Sabtu, 13 April 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Najib Razak belanja RM609 ribu sehari promosi #ManifestoBN di twitter

Posted: 13 Apr 2013 06:35 AM PDT

milosuam.blogspot.com


JIKA anda merupakan salah seorang pengguna twitter, tentu anda menyedari bahawa kebelakangan ini #ManifestoBN terpapar dalam salah satu trending di twitter ditulis sebagai "promotted trending".




Paparan di Twitter mendedahkan bahawa akaun twitter bekas Perdana Menteri, Najib Razak sendiri yang mempromosikan beberapa hashtag, antaranya ialah #ManifestoBN dan #BetterNation.

Ini bermakna Najib terpaksa membayar sejumlah wang yang besar untuk mempromosikan hashtag ini di twitter bagi membolehkan ia terpapar dalam senarai trending harian di laman sosial berpengaruh tersebut.

Laman sesawang sproutsocial mendedahkan, harga yang perlu dibayar untuk mempromosikan trending sehari di twitter adalah sekitar USD200,000 atau bersamaan RM609 ribu.



Persoalannya, wang siapakah yang dibazirkan untuk tujuan kempen Barisan Nasional ini di twitter? Adakah Najib Razak menggunakan wang tabung suaminya Rosmah? Atau wang pembayar cukai?

ReJaM© "#BodohTadbirBN #BitterNation #UmnoLucah "

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/04/najib-razak-belanja-rm609-ribu-sehari.html#ixzz2QLllLx4M

[PANAS] Video Lucah Fitnah Sudah Kantoi Terbarai...

Posted: 13 Apr 2013 04:11 AM PDT


KELAB GREENBOC
Daripada beberapa analisa terhadap apa yang didakwa sebagai video lucah "Mustafa Ali" yang ditempik sorakkan oleh macai-macai UMNO, terbukti nyata bahawa video berkenaan adalah rekaan dan palsu.

Daripada gambar yang dipaparkan di atas ternyata sesuatu yang tidak kena terhadap gambar tersebut.

Bagaimana kaki meja boleh keliatan di depan kaki (pehaorang yang didakwa sebagai "Mustafa Ali" sedangka kedudukan meja itu sebenarnya berada di belakang beliau?

Jelaslah kini bahawa telah wujud satu kecacatan yang besar di dalam gambar berkenaan yang dipercayai dilakukan oleh pereka video tahap amatur sehingga tidak memperdulikan aspek ketelitian di dalam teknik siperimposed.

Kedua sebuah nalisa yang dilakukan oleh erapasca lebih jelas menunjukkan video itu adalah fitnah yang nyata.

Cuba baca:

Ramai yang meminta aku siasat tentang VIDEO LUCAH TERBARU yang didakwa melibatkan pemimpin PAS, Mustafa Ali yang telah tersebar lebih 24 jam lalu. Dan setelah aku teliti dengan segala aspek dan kebolehan yang ada, ini adalah JAWAPAN kepada persoalan yg diberikan...

  • VIDEO INI TULEN
  • PELAKON JUGA TULEN
  • AKSI JUGA TULEN
Jangan cepat melenting.. Sabar.. bagi aku terangkan pada setiap point aku..

VIDEO INI TULEN

Sememangnya video ini tulen kerana kalau tak tulen BUKAN VIDEO lah namanya..

PELAKON JUGA TULEN

Hasil penelitian aku, pelakon ini 100% tulen TETAPI tidak menyerupai Mustafa Ali. Disini juak juak yang teribat dengan pembikinan video ini melakukan KESILAPAN BESAR dimana WAJAH SEBENAR pelakon itu JELAS TERLIHAT WALAUPUN HANYA BEBERAPA SAAT TETAPI BERULANG SEBANYAK 2 KALI..


Minit ke 6:43 

Semasa nak duduk pakai spender, jelas ada TANDA TITIK di dahi pelakon tersebut dan iras muka pelakon itu 70% TAK SAMA seperti muka Mustafa Ali.. Ok.. Kita lihat printscreen seterusnya..

Minit ke 6:46 

Tanda didahi pelakon sudah HILANG. Wajah pula berubah dan kelihatan 92% mirip Mustafa Ali..
Minit ke 6:52 

Semasa mahu bangun semula dari tepi katil, tanda didahi yang hilang kelihatan semula. Muka pelakon berubah kembali kepada muka di printscreen minit ke 6:43
 
PERSOALAN: Bagaimana dalam masa tempoh 9 saat kita dapati 2 muka yang berbeza tapi watak yang sama?

AKSI JUGA TULEN

Disini dipercayai video ini menggunakan kaedah mengubah perincian secara digital. Aku tak pandai sangat nak sebut mende ni camne tapi korang bleh la tengok kat youtube, bersepah video yang menggunakan editor yntuk ubah muka atau apa apa yang diingini..

Khas untuk pencacai UMporNO.. Sorilah, aku x tengok video full.. Jadi aku cari dalam YOUTUBE, terjumpa 1 video yg macai UMporNO upload dan aku kaji...

**UPDATE: PEMILIK ACC YOUTUBE YANG DIPERCAYAI PENCACAI UMPORNO TELAH MEMADAM VIDEO INI.. SORILAH BRO, AKU PUN X TAW NAK CARIK KAT MANA LAGI.. TANPA VIDEO, SUSAH KITA NAK BUKTIKAN KE'KANTOI'AN DAN KEBODOHAN JUAK JUAK PEMFITNAH NI..

Allah Maha Besar, FITNAH lucah juak juak ni takkan kemana, KANTOOOOOOOIII.. Setiap penipuan yang wujud dalam masa yang sama akan wujud petunjuk untuk kita cari dan lihat..



Kalau manusia boleh buat cerita TRANSFORMERS,
Jelas nampak WUJUD & REAL,
Inikan pulak video murahan macam ni..
Kah kah kaaaaaaaaaaaaaaaaaahh!!!

Facebook PALSU “Mustafa Ali” Paparkan Klip Video, Pengakuan

Posted: 13 Apr 2013 04:00 AM PDT


fb palsu mustafa ali 03

SHAH ALAM: Satu akaun peribadi laman sosial Facebook dengan menggunakan nama 'Mustafa Ali' ditemui dan turut memaparkan pautan sebuah klip video aksi seks dengan tajuk 'Memang Betul Ini Saya'.

Lebih mengejutkan, laman akaun ini baru sahaja diwujudkan sekitar 10 jam lalu selain memaparkan status semasa yang menyatakan 'Mustafa Ali' adalah individu di dalam klip video berkenaan.

"Saya akui yang saya merupakan pelaku dalam klip video tersebut dan kejadian tersebut berlaku dua tahun yang lepas dan saya ingin tegaskan, perlakuan saya tidak menggambarkan perjuangan PAS kerana ia adalah kesilapan peribadi saya," memetik status semasa yang dinaikkan sekitar 10 jam lalu.

Akaun berkenaan didakwa mempunyai 'motif politik' bertujuan memburukkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kerana dikaitkan sebagai individu di dalam klip video seks berdurasi 11 minit 27 saat yang dinaikkan dua jam lepas.

Laman akaun berkenaan boleh diakses pada pautan https://www.facebook.com
/profile.php?id=100005696323534


fb palsu mustafa ali 01

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, Pas menyatakan sokongan penuh kepada Mustafa menghadapi serangan politik seperti mana yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Bagi pihak PAS kita tidak mahu terganggu dengan cubaan-cubaan musuh mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu yang sengaja diwujudkan dengan pelbagai fitnah menjijikan.

"Dalam mood rakyat ingin membawa perubahan dama Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ganguan sebegini akan muncul. Saya yakin pelbagai Facebook ciplak direka akan sentiasa wujud," katanya kepada TV Selangor.

Beliau turut mengingatkan para petugas parti agar terus melakukan tugasan dalam usaha memenangi PRU-13.

Dalam pada itu, memetik laporan portal Malaysiakini dan Bernama hari ini, Mustafa mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair.

fb palsu mustafa ali 02

Ketika berucap di satu majlis di markas PAS Kampung Molek di Dungun malam semalam, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah… saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas penyebaran gambar dan video seks tersebut.

KEADILAN tanding 15 kerusi Parlimen di Sarawak

Posted: 13 Apr 2013 03:56 AM PDT

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR: KEADILAN akan bertanding 15 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum 5 Mei nanti, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari.

Daripada 15 kerusi tersebut, 11 calon selesai diumum Datuk Seri Anwar Ibrahim pada semalam dan 20 Mac lalu.

Menurutnya, empat lagi calon akan diumum pada bila-bila masa menjelang hari penamaan, sebaik rundingan selesai.

keadilan

"Calon selebihnya akan diumum selepas selesai perbincangan, itu yang diberitahu Datuk Seri (Anwar)," kata Ahmad Nazib kepada Keadilan Daily.

PAS sebelum ini mengesahkan akan bertanding tujuh kerusi manakala selebihnya – 9 kerusi adalah milik DAP.

Semalam, Ketua Umum KEADILAN mengisytihar enam calon KEADILAN termasuk Ahmad Nazib yang juga peguam syarie mewakili Parlimen Petrajaya (P194).

Timbalan Pengerusi KEADILAN Sarawak, Zulrusdi Mohd Hol mewakili Parlimen Santubong, Thomas Laja (Kanowit), Joshua Jabeng (Selangau), Nicholas Bawin (Lubok Antu) dan Cecilia Una (Betong).

Mac lalu, lima calon diumum dan mereka adalah Baru Bian bagi Parlimen Limbang, Ali Biju (Saratok), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Batang Lupar), Abun Sui Anyit (Hulu Rajang) dan Roland Engan (Baram). – NS

Tingkat pendapatan pesawah Bagan Serai fokus KEADILAN – Muhd Nur

Posted: 13 Apr 2013 03:55 AM PDT

Oleh Aedi Asri

BAGAN SERAI L: Calon Bagan Serai (P058), Dr Muhammad Nur Manuty berkata, membela nasib pesawah padi di Parlimen itu menjadi agenda utama KEADILAN jika berjaya mengekalkan kerusi berkenaan pada PRU 13.

Katanya, petani sawah Bagan Serai dibelenggu pelbagai masalah yang boleh menjejaskan sumber pendapatan mereka.

"Kita akan bela kedudukan pesawah padi yang sudah 30 tahun tidak mendapat pembelaan.

Nur

"Misalnya harga padi yang tidak meningkat. Ini akan jadi keutamaan kita jika dipilih pada pilihan raya akan datang," katanya kepada Keadilan Daily.

Sebahagian besar penduduk Bagan Serai terlibat dalam sektor pertanian, terutama penanaman padi.

Pada 2012, 'Deklarasi dari Gunung Semanggol' oleh PAS mengutarakan beberapa tuntutan kepada kerajaan, antaranya menaikkan harga lantai belian padi oleh kilang daripada RM750 setan kepada RM1,150.

Deklarasi itu juga menuntut subsidi harga padi dinaikkan sebanyak 50 peratus, daripada RM248.10 setan kepada RM372.10.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhammad Nur berkata, penerimaan penduduk setempat membuka peluang cerah kepada KEADILAN untuk mengekalkan kemenangan.

"Dari sambutan akar umbi, umumnya baik, hari demi hari meningkat. Culaan kita menunjukkan, dari 10 rumah yang dikunjungi, enam hingga tujuh memberi sokongan kepada kita.

"Inilah hasil jentera parti dan rakan-rakan yang turun ke lapangan berjumpa masyarakat," kata Pengerusi KEADILAN Perak itu.

Parlimen Bagan Serai terbahagi kepada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) – Alor Pongsu, Gunung Semanggol dan Selinsing.

Pada pengumuman lalu, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Muhamad Nur yang juga Ketua Penerangan KEADILAN adalah calon yang mampu membawa mesej Pakatan Rakyat bagi membela rakyat tempatan.

Beliau menggantikan Mohsin Fadzli Samsuri yang keluar selepas menang kerusi berkenaan menggunakan tiket KEADILAN pada PRU 12. – NS

Pas Cempaka Tubuh “Skuad Angkut” Bantu Pangsapuri Putus Bekalan Air

Posted: 13 Apr 2013 03:52 AM PDT


shoting Air

AMPANG: PAS Dun Cempaka menubuhkan bilik gerakan krisis air berikutan kejadian paip pecah di Batu Caves yang telah mengakibatkan penduduk Gombak dan Kuala Lumpur putus bekalan air selama tiga hari.

Menurut Pengarah Jentera Pilihan Raya Dun Cempaka, Meor Rithuan Mohamed Said, pihak Dun juga menubuhkan 'Skuad Angkut' bagi membantu penduduk sekitar mendapatkan bekalan air.

Katanya, terdapat 10 pam air disediakan bagi mengepam air ke tingkat atas pangsapuri yang terjejas bekalan air.

Tambah Meor Rithuan, pihaknya sedikit kesal ekoran jadual penghantaran air tidak teratur dan tidak cukup dari Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

"Kita pantau penghantaran air yang dibuat. Kita berterima kasih kepada pihak Syabas yang bertindak menghantar bekalan air.

"Kita harap bila berlakunya kejadian sebegini, pihak Syabas dapat meletakkan tangki statik untuk kemudahan orang ramai," katanya pada satu sidang media.

Dilaporkan bahawa bekalan air yang terputus di sekitar Batu Caves, Gombak dan Hulu Kelang sudah disambungkan semula secara berperingkat.

Untuk sebarang bantuan bekalan air di kawasan Dun Cempaka dan sekitarnya, orang awam boleh menghubungi talian berikut:

Zahrizan – 016 2806132
Mohamad – 013 2469027

Ahmad Bashah tidak tercalon?

Posted: 13 Apr 2013 03:06 AM PDT

MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI

 Ahmad Bashah Md Hanipah
Ahmad Bashah Md Hanipah
 
ALOR SETAR - Sejak kebelakangan ini, ramai yang berteka-teki dengan membuat ramalan mengenai siapakah calon yang akan kekal, digugurkan dan muka baru untuk membawa pembaharuan dan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Namun, spekulasi berhubung perkara itu bertambah rumit selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai calon berwibawa dan berdedikasi yang akan bertanding di beberapa kerusi Parlimen Kedah nanti.

Keputusan dan tindakan Anwar itu juga dikatakan menyebabkan BN Kedah terpaksa berbincang dan merombak semula senarai pencalonan yang dibuat sebelum ini, bagi memastikan calon-calon yang dipilih BN mampu menewaskan calon Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun, BN dijangka akan memperlihatkan keseimbangan antara calon baru dan lama dengan memberi tumpuan kepada calon boleh menang.

Sungguhpun begitu, terdapat juga khabar angin yang mengatakan kemungkinan besar penyandang Dun Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah tidak tersenarai dalam calon yang akan bertanding pada PRU13.

Dakwaan itu sekali gus menimbulkan tanda tanya, kenapa beliau tidak dicalonkan semula dan siapa calon yang bakal bertanding di kerusi tersebut menentang calon PR.

Ramai yang menjadi ahli nujum sejak pembubaran Dun dan Parlimen, baru-baru ini, juga tidak dapat menemui jawapan itu, sebaliknya hanya menunggu keputusan pucuk pimpinan parti berkenaan untuk diumumkan.

Dalam pada itu, terdapat juga desas-desus mengatakan Ahmad Bashah mungkin bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Kedah pada PRU13, sekiranya beliau tidak dicalonkan semula di Dun Bakar Bata atau mana-mana Dun di Kedah.

Terdapat juga khabar angin mengatakan beliau, yang juga Pengerusi BN Kedah akan mempertahankan kerusi Dun Bakar Bata pada PRU13.

Menurut sumber dalaman Umno, spekulasi yang tersebar luas ini hanyalah cerita kosong dan tidak benar sama sekali.

"Cerita itu sengaja dibuat. Kita tahu siapa yang menjaja cerita ini ke sana ke sini. Tapi, khabar angin itu tidak benar," katanya, semalam.

Katanya, Ahmad Bashah juga akan cuba mempertahankan kerusi Dun Bakar Bata yang disandangnya pada PRU12 lalu daripada dirampas pihak lawan.

"Apa yang kita tahu, Ahmad Bashah sudah sah tanding semula di Dun Bakar Bata," katanya.

Kenyataan itu bagaimanapun, menamatkan spekulasi yang timbul, sekali gus mengesahkan Ahmad Bashah akan dicalonkan semula di Dun Bakar Bata pada PRU13.

Terdahulu, Ahmad Bashah pada sidang media merasmikan pelancaran gelombang biru Wanita BN peringkat Parlimen Alor Setar, baru-baru ini, enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

"Itu terpulang kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak. Kalau saya diberi kepercayaan, maka saya kekal lah di situ," katanya.

Isu masuk Pas: Mat Taib belum sedia komen

Posted: 13 Apr 2013 03:03 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Isu masuk Pas: Mat Taib belum sedia komen
Keratan akhbar semalam
 
SHAH ALAM –  "Saya belum bersedia membuat apa- apa komen mengenai khabar itu," kata bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berita bahawa beliaulah bekas menteri besar yang dikatakan akan menyertai Pas dalam waktu terdekat sebagaimana didedahkan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin baru-baru ini.

Mohammad yang enggan mengulas lanjut ketika ditemui di majlis perkahwinan anak lelakinya, Ahmady Karimy Muhammad bersama pasangan Sharifah Aneeza Syed Hussein di Pusat Konvensyen Sime Darby berkata, beliau tidak pernah buat sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

"Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai memasuki Pas," katanya ringkas kerana sibuk melayan tetamu di majlis perkahwinan tersebut.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Pas Selangor tidak menolak kemungkinan salah seorang bekas menteri besar Selangor akan menyertai parti tersebut dalam masa terdekat.

Calon KEADILAN Wangsa Maju mahu menang lawan BN 10-0

Posted: 13 Apr 2013 02:57 AM PDT

Oleh Norutul Ilham

WANGSA MAJU  Calon KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong meletakkan sasaran menang besar di Parlimen Wangsa Maju (P116) pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Menurutnya, gerak kerja parti di Parlimen itu dimulakan sejak tiga tahun lalu.

"Kita bekerja keras adakan program dan bertemu masyarakat setempat. Kita tidak mahu menang 1-0 tapi 10-0.

Kee Wong turun padang bertemu pengundi
Kee Kwong turun padang bertemu pengundi

"Setiap hari dalam tempoh berkempen, saya akan turun padang lebih kerap seperti ke tapak pasar malam, jumpa jentera, dan beri taklimat kepada Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) untuk atasi taktik kotor Umno.

"Pertemuan bersama 17 Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) turut diadakan," katanya kepada Keadilan Daily.

Yakin dapat memenangi kerusi itu, kata Kee Kwong, beliau tidak gentar siapa pun calon BN yang akan menentangnya.

"Tidak kira siapa pun Umno letak, kita akan lawan habis-habisan. Semua jentera parti bersedia untuk lawan Umno.

"Kita yakin rakyat tahu memilih pemimpin yang mendahulukan kebajikan rakyat berbanding Umno yang suka tabur duit untuk raih sokongan," kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin KEADILAN itu.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan jentera parti supaya berkempen secara sihat dan tidak melayan provokasi Umno.

"Jentera diingatkan, kalau mahu sasaran jadi kenyataan, jangan angkuh, mesra dan buat sebaik mungkin," kata Kee Kwong.

Parlimen Wangsa Maju dimenangi calon KEADILAN, Wee Choo Keong pada PRU 2008 sebelum keluar parti Mei 2010 dan kemudian mengisytihar sebagai bebas.

Kerusi panas itu berjaya dirampas daripada MCA dengan majoriti tipis iaitu 150. Choo Keong mengalahkan calon BN, Yew Teong Look dengan memperolehi 19,637 undi berbanding lawannya 19,487. – NS

Tibai Muhyiddin sudah, tak payah babitkan anak dia

Posted: 13 Apr 2013 02:53 AM PDT


Oleh Penarik Beca

Bila Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat, saya tengok orang-orang PAS melibas balik dengan membantai anak dia, Najwa.

Saya rasa tak payah la buat gitu kot. Leave her alone.Bantai Muhyiddin sudah la. Di bawah ni ada cerita fasal Mamat tu:

Pada 2009 dahulu, mungkin ramai yang membaca berita tentang dakwaan Muhyiddin bahawa beliau tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura.

Malangnya, apa yang telah terjadi adalah sebaliknya. Beliau pernah didakwa pernah terlibat dalam usahasama dengan syarikat dari negara itu menukar status tanah di Johor untuk memajukannya.

Dakwaan itu terkandung dalam fakta kes saman Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas Muhyiddin dan rakan-rakannya.

Walaupun fakta kes tersebut tidak menunjukkan Muhyiddin menjual tanah kepada Stamford, tetapi ia menyatakan kesanggupan pihak yang disebut mewakili Muhyiddin berkerjasama dengan syarikat itu untuk membuat keuntungan dengan memajukan tanah di Johor.

Mengikut dokumen Majlis Peguam, syarikat tersebut ialah syarikat Singapura.

Asian Wall Street Journal 16/6/95 melaporkan, di dalam dokumen Stamford kepada mahkamah, pada penghujung 1989 syarikat itu bersetuju dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Yahya Talib untuk menubuhkan syarikat usahasama bagi membangunkan 1,766 ekar tanah syarikat itu.

Dokumen itu menyatakan, menurut AWSJ, Syed Mokhtar dan Yahya adalah pihak "yang bertindak untuk diri mereka sendiri dan Muhyiddin"

Menurut dokumen itu juga, pihak yang diwakili oleh Syed Mokhtar dan Yahya melabur RM1.8 juta di dalam usahasama tersebut, iaitu 30 peratus dari ekuitinya. 70 peratus lagi dipegang oleh Stamford.

Syarikat usahasama itu kemudiannya menguasai hartanah itu dan mengemukakan permohonan baru untuk menukar statusnya bagi kegunaan industri.

Kerajaan Johor pula meluluskan permohonan itu dengan "begitu pantas", dakwa Stamford di dalam samannya di mana ia juga mendakwa kumpulan Syed Mokhtar telah "meraih keuntungan bersih sebanyak RM83.2 juta".

Masalah di antara kedua-dua pihak tercetus apabila, menurut dokumen mahkamah Stamford, kumpulan Muhyiddin menjadi "begitu tamak".

Mereka mahu mewujudkan usahasama kedua di mana mereka mahu menguasai 70 peratus saham dengan membayar RM74,100 setiap hektar kepada Stamford bagi baki 2,672 hektar miliknya.

Bila Stamford berkeras mahu mengekalkan 70 peratus pegangannya dan dibayar RM185,250 bagi setiap hektar tanahnya, salah seorang rakan Muhyiddin memberi amaran kepada syarikat itu bahawa dokumen pengambilalihan tanah sudah pun berada di meja Muhyiddin yang ketika itu Menteri Besar Johor dan beliau boleh "mendatanganinya bila-bila masa".

AWSJ melaporkan, Muhyiddin sendiri mengugut Stamford pada bulan Disember 1992 dengan mengingatkan salah seorang pengarahnya bahawa "masa semakin singkat".

Keadaan semakin tidak memihak kepada syarikat tersebut apabila Julai 1994, kerajaan Johor mengambilalih tanah tersebut bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor.

Tindakan itu memaksa Stamford menyaman Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya kerana kerugian yang ditanggung akibat apa yang didakwanya sebagai konspirasi untuk mengambilalih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah.

Stamford mendakwa ketiga-tiganya menyalahgunakan peruntukan akta itu untuk mengambilalih 6,544.4172 ekar tanah di mukim Tebrau, Johor Baru melalui perbadanan itu.

Kes itu diselesaikan apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan kerajaan Johor membayar RM313.25 juta kepada Stamford manakala sebuah lagi syarikat, Kelana Ventures Sdn Bhd diarahkan membayar RM92.12 juta.

Ng Yen Yen sedia lepaskan kerusi Parlimen Raub

Posted: 13 Apr 2013 02:48 AM PDT



 
Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen bersedia untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Raub, Pahang sekiranya Barisan Nasional (BN) mempunyai calon baru.
  
NONEDr Ng (kiri) yang sudah tiga penggal menjadi ahli Parlimen Raub, berkata beliau sudah berbincang dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.
  
Katanya beliau akan memberikan sokongan kepada calon baru itu nanti bagi memastikan kemenangan BN di kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Dr Ng yang juga Menteri Pelancongan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perayaan Songkran dan Pesta Air Kelantan 2013 di Wat Sukhontharam, Kampung Kubang Panjang di Tumpat hari ini.
  
Dalam pada itu, Pengerusi MCA Kelantan itu berkata sokongan masyarakat Cina di negeri ini kepada BN semakin baik, malah lebih baik berbanding pilihan raya umum lalu.

"Sokongan daripada kaum Cina bagus, di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama yang akan ditandingi calon dari MCA, kini 55 peratus kaum Cina sokong kita, kita nak naikkan lagi hingga 95 peratus," katanya yang yakin BN boleh merampas kerusi DUN itu daripada PAS pada PRU13.
   
Dr Ng berkata BN Kelantan akan memajukan industri pelancongan negeri jika rakyat memberi mandat kepada BN untuk memerintah negeri itu.

"Kita (BN) akan membaiki dan memelihara produk pelancongan sedia ada dan mencari produk pelancongan baharu dan kita promosi ke seluruh dunia supaya ramai pelancong luar datang ke Kelantan," katanya.
  
Beliau turut membidas kerajaan PAS Kelantan yang didakwa mengabaikan pembangunan sektor pelancongan dan kebudayaan sehingga merugikan rakyat sepanjang 23 tahun memerintah negeri itu.  
- Bernama

Dr Mahathir kata orang Melayu pondan dan rapuh aqidah mereka.

Posted: 13 Apr 2013 02:44 AM PDT


Oleh sakmongkol AK47

Dr Mahathir adalah pengarah PRU UMNO 2013. Najib semacam buduk lembab disamping Dr Mahathir. Boleh jadi Najib lupa pesanan Tun Daim- kalau bawak Mahathir berkempen, kena jaga2. Sebab Tun Mahathir loose canon. Main tembak, kemudian tanya soalan. Disetengah negara, polis tembak suspect dahulu kemudian tanya. Kalau yang ditembak mati, tak perlu lah tanya.

Kepada rakyat terbanyak, penglibatan lansung Dr Mahathir akan disambut baik dengan penolakan mutlak, lebih dari sesiapa, Dr Mahathir lah penyebab budaya rasuah, pencurian harta benda rakyat dan pemerintahan kuku besi. Bila Abdullah Badawi menang besar dalam tahun 2004, majority luar biasa yang di capai oleh UMNO mencerminkan bagaimana rakyat meraikan penyingkiran Dr Mahathir dari pemerintahan Maalysia.

Sekali lagi, rakyat mempunyai peluang untuk meraikan penyingkiran Dr Mahathir. Kali ini, kasi pukul habis.

Semakin hari, semakin sasau pemikiran Dr Mahathir yang sesak. Dia menuduh kalau Kit Siang menang, huuru hara kaum akan berlaku. Orang Cina Malaysia jangan sekali kali lupa bahawa Dr Mahathir lah orang yang mempertikaikan pemberian kerakyatan kepada orang Cina dahuu. Dan orang2 cina dahulu adalah datuk nenek kami. Satu undi untuk BN menandakan kamu mencemar ingatan keatas nenek moyang kamu. One vore for BN means you dishonour the memory of your forefathers.

Cuba para pembaca fikirkan. Orang Cina dalam negara ini berapa ramai mereka? 24% dari jumlah pendudu 29 juta. Ertinya 7 juta orang. Orang Melayu berapa ramai? 55% dari penduduk. Yakni 16 juta. UMNO mengajar yang 16juta takut kepada 7 juta orang. Mahathir ingat Melayu pondan ke? Bagaimana yang 7 juta ini boleh mengancam kedudukan orang Melayu secara fisikal?

60% penduduk negara ini agama mereka Islam. Yang beragama kristian sebanyak 9%. Tapi UMNO ajar orang Melayu yang beragama Islam yang sebanyak 60% ini takut kepada yang 9%. Ini didikan UMNO.

Yang 9% ini mempunyai kekuatan luar biasa, keyakinan luar biasa sehingga dapat mengkristiankan yang 60%. Dari yang 60% itu, 20% ialah ahli UMNO. Seramai 3.2 juta. Yang 3.2 juta ini amat mudah di kristiankan? Bolehkah mubaligh kristian menasranikan Dr Mahathir, Muhyidin Yasin, Fathul Bahri atau Zul Nordin, atau Ibrahim Ali? Jika jawapan nya tidak, maka demikian juga lah jawapan nya kepada sama ada 9% ini boleh mengkristiankan orang Melayu yang beragama Islam.

DAP akan bertanding 50-52 kerusi parlimen. Jika DAP menang semua pun, DAP tidak boleh menubuhkan kerajaan secara berseorangan. Dia mesti dapat sokongan dan permuafakatan dari PAS dan PKR yang majority nya orang Melayu. Tentulah mustahil DAP dapat mendominasi orang2 PKR dan PAS.

DAP akur kepada perlembagaan Malaysia. Dan ia akur kapada kesemua peruntukan dalam perlembagaan Malaysia. Ini termasuklah kedudukan orang Melayu, Raja2 Melayu, Bahasa Melayu dan agama Islam.

Jadi, macam mana Mursyidul am UMNO boleh beritahu rakyat, tanpa sedikitpun malu dengan pembohongan nya, bahawa DAP boleh mencetuskan ketegangan kaum?

Yang mencetuskan huru hara ialah pihak yang tidak boleh menerima orang sudah menolak mereka. Yang mencetuskan huru hara ialah jenis Melayu yang dididik oleh UMNO 88 buatan Dr Mahathir.

Jenis Melayu yang tidak menghormati pemikiran berbeza, yang tidak mampu menangkis penghujjahan dengan hujjah mereka sendiri. Jenis Melayu yang Dr Mahathir sifatkan sebagai pondan dan sebagai rapuh aqidah mereka.

SPR: warna dakwat kekal rahsia, tak boleh demo

Posted: 13 Apr 2013 02:38 AM PDT



 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak permintaan BERSIH supaya dibuat demonstrasi mengenai berapa lama dakwat kekal yang akan digunakan dalam pengundian awal, boleh tahan kerana warna dakwat itu adalah rahsia.

NONE"Kami tidak boleh tunjuk kepada orang ramai kerana warna dakwat kekal itu rahsia," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kiri dalam gambar).

Bagaimanapun, SPR dan syarikat (pembekal) telah menguji dakwat itu banyak kali, katanya, menolak permintaan BERSIH supaya diadakan demonstrasi awam berhubung penggunaan dakwat kekal itu.

Semalam, Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga menggesa SPR membuat demonstasi mengenai berapa lama dakwat kekal yang digunakan dalam pengundian awal boleh bertahan, kerana ia menerima maklumat bahawa dakwat itu tidak akan tahan melebihi lima hari.

SPR telah menetapkan 30 April - lima hari sebelum hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 -untuk 200,000 anggota polis polis dan pasukan keselamatan mengundi awal.

Abdul Aziz berkata SPR akan menggunakan dua dakwat yang berbeza warna untuk pengundian awal dan pengundian biasa, yang masing-masing boleh tahan sekurang-kurangnya tujuh hari dan tiga hari.

"Saya boleh memberi jaminan bahawa dakwat tersebut boleh tahan untuk sekurang-kurangnya tujuh hari," katanya, sambil menambah dakwat itu mengandungi pigmen, silver nitrate dan dan bahan-bahan herba

Parti KITA Kedah tanding 2 kerusi parlimen, 9 DUN

Posted: 13 Apr 2013 02:36 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Bekas pemain bola sepak kebangsaan Samransak Kram merupakan antara 11 calon yang disenarai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) untuk bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
  
Parti itu mengumumkan malam tadi sebahagian daripada calon yang bakal bertanding di sembilan kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen.

Selain Samransak, 27, yang bertanding di DUN Pedu, parti KITA turut menyenarai dua lagi calon berketurunan Siam iaitu Sanan Maniratana, 38, dan Chearean Isen, 35, masing-masing di Parlimen Pendang dan DUN Sungai Tiang.
  
Pengerusi Parti KITA Kedah, Kamal Nasser Thow Beek pula dijangka bertanding di kerusi DUN Bukit Selambau manakala bekas Anggota Majlis Perbandaran Sungai Petani, Shuhaimi Hashim, 50, turut diumum bertanding di dua kerusi iaitu Parlimen Sungai Petani dan DUN Bakar Arang.
  
Selain itu, pensyarah kolej swasta Datuk Dr G.Krishnan, 49, akan bertanding di DUN Kuala Ketil manakala wartawan akhbar berbahasa Tamil, A. Arun, 54, di DUN Merbau Pulas.

Ahli perniagaan, Azhar Ahmad, 35, pula bakal bertanding di DUN Gurun manakala dua lagi ahli perniagaan, N. Prebakaran, 57, dan Vincent Uh, 45, masing-masing di DUN Lunas dan DUN Sidam.
  
Kamal Nasser berkata calon yang diketengah dalam PRU13 kebanyakannya terdiri daripada tokoh korporat dan profesional.
  
"Kita pilih calon yang sesuai, anak tempatan dan yang penting, terdiri daripada kalangan ahli parti, bukannya calon 'lompat'. Kita ambil calon yang betul-betul bersih dan terdiri daripada latar belakang kerjaya yang pelbagai.
  
"Justeru, kita minta rakyat dapat memberi peluang kepada parti KITA untuk menubuhkan kerajaan campuran," katanya dalam satu sidang akhbar di Sungai Petani.
  
Mengulas manifesto pilihan raya parti itu, beliau berkata secara ringkas, KITA mengetengahkan tiga perkara, antaranya, memberi kemudahan bekalan air dan api secara percuma di semua rumah ibadat di Kedah tanpa mengira agama.
  
"Manifesto kita yang lain termasuklah memberikan bekalan air dan elektrik percuma kepada rumah warga emas dan rumah anak yatim yang berdaftar, serta melaksanakan pembangunan ekonomi yang seimbang," katanya.- Bernama

PRU13: Pemimpin bahagian mahu Rais, Lilah kekal

Posted: 13 Apr 2013 02:29 AM PDT



 
Pemimpin Umno bahagian Jelebu, Negeri Sembilan menyerah kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan calon kerusi itu dalam pilihan raya umum 5 Mei ini, tetapi amat berharap agar dikekalkan penyandangnya Datuk Seri Rais Yatim.

Setiausaha Umno bahagian Zaharuddin Meor Sameon berkata  menteri itu sangat berpengalaman, personaliti dan kredibilitnya masih lagi diperlukan di bahagian tersebut.

Apatah lagi, katanya, Rais yang juga ketua bahagian itu mempunyai hubungan akrab dengan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di kawasan berkenaan.

"Kami bermesyuarat (bahagian) pada tahun lalu (untuk tentukan calon). Datuk Seri Rais mendapat sokongan sebulat suara oleh ahli jawatankuasa bahagian.

"Sokongan penuh kepadanya," kata Zaharuddin ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas khabar angin bahawa Rais yang juga ketua bahagian Jelebu digugurkan sebagai calon BN pada pilihan raya umum nanti.

Mengulas lanjut, Zaharuddin berkata dua lagi calon - Timbalan Ketua bahagian Jalaluddin Ali dan Naibnya Zainuddin Ismail - bagaimanapun mendapat sokongan sedikit rendah berbanding Rais.

Setiausaha itu berkata lagi bahagian telah menyerahkan senarai nama itu sebagai mengikut prosedur yang ditetapkan parti.

Dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, jika Rais terpilih menjadi calon, beliau bakal ditentang oleh Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah.

Sementara itu, hasrat yang sama turut disuarakan oleh kepimpinan bahagian Jempol sekalipun mereka sepakat menyokong siapa sahaja calon pilihan pucuk pimpinan parti.

Sungguhpun begitu, mereka juga berharap penyandangnya Datuk Lilah Yasin akan dikekalkan mempertahankan kerusi yang dimenanginya.

"Mengenai calon di Jempol, kami sudah muafakat, kami sokong siapa saya sahaja yang dicalonkan. Yang penting parti menang," kata Ketua Pemudanya, Mohd Nizam Aman.

Selain Lilah dan namanya disenaraikan sebagai calon Jempol, Nizam berkata pihaknya juga mencalonkan Ujang Sabri dan senarai itu diserahkan kepada pucuk kepimpinan parti.

"Besar kemungkinan Datuk Lilah Yasin dikekalkan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Jika Lilah dicalonkan semula bertanding di kerusi itu, beliau bakal ditentang calon PAS,  penyanyi lagu 'Janji Manismu', Aishah atau nama penuhnya, Wan Aishah Wan Ariffin.

PAS namakan calon pertama bukan Islam

Posted: 13 Apr 2013 02:24 AM PDT

MALAYSIA KINI


Ketua Kongres Penyokong PAS (PSC), Hu Pang Chow hari ini diumumkan sebagai calon PAS bagi kerusi Ayer Hitam - dan merupakan orang bukan Islam yang pertama pernah calon bertanding di bawah tiket parti Islam itu.

pas announce candidates for johor ge13 130413 hu pang chawPengumuman tersebut dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Johor Bahru pagi ini.

Hu yang dijangka berdepan dengan Ketua Pemuda MCA, Datuk
Wee Ka Siong, adalah antara lapan calon PAS yang akan bertanding kerusi Parlimen di Johor.

Pada tahun 2008, PAS meletakkan calon bukan Islam Kumutha Rahman yang juga dari Kelab Penyokong PAS  tetapi di bawah tiket PKR.

PAS telah meminda perlembagaan parti itu  untuk menaikkan taraf kelab penyokong kepada sayap parti, sekaligus membolehkan ahli bukan Islam bertanding secara langsung di bawah tiket PAS.

Pengumuman PAS pagi ini juga mengesahkan bahawa Naib Presiden, Salahuddin Ayub akan bertanding kerusi Parlimen Pulai dan kerusi DUN Nusajaya.

Beliau dispekulasikan bakal menjadi menteri besar sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas Johor, yang merupakan kubu Umno sejak merdeka.

Nusajaya adalah kawasan DUN dalam parlimen Gelang Patah yang akan ditandingi veteran DAP Lim Kit Siang.

BN memenangi 25 daripada 26 kerusi Parlimen dan 50 daripada 56 kerusi negeri di Johor pada tahun 2008.

Ketua Penerangan PAS Johor, Suhaizan Kaiat (kiri) akan bertanding kerusi Simpang Renggam bersama Mohd Rozali Jamil Al-Hafiz (Pagoh), Khairuddin Abdul Rahim (Parit Sulong), Roslan Nikmat (Mersing) dan Onn Jaafar (Kota Tinggi).

PAS mendapat bahagian yang besar untuk kerusi DUN di kalangan parti komponen Pakatan dengan memperolehi 30 calon daripada 56 kerusi.

NONECalon lain PAS bagi kerusi DUN ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Mahfodz Mohamed (kanan) (Gambir); Ketua Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman (Bukit Permai) dan wakil NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli (Penawar).

Kumutha akan kembali sebagai calon DUN Tiram, manakala calon PAS bagi pilihan raya kecil Tenang, Normala Sudirman bertanding di kerusi Pemanis.

Suhaizan juga akan dicalonkan untu kkerusi DUN Kempas. 

MB Khalid calon kerusi DUN Pelabuhan Klang

Posted: 13 Apr 2013 02:20 AM PDT

 
MALAYSIA KINI


 
Menteri Besar sementara Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dipilih oleh kepimpinan PKR untuk bertanding kerusi DUN Pelabuhan Klang.

azlanMengumumkannya di Twitter hari ini, penyandang kerusi DUN
Ijok itu berkata beliau berminat untuk berpindah ke Pelabuhan Klang, tetapi ia bergantung kepada sama ada penduduk tempatan boleh menerimanya di sana.

Katanya, kepimpinan PKR berharap calon heavyweight boleh memenangi keyakinan pengundi dan beliau telah diberi tanggungjawab untuk bertanding di sana.

Menurut Abdul Khalid, beliau akan menemui penyokong di Pelabuhan Klang esok dan jika mereka menyokong beliau bertanding di sana, beliau akan berusaha untuk mendapat kemenangan lebih besar untuk Pakatan Rakyat.

Bagi kerusi Ijok yang disandangnya sekarang, Khalid mencadangkan Idris Ahmad - seorang aktivis reformasi dan anak tempatan - diletak bertanding di situ.

Abdul Khalid berharap penyokong Ijok akan terus menyokong calon yang dipilih oleh kepimpinan dan beliau mengucapkan terima kasih atas segala sokongan dan bantuan mereka kepadanya.

Abdul Khalid, yang juga akan mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak berkata, Pakatan telah membuat kesilapan dalam pilihan raya umum lalu dengan memilih seseorang untuk bertanding kerusi Pelabuhan Klang tetapi akhirnya berpaling tadah.

Sehubungan itu, katanya, beliau mahu menebus kesilapan Pakatan dengan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengundi Pelabuhan Klang.

Jika BN masih berkuasa, untungnya secupak ruginya segantang

Posted: 13 Apr 2013 02:05 AM PDT



Oleh Aspan Alias

Apabila kita sakit kaki, kita mesti ubati penyakit di kaki itu. Kalau kita sakit mata kita ubati penyakit mata sampai sembuh. Tidak betul cara pengubatan jika kita sakit mata di berikan ubat sakit lutut. Umno sedang menyuruh rakyat makan ubat yang tidak kena dengan penyakitnya.

Itu sebabnya Umno memberikan BRIM kononnya untuk memperbaiki taraf hidup satu keluarga rakyat miskin. Bermacam-macam diberikan kepada rakyat secara 'one off' sedang Umno dalam keadaan panik menghadapi pilihanraya ini.

Oleh kerana rasa sakit oleh Umno itu terasa di setiap tompok dibatang tubuh Umno itu terpaksa diberikan ubat. Bagi keluarga yang kurang dari RM3000 keluarga tersebut di berikan BRIM sebanyak RM500 dan setakat ini BRIM telah diagihkan dua kali jumlahnya. Pemandu teksi diberikan empat tayar percuma, jururawat diberikan pembayaran khas sebanyak RM200 dan berbagai-bagai lagi pemberian 'one off' ini. Ini merupakan satu bentuk rasuah pilihanraya yang berlaku dan BN mengharapkan pemberian ini akan memberikan lonjakan sokongan terhadap BN dalam pilihanraya ini.

Tetapi ini hanyalah merupakan tindakan yang di ibaratkan sebagai pemberian ubat tahan sakit sahaja. Pemberian BRIM misalnya hanya dapat membayar satu saman keatas kenderaan orang ramai dan bagi mereka yang terlalu susah, pemberian BRIM ini boleh membawa mereka ke pasar untuk merasakan masakan lazat yang jarang-jarang mereka rasakan itu buat seminggu dua.

Umno tidak berdaya untuk menyembuhkan penyakit. Penyakit dan sakit itu adalah dua perkara yang berbeza. Pemberian BRIM dan lain-lain bayaran secara 'one off' itu hanyalah boleh menghilangkan kesakitan buat sementara waktu sahaja. Umno gagal untuk menyelesaikan penyakit sebenarnya.  Jika seseorang merasa sakit kepala ia boleh diberikan sebiji dua panadol.

Begitu juga jika kita merasakan sakit telinga dan merasa tegang di tengkok. Semua sakit yang saya sebutkan itu boleh digunakan panadol untuk menghilangkan rasa sakit itu. Tetapi sebenarnya panyakit yang dihadapi oleh orang yang selalu merasa sakit di kepala dan tegang di tengkok itu, di sebabkan oleh penyakit darah tinggi. Penyakit inilah yang perlu disembuhkan. Apabila penyakit darah tinggi itu sembuh, kita tidak akan merasa sakit di tengkok dan kepala tadi.

Inilah dia yang berlaku kepada Umno. Apa yang Umno berikan kepada rakyat itu adalah semata-mata untuk menghilangkan sakit sementara sahaja dan jelas ia diberikan kepada rakyat sekarang ini agar semasa mengundi nanti pengundi-pengundi ini tidak terasa apa-apa kesakitan. Jika rakyat merasa kesakitan selepas setelah memenangi pilihanraya nanti, maka mereka (Umno) tidak akan terjejas lagi kerana mereka mempunyai lima tahun lagi sebelum memberikan ubat tahan sakit sekali lagi.

Penyakit tetap tidak terubat walaupun rasa sakit tadi hilang buat sementara oleh kerana makan ubat tahan sakit tadi. Oleh kerana pemberian ubat tahan sakit itu terlalu kerap maka banyak kesan sampingan dialami oleh pesakit-pesakit tadi. Terlalu kerap makan ubat tahan sakit selalunya akan merosakkan buah pinggang kita dan mungkin merosakkan hati dan limpa kita. Akhirnya jika diteruskan juga pemberian ubat tahan sakit ini maka hampir keseluruhan tubuh kita akan menghadapi berbagai-bagai penyakit sampingan. Kalau tidak percaya tanyalah Dr Mahathir kerana beliau seorang doktor. Tapi jangan tanya sekarang, tanya beliau selepas pilihanraya nanti.

Penyakit sampingan yang lain akan tetap berlaku jika kita termakan ubat tahan sakit ini. Di antaranya ialah penyakit yang dinamakan 'Goods and Services Tax (GST)' selepas pilihanraya nanti. Oleh kerana terlalu terpengaruh dengan ubat tahan sakit tadi, maka kesan sampingan yang pasti kita hadapi ialah pembayaran cukai yang dinamakan GST dan ia akan dikenakan kepada setiap barangan yang kita beli selepas ini.

Berbagai-bagai cukai akan terpaksa dibayar oleh rakyat. Oleh kerana terpengaruh dengan pembayaran BRIM dan sebagainya ini maka akhirnya mereka akan dibebani oleh tanggungjawab percukaian yang tidak habis-habis dari kerajaan. Bak kata perpatah, 'untungnya secupak, ruginya segantang'. Perlaksanaan pembayaran GST ini ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya.

Umno telah melakukan kepada rakyat seperti orang kampung menangkap ayam untuk di sembelih. Mula-mula ditaburkannya beras sehingga bawah sangkar yang telah di gantung. Apabila sampai sahaja ayam yang mengikut beras tadi di bawah sangkar itu maka sangkar itu akan memerangkap ayam itu dan terus sahaja disembelih dan dimasak dengan selazat-lazatnya. Ayam tadi dijadikan lauk yang enak. Itulah yang akan terjadi kepada orang ramai. Itulah yang akan dilakukan terhadap semua rakyat tidak kira yang kaya atau yang miskin.

Mengenakan GST ini mungkin ada juga baiknya jika premis pelaksanaan berlandaskan kepada situasi yang baik. Tetapi penyakit yang akan terus menerus berlaku ialah perlakuan rasuah yang tidak terkawal. Isu rasuah ini tidak mungkin boleh dihapuskan oleh pemerintah sekarang  kerana semua di antara mereka yang memerintah sekarang ini terlibat secara terus atau secara tidak langsung dengan rasuah yang besar-besaran. Bagaimana perasuah mampu untuk menyelesaikan isu rasuah?

Ini lah sebesar-besar panyakit sampingan jika kita terpengaruh dengan ubat tahan sakit yang telah diberikan kepada rakyat sekarang ini. Perkosaan terhadap perbendaharaan kerajaan akan lebih hebat lagi. Mereka akan berkeyakinan yang melakukan rasuah itu boleh diteruskan kerana rakyat tetap akan memberikan sokongan dalam setiap pilihanraya.

Memberikan sokongan kepada Umno itu bermakna kita membenarkan rasuah dilakukan berterusan. Itu sahaja mesej nya jika rakyat masih memberikan sokongan kepada BN dalam pilihanraya kali ini. — aspanaliasnet.blogspot.com

Pengumuman calon KEADILAN Perak 15 April (Isnin)

Posted: 12 Apr 2013 05:15 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan calon KEADILAN Perak pada 15 April ini.

Pengumuman itu dijadualkan akan diumumkan beliau ketika menyampaikan ceramah Pakatan Harapan Rakyat dalam siri jelajah ke negeri itu.

BHf_1riCUAEnmD7

Ceramah pertama yang akan disampaikan beliau akan diadakan di Padang Taman Gopeng Jaya, Gopeng bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Manakala seterusnya acara kemuncak dalam ceramah keduanya, Anwar akan mengumumkan calon KEADILAN selain turut menyampaikan ceramahnya yang diadakan di Jalan Pemimpin, Manjoi, Ipoh bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Seterusnya barisan penceramah yang akan bersama Ketua Pembangkang malam itu terdiri daripada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak, Dr Muhammad Nur Manuty yang juga calon KEADILAN Bagan Serai, Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye yang diumumkan untuk mempertahankan kerusi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih kang, Brig. Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Khattab, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid, diumumkan calon Parlimen Lumut.

Selain itu, penceramah lain yang hadir sama antaranya Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail, Ustaz Zulkifli Ismail, Ketua Cabang Rembau yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin dan pimpinan KEADILAN Perak.

Jangan layan fitnah Papagomo laga-lagakan parti dalam Pakatan

Posted: 12 Apr 2013 05:11 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Rakyat diminta tidak mempercayai tuduhan yang datangnya seorang blogger yang kerap memapar rakaman lucah, kononnya KEADILAN terlibat dalam isu video lucah seorang pemimpin PAS.

"Ini tuduhan paling tak berasas. Kalau tak silap, Papagomo yang tuduh KEADILAN terlibat mengedar dan dalang berkaitan video lucah. Kita semua tahu papagomo seorang penjenayah.

"Jadi, rakyat jangan ambil serius mengenai tuduhan tak berasas dari Papagomo," kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

k

"Rekod menunjukkan yang selalu gunakan video lucah ialah pemimpin Umno BN, blogger pro-Umno dan ejen mereka," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Latheefa Koya pula.

Mereka berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media di ibu pejabat parti, semalam.

Malah, Surendran menyifatkan hubungan KEADILAN dengan parti gabungan Pakatan Rakyat lain sebagai mesra.

"Malah, kita lebih bersatu daripada masa lalu dengan niat bersama untuk menumbangkan BN," katanya.

Memetik Malaysia Kini pula, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin menyifatkan tuduhan mengaitkan KEADILAN dengan video itu sebagai politik kotor.

"Motif mengeluarkan video itu adalah jelas. Ia satu percubaan untuk memecahkan hubungan AMK dengan PAS. Kami tidak percaya orang dalam video itu adalah pemimpin PAS," katanya.

Beberapa penulis blog mengaitkan AMK dengan pengedaran video itu ke beberapa umah di Besut, Terengganu.(FZL)

MB Terengganu: Tak elok dedah peribadi orang

Posted: 12 Apr 2013 05:05 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

AHMAD SAID
AHMAD SAID
 
KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said enggan mengulas panjang berhubung penyebaran video seks dikatakan mirip seorang pemimpin kanan sebuah parti di negeri ini yang mula tersebar sejak malam semalam.

Menurutnya, beliau sendiri tidak melihat video tersebut dan juga tidak mahu timbul fitnah apabila kesahihan video itu juga belum dibuktikan.   

"Saya tidak berani komen sebab tidak mahu terlibat dalam memfitnah orang lain. Itu bukan prinsip saya. Kalau pasti betul dan disahkan, barulah kita boleh bercakap agar tidak jadi fitnah.

"Namun bagi orang Islam, kalau betul sekalipun, tidak elok dedahkan hal peribadi orang lain. Kalau kita tutup peribadi (aib) orang, Insya-ALLAH aib kita juga akan ditutup di akhirat kelak," katanya.

Isu video seks: Hadi solat Hajat

Posted: 12 Apr 2013 05:02 PM PDT

MOHD AZLIM ZAINURY

Isu video seks: Hadi solat Hajat
Abdul Hadi bersalam dengan orang ramai termasuk kanak-kanak yang menunggu di luar Masjid Rusila selepas berakhir kuliah pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang, semalam.
 
MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengadakan solat Hajat sendirian dalam masa terdekat bagi memohon petunjuk ALLAH SWT berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.

Beliau turut kesal dengan amalan politik fitnah sebagai kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kerana rakyat perlu ditampilkan dengan pilihan politik sihat serta hujah-hujah politik rasional.

Menolak keras budaya buruk itu, Abdul Hadi berkata, perkara seumpama itu bukan sahaja tidak elok dan juga berdosa, malah bukan salah satu cara yang diajarkan dalam Islam.

"Budaya fitnah ini bukan satu cara ajaran kita. Bukan sahaja mereka yang terlibat dalam pengedaran video cakera padat itu, tetapi termasuklah semua pihak.

"Dua-dua pihak jangan (melakukan politik kotor). Jangan ambil peribadi orang," katanya ketika ditemui selepas berakhir kuliah pagi Jumaat di Masjid Rusila, semalam

Beliau berkata, perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan Pas yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain perlu dibuat ketika ini.

"Kita (Pas) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu).

"Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala," katanya.

Katanya, Pas berserah kepada Tuhan untuk memberikan petunjuk dan setakat ini, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang bertanggungjawab membuat fitnah itu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi turut menyifatkan cerita Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din keluar parti sebagai khabar angin dan menegaskan, veteran Pas itu akan bertanding di kerusi Parlimen Arau, Perlis pada PRU13 ini.

Mustafa dakwa Umno terdesak, sanggup guna taktik kotor untuk jatuhkannya

Posted: 12 Apr 2013 04:55 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

DUNGUN— Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.

Ketika berucap pada satu majlis di markas PAS Kampung Molek di sini malam tadi, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.
Mustafa (gambar) berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya.

"Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana isu video ini.

"Saya hidup lagi ni, (masih) Setiausaha Agung PAS lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar," katanya.

Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata "sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen."

Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar. — Bernama

Video seks: Husam kata PAS tidak peduli

Posted: 12 Apr 2013 04:50 PM PDT

ANTARA POS.COM


Post Pic

PUTRAJAYA: PAS mengambil pendirian "tidak peduli" terhadap video seks yang dikaitkan kepada Setiausaha Agung parti itu Datuk Mustafa Ali, kata Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

"Biar polis menyiasat. Kita sudah lali terhadap perkara ini. Kami tidak peduli. Apa saja skandal yang dibongkarkan sekarang mempunyai motif politik," kata Husam yang bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei depan.

Beliau berkata pihak yang akan menerima kesan daripada video berkenaan adalah penerbit dan pihak yang menyebarkannya serta pihak berkuasa jika tidak mengambil tindakan.

Semalam pelayar laman sesawang internet dikejutkan dengan video berdurasi 11 minit 28 saat itu yang memaparkan seorang lelaki mirip Mustafa mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita sebelum memberinya wang.

Polis Terengganu telah merampas 16 keping video cakera padat (VCD) seks yang kononnya melibatkan pemimpin PAS itu.

Difahamkan video tersebut diedarkan bersama dengan gambar bogel seorang lelaki di Jalan Sekolah dan Taman Hidayah di Besut, Terengganu kira-kira pukul 7.40 malam Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, VCD dan beberapa keping gambar diletakkan di dalam sampul surat.

Shahidan mungkin lawan Haron Din di kerusi Arau

Posted: 12 Apr 2013 04:47 PM PDT

ANTARA POS.COM


Post Pic

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim bakal bertembung dengan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din di kerusi parlimen Arau sekiranya beliau diangkat sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 5 Mei nanti.
 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengesahkan bahawa Haron akan menjadi calon PAS di kawasan itu.
 
Shahidan dalam satu kenyataan turut menyatakan kesediaan  untuk mempertahankan kerusi DUN Tambung Tulang di mana nama beliau telah dihantar untuk dicalonkan di kedua-dua kawasan, lapor The Star.
 
"Mungkin salah satu kerusi sahaja, tapi saya sudah bersedia sepenuhnya untuk bertanding," kata Shahidan.
 
Ketua Bahagian Arau itu antara lain berkata beliau sedang menunggu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan halatuju politiknya.
 
Menjawat jawatan menteri besar dari 1995 hingga 2008, Shahidan telah digugurkan dari jawatan itu walaupun berjaya membawa kemenangan negeri kepada BN. Jawatan tersebut kemudian diisi oleh Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu.
 
Jika Shahidan menjadi calon BN di kerusi Arau, beliau akan bertembung dengan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din bagi merebut kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Tiada ulasan: