bekas naib ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim mengetahui mengenai tawaran parti untuk beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Chandan di Kuala Kangsar.
  
"Saya kata dia tahu kerana pada satu ketika semasa saya bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib, ada menerima mesej daripada beliau (Kamilia). Saya tak nak beritahu apa mesej itu. Mengarut kalau dia tidak tahu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan makan amal 1Malaysia anjuran Persatuan Kebajikan, Perpaduan dan Kemajuan Masyarakat India Negeri Perak (Permasip) di sini hari ini.
  
Ahmad Husni mengulas kemungkinan Kamilia tidak mengetahui tawaran parti untuk bertanding di DUN Bukit Chandan sehingga membawa kepada tindakan beliau bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
  
"Sebab dia besar kepala, dia rasa dia Naib Ketua Wanita, dia patut diberikan kerusi Parlimen, dia egoistik, dia akan menyesal, namun dah terlewat," katanya.
  
Ahmad Husni berkata pilihan raya bukan berkisar hanya kepada calon dan nama besar, malah yang penting bergantung kepada kekuatan dan keampuhan jentera masing-masing.
 
"Bagaimana jentera dia, jentera dia nak ke mana, di mana dia akan mendapat sokongan jentera untuk dirinya. Saya rasa beliau akan kecewa kerana akhirnya tidak ada sesiapa yang akan membantunya," katanya.
  
Di TAIPING, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pula menyifatkan tindakan Kamilia sebagai satu pengkhianatan kepada parti dan contoh yang tidak baik ditunjukkan oleh seorang pemimpin tertinggi wanita, dan wajar dipecat.
  
"Orang yang bertanding bebas ini semuanya berkepentingan diri dan merasakan mereka seolah-olah layak menjadi calon tetapi terlupa bahawa dia nampak layak sebab parti yang menyokong dia. Tapi kalau dia bertanding sendiri secara bebas, dia tidak akan menang kerana yang kuat bukan individu tetapi parti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Perak di sini.
  
Semasa proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semalam, Kamilia, 61, membuat kejutan apabila mengemukakan borang pencalonan sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen Kuala Kangsar, menggunakan lambang buku.
  
Ia sekali gus menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara beliau, calon BN Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Khalil Idham Lim daripada Pas.

Kerusi Parlimen Kuala Kangsar sebelum ini disandang bekas ketua wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz selama enam penggal bermula pilihan raya umum 1986.

Di PAPAR, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yakin sokongan kukuh anggotanya tidak akan mengakibatkan berlakunya pecahan undi di Parlimen Kuala Kangsar.
  
Malah, Shahrizat berkata tindakan itu sebaliknya akan membawa kelebihan kepada parti kerana lebih ramai pengundi, termasuk pengundi atas pagar, pasti memilih calon BN.
   
"Tindakan itu tidak akan memecah undi kerana orang Umno mengundi atas kepercayaan dan keyakinan kepada perjuangan parti dan BN.
   
"Jika ada sekalipun perkara itu, mungkin berlaku di pihak pembangkang. Mungkin akan ada yang nak bagi (undi) kepada Kamilia. Berapa...kita tengoklah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera Jalinan Rakyat di Kampung Kuala, di sini hari ini.
   
Dalam pada itu, Shahrizat yang juga pengerusi Wanita BN membidas kenyataan pembangkang yang menyifatkan pertembungan di Kuala Kangsar sebagai persaingan antara Pas dan Bebas, seolah-olah memperkecilkan kemampuan BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu.

Shahrizat yang menyesali tindakan Kamilia menegaskan bahawa tindakan itu tidak memberi kesan kepada persiapan atau menjejaskan moral jentera Jalinan Rakyat Kuala Kangsar.
   
"Saya berhubung dengan Naib Ketua Wanita Bahagian Kuala Kangsar Nor Rizan Subehi dan beliau mengesahkan selepas tindakan mengejutkan itu, ada beberapa sahaja Pusat Daerah Mengundi (PDM) di sana yang ditutup. Tetapi tak sampai sehari, iaitu malam semalam, semua PDM ini telah kembali dibuka dan kembali ke perjuangan Uumno serta BN," katanya.
    
Shahrizat berkata beliau juga akan berkunjung ke Kuala Kangsar pada Selasa ini bagi menemui kepimpinan parti di kawasan itu.
   
Sementara itu, Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Rashid Shirlin yang juga calon BN Parlimen Papar memberi peringatan bahawa beliau juga tidak akan berkompromi dan tindakan tegas harus diambil terhadap mana-mana anggota pergerakan itu yang melanggar Perlembagaan atau Lembaga Disiplin Parti pada pilihan raya ini.  - Bernama

Angin kuat, khemah roboh di acara Khaled Nordin

Posted: 21 Apr 2013 05:51 AM PDT



 
Petugas, tetamu utama dan pegawai Kementerian Pengajian Tinggi, nyaris cedera apabila khemah tempat mereka sedang menikmati jamuan, roboh dipukul angin.

Kejadian berlaku selepas Majlis Perasmian Pelan Strategik Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi dan Women In Social Enterprise (WISE) 2013, di Dewan Serbaguna Taman Mawar oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Semua tetamu dan peserta majlis itu baru menikmati hidangan pencuci mulut, pengat pisang, apabila berlaku hujan lebat serta angin kuat pada kira-kira 12.10 tengah hari.

Khaled, yang juga calon BN bagi kerusi DUN Permas, meninggalkan majlis lima minit sebelum kejadian

Wartawan New Straits Times S K Thanusha Devi, 25, terpaksa ditarik keluar dari khemah yang roboh ditimpa tiang khemah.

"Ia berlaku sekelip mata ...saya mendengar rakan-rakan menjerit meminta kami segera keluar dari khemah.

"Saya meluru keluar secepat mungkin... malangnya sesuatu menimpa bahu saya dan saya terjatuh...saya ditarik keluar oleh rakan setugas jurukamera TV3, Yahya Kiprawi.

Yahya yang sebelum itu terlihat sebatang tiang khemah berdekatan mejanya dalam keadaan tidak stabil, cuba menahannya daripada jatuh.

"Keluar, keluar, keluar," jeritnya apabila tidak mampu menahan tiang itu menyebabkan semua tetamu di enam meja di bawah khemah berkenaan, termasuk Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia Prof Datuk Seri Dr Zaini Ujang, lari menyelamatkan diri.

Yahya berkata beliau cepat bertindak kerana mempunyai pengalaman serupa beberapa tahun lepas ketika menghadiri satu karnival masyarakat Kemboja, dan berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak lelaki masyarakat itu yang terperangkap di bawah khemah.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.- Bernama

Wanita Umno sokong BN walau Kamilia tanding Bebas

Posted: 21 Apr 2013 05:48 AM PDT

Zulaikha Zulkifli


Pergerakan Wanita Umno Kuala Kangsar kecewa dengan tindakan ketua bahagian tersebut, Datuk Kamilia Ibrahim yang kini bertanding sebagai calon Bebas menentang calon BN di kawasan mereka.

Setiausaha pergerakan itu, Aishah Halid berkata beliau sendiri pernah menasihatkan Kamilia agar menerima ketentuan apabila naib ketua Wanita Umno tersebut tidak terpilih sebagai calon untuk bertanding di parlimen Kuala Kangsar.

"Sebelum ini saya ada nasihatkan datuk supaya terima sahaja. Ini semua ketentuan Allah. Kita kena ingat balik tujuan kita.

NONE"Tapi Datuk (Kamilia) kata dia rasa terhina. Memang ada kekosongan calon masa hari itu, tapi bukan rezeki dia," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ditanya lanjut, Aishah berkata beliau sendiri tidak menyokong tindakan yang dilakukan Kamilia dan akan berusaha untuk memastikan calon BN, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad menang dalam pertandingan itu.

"Saya tetap berjuang untuk BN," tegasnya.

Selain Wan Mohammad, Kamilia juga berdepan dengan calon PAS, Idham Lim dalam pertandingan untuk merebut kerusi berkenaan.

Kamilia sebelum ini pernah menyuarakan kekecewaannya kerana BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13.

NONEKenyataan berhubung isu pemilihan calon di kalangan pemimpin sayap parti bekenaan bagaimanapun ditangkis oleh penyandang kerusi berkenaan Tan Sri Rafidah Aziz.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya Pergerakan Wanita Umno membantah. Wanita tak akan sekali-sekali cakap begitu. Datuk Seri Shahrizat sendiri tidak sepatah pun menentang atau bercakap.

"Yang bercakap ini secara individu, tetapi malangnya sebab beliau salah seorang pemimpin Pergerakan Wanita, orang anggap ini suara Wanita," kata Rafidah seperti dipetik dalam satu laporan Bernama hari ini.

Dalam laporan itu juga, Rafidah yang juga bekas ketua Wanita Umno berkata BN mengetengahkan ramai calon wanita, namun ada di antaranya yang tidak begitu dikenali.

"Janganlah bila kita kata tentang calon wanita, kita cakap tentang batang hidung sendiri. Kita dah berbaya, berumur menjangkau 60-an, eloklah kita berehat," katanya.

Tempoh 24 jam untuk calon Bebas DAP berundur

Posted: 21 Apr 2013 05:41 AM PDT

 


 
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata parti itu tidak akan bertolak ansur dengan tindakan anggota yang melanggar disiplin dengan bertanding sebagai calon Bebas apabila tidak dinamakan sebagai calon dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Oleh yang demikian, beliau memberi tempoh 24 jham kepada calonnya yang bertanding Bebas – Jenice Lee (DUN Teratai) dan Sim Tong Him (Parlimen Kota Melaka dan) – 24 jam untuk memohon maaf dan berundur dari pertandingan.

Jika tidak, kedua-dua calon berkenaan akan dipecat daripada parti, katanya.

"Ini ada satu perbuatan melanggar disiplin yang serius. Ianya tidak boleh diterima, tidak boleh dimaafkan dan melampau," katanya dalam satu sidang media di Pulau Pinang hari ini.

Selain itu, tindakan juga akan dikenakan ke atas para penyokong kedua-dua calon berkenaan.

Muhyiddin & TV3 Kantoi Menipu Rakyat

Posted: 21 Apr 2013 05:26 AM PDT

 
KELAB GREENBOC
 
Tindakan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di DUN Senggarang semalam dikesali.

Ini kerana dakwaan orang nombor dua Barisan Nasional (BN) itu terbukti bohong.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon PAS, Dr Ramli Kari akan bertanding di situ melawan calon BN.

Kira-kira jam 1.20 semalam, TV3 mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di Senggarang, Johor.

Sehingga berita ini ditulis, laporan berita itu masih disiarkan dalam laman web TV3.

"Barisan Nasional mencatat permulaan yang baik bagi menghadapi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 apabila menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Senggarang, Johor.

"Calon BN bagi kerusi berkenaan Abd Aziz Ismail disahkan menang tanpa bertanding selepas borang pencalonan seorang lagi calon ditolak pegawai pengurus pilihan raya kawasan berkenaan," lapor TV3.

Berita itu memetik kata-kata Muhyidin yang memperlekeh calon PAS kononnya tidak pandai mengisi borang pencalonan.

Terbukti berita itu palsu apabila SPR mengesahkan penyertaan calon PAS Dr Ramli Kari di situ.

"PAS bertanding di DUN Senggarang. Segala berita mengatakan BN menang tanpa bertanding di Senggarang adalah palsu," tulis laman Facebook PAS Kawasan Batu Pahat. -HD



Ulasan GB

Banyak kali dah GB bagitahu, inilah TPM paling bangang yang Malaysia pernah ada.

Sentiasa mempercayai bulat-bulat pemberi maklumat kepadanya dan kemudian menyerang dan merendah-rendahkan pihak lain tak tentu pasal dan tak tentu hala. Kembang hidungnya tatkala memperlekeh calon PAS kononnya tidak pandai mengisi borang pencalonan.

IQnya rendah, rasismanya tebal dan hanya tahu nak memperbodohkan rakyat.

Sekarang tertepek ke muka sendiri!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Tangguh bukti manifesto BN Perak ada kepincangan

Posted: 21 Apr 2013 05:23 AM PDT

Muhammad Faeez Azahar,




IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak mengakui manifesto yang didedahkan oleh PAS minggu lalu adalah benar, jelas Dr Ahmad Nuri Al-Amin.

Katanya, perkara tersebut disahkan melalui kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dalam akhbar Berita Harian hari ini.

Ketua Penerangan PAS Perak itu berkata, tindakan untuk menangguhkan pelancaran manifesto tersebut dengan alasan ianya telah didedahkan oleh PAS menggambarkan tawaran BN mempunyai kepincangan.

"Kalaulah ianya tiada masalah dan tawaran tersebut relevan serta terbaik untuk rakyat, BN tidak perlu tangguhkan pelancarannya," katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, hari ini. (Gambar)

Hadir sama Ahli Jawatankausa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Salman Saleh, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar dan Safarizal Saleh.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, keputusan BN untuk menangguhkan pelancaran manifestonya terbukti apa yang didedahkan PAS sebelum ini adalah benar.

Jelasnya, sepatutnya BN berterima kasih kepada PAS kerana telah mendedahkan manifesto tersebut kepada umum.

Dengan pendedahan tersebut, Ustaz Nuri berkata, kepimpinan BN yang diketuai oleh Zambry itu sendiri dapat menilai respons masyarakat terhadap tawaran BN dan diubah suai sebelum ia dilancarkan.

"Isu PAS Perak tidak 'gentleman' seperti yang didakwa Zambry bukanlah perkara utama yang harus dibincangkan kerana PAS hanya mendedahkan perkara yang betul.

"Kami hanya dedahkan perkara-perkara yang benar iaitu janji yang belum ditepati yang dijanjikan semula kerana ini satu tindakan yang tidak wajar," jelas Ustaz Nuri lagi.

Mengulas lanjut, BN perlu melihat dari aspek positif tentang pendedahan tersebut dan muhasabah kembali dengan meneliti semula.

"Gunakan respons yang membina daripada PAS itu untuk BN kemukakan tawaran kongkrit yang terbaik untuk rakyat.

"Selepas berpuas hati, barulah kita bersemuka atas satu pentas debat bagi membincangkan perbandingan manifesto Pakatan Rakyat dan BN," tegasnya.

Beliau turut mengulas kenyataan Zambry yang mengatakan tidak mustahil Manifesto Pakatan Rakyat Perak diciplak daripada manifesto BN.

Sambil ketawa sinis, Ustaz Nuri berkata, kenyataan tersebut ternyata melucukan kerana pendedahan manifesto BN itu dibuat selepas pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Perak.

Pada 16 April lalu, PAS Perak melalui Jawatankuasa Strategik dan Isunya telah mendedahkan draf manifesto BN Perak yang diberi oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam 11 janji utama BN, terdapat banyak tawaran yang dianggap basi kerana ianya adalah janji lama yang masih belum dilaksanakan sehingga hari ini.

Dalam kenyataan di akhbar Berita Harian hari ini, Zambry mengumumkan BN Perak terpaksa menangguhkan pengumuman manifestonya kerana ia telah dibocorkan pihak tertentu.

Saya sedih melihat ustaz dihina - calon PAS

Posted: 21 Apr 2013 05:15 AM PDT

Harakahdaily,


SEREMBAN: Calon PAS DUN Johol, Negeri Sembilan melahirkan simpati yang amat sangat terhadap Ustaz Mohd Fadzil Abu Kasim, bekas calon Johol yang dihina oleh pemimpin dan ahli Umno bahagian ini.

"Saya sangat bersimpati dengan Ustaz Fadzil dan keluarganya atas penghinaan tersebut," kata Nor Azman Mohamad (gambar) dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Ustaz Fadzil telah menerima watikah perlantikan beliau sebagai calon BN di Johol.

Namun akibat dari penghinaan yang dibuat oleh sebahagian pemimpin dan ahli Umno terhadap beliau, Fadzil mengambil keputusan menyerahkan balik watikah yang diterimanya.

Ekoran itu, Abu Samah Mahat telah dipilih oleh Umno untuk menjadi calon BN di DUN Johol.

Menurut Azman, beliau terkejut dengan pertukaran saat akhir calon BN di N19 Johol dari Ustaz Mohd Fadzil Abu Kasim kepada Sdr Abu Samah Mahat ini.

Sesungguhnya, bagi Azman, pertukaran ini menggambarkan pergolakan yang berlaku dalam kem UMNO dan BN.

"Saya juga dimaklumkan berkenaan pergolakan UMNO BN ini menerusi video yang di 'upload' di internet pada pertemuan penyerahan watikah Rabu lepas (17 April 2013) yang dihadiri Datuk Hasan Malek dan dipengerusikan Datuk Ismail Lasim yang kesudahannya ditangguhkan.

Klik untuk melihat video peristiwa itu.

"Harapan untuk saya bertanding secara matang dan profesional bersama Ustaz Fadzil dalam PRU13 ini sebagaimana yang saya nyatakan di dalam laman sosial facebook nampaknya tidak menjadi kenyataan," tambah Azman.

Malah, katanya, beliau begitu sedih melihat Ustaz Fadzil dihina sedemikian rupa oleh ahli-ahli Umno.

"Bukan urusan saya sekiranya beliau tidak terpilih, tetapi cara penghinaan yang sedemikian rupa hakikatnya menghina dan menjatuhkan maruah Ustaz Fadzil dan keluarganya, apatah lagi beliau adalah seorang Ustaz," katanya.

Bagi Azman, apa yang berlaku ini menyerlahkan bahawa Umno tidak serius di dalam menjaga para ustaz dan ulama.

Kononnya Umno memperjuangkan Islam, tetapi tiada seorangpun calon ustaz diletakkan kali ini di Negeri Sembilan, tambahnya.

"Saya bertegas menyatakan, bahawa, jika Umno tidak menghormati para ustaz dan ulama, tiada jaminan Umno akan mempertahankan Islam," tegas Azman.

Beliau juga menyeru agar Ustaz Fadhil bersabar atas ujian Allah ini.

"Saya menyeru agar kita menolak parti Umno dan BN di Negeri Sembilan ini kerana menjatuhkan martabat para ilmuan Islam," katanya.

Nadwah ulama, NGO Islam 23 April tolak fitnah Umno

Posted: 21 Apr 2013 05:09 AM PDT

Harakahdaily,


SIK: Nadwah ulama dan NGO Islam akan diadakan pada 23 April ini di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar bagi menolak fitnah Umno.

Penasihat Majlis Nadwah, Tuan Guru Haji Salleh Musa, kumpulan ulama dan NGO terbabit telah bermesyuarat bagi menyatakan pendirian dalam menempuh Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).

Mesyuarat itu diadakan pondok beliau, Madrasah Ar-Rahmaniah, Sik.

Beliau berkata, keputusan mesyuarat pada 17 April lalu akan dibentang dalam majlis umum di Kuin itu bermula jam 2 hingga 5 petang.

"Masyarakat dijemput hadir beramai-ramai," ujar beliau.

Jelas beliau, tujuan Nadwah Ulama dianjurkan bagi menolak fitnah ulama Umno yang mengeluarkan Fatwa Haram Sokong PAS dan PKR.

"Nadwah ulama akan melantik wakil dari setiap pertubuhan akan bentang kertas kerja menyatakan Wajib Sokong PAS dan Pakatan dengan dalil-dalil dan isu-isu yang tidak pernah dibincang umum sehingga masyarakat terpedaya dengan tipu helah Umno sehingga ada ulama yang gagal memahami isu terpengaruh dengan Umno," jelas beliau lagi.

'Watikah saya dirompak'

Posted: 21 Apr 2013 12:41 AM PDT

MUHAYUDIN SALLEH

Mohamad Shahrum Osman
Mohamad Shahrum Osman
 
KUALA LIPIS – Calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya ke-13 bagi kerusi Parlimen Lipis yang digugurkan pada saat akhir walaupun setelah menerima watikah pencalonan menyatakan kesedihan dan marah dengan apa yang berlaku namun tetap reda.

Bekas pensyarah, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman, berkata, beliau berasa marah dan dukacita kerana watikah yang sudah ada dalam tangannya bertukar tangan dengan menggunakan teknik sabotaj.

"Saya marah sebab watikah sudah ada pada saya tetapi dirompak oleh Ketua Bahagian Umno Lipis dan kumpulannya.

"Bukan saya sahaja yang disabotaj tetapi turut sabotaj parti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Namun begitu, beliau tetap menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Pahang kerana melayakkannya menjadi 'calon boleh menang' bagi BN.

Beliau turut menyatakan hasrat akan turun berkempen membantu calon BN bagi Dun Ceka dan Benta selain melahirkan harapan agar BN menang pada PRU13.

Mustapa: Che Johan Che Pa dipanggil beri penjelasan

Posted: 21 Apr 2013 12:31 AM PDT

SINAR HARIAN

mustapa_mohamed
Datuk Seri Mustapa Mohamed.
 
KOTA BHARU - Biro Politik Badan Perhubungan Umno Kelantan hari ini memanggil Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa, untuk memberi penjelasan berhubung tindakan mengejutnya tidak mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, semalam.
  
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Che Johan telah memberi penjelasan sebab beliau berbuat demikian.
  
"Kita amat dukacita dengan tindakan beliau. Tadi, saya telah memanggil beliau untuk membuat siasatan. Saya selaku Pengerusi BN negeri, harus tahu apa yang berlaku dan beliau telah memberi penjelasan sebab berbuat demikian.
  
"Saya akan adakan perbincangan lanjut, termasuk dengan Pengerusi BN (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan pemimpin lain," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat biro politik itu, di Pusat Media BN Kelantan di sini, hari ini.
  
Katanya Umno dan BN memandang serius perkara itu dan menyerahkan kepada jawatankuasa disiplin parti untuk membuat keputusan terhadap Che Johan.
 
Ketika ditanya mengenai penjelasan yang diberi Che Johan terhadap tindakan mengejutnya itu, Mustapa berkata ia sama seperti yang dilaporkan dalam media berhubung keputusan untuk tidak mengemukakan borang pencalonan di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas.
  
Media melaporkan bahawa Che Johan tidak mengemukakan borang pencalonannya pada hari penamaan calon semalam, bagi mengelak pertandingan tiga penjuru, semata-mata untuk kebaikan parti dengan tidak mahu kerusi parlimen tersebut jatuh ke tangan Pas.
  
Tindakan Che Johan menyebabkan calon bebas yang juga penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dicabar satu lawan satu oleh calon PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei ini.
  
Mustapa berkata BN Kelantan terkejut dan dukacita di atas tindakan Che Johan, yang disifatkan sebagai membelakangkan parti.
  
"Ini (menjadi calon dalam pilihan raya) satu penghormatan sebenarnya. Ramai yang berebut (hendak jadi calon).
  
"Kita memandang serius perkara ini dan kita telah menyatakan kepada Che Johan perasaan dukacita kami atas tindakan beliau yang membelakangkan keputusan parti," katanya.
  
Sementara itu, Mustapa turut mengingatkan semua jentera parti supaya tidak leka, dan memberi tumpuan penuh sepanjang tempoh berkempen 14 hari ini.
  
Jentera parti juga diingatkan supaya tidak menganggap kemunculan calon Bebas dalam kalangan anggota Pas sebagai kelebihan mudah untuk BN memenangi Kelantan, katanya.
  
"Ini mungkin sandiwara politik. Apa pun (parti) Bebas atau apa, kita hendak menang. Jangan sekali-kali kita terkeluar daripada perjuangan. Kita kena tumpu usaha sebab kita hendak menang," katanya.
  
Mengenai proses penamaan calon semalam, Pengerusi BN itu berpuas hati dengan kelancaran proses itu di seluruh negeri ini dan sikap penyokong yang tidak menimbulkan insiden tidak diingini serta anggota polis yang bertugas menjaga keselamatan awam.
  
Malah, beliau gembira terhadap sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat di Kelantan termasuk golongan wanita dan belia yang sudah menerima "gelombang merah" apabila mengenakan pakaian berwarna merah ketika mengiringi calon ke pusat penamaan calon.  - Bernama

Demi Islam, haram tukar pentadbiran kerajaan Kelantan

Posted: 21 Apr 2013 12:25 AM PDT



Oleh Wan Nik Wan Yusof

KALI ini baik benar kita berbicara soal wajibnya rakyat Kelantan mengambil sikap mengekalkan sokongan kepada kepimpinan ulama yang menerajui kerajaan negeri Kelantan. Soal ini dapat kita fahami daripada pandangan syariah dua tokoh agama terkenal tanah air. 

Satunya oleh Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainal Bidin (Dr Maza), bekas Mufti Perlis dan kini pensyarah Universiti Sains Malaysia.

Keduanya pula ialah seorang guru agama terkenal Dr Zahazan Mohamed, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pada 11 Julai 2009, Dr Maza memberi penilaian terhadap pentadbiran PAS di Kelantan di bawah tajuk "Jangan jatuhkan Kelantan." "Melihat kepada usaha-usaha Islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi roh Islami seorang Muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun.

Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka Muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salah faham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat."

Demikian pula, Dr Zahazan telah menukilkan menerusi laman sosial (Facebook). Ustaz Zahazan Mohamed pula memberi pandangan yang ala fatwa. Menurutnya, "Pesan kerana Allah dan rasul- Nya, nasihat untuk Islam, buat umat Islam, di Kelantan, HARAM menukar kerajaan yang memerintah kalian sekarang… Tanpa menafikan wujud kekurangan yang berlaku dalam kerajaan sedia ada.

Ia adalah kelemahan yang kecil dan mampu diatasi kerana mudarat menjatuhkan kerajaan yang berusaha menegakkan Islam ini menjadi lebih bahaya apabila naiknya pemimpin yang cenderung kepada maksiat dan kelalaian..." Semasa 'petikan' ini (8 Mac lalu), pandangan Dr Zahazan telah mendapat komen 1,862 orang, dikongsi oleh 4,954 orang dan yang menanda like (suka) seramai 12,163 orang.

Pada 11 Julai 2009, Dr Maza memberi penilaian terhadap pentadbiran PAS di Kelantan di bawah tajuk "Jangan jatuhkan Kelantan."

Berikutnya Dr Maza (dalam blognya, 15 April 2011) telah memberi panduan kepada umat Islam agar terlibat dalam proses pemilihan pimpinan negeri dan negara.

Menurut beliau, "Undian seseorang mempunyai nilai dosa dan pahala di sisi Allah berdasarkan kesan yang mungkin berlaku disebabkan undi yang diberikan. Jika ia membawa kesan yang baik untuk rakyat dan negara, dan itulah tujuan individu yang mengundi tersebut, maka undi itu mendapat pahala. Jika dia tahu undinya itu boleh memberikan kesan yang buruk, tetapi ia terus mengundi juga, maka dia mendapat dosa."

Hari ini tahukah kita, ramai pemimpin Umno-BN yang mengemudi teraju kerajaan di peringkat Pusat dan Negeri jelas terlibat de ngan unsur- unsur yang berlawanan dengan hakikat kebaikan menurut acuan Islam.

Dalam isu tuntutan royalti minyak dan gas rakyat Kelantan, sudah ada pemimpin yang bertindak tidak adil kepada hak warga negeri Negeri Kelantan. Ada yang menafikan langsung akan hak itu, dan ada pula yang beralasan tanpa mematuhi perjanjian (kononnya tiada hak kerana telaga berada di luar tiga batu nautika).

Sementara ada pula yang mendakwa ro yalti itu telah diberi menerusi pembayaran wang ihsan melalui ketua bahagian Umno.

Isu royalti ini adalah terlalu spesifik yang boleh ditimbang sebagai "kerana kuasa yang ada (diundi oleh rakyat) mereka bertindak di luar batasan perjanjian yang ada." Sudah tentu ia memberi kesan buruk kerana menafikan asas-asas persetujuan yang termaktub di dalam perjanjian.

Maka rakyat sebagai pengundi harus rasional memikirkan kerana undi yang satu itulah (mana yang mengundi pemimpin Umno-BN berkenaan), maka undi itu telah memberi kuasa kepada mereka melakukan sedemikian ketidakadilan.

Justeru ia suatu pertimbangan yang boleh mensabitkan dengan dosa (kerana engkar perjanjian). Sedangkan di dalam al-Quran persoalan janji adalah nilai integriti tinggi dan kemuliaan kepada syiar agama Islam itu sendiri. "Wahai orang-orang beriman, sempurnakanlah janjijanjimu." (Surah Al-Maidah ayat 1).

Selanjutnya Allah berfirman (Surah Al-Baqarah ayat 225), "Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Ia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah). Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar."

Demi Islam, maka haram kita bersikap untuk menukar kerajaan Islam di Kelantan ini. Maka tahniah diucapkan kepada seluruh rakyat Kelantan yang kini menyokong penuh kempen kekal Kelantan sebagai simbolik persetujuan rasmi jiwa nurani warga negeri Kelantan bersama kepimpinan ulama yang sedang merealisasikan dasar Membangun Bersama Islam.

 Penulis adalah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

Kedudukan Melayu kukuh jika BN kecundang

Posted: 21 Apr 2013 12:22 AM PDT




Oleh TARMIZI MOHD JAM 

KUALA LUMPUR: Kedudukan orang Melayu, bahasa kebangsaan, agama Islam dan Raja-raja Melayu akan terus kekal kukuh kerana perlembagaan telah memahat mati semua peruntukan yang berkenaan, tegas Dr Abdul Aziz Bari.

Mantan profesor undangundang UIAM itu berkata, Pakatan Rakyat hanya mensasarkan jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Katanya, jika Pakatan memperolehi majoriti dua pertiga sebanyak 148 kerusi sekalipun, ia hanya di Dewan Rakyat tetapi Dewan  Negara majoritinya masih senator lantikan Umno-BN yang dengan sendirinya tidak membolehkan pindaan perlembagaan kerana syarat majoriti dua pertiga itu di kedua-dua Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

"Ia juga memerlukan perkenan Majlis Raja-Raja.

Sebab itu tidak timbul soal Pakatan meminda atau memansuh peruntukan-peruntukan berkenaan," jelas pakar perlembagaan negara itu lagi.

Aziz berkata, daripada segi politik yang akan hilang kuasa ialah Umno, bukannya orang-orang Melayu. "Yang menentang caloncalon Umno ialah caloncalon Melayu daripada PAS, KeADILan dan DAP. Jadi macam mana orang Melayu boleh hilang kuasa?" tanya calon KeADILan bagi Parlimen Sabak Bernam itu lagi.

Beliau berkata, ada kemungkinan bilangan ahli parlimen Melayu akan bertambah dengan tewasnya Umno dalam PRU13 ini kerana beliau sendiri akan bertanding sebagai calon parlimen Sabak Bernam di atas tiket KeADILan.

Sebelum ini, ujarnya, kerusi tersebut disandang oleh wakil Umno-BN Dato' Rahman Bakri yang telah disabitkan oleh mahkamah atas tuduhan membuat tuntutan palsu sebanyak RM80,000 Menyentuh kedudukan orang Melayu, Aziz menegaskan, kemenangan Pakatan Rakyat akan memartabatkan kedudukan berkenaan kerana perkara ini telah diikrarkan dalam Buku Jingga.

Beliau berkata, sepatutnya setelah lebih 55 tahun Umno memerintah kedudukan itu telah kukuh dan tidak harus menjadi isu dan ketakutan orang-orang Melayu.

Kenyataan bahawa Pakatan masih bercakap tentang kedudukan Melayu dan Islam menunjukkan, Umno telah gagal mengisi peruntukan berkenaan dan orang Melayu perlu mencuba dengan menyerahkan kuasa pentadbiran kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13 kali ini.

Aziz berkata, meskipun Pakatan tidak menjerit-jerit tentang kedudukan Melayu mereka telah banyak melakukan usaha mengisi peruntukan berkenaan sebagaimana yang terbukti di negeri-negeri yang mereka tadbir.

"Sebagai contoh lebih Dr Aziz Bari 90 peratus penerima Skim Makro Kredit di Selangor adalah orang-orang Melayu. Mereka juga diberikan perhatian yang wajar di Pulau Pinang.

"Pentadbiran DAP begitu prihatin dengan kedudukan sekolah-sekolah agama berbanding dengan sikap pentadbiran Mahathir yang menafikan bantuan ke Sekolah- sekolah Agama Rakyat (SAR) pada 2000.

"Kita juga perlu ingat tindakan Mahathir menghina kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang dimaktubkan oleh Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang malangnya dibenarkan oleh mahkamah," kata Aziz lagi.

Calon Bebas pentingkan diri

Posted: 21 Apr 2013 12:11 AM PDT

Keadaan itu berlaku bagi kedua-dua parti memerintah dan pembangkang. 

 
Oleh Cik Rashidah Abd Ghani

KUALA LUMPUR: Penentangan dan sikap mementingkan diri terserlah melalui tindakan beberapa kader parti yang bertanding sebagai calon bebas di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Keadaan itu berlaku bagi kedua-dua parti memerintah dan pembangkang.

Bagi parti-parti politik, proses penamaan calon memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui sikap sebenar para anggota parti yang meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan parti dalam perjuangan membela nasib dan masa depan rakyat.

Rakan sekutu dalam pakatan pembangkang dilihat tidak mencapai kata sepakat apabila PAS dan PKR meletakkan calon masing-masing dan ia dapat disaksikan bagi kerusi Parlimen Labuan apabila PAS meletakkan Hadnan Mohamad dan PKR mencalonkanTan Sri Ibrahim Menudin menentang calon BN, Rozman Isli.

Senario sama juga berlaku di kerusi Parlimen Sungai Acheh, Pulau Pinang yangmenyaksikan Badrul Hisham Shaharin (PKR) dan Mohd Yusni Mat Piah (PAS) menentangDatuk Mahmud Zakaria (BN) dan keadaan yang sama juga berlaku di kerusi DewanUndangan Negeri (DUN) Panti, Johor apabila calon PAS, Azlisham Azahar dan MohdAnnuar Mohd Salleh dari PKR diturunkan bagi menentang calon BN, Datuk BaderiDasuki.

Keadaan itu juga berlaku di Terengganu yang menyaksikan PAS meletakkancalonnya Zakaria Dagang dan Ahmad Nazri Mohd Yusof dari PKR bertanding menentangcalon BN Datuk Ahmad Razif Abd Rahman di kerusi DUN Seberang Takir manakala bagi

DUN Kota Putera, PAS meletakkan calonnya Adam Mat Said dan PKR pula diwakili
Mohamed Abdul Ghani Ibrahim menentang Mohd Mahdi Musa (BN).

Di kerusi DUN Bukit Besi, PAS meletakkan calonnya Roslan Ismail manakala Mohd Shamsul Mat Amin dari PKR bertanding menentang calon BN Roslee Daud dikerusi DUN Bukit Besi.

Penolong Setiausaha Agung PAS Ahmad Sabki Yusof dipetik dalam satu laman sesawang sebagai berkata, Jawatankuasa Harian Pusat parti itu akan mengadakan mesyuarat khas Isnin ini untuk membuat keputusan berhubung pertindihan calonnya dengan PKR.

Barisan Nasional (BN) juga tidak terlepas menerima kejutan berikutan tindakan Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim bertanding atas tiket Bebas di Parlimen Kuala Kangsar (Perak) menentang Datuk Wan Khai-ril Anuar Wan Ahmad (BN) dan Khalil Idham Lim Abdullah (PAS).

Ini menunjukkan akibat sikap mementingkan diri, Kamalia mengetepikan kepentingan parti dengan menolak tawaran bertanding kerusi DUN Bukit Chandan dan bertanding sebagai calon Bebas.

Dipecat secara otomatik 

Kamilia secara automatik dipecat daripada Umno kerana tindakannya jelasbertentangan dengan Perlembagaan dan peraturan Umno serta tidak selari dengansemangat perjuangan parti.

Sikap yang sama juga menyebabkan bekas Timbalan Menteri Pertanian danIndustri Asas Tani Datuk Seri Mohd Shariff Omar bertanding sebagai calon Bebasbagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor dan kerusi DUN Sungai Dua, Pulau Pinang.

Keadaan yang sama juga berlaku di Kelantan apabila calon BN bagi kerusiParlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan kertas pencalonannya.

Parti Gerakan juga memecat anggotanya kerana bertanding sebagai calon Bebasatau atas tiket parti lain.
Lima anggota Gerakan yang bertanding ialah Datuk Dr G. Krishnan bagi kerusiDUN Kuala Ketil di bawah Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air(KITA); A.

Mohan pula bertanding di kerusi Parlimen Batu Kawan dan DUN Bukit Tengah sebagaicalon Bebas manakala Chin Kok Keong pula bertanding di DUN Teratai, Selangor,Ooi Beng Kooi (DUN Sidam-Kedah) dan Ooi Suan Hoe di DUN Machang Bubuk, PulauPinang.

Ketika mengulas perkembangan itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razakberkata tindakan memecat pemimpin dan anggota parti komponen BN yang mengambiltindakan sedemikian adalah bagi menjaga disiplin agar mereka memberi keutamaankepada parti daripada kepentingan peribadi.

"Salah satu ketetapan, sesiapa (pemimpin dan anggota BN) yang bertandingatas tiket Bebas, tidak boleh kekal sebagai ahli parti," katanya.

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mencatat sejarah dengan 79 calon bertandingatas tiket Bebas bagi kerusi Parlimen dan 191 calon bagi kerusi DUN.- Bernama

Calon BN, DAP bertembung di Pasar Awam Juru

Posted: 21 Apr 2013 12:01 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

BATU KAWAN— Para peniaga dan pengunjung di Pasar Awam Perkampungan Juru di sini menjadi teruja apabila melihat para calon Barisan Nasional (BN) dan DAP berkunjung ke pasar itu hari ini.

Mereka terdiri daripada Pengerusi BN Negeri Teng Chang Yeow yang akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tengah dan     calon bagi kerusi Parlimen Batu Kawan, N. Gobalakrishnan.

Bagi pihak pembangkang, mereka terdiri daripada calon kawasan Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuriraani, DUN Bukit Tengah, Ooi Chin Wen dan calon DUN Perai, P. Ramasamy.

Kehadiran mereka sebagai sebahagian program kempen dan suai kenal dengan pengundi diterima mesra para peniaga dan pembeli.

"Lawatan pagi ini lebih untuk berkenalan dengan penduduk setempat. Setakat ini mereka tidak menyuarakan apa-apa permintaan. Saya gembira kerana lawatan ini mendapat sambutan baik penduduk," kata Teng kepada pemberita yang turut mengikuti lawatan itu.

Gobalakrishnan pula berkata selepas ini beliau akan mengadakan gotong royong dengan penduduk Taman Inderawasih.

Seorang peniaga P.Daviny, 38, gembira kerana gerainya dilawati bakal-bakal calon kedua-dua parti.
"Saya gembira mereka datang, boleh kenal-kenal," katanya. – Bernama

Fenomena ahli parti bertanding calon bebas tidak gugat BN, kata Ghani

Posted: 20 Apr 2013 11:55 PM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis

 Abdul Ghani melawan Penasihat DAP di kerusi Parlimen Gelang Patah yang menjadi tumpuan dalam pilihan raya kali ini. - Gambar oleh Choo Choy MayJOHOR BARU—Tindakan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang bertanding atas tiket calon bebas dalam Pilihan Raya Umum 2013 tidak akan menggugat kedudukan parti berkenaan kata Datuk Abdul Ghani Othman walaupun mengakui akan berlaku pecahan undi ketika pilihan raya.

Menurut penyandang menteri besar Johor itu, ianya adalah suatu fenomena baru di Johor dan pucuk pimpinan parti sudah pasti akan mengambil tindakan terhadap mereka.

"Mungkin ada pecahan undi, tapi sokongan itu cukup untuk pertahankan kerusi tersebut ... tindakan disiplin akan diambil kepada ahli yang bertanding bebas, ini suatu fenomena baru di Johor, agaknya itu dah berlaku, ia banyak lagi kali ni di merata tempat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Malam Anugerah Kecemerlangan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kangkar Pulai di sini.

Calon kerusi Parlimen Gelang Patah itu juga melahirkan keyakinan bahawa penyokong parti masih lagi setia walaupun terdapat segelintir pemimpin daripada BN yang mengambil tindakan sedemikian.

"Maka kita hadapi apa yang berlaku, saya percaya ahli parti masih setia, walaupun ada yang meragam dan ambil keputusan (bertanding) bebas.

"Rata-rata jelas bahawa ahli parti kukuh setia," tegasnya.

Sesi penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei depan menyaksikan beberapa kerusi ditandingi lebih dari dua penjuru, malah ada antaranya sehinggan enam dan tujuh penjuru.

Kebanyakan calon bebas itu adalah pemimpin daripada parti yang tidak diletakkan dalam senarai calon.
Antara mereka termasuklah Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Selain itu, bekas timbalan menteri Umno, Datuk Seri Mohd Shariff Omar turut bertanding di Parlimen Tasek Gelugor sebagai calon bebas.

Timbalan Ketua Umno Cawangan Felda Adela Mohd Azaman Johari turut bertanding atas tiket bebas di Parlimen Pengerang.

Bagi Pakatan Rakyat (PR), dua pemimpin DAP turut mengambil tindakan sama, apabila bertanding sebagai calon bebas selepas nama mereka tidak terpilih sebagai calon untuk PRU 13 kali ini.

Antaranya adalah Jenice Lee, yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, yang mahu mempertahankan kerusinya selepas DAP tidak mencalonkan namanya, serta Sim Tong Him, yang bertanding atas tiket bebas di kawasan DUN Laksamana.

Pucuk pimpinan parti komponen BN dan Pakatan Rakyat mengambil keputusan melucut keahlian mana-mana ahli mereka yang bertanding atas tiket bebas.

Abdul Ghani melawan Penasihat DAP di kerusi Parlimen Gelang Patah yang menjadi tumpuan dalam pilihan raya kali ini.

PR cuba merobek kubu kuat BN dengan meletakkan Lim, jaguh DAP untuk menggalas misi itu di negeri kelahiran Umno tersebut.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang merupakan anak kelahiran Johor juga ditugaskan untuk misi sama bertanding di kerusi Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya.

Tengku Adnan: Che Johan mungkin dipecat

Posted: 20 Apr 2013 11:53 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 Tengku Adnan berkata BN akan menjalankan siasatan terhadap tindakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas itu. - Gambar failKUALA LUMPUR — Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pasir Mas Che Johan Che Pa, yang tidak menyerahkan borang penamaan calonnya bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), akan berdepan tindakan tegas termasuk dipecat keanggotaannya sekiranya tindakan itu dilakukan dengan sengaja.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata parti gabungan itu akan menjalankan siasatan terhadap tindakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas itu.

"Umno tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan dan melanggar peraturan parti termasuk tindakan sebotaj atau bertentangan dengan Perlembagaan Umno khususnya bagi memastikan kemenangan BN dalam PRU13," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Che Johan membuat kejutan apabila tidak menyerahkan borang penamaan calonnya di pusat penamaan calon Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas semalam, walaupun beliau dilihat berada di pusat berkenaan.

Tindakannya itu menyebabkan penyandang, Datuk Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket Bebas bertarung satu lawan satu dengan anak Mursyidul Am PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz. – Bernama

Kempen DAP Johor bermula dengan sorakan Cina untuk PAS

Posted: 20 Apr 2013 11:43 PM PDT

Oleh Leslie Lau
Pengarang Eksekutif



JOHOR BARU, — Pemimpin DAP Lim Kit Siang yang berumur 72 tahun itu diraikan seperti seorang bintang rock dengan ribuan orang bersorak dan meniupkan hon udara malam tadi pada hari pertama kempen di sini untuk Pilihan Raya 2013 bukanlah satu yang mengejutkan.

Apa yang menarik pada perhimpunan di sini untuk kerusi Parlimen Gelang Patah adalah hadirin yang majoritinya Cina memegang bendera PAS bersama-sama dengan dengan mereka yang membawa logo Roket DAP.

Dan Kit Siang berjaya menawan perasaan ribuan yang berhimpun di sini atau mungkin pengundi Cina seluruh negara di atas tanggapan ketakutan terhadap agenda Islam PAS.

"Mereka kata undi untuk DAP adalah undi untuk PAS. Apakah itu benar? Ya ia benar. Ini kerana undi untuk DAP adalah undi untuk PAS, PKR dan Pakatan Rakyat.

"Saya katakan di sini malam ini. Ini adalah pertempuran diantara masa lalu dan masa depan," katanya disambut dengan sorakan bersemangat oleh orang ramai yang majoritinya Cina.

Barisan Nasional (BN) katanya, mewakili politik masa lalu, dan untuk menguatkan hujahnya, beliau mengejutkan dengan memuji lawannya penyandang Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

"Ghani Othman adalah orang baik. Saya akui dia membawa pembangunan dan kemajuan. Akan tetapi, dia mewakili masa lalu.

"Beliau mewakili model pembangunan BN yang tercemar dengan rasuah, kronisme, penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan."

PR, menurut Kit Siang mewakili masa depan dan Malaysia baru.

Akan tetapi semangat orang ramai malam tadi tidak terhad kepada Kit Siang.

Apabila Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang bertanding kedua-dua kerusi Parlimen Pulai dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya berucap sebelum itu, hadirin bersorak dan mengibarkan bendera PAS dan DAP.

"Kita membuat sejarah malam ini," katanya.

"Orang Cina memakai baju PAS dan memegang bendera PAS. Ahli PAS juga memakai baju DAP.

"Jika Cina boleh pakai baju PAS maksudnya Umno boleh jatuh."

Kerjasama diantara DAP yang sekular dan PAS yang Islamis selalunya menjadi isu rumit kepada masyarakat Cina, akan tetapi pemikiran sedia ada telah bertukar oleh kerana perkembangan sepanjang 48 jam lalu.

Selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) menimbulkan keraguan mengenai legitimasi pemegang jawatan DAP pada hari sebelum penamaan calon, parti sekular itu mempertimbangkan untuk menggunakan logo PAS bagi calon mereka.

Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan DAP untuk terus menggunakan logo roket mereka di Hari Penamaan Calon semalam, dan tawaran oleh PAS bagi DAP meminjam logo mereka telah menjadikan kedua-dua parti semakin rapat.

Dan persepsi meluas dikalangan masyarakat Cina DAP menjadi mangsa telah membantu memecahkan kesangsian berlarutan mereka terhadap agenda Islam PAS.

Semangat kebersamaan terbaru diantara kedua-dua parti itu hadir walaupun MCA melancarkan serangan melalui pengiklanan secara besar-besaran untuk menyerang DAP yang dituduh menyokong agenda Islam PAS.

Masih samar-samar sama ada kempen MCA akan berkesan, akan tetapi kerjasama DAP-PAS dilihat tidak mengurangkan semangat ribuan masyarakat Cina yang berhimpun untuk Lim malam tadi.

Sorakan dan kegembiraan mendorong derma besar-besaran dengan lebih RM90,000 untuk jentera kempen parti.

[VIDEO] Orang PAS Pakai Baju DAP, Orang DAP Pakai Baju PAS Di Gelang Patah

Posted: 20 Apr 2013 11:26 PM PDT


Kempen DAP Johor bermula dengan sorakan Cina untuk PAS

KELAB GREENBOC

Pemimpin DAP Lim Kit Siang yang berumur 72 tahun itu diraikan seperti seorang bintang rock dengan ribuan orang bersorak dan meniupkan hon udara malam tadi pada hari pertama kempen di sini untuk Pilihan Raya 2013 bukanlah satu yang mengejutkan.

Apa yang menarik pada perhimpunan di sini untuk kerusi Parlimen Gelang Patah adalah hadirin yang majoritinya Cina memegang bendera PAS bersama-sama dengan dengan mereka yang membawa logo Roket DAP.

Dan Kit Siang berjaya menawan perasaan ribuan yang berhimpun di sini atau mungkin pengundi Cina seluruh negara di atas tanggapan ketakutan terhadap agenda Islam PAS.

"Mereka kata undi untuk DAP adalah undi untuk PAS. Apakah itu benar? Ya ia benar. Ini kerana undi untuk DAP adalah undi untuk PAS, PKR dan Pakatan Rakyat.

"Saya katakan di sini malam ini. Ini adalah pertempuran diantara masa lalu dan masa depan," katanya disambut dengan sorakan bersemangat oleh orang ramai yang majoritinya Cina.

Barisan Nasional (BN) katanya, mewakili politik masa lalu, dan untuk menguatkan hujahnya, beliau mengejutkan dengan memuji lawannya penyandang Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

"Ghani Othman adalah orang baik. Saya akui dia membawa pembangunan dan kemajuan. Akan tetapi, dia mewakili masa lalu.

"Beliau mewakili model pembangunan BN yang tercemar dengan rasuah, kronisme, penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan."


PR, menurut Kit Siang mewakili masa depan dan Malaysia baru.

Akan tetapi semangat orang ramai malam tadi tidak terhad kepada Kit Siang.

Apabila Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang bertanding kedua-dua kerusi Parlimen Pulai dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya berucap sebelum itu, hadirin bersorak dan mengibarkan bendera PAS dan DAP.

"Kita membuat sejarah malam ini," katanya.

"Orang Cina memakai baju PAS dan memegang bendera PAS. Ahli PAS juga memakai baju DAP.

"Jika Cina boleh pakai baju PAS maksudnya Umno boleh jatuh."

Kerjasama diantara DAP yang sekular dan PAS yang Islamis selalunya menjadi isu rumit kepada masyarakat Cina, akan tetapi pemikiran sedia ada telah bertukar oleh kerana perkembangan sepanjang 48 jam lalu.

Selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) menimbulkan keraguan mengenai legitimasi pemegang jawatan DAP pada hari sebelum penamaan calon, parti sekular itu mempertimbangkan untuk menggunakan logo PAS bagi calon mereka.

Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan DAP untuk terus menggunakan logo roket mereka di Hari Penamaan Calon semalam, dan tawaran oleh PAS bagi DAP meminjam logo mereka telah menjadikan kedua-dua parti semakin rapat.

Dan persepsi meluas dikalangan masyarakat Cina DAP menjadi mangsa telah membantu memecahkan kesangsian berlarutan mereka terhadap agenda Islam PAS.

Semangat kebersamaan terbaru diantara kedua-dua parti itu hadir walaupun MCA melancarkan serangan melalui pengiklanan secara besar-besaran untuk menyerang DAP yang dituduh menyokong agenda Islam PAS.

Masih samar-samar sama ada kempen MCA akan berkesan, akan tetapi kerjasama DAP-PAS dilihat tidak mengurangkan semangat ribuan masyarakat Cina yang berhimpun untuk Lim malam tadi.

Sorakan dan kegembiraan mendorong derma besar-besaran dengan lebih RM90,000 untuk jentera kempen parti. -TMI


LIHAT VIDEO DI SINI

Amiruddin : BN Naikkan Barang Secara Senyap

Posted: 20 Apr 2013 11:16 PM PDT


Gombak 2

BATU CAVES: Calon PKR DUN Batu Caves, Amiruddin Shari menyifatkan tindakan pimpinan BN selama ini yang sering menaikkan harga barangan secara senyap sebagai 'daripada pencuri kepada toyol'.

Ini kerana pimpinan BN tidak berani berhadapan rakyat untuk mengumumkan sebarang bentuk perubahan polisi secara terbuka sebaliknya mendiamkannya terlebih dahulu dan kemudiannya baru diketahui rakyat.

Sebagai contoh katanya, beberapa tindakan menaikkan harga minyak sebelum ini hanya diketahui selepas mereka keluar mengisi bahan api petrol dan diesel.

Ini kerana kerajaan BN tidak mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam menyelesaikan perkara asas yang menjadi keperluan rakyat.

"Pengagihan yang adil mampu jimat RM500 hingga RM600 sebulan. Boleh simpan

"Kita tidak ambil jalan pintas untuk rakyat lupa, beri RM500 (BR1M). Selepas itu tidak mengapa diam-diam esok pagi jam 2.30 (pagi) minyak naik 10sen.

"Dulu mereka curi siang-siang. Menteri buat pengumuman. Daripada pencuri mereka dah jadi toyol sebab diam-diam tiba-tiba minyak kita naik (harga) tanpa sedar sebab tidak mahu bertanggungjawab beritahu rakyat bahawa minyak akan naik atau turun ekoran kegagalan pentadbiran Umno-BN," katanya dalam ucapan Amanat Calon DUN Batu Caves dan Parlimen Gombak.

Gombak 1

Jelasnya lagi, BN hanya mampu untuk mencedok idea yang dilakukan pimpinan PR sejak lima tahun lalu demi mendapatkan sokongan sedangkan mereka dahulunya begitu lantang mengkritik cadangan program yang dibentangkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

"Masa cadang Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) pemimpin Umno kata semua tak logik dan muflis.
"Alhamdulillah, lepas belanja lebih RM800 juta dan pembangunan, kita tidak muflis.  Rizab simpanan dari RM400 juta sekarang ada RM2.6 bilion

"Dalam tempoh lima tahun pentadbiran, RM49.7 bilion jumlah pelaburan masuk serta membuka peluang pekerjaan," katanya lagi.

Tegasnya sekali lagi, rakyat perlu bangkit merubah sistem pentadbiran pimpinan negara yang lebih baik selain mengekalkan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor agar kekayaan hasil negeri terus dinikmati bersama.

Dalam PRU-13, Amirudin selaku penyandang DUN Batu Caves bakal dicabar melalui pertembungan tiga penjuru diantara calon BN, Rawisandran Narayan dan calon bebas Suman a/l Gopal.

Pada tahun 2008, beliau turut berhadapan saingan tiga penjuru dan berjaya memenangi kerusi DUN Batu Caves dengan majoriti 3,639 undi.

Abdul Khalid: Pelabuhan Klang Sudah Maju Jika Diurus Baik

Posted: 20 Apr 2013 11:14 PM PDT


IMG_8795

KLANG  : Pelabuhan Klang boleh menjadi kawasan pemacu ekonomi negeri sekiranya diuruskan dengan baik.

Calon Pakatan Rakyat DUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ia kerana setiap tahun keuntungan pelaburan yang diperolehi daripada kawasan itu mencecah RM30 hingga RM40 bilion setahun.

Katanya, daripada jumlah itu juga, lima hingga 10 peratus sepatutnya digunakan untuk menaiktaraf kawasan.

"Kerajaan Pusat mengabaikann Pelabuhan Klang yang menyumbang RM30 bilion setahun kepada Malaysia, sepatutnya ia dilaburkan kembali.

"Tetapi disebabkan pemikiran yang tidak mahu diubah untuk memajukan atau menaiktaraf kawasan ini, jadi ia berlaku seperti itu," katanya dalam ucapannya di Ceramah Perdana Parlimen Klang di Pusat Operasi DAP di sini.

IMG_8783

Beliau menambah keuntungan daripada pelaburan yang diperoleh di kawasan itu sepatutnya boleh memajukan kawasan sekitarnya supaya ia dilengkapi kemudahan jaringan yang baik antaranya jalan raya.

Abdul Khalid terdahulu berkesempatan merasmikan Bilik Gerakan Utama bagi DUN Pelabuhan Klang yang berpusat di Kota Pendamaran.

Ibrahim Ali Dan Zul Nordin Lebih Dihargai Berbanding Kamilia

Posted: 20 Apr 2013 05:40 PM PDT


Oleh Shahbudin Husin

Diantara semua calon Bebas yang mengemukakan kertas pencalonan hari ini, Kamilia Ibrahim yang paling menonjol kerana kedudukannya sebagai Naib Ketua Wanita dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Beliau yang sebelum ini melahirkan kekecewaan kerana tidak dipilih sebagai calon dan menyifatkan ianya sebagai penghinaan kepada Wanita UMNO, akhirnya memutuskan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar sebagai jalan keluar kepada sengsara yang ditanggungnya.

Sebaik mengesahkan bertanding, Kamilia bukan saja mengumumkan beliau keluar daripada UMNO dan melepaskan semua jawatannya, tetapi tentunya menjadikan jiwanya bertambah tenang selepas ini.

Jika beliau terus kekal di dalam UMNO, batinnya pasti lebih menderita lagi.

Keberanian beliau menunjukkan taringnya yang selama ini disembunyikan dengan bertanding Bebas, sekurang-kurangnya haruslah diberi pujian, lebih-lebih lagi di ketika yang sama UMNO dan BN memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada orang yang lain yang pernah menghina, menentang dan mempersenda UMNO.

Sebelum ini, Zulkifli Nordin yang melompat daripada PKR, diberi penghormatan oleh Najib bertanding atas tiket BN di Shah Alam kerana beliau dianggap rakan mesra kepada BN. Pemilihan beliau, walaupun tidak berapa mengejutkan melihat kepada tindakannya yang kerap membodek dan mengampu Najib serta aktif menyerang Anwar Ibrahim sejak keluar PKR, turut juga menyebabkan berlakunya pelbagai masalah seperti protes dan tutup bilik gerakan di Shah Alam yang ditandinginya itu.

Tetapi oleh kerana Najib begitu menyanjung dan menghargainya, malah Muhyiddin pula menyifatkan Zul Nordin sebagai calon yang "winnable", segala protes itu dibiarkan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri saja. Zul kekal bertakhta di hati Najib walaupun rekod lamanya menyerang dan mencerca UMNO begitu dahsyat sekali, termasuk tindakannya mengubahsuai lagu UMNO untuk mempersenda UMNO dan Mahathir.

Ramai ahli UMNO marah dan menganggap tindakan Zul Nordin mempersenda lagu UMNO itu perbuatan yang yang biadap dan kurang ajar, malangnya disisi Najib beliau tetap dianggap mulia. Berbanding dengan Kamilia yang mencurahkan khidmat dan pengorbanan sejak puluhan tahun lalu dengan penuh setia dan jujur bersama UMNO, beliau tidak dianggap mulia dihati Najib berbanding Zul Nordin.

Begitu juga dengan Ibrahim Ali yang bertanding Bebas di Pasir Mas. Semua orang tahu rekod dan kelakuannya selama ini. Beliau telah melompat beberapa kali dan tindakannya keluar masuk UMNO umpama pergi ke tandas saja. Ketika di luar UMNO pula, serangan dan hentamannya terhadap UMNO bukan kepalang lagi. Bukan saja UMNO, semua pemimpin UMNO juga diserang dan dicaci-makinya.

Ibrahim walaupun tidak dipilih bertanding menggunakan tiket BN tetapi tindakan calon BN Pasir Mas, Johan Che Pa yang tidak mengemukakan borang penamaan calon untuk memberi laluan kepada Ibrahim bertanding satu lawan satu dengan Pas, jelas membuktikan calon BN itu memang diarahkan berbuat demikian.

Sejak seminggu lalu bila Ibrahim tidak dinamakan sebagai calon BN, sudah bertebaran SMS dan khabar angin yang mengatakan akan berlaku wayang kulit di Pasir Mas pada hari penamaan calon nanti iaitu dengan sebab-sebab tertentu calon BN dikatakan akan hilang kelayakan bertanding dan akhirnya Ibrahim akan menjadi calon Bebas yang disokong oleh BN. Alasannya wayang kulit sedemikian terpaksa direka kerana kononnya Najib tidak mahu dilihat BN dikaitkan secara langsung dengan Ibrahim yang juga merupakan Presiden Perkasa demi menjaga hati pengundi Cina di seluruh negara.

Dengan terbukti wayang kulit itu menjadi kenyataan dan kekecewaan Ibrahim tidak dipilih sebagai calon BN hanyalah sandiwara saja, sekali lagi disisi Najib, watak seperti Ibrahim ini lebih bernilai dan menyentuh hatinya berbanding kesetiaan Kamilia terhadap UMNO selama ini.

Walaupun UMNO Kelantan dilaporkan kecewa dengan tindakan Johan Che Pa itu tetapi jika tiada arahan daripada Najib, mustahil beliau berani berbuat demikian. Tidak syak lagi Najib memberi arahan kepada Johan supaya jangan menyerahkan borang pencalonan demi untuk memberi laluan karpet merah kepada Ibrahim Ali.

Di mata kasar, tindakan Kamilia bertanding Bebas tidak menguntungkan dirinya. Meskipun sudah mengumumkan keluar UMNO, beliau pasti akan dipecat sekali lagi, selain kehilangan ramai kawan-kawan dan jika ada kontrak atau perniagaan dengan kerajaan, ia juga mungkin terjejas.

Untuk menang sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar juga tampak sukar tetapi dengan rekod 2008 di mana BN hanya menang dengan 1400 undi, perjuangan calon BN di kawasan itu menjadi lebih sukar lagi. Dengan penyertaan Kamilia sebagai calon Bebas, BN hampir pasti akan kehilangan kerusi Kuala Kangsar itu pada kali ini.

Namun sisi yang lain, tindakannya Kamilia ini memberi mesej yang jelas kepada pengundi, bukan saja di Kuala Kangsar tetapi juga di seluruh Malaysia tentang hodohnya wajah UMNO dan tidak beretikanya Najib dalam mengemudi UMNO dan BN. Kesetiaan dan kepatuhan kepada pemimpin dan parti tidak akan mampu mengatasi kehebatan membodek, mengampu dan mencium tangan pemimpin. Mesej ini jika mudah difahami akan memberi kesan penolakan yang besar kepada BN dalam pilihanraya kali ini.

Kamilia mungkin pemimpin kerdil dan tidak ternama tetapi sejarah di Tunisia telah membuktikan bahawa punca utama yang merangsang kebangkitan rakyatnya sehingga kerajaan Ben Ali tumbang ialah bila seorang penjual buah-buahan yang terasa dianiaya oleh kerajaan telah membakar dirinya sebagai tanda protes. Kematian pemuda yang tidak dikenali itulah akhirnya yang menyebabkan rakyat bangkit dan menolak kerajaan Ben Ali.

Kamilia juga sedang membakar dirinya sekarang, dan marilah kita sebagai pengundi yang akan membuat penentuan pada 5 Mei ini, sama-sama bangun menyambut keberanian beliau itu.

Debat Manifesto PRU13 Najib VS Anwar, Akhirnya Jadi Ceramah Manifesto Pakatan Rakyat. Bila Lagi Boleh?

Posted: 20 Apr 2013 04:32 PM PDT

Staff Berita Semasa
debat manifesto

Debat PRU13 : Pelancaran Manifesto Barisan Nasional (KLIK SINI) dan pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat (PR) (DI SINI) sudah pun dikemukakan kepada rakyat Malaysia umumnya dan secara amnya kepada penyokong-penyokong setianya.

Sudah semestinya kebanyakan penyokong tegar dan setia dari parti masing-masing baik daripada Barisan Nasional mahupun daripada Pakatan Rakyat akan terus bersetuju dan menerima kesemua tawaran daripada pimpinan parti mereka tanpa sebarang perbincangan dan diskusi yang sihat. Tetapi…..

Bagaimana pula dengan nasib ramai pengundi "atas pagar" yang masih tercari-cari dasar negara dan tawaran yang dirasakan terbaik untuk mereka menjelang Pilihanraya Umum ke 13 untuk dibuat penerlitian yang seimbang….

Video Debat PRU13 (Pilihanraya Umum 2013) Najib VS Anwar

LIHAT VIDEO DI SINI

Sebenarnya, generasi yang atas pagar akan melihat pemimpin yang lebih berani untuk diundi. Debat PRU13 seharusnya di buat LIVE di TV kerana ia mencerminkan budaya demokrasi sebenar.
Setelah sehingga pukul 10:30 malam, Datuk Seri Najib Razak masih lagi tidak kelihatan.
  • Akhirnya debat PRU13 antara Najib Razak VS Anwar Ibrahim bertukar menjadi ceramah Pakatan Rakyat pada malam tadi, apabila wakil Barisan Nasional pun tidak keihatan pada majlis tersebut.
Sepatutnya, andaikata Datuk Seri Najib Razak tidak dapat hadir, mungkin boleh dihantar wakil untuk mempertahankan polisi dan manifesto masing-masing.

Ini kerana perlu diingat, bahawa, tiap-tiap majlis yang ada nama besar sebegini, ia menjadi perhatian ramai walaupun di dalam Youtube yang disiarkan secara langsung. Di situ sahaja, peratusan pengundi atas pagar dan generasi Y yang "sentiasa haus" dengan maklumat yang lebih telus dan terbuka yang mana mereka tidak perolehi melalui media arus perdana hari ini sedang mencari-cari hala tuju utk mengundi teramat tinggi.

Generasi Y contohnya, sebenarnya tidak perlukan hiburan yang berlebihan untuk mereka menjelang Pilihanraya Umum ke 13 contohnya nyanyi-nyanyi, adakan konsert hiburan, tidak perlu sebenarnya tetapi apa yang generasi Y perlukan sebenarnya adalah suasana dan wacana yang lebih bermentaliti tinggi untuk mereka berfikir mengenai halatuju dan dasar negara untuk 5 tahun seterusnya.
  • Gen-Y majoritinya adalah celik ilmu & sedar bahawa hiburan hanyalah sandaran sementara
  • Generasi Y tidak menganggap hiburan ini sebagai "candu" sehingga perlu sentiasa dihidangkan untuk mereka
Kita renungkan semula sejarah lampau di zaman nabi-nabi kita dahulu termasuklah Nabi Muhammad pun debat dengan kaum kafir Quraisy. Debat sudah digunapakai dikalangan pemimpin Islam dahulu lagi untuk  berdepan dengan orang ramai untuk pertahankan kebenaran, dasar, pendirian dan polisi yang ingin mereka laksanakan untuk masyarakat zaman dahulu.
  • Hakikatnya pertahankan kebenaran di hadapan penyokong sendiri, itu orang panggil 'ceramah'
  • Sangat-sangat berbeza dengan debat. Debat adalah salah satu platform dakwah.
  • Cendikiawan Islam pun menggunapakai debat sebagai tempat untuk mencambahkan ilmu antara satu sama lain. medan untuk bertukar-tukar pendapat. Ini kerana yang paling penting aia akan berbalik kepada membawa kebaikan kepada rakyat, negara itu sendiri
Lagi 7 tahun kita bercita-cita besar mengejar negara maju tahun 2020. Apa salahnya mentaliti kita semua pun dinaiktraf sama?

debat manifesto

Andaikata, tidak mahu diadakan debat antara Najib VS Anwar dan menjadikannya ia sebagai satu realiti, buatlah alternatif lain. Apa salahnya di pihak Barisan Nasional dan juga dipihak Pakatan Rakyat disiapkan satu pasukan khas dan dibarisi pasukan pemikir dan pendebat (sekurang-kurangnya 2 atau 3 orang) yang membawa aspirasi dan mempertahankan polisi masing-masing di hadapan rakyat Malaysia di atas satu pentas yang sama.
"Bukannya cara baling batu sembunyi tangan"
Negara kita Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. Debat merupakan salah satu cara untuk rakyat memikir, mengkaji, dan merenungi akan pemimpin dan parti mana perlu disokong untuk PRU-13 yang bakal menjelang. Perdebatan merupakan salah satu cabang sistem demokrasi diamalkan.
"THIS IS FREE COUNTRY"
Debat PRU13 bukannya tempat berkelahi sesama sendiri, bukan platform utnuk melacurkan perkara-perkara peribadi wakil pendebat…tetapi lebih kepada profesional. Debat secara berhemah, memperjuangkan manifesto masing-masing yang digembar gemburkan selama ini. Tidak salah melakukan satu transformasi pemikiran rakyat baru…yang kadang-kadang keliru dengan kepimpinan masing-masing. Bercelaru dengan pelbagai isu yang kadang-kadang memualkan seperti…………Anda boleh fikir sendiri.
  • Every politicians must have the confident
  • Walk your talk, make your manifesto believable in the eye of public
Walaubagaimanapun, kepada pihak penganjur kalau boleh pastikan speaker benar-benar hadir barulah diadakan Debat PRU13 seperti ini. Kalau tidak ia akan menjadi ceramah politik semata-mata yang biasa didengar di mana-mana sebelum ini.
"Tujuan debat bukan untuk cari kemenangan tetapi untuk cari kebenaran"

Debat Harga Minyak : Harap Budaya Tidak Terhenti Setakat Itu Sahaja 

LIHAT VIDEO DI SINI

Berita Semasa akan terus berharap sebagaimana harapan kami mahu melihat debat yang sihat dan wacana yang segar antara pemimpin daripada kedua-dua parti politik diadakan dan akan terus berharap sehingga menjelangnya hari mengundi Pilihanraya Umum 2013 (PRU13). Apa pendapat dan harapan anda pula?

Tiada ulasan: