DIALOG RAKYAT |
- Husam: Tidak mustahil PR boleh atasi BN di Putrajaya
- EDISI PRU13: KHAS UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN. TAKKAN KELUAR TV PUNYA!
- Muhyiddin! jangan jadi budak-budak!
- Jika Mahathir diam,peluang BN lagi cerah
- Nasir Yusof Dapat Kad Pengenalan & Berjaya Undi di 3 Pilihanraya. Terkini, Giliran Harisa Binti Mahadi. Tahniah!
- Persada sedia bantu Husam ambil Putrajaya
- Ayat ‘BN ciplak manifesto PR’ pun kena ciplak
- Warga asing dapat IC sebelum masuk M'sia?
- Janji BN yang tidak ditepati di Pahang
- PKR cabar Najib, kabinet pulangkan kenderaan rasmi
- SPR: Terpulang jika mahu patuhi tatacara k'jaan sementara
- Kempen: Tidak bermoral guna harta kerajaan
- Najib tidak mampu umum calon bebas rasuah – Siti Aishah
- MBPJ : Kemuka Permohonan Sebelum Pasang Iklan Pilihan Raya
- Pondok Panas Pada Hari Mengundi Akan Dirobohkan
- KEADILAN lancar ‘Video Kempen Wanita’ PRU 13 esok
- MCA kecam usaha pembantu PM ambil Wangsa Maju
- Najib: Cukuplah merajuk 24 jam...
- Penamaan calon 20 April, undi 5 Mei
- Anwar umum calon KEADILAN Wilayah Persekutuan malam ini
- Mahkamah sahkan Tian Chua layak tanding PRU 13
- Umno BN guna strategi kotor ‘beli calon’ tak terpilih – Anwar
- [BONGKAR] Ada Apa Di Tingkat 2 Blok B4 Putrajaya?
- Umno Tuaran lumpuh, 600 anak muda sertai KEADILAN
- Bloomberg Lapor BN Menciplak Manifesto Pakatan Rakyat
Husam: Tidak mustahil PR boleh atasi BN di Putrajaya Posted: 10 Apr 2013 08:38 AM PDT KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yakin Pakatan Rakyat (PR) mempunyai sokongan kuat di kalangan kakitangan awam, yang merupakan majoriti pengundi di Putrajaya, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) 5 Mei ini. Beliau yang dinamakan sebagai calon kerusi Parlimen mewakili Pas-PR berkata, ia adalah satu kawasan yang sangat "kuat" untuk ditembusi, namun tidak mustahil untuk mencapai kejayaan dengan sokongan yang diberi rakyat. Kata beliau, walaupun penyokong di Putrajaya perlu mengikut peraturan sebagai penjawat awam, namun demi perubahan, mereka akan mengundi secara 'senyap' untuk PR. "Jadi saya jangkakan mereka akan mengundi PR secara senyap," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor disebut-sebut akan bertanding untuk mempertahankan kerusi Putrajaya. Pada tahun 2004, Tengku Adnan telah menumpaskan calon PKR, Abdul Rahman Othman. Ketika itu jumlah pengundi Putrajaya seramai 5,079 orang. Calon PKR kehilangan wang deposit apabila hanya mendapat 540 undi manakala Tengku Adnan mendapat 4,086 undi. Lima tahun lalu, Tengku Adnan mempertahankan Parlimen Putrajaya apabila menumpaskan calon Pas, Mohamad Noor Mohamad yang mendapat 1,304 undi. Tengku Adnan mendapat 4,038 undi. Kajian Merdeka Center menunjukkan Tengku Adnan boleh memperoleh sehingga 60 peratus undi berbanding Husam 40 peratus. Mengulas lanjut, Husam juga mengakui kawasan yang bakal ditandinginya adalah kawasan yang 'kebal' dan ia menunjukkan keazaman Pas dan PR untuk mendapatkan Putrajaya. Exco Kerajaan Kelantan ini juga berkata, walaupun kawasan itu pusat bagi BN tetapi tidak mustahil untuk PR menembusinya dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat. "Inilah yang kita nak tunjuk kita mampu bertanding di mana sahaja," katanya yang semalam disahkan akan bertanding di Putrajaya. | |||
EDISI PRU13: KHAS UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN. TAKKAN KELUAR TV PUNYA! Posted: 10 Apr 2013 06:27 AM PDT Anda kakitangan Kerajaan Pusat? Kakitangan Kerajaan Negeri? Serba salah untuk memilih parti mana yang nak diundi? Takut? Ada unsur2 hasutan dan ugutan dari pihak2 tertentu? Jom kenal SIAPA KORANG dan APA HAK KORANG mengikut konteks Perlembagaan Malaysia.. APA ITU KERAJAAN Kerajaan adalah badan yang berkuasa dilantik oleh rakyat untuk mengurus tadbir negara. Kerajaan dibentuk dari sistem Pilihanraya yang mewajibkan setiap rakyatnya mengundi dan memilih tampuk pemerintahan setiap maksimum 5 tahun. SIAPAKAH KAKITANGAN KERAJAAN Kakitangan Kerajaan terdiri dari Rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama serta menyokong pelbagai ideologi politik yang mewakili parti UMNO, MCA, MIC, PKR, PAS, DAp dan parti parti lain diMalaysia. APAKAH KERAJAAN ITU BARISAN NASIONAL ATAU PAKATAN RAKYAT Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat atau mana mana parti di Malaysia yang terlibat dalam pemerintahan BUKAN bermakna kerajaan tetapi hanya ENTITI POLITIK yang membentuk kerajaan. UNDIAN DARI KAKITANGAN KERAJAAN PEMERINTAH Sebagai rakyat malaysia, kakitangan kerajaan yg memerintah negara dan negeri negeri di Malaysia boleh mengundi mana mana parti pilihan mereka tanpa apa apa sekatan. Ini kerana gaji kakitangan kerajaan dibayar oleh kerajaan yang mendapat hasil cukai dari rakyat, bukan duit simpanan sesebuah parti. Artikel 10 menjamin hak rakyat Malaysia bersuara memilih tampuk pemerintahan sebagai pengundi. Adalah satu kesalahan jenayah jika mana mana parti x kira mewakili kerajaan atau pembangkang menghalang kakitangan kerajaan mengundi parti yang mereka pilih. Termaktub didalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. OK? Dah jelas? Korang nak undi siapa pun xde sapa leh halang! Takda maknanya nak cakap korang x kenang budi! UMNO-BN kene blaja SIAPA HARUS KENANG BUDI SIAPA.. | |||
Muhyiddin! jangan jadi budak-budak! Posted: 10 Apr 2013 04:20 AM PDT Oleh Aspan Alias Apa yang selalu membuat kita bingung dan merasa 'fed-up' ialah apabila pemimpin itu berbohong dan secara terang-terangan berdusta di hadapan kita seolah-olah kita semua ini pekak dan buta. Bertindak meremehkan usaha dan pelan pihak lain, tetapi mengambil pula pelan yang diremehkan mereka itu sebagai pelan dan perancang sendiri pula, amat mengaibkan. Inilah yang dilakukan oleh Muhyidin Yassin dalam isu menurunkan harga kereta. Jelas-jelasnya isu penurunan kereta itu dijanjikan oleh pihak Pakatan Rakyat tidak berapa lama dahulu. Rancangan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta itu dibidas oleh pimpinan BN khususnya UMNO dengan berbaga-bagai cemuhan. UMNO mengatakan tindakan Pakatan itu merbahayakan ekonomi negara dan berbagai-bagai lagi kata-kata nesta yang terhambur dari mulut pimpinan BN termasuk Muhyiddin sendiri. Semalam Muhyiddin pula mengatakan Pakatan Rakyat meniru dan menceduk idea BN kerana BN sudah lama hendak menurunkan harga kereta di negara ini. Sesiapa yang boleh menasihatkan Muhyiddin ini, elok memberi ingatan kepada beliau yang rakyat yang ramai-ramai ini bukanlah bodoh seperti yang beliau fikir itu. Sudah pasti beliau beranggapan yang kita semua ini bodoh dan tuli. Kalau beliau tidak beranggapan begitu masakan beliau boleh tergamak menuduh perancangan untuk menurunkan kereta itu adalah usaha BN, bukan Pakatan Rakyat. Kita tidak kisah siapa yang berniat hendak menurunkan harga kereta itu, tetapi mengaku yang pelan itu datangnya dari BN adalah satu usaha menghina rakyat seolah-olah rakyat ini tidak sekolah belaka. Ini lah dia siapa UMNO selama ini yang tidak tahan ditanggung oleh sesiapa yang sudah boleh membaca dan menulis sedikit sebanyak dan tidak mempunyai masalah pendengaran. UMNO termasuk Muhyiddin telah membidas pihak Pakatan Rakyat, apabila rancangan itu disebut oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR beberapa bulan dahulu. Kami di bawah ini tahu dan sedar, kami ini bukanlah pemimpin atau menteri, tetapi ingatlah Muhyiddin, yang kita ini pergi juga sekolah sikit-sikit dan sudah pandai menulis dan membaca sikit-sikit. Kami masih lagi mempunyai daya ingatan dan isu ini adalah isu yang baru dan masih segar dalam ingatan kami. Kami mungkin bukan orang pandai, tetapi kami tidaklah sebodoh yang anda sangkakan. Tolonglah Muhyiddin, jangan memperbodohkan kami. Kami sedar yang saudara mahukan undi dan sokongan dalam pilihanraya ini. Tetapi bercakap lah dengan jujur yang saudara juga boleh menurunkan kereta seperti yang dijanjikan oleh PR itu. Janganlah pula usaha menurunkan harga kereta yang disebutkan oleh PR itu adalah 'copy cat' dari manifesto BN pula. Kalau hendak berbohong itu janganlah sampai orang ramai tahu. Berbohonglah sekendak hati, tetapi jangan bohong saudara itu nampak 'menenggek' sangat. Apabila Muhyiddin cuba berbohong kepada orang ramai yang tahu isu sebenarnya ini, mereka merasa tersinggung. Takkanlah mereka semua ini tidak berotak, buta dan tuli pula. Muhyiddin mesti ingat, di bawah ini masih ada orang yang boleh berfikir dan keramaian mereka yang boleh berfikir ini bertambah dari hari ke hari. Muhyiddin sendiri pernah memberi kenyataan yang hanya 1% sahaja rakyat negara ini yang masih buta huruf, tetapi kenapa Muhyiddin berani berbohong dan cuba mengelirukan pihak lain? Banyak perkara telah ditiru dan diusahakan oleh BN mengikut apa yang terkandung dalam buku jingga Pakatan Rakyat itu. Tak apalah, tetapi berilah penilaian kepada Pakatan Rakyat yang telah membuatkan BN melaksanakan apa yang telah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat itu. BN sepatutnya berterima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana berusaha melaksanakan terlebih dahulu apa yang dicadangkan oleh PR itu. Tetapi janganlah meremehkan pihak yang memberikan 'idea' yang BN tiru dan cuba untuk melaksanakannya. Jagalah sedikit 'dignity' kepimpinan BN, sementara masih ada saki baki kuasa itu. Kalau dikaji dari sudut moral dan undang-undang, BN tidak lagi mempunyai kuasa pada hari ini, kerana sekarang ini negara ditadbir oleh pentadbiran kerajaan 'care-taker' sahaja. Selepas ini tidak pula diketahui isu mana pula yang Muhyiddin akan tuduh Pakatan Rakyat meniru dan menceduk 'idea' BN. Muhyiddin! berkempen lah sekuat mana pun. Itu hak saudara. Tapi jangan berkempen macam budak-budak. Bukan saudara sahaja yang pernah ke sekolah | |||
Jika Mahathir diam,peluang BN lagi cerah Posted: 10 Apr 2013 04:15 AM PDT Shahbudin Husin Semakin hampir detik pilihanraya, semakin aktif Mahathir bersuara. Siapa saja menjemputnya, pasti diterimanya dengan hati yang terbuka. Pintu pejabatnya juga lebih terbuka luas. Sesiapa pun boleh menemuinya, termasuk Dr Sidek Baba dan seorang penyokong Pas yang mahu meminta maaf kerana kononnya pernah suatu ketika dahulu menyeru supaya membunuh bekas Perdana Menteri itu kerana kononnya juga disebabkan terpengaruh dengan amanat Haji Hadi. Malah beberapa pengikut Anwar yang dulunya memaki hamun Mahathir juga, ada yang kerap bertemu dan bertukar-tukar fikiran dengan Mahathir. Topiknya tidak lain ialah bagaimana mahu menumbangkan Anwar Ibrahim. Menjelang pilihanraya akan datang, keaktifan Mahathir disedari oleh semua orang. UMNO peringkat cawangan pun menjemputnya, beliau akan hadir. Yang penting dia dapat bercakap dan menyerang orang yang tidak disukainya. Bahkan menurut Lim Kit Siang, keaktifan Mahathir kini melebihi semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu. Mahathir gemar bercakap mengenai apa saja, tetapi kegemarannya adalah politik. Kalau mengenai pembangkang dan Anwar Ibrahim, aliran darahnya bergerak lebih laju lagi. Walaupun secara umum orang melihat Mahathir ingin mempertahankan kuasa UMNO dan BN tetapi sebenarnya mempertahankan kepentingan anak-anaknya adalah lebih utama. Anaknya Mirzan dan Mokhzani terlibat dalam perniagaan yang melibatkan banyak kontrak dengan kerajaan manakala Mukhriz pula baru dua tiga tapak mengukuh dalam UMNO dan kerajaan dan perlu dipastikan lebih melonjak lagi. Ketika bercakap mengenai politik, Mahathir kerapkali menyusahkan UMNO dan Najib. Kritikan dan pandangan yang dilontarkan kadangkala menyebabkan Najib susah membuat keputusan. Seruannya agar Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya akan datang ini tentunya menimbulkan banyak persoalan dan kerumitan dalam UMNO sendiri. Ini kerana Ibrahim bukanlah ahli UMNO lagi, beliau pernah menentang UMNO dengan bertanding atas tiket Bebas dan Pas. Lebih dari itu NGO yang diterajuinya pula menimbulkan banyak masalah dengan pengundi bukan Melayu. Jika Najib memiih Ibrahim, ia mungkin merupakan kesilapan Najib yang paling besar dalam pilihanraya akan datang ini kerana ia tentunya akan menyebabkan pengundi bukan Melayu lebih menjauhi BN, selain menyebabkan ramai ahli UMNO yang selama ini setia akan berkecil hati. Tetapi kerana Mahathir baik dengan Ibrahim Ali, maka beliau sanggup berkempen bagi Ibrahim Ali. Mahathir juga jelas merapu apabila memberi hujah bahawa Malaysia akan lebih selamat jika ada ramai orang seperti Ibrahim Ali. Tidak tahu di mana selamatnya negara ini dengan kehadiran Ibrahim Ali tetapi yang jelas sejak berpuluh tahun lalu, banyak caca marba dan huru-hara dalam politik adalah disebabkan gaya politiknya yang tidak setia dan suka melompat-lompat. Mahathir juga mendendami Pak Lah yang tidak mahu mengikut telunjuknya. Dendamnya masih membara dan sindirannya terhadap Pak Lah yang lemah masih kedengaran hingga kini. Kedudukan Mahathir yang makin menghimpit Najib juga bakal menyusahkan Najib memilih mereka yang pernah dikenali sebagai orang Pak Lah sebagai calon pilihanraya kali ini. Tidak hairan jika KJ selaku Ketua Pemuda UMNO pun bagai sudah angkat "bendera putih" dan dapat merasakan namanya tidak terpilih lagi. Sebagai Ketua Pemuda UMNO yang pangkatnya bertaraf Naib Presiden, Najib mungkin masih mahu mengekalkan KJ atas kedudukannya itu tetapi terus memilihnya boleh pula mengundang masalah beliau dengan Mahathir terutama selepas keputusan pilihanraya nanti. Najib akan serba-salah dalam hal ini, tetapi bagi Mahathir menggugurkan KJ dan orang-orang Pak Lah bukan saja untuk memuaskan hatinya tetapi juga bagi menyediakan laluan yang lebih mudah untuk Mukhriz, anaknya. Mahathir juga cuba menyerang Lim Kit Siang yang berpindah bertanding di Gelang Patah, Johor dengan menyarankan pemimpin DAP itu sepatutnya sudah bersara seperti beliau. Sebelum itu beliau juga pernah meminta Nik Aziz supaya segera bersara semata-mata kerana Menteri Besar itu sudah memimpin Kelantan lebih lama daripadanya. Ternampak bahawa Mahathir ada perasaan cemburu terhadap orang-orang lama dalam politik Malaysia yang masih boleh bertanding, bersifat "winnable" dan diterima rakyat berbanding dirinya yang ditolak oleh UMNO Kubang Pasu sendiri untuk menjadi perwakilan G7 tidak lama selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Selepas pengumuman calon BN nanti dan jika Najib terus mengekalkan beberapa tokoh lama yang masih "winnable" seperti Tengku Razaleigh dan beberapa pemimpin lainnya, besar kemungkinan Mahathir juga akan bersuara lagi. Beliau mungkin bersuara bahawa orang-orang ini sepatutnya sudah bersara sebagaimana dirinya. Jika keputusan BN tidak baik dalam pilihanraya nanti, perkara ini mungkin salah satu asasnya untuk menyerang Najib pula. Walaupun proses peremajaan dan memberi peluang kepada orang muda merupakan hakikat yang ideal dalam politik masakini tetapi sebahagian orang lama wajar juga dikekalkan selagi mereka diterima rakyat dan masih bersifat "winnable". Dalam tempoh kempen yang makin rancak beberapa hari lagi, suara Mahathir mungkin lebih kerap kedengaran. Selain menyokong BN dan menyerang Anwar serta pembangkang, beliau juga pastinya akan bercakap mengenai Ibrahim Ali lagi. Sama ada Najib memilih Ibrahim Ali atau melupakannya, Mahathir pasti akan bersuara. Jika beliau berkempen dan menyokong Ibrahim Ali sebagai calon BN, akan banyak hati yang terguris dan terasa. Jika beliau menyokong Ibrahim Ali sebagai calon Bebas pula, keadaannya mungkin lebih rumit dan menyusahkan BN. Dalam hal ini, sepatutnya Mahathir sudah lama berehat dan menjadi negarawan sejati. Beliau tidak perlu masuk campur lagi dan membiarkan saja masa depan negara ini ditentukan oleh pemimpin-pemimpin lain berdasarkan kebolehan dan keupayaan masing-masing. Lagi banyak beliau bercakap dan campurtangan, tidak semuanya membantu BN, kadangkala juga lebih menyusahkan Najib dan BN. Mungkin dalam UMNO pengaruhnya masih bersisa tetapi majoriti rakyat biasa dan pengundi atas pagar tidak lagi mengendahkannya. Hujah dan pandangannya lebih banyak mengundang kritikan dan sanggahan berbanding anggukan. UMNO dan BN tanpa cengkaman Mahathir lebih diterima dan keputusan pilihanraya 2004 adalah buktinya. Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com | |||
Posted: 10 Apr 2013 04:03 AM PDT Anda sudah selesai membacanya? Beruntung bukan Nasir Yusof yang tiada bezanya dengan anda, anda di sini kerana beliau adalah warganegara Malaysia. Malahan, Nasir Yusof sudah pun berjaya mengundi di 3 siri Pilihanraya Umum. Hebat… Nasir Yusof dan juga anak-anaknya sekarang ini yang pastinya sudah membesar dengan sihat juga layak menerima pelbagai kemudahan dan keistimewaan atas nama warganegara Malaysia. Sukar atau tidak jika mahu mendapat keistimewaan yang dimilki Nasir Yusof sekarang ini? Tidak sudah mana pun sebenarnya. Kata kunci yang perlu dipegang adalah :
Cukup sekadar anda "setia", kalangan yang bergolok gadai memecah masuk perarairan Sabah contohnya ada peluang untuk menjadi seperti Nasir Yusof sekarang ini. Nasir Yusof perlu berterima kasih dengan kejayaan "Projek IC Sabah"
Walaubagaimanapun, Nasir Yusof tidak keseorangan. Ini kerana Harisa Binti Mahadi pun telah pun berjaya diterima sebagai warganegara Malaysia Inilah situasi yang berlaku di Sabah hari ini. Yang pelik dan hairannya, walaupun bukan status warganegara tetapi berjaya layak mendapat kad pengenalan biru. Jikalau sebelum ini rakyat Sabah kerapkali merintih ibarat mereka menumpang di negara lain apabila melihatkan lambakan warga asing di Sabah saban tahun, akhirnya satu demi satu dokumen berjaya diselongkar. Saudari Harisa Binti Mahadi juga tidak akan akan ketinggalan bersama-sama para pengundi sah yang lain menunaikan kewajipannya dan tugasnya untuk mengundi pada Pilihanraya Umum ke 13….. Sumber : SPR Malaysia Persoalan kami sekarang ini, siapa dalang disebalik pemberian kewarganegaraan secara mudah ini? | |||
Persada sedia bantu Husam ambil Putrajaya Posted: 10 Apr 2013 03:28 AM PDT Salmiyah Harun KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Kelantan Darul Naim Di Selangor & Kuala Lumpur (PERSADA) mengalu-alukan langkah PAS mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai calon Pakatan Rakyat untuk merebut kerusi P125 Parlimen Putrajaya pada PRU nanti. Menurut Setiausaha Agong Persada, Razali Mat Ail pencalonan Husam dilihat sebagai satu pengiktirafan yang tinggi kepada ketokohan dan keterampilan beliau. Katanya, Husam telah mempamerkan rekod yang cemerlang sepanjang perkhidmatannya dalam kerajaan dan organisasi sebagai anggota exco kanan dan Naib Presiden Pas. Tambahnya, Husam diyakini mampu memikul tugas dan amanah jika terpilih mewakili Parlimen Putrajaya berdasarkan rekod lampau beliau yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum ini. "Kami juga menyeru kepada seluruh pengundi Putrajaya khususnya dan rakyat Malaysia amnya supaya menilai dan meneliti keupayaan, kemampuan dan sumbangan Husam sepanjang kariernya dalam politik dan kerajaan, seterusnya memberikan kepercayaan dan undi kepada beliau," katanya. Persada juga akan mengambil langkah membantu Husam menawan Putrajaya dengan menggerakan jentera kempen mereka secara aktif. Persada juga menyeru anak-anak Kelantan diperantauan untuk bersama mereka bagi memastikan kemenangan kepada Husam yang merupakan kebanggaan anak Kelantan seluruhnya. Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan calon-calonnya yang akan bertanding di kerusi parlimen antaranya Husam Musa di Putrajaya, Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu di Pendang, dua Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub masing-masing di Pokok Sena dan Pulai. | |||
Ayat ‘BN ciplak manifesto PR’ pun kena ciplak Posted: 10 Apr 2013 03:24 AM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR: Percaya atau tidak. Bukan sahaja manifesto Pakatan Rakyat yang diceduk, malah ayat 'BN ciplak manifesto PR' pun ditiru BN. Cuma BN ubah sikit dari ciplak kepada cedok. Perkara itu jelas apabila Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin menuduh Pakatan Rakyat meniru manifesto BN. "Manifesto pilihan raya pakatan pembangkang sebenarnya hanya mengembangkan inisiatif yang telah dilaksana kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini. "Mereka hanya menokok tambah apa yang telah dilaksanakan kerajaan BN, kemudian menjaja kononnya BN meniru agenda yang dibentangkan mereka," kata Muhyiddin. Pakatan telah membentangkan manifestonya pada 25 Februari lepas, sebulan setengah sebelum BN mengumumkan manifestonya pada 6 April secara langsung di semua media TV. Ramai yang berpendapat bahawa banyak tawaran yang dikemukakan oleh PR ada di dalam manifesto BN. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan. Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak. Ketua Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula berkata 22 perkara dalam manifesto PR diceduk BN. Meskipun demikian, Muhyiddin tetap menuduh PR meniru manifestonya. "Selama ini BN serang manifesto PR akan bangkrapkan negara. Jadi, BN marah PR ciplak manifesto dia yang bakal bankrapkan negara? Atau BN akui cara dia bakal bankrapkan negara? Tapi, buat apa PR nak ciplak manifesto yang bakal bangkrapkan negara?" tulis Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di laman Fbnya. Mengambil sudut tawaran turun harga kereta, Tuan Ibrahim menyoal mengapa setelah BN memerintah 56 tahun baru BN terlintas ada inisiatif untuk menurunkan harga kereta. "Selepas PR umum turun harga kereta, BN serang kata tawaran itu akan bankrapkan negara. "BN kemudian umum turun harga kereta, tuduh pula PR ciplak manifesto BN. Jadi BN masukkan benda yang bakal bankrapkan negara dalam manifesto dia?" sindir Tuan Ibrahim. Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menyindir kehebatan kepimpinan BN dalam menceduk sehingga ayat "BN ciplak manifesto PR" turut diceduknya. "Hebat BN ini. Ayat 'BN ciplak manifesto PR' pun kena ceduk menjadi 'PR ciplak BN'," sindir Tuan Ibrahim. | |||
Warga asing dapat IC sebelum masuk M'sia? Posted: 10 Apr 2013 03:22 AM PDT Harakah POKOK SENA: Pakatan Rakyat Kedah baru-baru ini mendedahkan beberapa dokumen menunjukkan terdapat warga asing mendapat taraf warga negara lebih awal iaitu sebelum masuk ke negara ini lagi. Salah satu dokumen itu mempunyai maklumat seorang individu berasal dari negara Myanmar memasuki Malaysia pada 22 Disember 1993, tetapi pengesahan taraf kerakyatan Malaysia telah diberi 2 Disember 1993. "Bermakna sebelum datang ke negara ini, individu berkenaan telah diberikan taraf kewarganegaraan," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media di Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena di sini baru-baru ini. Oleh sebab itu, beliau menuntut Menteri Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi penjelasan termasuk tindakan memperguna dan mengugut serta mengongkong kebebasan mereka ini. Pada sidang media sama, Ahli Jawatankuasa DAP Kedah, Dr Syed Araniri Syed Ahmad berkata, warga asing tersebut dipercayai memasuki negara ini melalui Ranong, Thailand menuju ke Phuket dan Saturn sebelum mendarat di Bukit Malut, Langkawi. Jelasnya, jumlah kemasukan melibatkan puluhan ribu dan tentunya dalam tempoh ini mereka telah beranak-pinak. "Mereka lahir di Burma, jadi sepatutnya kod nombor pada kad pengenalan ialah 64 tetapi dicatat dalam kad pengenalan 02 iaitu kod negeri Kedah. | |||
Janji BN yang tidak ditepati di Pahang Posted: 10 Apr 2013 03:16 AM PDT Mohd Zuhdi Marsuki Maklumat Sehingga Jun 2012 1. Parlimen Cameron Highland: a. BN gagal menunaikan janji untuk menyelesaikan isu hak milik tanah di Taman Sedia, Tanah Rata. b. BN gagal menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah liputan (coverage) telefon di Pos Betau, Jelai. 2. Parlimen Raub: a. BN gagal menunaikan janji untuk membina sekolah di Sega, Raub. 3. Parlimen Jerantut: a. BN gagal menunaikan janji kepada hampir 20,000 penduduk untuk membaiki jalan antara Jerantut dan Benta yang dijanjikan sejak 2004. Tempat-tempat yang dibaiki hanya di kawasan-kawasan yang sangat kritikal dan ia kembali rosak. b. BN gagal menunaikan janji untuk membina kawasan sesuai untuk pemasaran hasil pertanian penduduk di persimpangan ke Pulau Tawar. c. BN gagal menunaikan janji untuk Pusat Latihan Lanjutan Teknologi (ADTEC) di Pulau Tawar. d. BN gagal membina jalan masuk ke kubur penganut Hindu di Batu 1, Jerantut. 4. Parlimen Indera Mahkota: a. BN gagal memenuhi permintaan penduduk supaya membina dewan pelbagai guna di Taman Indera Mahkota. b. Walaupun parlimen Indera Mahkota dimenangi oleh PKR, BN sejak 10 tahun yang lalu telah berjanji untuk membina gerai-gerai di kawasan rekreasi Pantai Balok, Beserah, dan masih belum tertunai. c. BN juga gagal menunaikan janji sejak PRU tahun 2004 untuk membina rail keretapi dari Mentakab ke Kuantan yang akan melalui kawasan Indera Mahkota. 5. Parlimen Kuantan: a. Walaupun parlimen Kuantan dimenangi PKR, dalam PRU yang lalu BN berjanji untuk membina jambatan dari Kampung Cherok Paloh ke Tanjung Kosong yang diperlukan oleh sekitar 15,000 orang penduduk, tetapi gagal ditunaikan. 6. Parlimen Temerloh: a. BN gagal menunaikan janji untuk membina MRSM di Kampung Lintang berhampiran Lebuhraya Pantai Timur. b. BN juga gagal menunaikan janji untuk memberi bantuan begi projek pembenihan ikan di seluruh kawasan parlimen Temerloh. c. BN gagal menunaikan janji menyelesaikan masalah bekalan air yang sering terputus di seluruh kawasan parlimen Temerloh. 7. Parlimen Bentong: a. BN gagal untuk menunaikan janji membina jalan lurus dari Jalan Karak ke Simpang Pelangai. b. BN gagal menunaikan janji untuk membina PULAPOL terbesar di negara ini di Simpang Pelangai, Bentong. 8. Parlimen Kuala Krau: a. BN gagal memenuhi tuntutan rakyat untuk membaiki kualiti perkhimatan Pusat Kesihatan di seluruh kawasan parlimen ini terutama di Pusat Bandar Jengka. b. BN gagal memenuhi kehendak rakyat menaiktaraf perbekalan air di kawasan ini yang bertekanan rendah. c. BN gagal memenuhi tuntutan hampir 10,000 belia kawasan parlimen ini untuk peluang pekerjaan dan usahawan pertanian sehingga menyebabkan ramai yang berhijrah. 9. Parlimen Maran: a. BN gagal menunaikan janji mempercepatkan penyelesaian masalah bekalan air di Chenor disebabkan projek menaiktaraf infrastruktur bekalan air sangat perlahan walaupun telah dimulakan. b. BN gagal memenuhi tuntutan penduduk di Ulu Luit menyediakan kemudahan bas sekolah terutama bagi kanak-kanak sekolah rendah. | |||
PKR cabar Najib, kabinet pulangkan kenderaan rasmi Posted: 10 Apr 2013 03:13 AM PDT PKR mencabar pemangku perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan anggota jemaah menteri sementara untuk memulangkan kenderaan rasmi masing-masing. Naib presiden Nurul Izzah Anwar juga mencabar kerajaan persekutuan interim agar tidak menggunakan jentera kerajaan untuk kempen BN. "Ini termasuk (menggunakan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk tujuan kempen," katanya dalam satu sidang media. Kerajaan Selangor pada Februari lalu mengeluarkan surat pekeliling yang mengarahkan agar anggota exco memulangkan kenderaan rasmi mereka sebaik pembubaran DUN. Anggota exco Pulau Pinang pula mengembalikan kenderaan berkenaan pada minggu lalu. | |||
SPR: Terpulang jika mahu patuhi tatacara k'jaan sementara Posted: 10 Apr 2013 03:11 AM PDT Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata garis panduan dan tatacara untuk kerajaan sementara di peringkat negeri dan persekutuan tidak sah di sisi undang-undang. "Tiada hukuman mengikut undang-undang. Terpulang kepada kerajaan masing-masing untuk mematuhi garis panduan atau tatacara ini," katanya. Beliau diminta mengulas kenyataan pemangku menteri penerangan Datuk Seri Rais Yatim semalam yang mempertahankan tindakan tindakan BN menggunakan khidmat Jabatan Penerangan dalam acara anjuran parti itu, seperti yang dikesan dalam satu majlis di Kuala Lumpur pada Ahad lalu. Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Rais secara langsung namun menegaskan bahawa tempoh kempen masih belum bermula. Maka, SPR tidak boleh bertindak mengenai dakwaan bahawa jentera kerajaan digunakan untuk kempen, katanya. | |||
Kempen: Tidak bermoral guna harta kerajaan Posted: 10 Apr 2013 03:10 AM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR: Kumpulan bekas-bekas pesuruhjaya Suhakam (Proham) berpandangan penggunaan harta kerajaan untuk kepentingan politik perlu dihentikan oleh kerajaan sementara.Menurut mereka, adalah menjadi tanggungjawab moral bagi parti politik untuk tidak menggunakan harta kerajaan biarpun tiada undang-undang jelas yang menghalang penggunaan tersebut. "Amalan kontemporari di Malaysia menunjukkan bahawa ramai ahli politik yang menyalahgunakan sumber awam untuk mempromosikan agenda politik mereka dan parti-parti politik mereka. "Amalan ini mesti berhenti untuk memastikan bahawa sumber-sumber awam yang digunakan untuk kebaikan bersama semua rakyat tanpa mengira anutan politik," kata Proham dalam satu kenyataan yang ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Tan Sri Simon Sipaun dan setiausaha agung Datuk Dr Denison Jayasooria. Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini pula menegaskan tindakan kerajaan sementara yang menggunakan harta awam dan kerajaan tidak melanggar undang-undang selagi belum masuk tempoh berkempen yang sebenar. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, kerajaan sementara hanya tidak boleh menggunakan harta atau aset kerajaan bermula tarikh penamaan calon 20 April ini hinggalah hari mengundi pada 5 Mei. Ia bermakna semua ahli politik masih ada 10 hari lagi untuk berkempen secara bebas sebelum terikat dengan undang-undang waktu kempen sebenar. Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mempertahan tindakan BN menggunakan khidmat Jabatan Penerangan ketika majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur Ahad lalu. Beliau berpendapat, BN yang masih dianggap sebagai kerajaan sementara pada masa ini boleh berbuat demikian selagi tempoh kempen pilihan raya belum bermula. Bagaimanapun banyak pihak melihat tindakan BN menggunakan harta kerajaan untuk kepentingan politik mereka itu satu tindakan tidak wajar. | |||
Najib tidak mampu umum calon bebas rasuah – Siti Aishah Posted: 10 Apr 2013 03:02 AM PDT Oleh: Aishah Geofrey KUALA LUMPUR : Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak masih belum mengumumkan senarai calon pilihan raya umum kerana tidak mampu menyenaraikan calon yang bebas dari isu rasuah, kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail. "Najib tidak mampu menawarkan calon yang tidak terpalit dengan isu rasuah dan penyelewengan. "Berbeza dengan Pakatan Rakyat yang menampilkan calon terbaik dan barisan kepimpinan yang lebih bersih dan amanah," ujarnya ketika dihubungi. Justeru beliau mencabar Najib segera mengumumkan calon berwibawa dari BN, selari dengan manifesto dibentangkan mereka baru-baru ini. "Jika gagal berbuat demikian, ia membuktikan laungan transformasi beliau hanya retorik bagi meraih undi terutama orang Melayu," "Pengumuman perlu segera dibuat bagi memudahkan rakyat menilai tawaran dan calon dari setiap parti," katanya yang akan mewakili KEADILAN di parlimen Tambun dalam PRU ini. Antara pimpinan BN yang dilihat akan mengekalkan kerusi ialah Tan Sri Taib Mahmud, yang sebelum ini didedah mengumpul kekayaan RM64 bilion dan dikaitkan skandal pembalakan di Sarawak. Selain itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang terbabit dengan skandal RM40 juta wang haram yang dibawa masuk oleh ahli perniagaan, Michael Chia. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin turut menjadi perhatian apabila Kementerian Belia dan Sukan menganugerahkan kontrak bernilai RM30 juta kepada syarikat milik anaknya, Istijuara Sdn Bhd. Hingga kini, hanya Datuk Seri Shahrizat Jalil yang sebelum ini terlibat dengan skandal projek ternakan lembu fidlot bernilai RM250 juta, mengesahkan tidak akan bertanding dalam PRU. Sementara itu, BN masih belum mengumumkan senarai calon, ekoran kebimbangan berlaku perebutan di peringkat bahagian dan tindakan boikot dari mereka yang tidak terpilih sebagai calon. Ia nyata berbeza dengan Pakatan yang telah mengumumkan sebahagian besar calon yang akan bertanding di kerusi parlimen dan DUN. | |||
MBPJ : Kemuka Permohonan Sebelum Pasang Iklan Pilihan Raya Posted: 10 Apr 2013 03:01 AM PDT PETALING JAYA : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meminta semua parti politik yang ingin memaparkan iklan pilihan raya supaya mengemukakan permohonan terlebih dahulu kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu. Sekretariat media MBPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, permohonan itu perlu dibuat melalui penyelarasan parti mengikut Adun dan Parlimen masing-masing. Menurut kenyataan itu, permohonan ini perlu dibuat sebagai langkah pengawalan pemasangan iklan pilihan raya di kawasan Petaling Jaya. "Ingin dijelaskan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan adalah bertujuan untuk memastikan semua iklan pilihan raya yang dipamerkan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak majlis. "Di samping itu, pihak MBPJ ingin menjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan." katanya. Antara syarat-syarat yang dikenakan adalah seperti berikut ; 1. Perlu mengisi borang iklan pilihan raya yang boleh didapati daripada Bahagian Pelesenan, Tingkat 6, Menara MBPJ, Jalan Tengah , 46200 Petaling Jaya. 2. Menjelaskan bayaran cagaran pemasangan iklan dan pembersihan seperti berikut : i. RM 1,000 bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) ii. RM 2,000 bagi setiap Dewan Rakyat iii. RM 3,000 bagi pembersihan sampah 3. Parti politik perlu mengalihkan segala iklan pilihan raya yang dipamerkan dan segala papan tanda atau struktur lain yang didirikan dalam masa 14 hari selepas hari mengundi. 4. Cara mempamerkan iklan pilihan raya di mana sesuatu iklan pilihan raya hendaklah dipamerkan mengikut mana-mana cara yang berikut:- i. Dengan melekatkan pada suatu papan tanda atau struktur lain yang didirikan atau diletakkan oleh pemegang permit ii. Dengan menggantungkan iklan pilihan raya itu sepanjang mana-mana lebuh pada pancang yang didirikan oleh pemegang permit. iii. Dengan menanam penopang iklan pilihan raya itu ke dalam mana-mana paras tanah selain laluan jalan kaki yang diubinkan atau kaki lima, atau iv. Dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Datuk Bandar dalam permit 5. Terdapat larangan terhadap mempamerkan iklan pilihan raya di tempat tertentu : i. Mempamerkan apa-apa iklan pilihan raya atau membina atau mendirikan apa-apa papan tanda atau struktur lain mengikut apa-apa cara sehinggakan ia meliputi atau melindungi apa-apa isyarat lalulintas, tanda arahan, lampu jalan atau lampu perhiasan. ii. Mempamerkan apa-apa iklan pilihan raya atas atau merintangi mana-mana lebuh; atau iii. Mempamerkan apa-apa iklan pilihan raya pada mana-mana bangunan awam atau struktur lain dengan menggunakan paku, gam atau pelekat lain, atau dengan apa-apa cara lain yang akan merosakkan atau mencacatkan permukaaan bangunan atau struktur itu. 6. Pihak Majlis boleh melucuthakkan deposit sekiranya pihak tuan/puan gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan risiko di bawah tanggungan pihak tuan/puan. 7. Perlu diingatkan bahawa pejabat Ahli Majlis tidak boleh dijadikan bilik gerakan parti atau stor simpanan barang parti dan dilarang meletak kabin sebagai stor atau bilik gerakan parti di dalam mana-mana kawasan lapang Majlis. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Urusetia Permit Iklan, Bahagian Pelesenan, Tingkat 6, Menara MBPJ, Jalan Tengah, 46200 Petaling Jaya atau menghubungi talian 03-7960 4667, 03- 7960 9026. | |||
Pondok Panas Pada Hari Mengundi Akan Dirobohkan Posted: 10 Apr 2013 02:57 AM PDT PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan merobohkan semua pondok panas yang didirikan pada hari pengundian dan peraturan ini berkuatkuasa kepada semua parti politik. Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, SPR tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya pondok panas didirikan sepanjang tempoh berkempen. "Kalau ada pondok panas, kami robohkan. Dibawah peruntukkan undang-undang tidak boleh. "Buatlah pondok panas seberapa banyak yang dimahukan tetapi pada hari pengundian jangan gunakan," tengasnya pada sidang media PRU-13 selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh pilihan raya. Jelas Abdul Aziz, SPR tidak mempunyai kuasa berhubung pemasangan bendera yang sedang rancak berlaku sekarang dan peruntukkan undang-undang kempen PRU SPR hanya berkuatkuasa pada hari penamaan calon. Berhubung tempoh berkempen yang disifatkan panjang, Abdul Aziz menyatakan 15 hari tersebut merupakan keputusan yang ditetapkan SPR meskipun syor Jawatankuasa Pilihan Raya Peringkat Parlimen sebelum ini hanya mencadangkan 10 hari. | |||
KEADILAN lancar ‘Video Kempen Wanita’ PRU 13 esok Posted: 10 Apr 2013 02:54 AM PDT KEADILAN DAILYPETALING JAYA: KEADILAN akan melancarkan 'Video Kempen Wanita' sebagai bahan kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang hanya berbaki 25 hari bermula hari ini.Pelancaran oleh Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu akan diadakan di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya pada jam 12.30 tengahari. Timbalan Ketua Wanita, Rodziah Ismail akan mengadakan sidang media harian KEADILAN sejurus selepas itu. Beliau akan membangkitkan berkenaan isu ibu tunggal dijanjikan RM5,000: pendedahan modus operandi edaran borang ibu tunggal saman Kerajaan Selangor. | |||
MCA kecam usaha pembantu PM ambil Wangsa Maju Posted: 10 Apr 2013 02:50 AM PDT MCA Wangsa Maju menuduh Umno tidak mengamalkan 'semangat BN' dan mendakwa buktinya ialah usaha setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah, untuk "merompak" kerusi Parlimen Wangsa Maju daripada MCA. Setiausaha Organisasi MCA Wangsa Maju, Lim Choon Hong berkata Shafie (kiri) telah menjadi ketua BN Wangsa Maju dan "langkah seterusnya adalah mereka (Umno) akan mengambil kawasan pilihan raya kami". Malah, Lim memberitahu satu sidang akhbar pagi ini bahawa ia tidak pernah pun dibincangkan dengan mereka. Manakala timbalan ketua bahagian berkenaan, Ng Kiat Ling berkata MCA Wangsa Maju telah bekerja keras sejak bertahun-tahun di kawasan itu yang telah menjadi kerusi tradisi untuk parti itu di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. "Anda (Umno) kini mahu mengambilnya (Wangsa Maju). Ini tidak adil kepada kami!" Kata Ng. Wangsa Maju Umno telah mengintai kerusi itu sejak 2008 dan mahu Shafie, yang juga ketua Umno bahagian tersebut, bertanding di situ. Jumaat lepas, Shafie menghadiri sesi solat dan makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Wangsa Maju. Ini menimbulkan cakap-cakap bahawa Shafie telah mendapat restu kepimpinan Umno pusat untuk bertanding di Wangsa Maju. Sejak minggu lalu, akhbar Cina membuat spekulasi bahawa MCA akan memberi laluan kepada Umno di beberapa kawasan Parlimen, termasuk Wangsa Maju dan Gelang Patah di Johor. Bagaimanapun, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sehingga ini hanya mengesahkan bahawa Tronoh - sebuah kerusi DUN di Perak - akan "dipinjamkan" kepada MIC. Presiden MCA itu menjelaskan justifikasi di sebalik keputusan ini di Facebook beliau, di mana beliau juga menggesa ahli MCA supaya bertenang dan mengelak daripada mensabotaj BN. Spekulasi bertiup kencang untuk seketika bahawa MCA telah bersetuju Umno mengambil alih kerusi Wangsa Maju dan ini meningkatkan lagi rasa tidak puas hati dalam MCA di peringkat akar umbi. Kira-kira 3,000 ahli MCA dan penyokong berkumpul di majlis makan malam malam tadi, menuntut supaya ketua bahagian MCA Wangsa Maju, Yew Teong Look (kanan) dinamakan sebagai calon BN bagi kerusi tersebut. Beberapa anggota parti meluahkan kemarahan mereka kepada presiden MCA kerana tidak memaklumkan kepada akar umbi mengenai dakwaan keputusan untuk memberikan kawasan tradisi MCA itu kepada Umno. Perhimpunan merangkap makan malam itu yang diadakan di Danau Kota, Setapak, dianjurkan oleh kira-kira 80 organisasi tempatan. | |||
Najib: Cukuplah merajuk 24 jam... Posted: 10 Apr 2013 02:41 AM PDT Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan mereka yang tidak terpilih menjadi calon BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) agar cukuplah "merajuk" selama tempoh 24 jam sahaja. "Kita akan cuba kurangkan masalah (merajuk) tersebut. Sebab itu dalam ucapan saya, saya kata, yang kecewa hanya dalam tempoh 24 jam sahaja. Lepas itu kena turun padang," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita dalam sidang media selepas memberikan taklimat tertutup kepada pemimpin parti komponen BN di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Dalam sidang media sama, perdana menteri juga berkata, mana-mana calon Bebas yang berkelayakan boleh bertanding di atas tiket BN. Bagaimanapun, katanya, pada masa ini tiada penambahan kerusi akan berlaku memandangkan telah ramai calon yang menunggu bagi setiap kerusi. "Kalau kita fikir ada ruang dan boleh diterima, dan mereka boleh bertanding, (maka) mereka boleh bertanding atas tiket BN. "Kita kena buat ikut penyesuaian. Mungkin ada satu dua kerusi berlaku pertukaran. "Kita ambil kira mana yang boleh. Tak semua (calon Bebas) boleh ambil, sebab kita tak ada penambahan kerusi. Kerusi yang sedia ada pun calon menunggu dah ramai," katanya lagi. Antara bekas wakil rakyat pembangkang yang menjadi wakil bebas dan dilihat cenderung menyokong BN ialah Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, Datuk Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baharu) dan Datuk Seri Zaharin Hashim (Bayan Baru). Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang ditemui pemberita selepas sidang media itu berkata, calon yang merajuk merupakan situasi yang dijangka berlaku memandangkan kerusi yang ada sangat terhad. Bagaimanapun, Najib yang juga presiden Umno perlu membuat keputusan yang bijak demi kebaikan BN, tambahnya. Ditanya kerusi yang beliau akan bertanding pada pilihan raya umum kali ini, Chua berkata: "Jangan cakap mengenai saya. Cakap mengenai BN. "Tidak ada keputusan akhir lagi. Najib tak ada keputusan muktamad. Jangan nak sibuk suruh saya cakap perkara yang berlainan apa yang dicakap oleh Najib dan kami semua boleh cetuskan krisis lain. Apa sebab?" katanya. | |||
Penamaan calon 20 April, undi 5 Mei Posted: 09 Apr 2013 11:10 PM PDT Dalam pada itu pengundian awal akan diadakan pada 30 April. Ketiga- tiga tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan di sini sebentar tadi. Berdasarkan keputusan hari ini, tempoh berkempen selama 15 hari diperuntukkan. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari. Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan esok. Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun. SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU13 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lalu dan Dun antara 3 dan 5 April. Sebelum dibubarkan, komposisi Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 137 kerusi, selebihnya DAP (29), Pas (23), PKR (23), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) masing-masing satu kerusi. Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas. Abdul Aziz berkata, SPR telah menerima pengisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 3 April 2013 berhubung pembubaran Dewan Rakyat. Semua Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak telah dibubarkan setakat 5 April dan menurut Fasal 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran. Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011. Abdul Aziz berkata, SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan esok dan notis pilihan raya pada Jumaat, 12 April. Beliau berkata, berdasarkan daftar pemilih, terdapat 12,992,661 pemilih biasa dan 275,341 pengundi awal. Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara). Abdul Aziz berkata, sebanyak RM400 juta diperuntukkan untuk pengendalian PRU13 melibatkan 234,905 petugas pilihan raya. Untuk tujuan pengundian keseluruhan, SPR menyediakan 8,789 pusat mengundi dengan 26,219 tempat/saluran mengundi. Bagi pengundian biasa, 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi akan disediakan, manakala pengundian awal membabitkan 544 pusat mengundi dengan 882 tempat/saluran mengundi. | |||
Anwar umum calon KEADILAN Wilayah Persekutuan malam ini Posted: 09 Apr 2013 11:04 PM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR : Sempena siri jelajah Pakatan Harapan Rakyat, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam ini, akan mengumumkan calon KEADILAN bagi Wilayah Persekutun. Pengumuman itu akan diadakan di Padang bola sepak Jalan Jujur, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Ceramah dan pengumuman calon akan diadakan serentak bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam. Manakala antara barisan penceramah yang akan bergandingan dengan beliau bagi menyampikan ceramah pada malam ini terdiri daripada Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga penyandang Menteri Besar Selangor, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua. Selain itu turut sama, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad, calon KEADILAN Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong dan Ibrahim Yaacob. | |||
Mahkamah sahkan Tian Chua layak tanding PRU 13 Posted: 09 Apr 2013 11:00 PM PDT Oleh Sidiqin Omar PETALING JAYA : KEADILAN menegaskan, penyandang Parlimen Batu, Tian Chua layak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Ini kerana Hakim Mahkamah Tinggi, Ghazali Cha dalam penghakiman bertulis pada 17 Jun 2010 mengenepikan hukuman asal, iaitu penjara enam bulan dan denda RM3,000 yang diputuskan Majistret Mohd Faizi Che Abu. "Tian Chua layak bertanding walaupun denda RM2,000 dikenakan terhadapnya sebelum ini dalam satu dakwaan kes jenayah berikutan sutu perhimpunan awam. "Hakim Ghazali telah mengurangkan denda kepada RM2,000 atau dua bulan penjara jika denda tak dibayar. "Beliau memutuskan Tian kekal sebagai Ahli Parlimen Batu dan tidak hilang kelayakan," menurut kenyataan Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dibacakan Nurul Izzah Anwar. Merujuk perenggan 42 penghakiman, Hakim Ghazali menyatakan keputusan diambil untuk tidak menjadikan Tian hilang kelayakan secara automatik. Ini kerana denda untuk menjadikannya hilang kelayakan adalah RM2,001.00 ke atas, bukannya bermula daripada RM2,000.00. Tegas Izzah, Parlimen juga sedia maklum tentang fakta kes dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghilangkan kelayakan Tian sebagai Ahli Parlimen. "Jelas kedua-dua Parlimen dan SPR bersetuju dengan penghakiman Ghazali atau sekurang-kurangnya melihat tiada keperluan untuk berbeza pendapat dalam hal ini. "KEADILAN menjangkakan bahawa SPR akan mengarahkan pegawai pengurus di Parlimen Batu untuk bertindak sewajarnya dalam hal ini," kata Nurul Izzah. – SDQ | |||
Umno BN guna strategi kotor ‘beli calon’ tak terpilih – Anwar Posted: 09 Apr 2013 10:58 PM PDT KEADILAN DAILYPAHANG : Umno BN dijangka menaja pihak tertentu yang kecewa dan tidak terpilih sebagai calon untuk bertanding melawan Pakatan Rakyat pada PRU 13.Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, strategi Umno yang dikesan sejak sebulan lalu ialah membeli sebanyak mungkin individu tertentu untuk dijadikan calon Bebas. "Tetapi rakyat sudah putuskan, sama ada BN atau Pakatan. Tiada cara lain. Jika mahukan perubahan, kena sokong Pakatan – KEADILAN, PAS dan DAP. "Jika bertanding (Bebas) kerana tidak dipilih jadi calon (KEADILAN), itu bukan amalan demokratik, kena ada agenda (perjuangan), bukan sebab mahu jadi calon semata-mata," katanya. Beliau menjawab demikian terhadap soalan berkaitan hasrat segelintir pihak yang mahu bertanding selepas mendapati nama mereka tidak disenarai sebagai calon KEADILAN. Sidang media di Hotel Megaview, Kuantan itu bersempena pengumuman calon KEADILAN bagi beberapa kerusi Parlimen di Pahang. Mengikut laporan media tempatan, segelintir ahli parti membuat pengumuman untuk menjadi calon Bebas selepas tidak terpilih sebagai calon PRU 13. Justeru, Ketua Umum KEADILAN itu memberi amaran, mana-mana ahli yang menyokong parti lawan atau menjadi calon Bebas akan dipecat serta merta. "Kalau belum, belumlah. Kalau tarik balik esok (kemudian), tak apalah," katanya selepas Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh menyatakan, pengumuman bertanding mencukupi untuk dikenakan tindakan sedemikian. Untuk tonton rakaman sidang media, KLIK INI. (FZL) | |||
[BONGKAR] Ada Apa Di Tingkat 2 Blok B4 Putrajaya? Posted: 09 Apr 2013 10:56 PM PDT KELAB GREENBOC Kompleks B jabatan perdana menteri. Blok b4 dekat dengan mampu, bph. Memang hak milik kerajaan. Kat sini kalo nak tengok pejabat B4 dari luar JPM tengok kat bumbung yang mana paling banyak antena dan piring satelite tu la dia. Apa dia blok B4? Nama yang ingin dikenali orang awam ialah bahagian penyelidikan. Tapi disebalik nama penyelidikan tu sebenarnya unit perisikan dari segi politik dan lain2 yang gua masih riky2 lagi. Semenjak tak mendapat majoriti 2/3 pada PRU12 lepas, ada satu unit ditubuhkn iaitu unit khas pilihan raya atau unit strategi pilihanraya. Ia dibuat untuk mengekalkan penyamun2 dan lanun2 supaya kekal memerintah agar semua rahsia rompakan selamat dilindungi dari terbongkar ketahuan oleh rakyat amnya. Korang sure tak pernah nampak kan? korang fikir gua menipu ya? Unit ni ada kat tingkat 2 blok B4 ni dan staf yang tak terlibat dilarang masuk, Selain tu..ada lagi satu unit ditubuhkan dengan tujuan propaganda iaitu mencetak risalah, harakah palsu, bunting2 palsu untuk kelirukan orang ramai. Masa bersih dulu..ramai jugak orang2 aras 2 ni turun untuk buat kacau. Geng2 inilah yang buat latihan memanjat bumbung kereta polis dan media propaganda tv3 diarah mengulang ulang adegan ini.Semua ni adalah rancangan dari B4. Ini contoh banner yang mengelirukan orang ramai,Siapa punya kerja ni? ni la kerja kerja B4 ...gambar ni diambil di sekitar Meru. Dap tak bertanding sini dun meru! Kecuali sungai pinang! " banyak baner provok Hudud & Dap. Itu BN punya. . lokasi sekitar Meru & tinjau kawasan dun meru." Lokasi cetak dalam satu bilik lokasi -4..separuh bilik tu bawah tanah. Kat situ jugak ada tempat musnahkn dokumen..bilik bakar dokumen. Itu bukti BN memang kerjanya MENYAMUN. Bila bukti documen tak ada,Sukar bagi PR menyiasat skandal2 mereka nanti.Ini akan diceritakan dalam part 2 nanti. Bahagian ni adalah terlalu sulit untuk semua staf2 yang ada kat sini. Orang luar dilarang sama sekali untuk masuk. Selain itu,unit B4 ini juga mempunyai beberapa rumah operasi di Kuala Lumpur terutama di jalan Bellamy. Dan menarik sekali Hassan Ali pernah berjumpa dengan beberapa org2 aras 2 ni. Sebab itulah dia buat U turned beb.nanti sambungan part 3 jika gua rajin mengisahkan skandal2 Hasan Ali ni pulak. Sekarng ni bahagian B4 tengah sibuk sebab hampir pilihanraya. Bahagian yang buat banner, risalah memang tengah sibuk buat keje. Ape je bentuk provokasi terhadap PR datang dari sini. Kalo korang perasan bunting diaorang memang cantik2 jer..tu memang kerja B4 yang cetak dan tempat cetak tu dah macam kilang dah dan mesin yang diaorang guna hanya ada kat 3 tempat iaitu ..NSTP, Bank Negara, dan kat sinilah. Cuba korang try cari web penyelidikan ni memang tak akan jumpa der....maklumat pasal bahagian ni memang terhad. Orang2 blok lain pun tak taw pasal blok ni punye kerje. Staf kat sini semua islam sebab bahagian ni anti dengan agama lain. Bahagian ni hanye untuk kegunaan PM dan TPM je. Ds Anwar mesti taw fungsi jabatan ni.Sebab dia pernah jadi TPM dulu. MILF pernah datang kat rumah operasi jalan Bellamy KL tahun lepas dan pasal Sulu tu pun ramai kawan2 syak propaganda B4 ni tapi takde bukti je. Dekat sini ada SB bukit aman..sorang supt, sorang Asp dan beberapa anggota pangkat rendah. Ada tentera berpangkat kolonal, pegawai2 dan anggota pangkat rendah. Selain tu ada satu aras menempatkan sejumlah senjata api yang mampu melumpuhkan Putrajaya. Sebabtulah Tun M sering sebut,negara akan huru hara. Rupanya ada asasnya.Mereka merancang sesuatu yang jahat untuk mengelakkan kerajaan bertukar tangan dengan cara PLAN B. Berkenaan peruntukan wang plak opis ni memang banyak duit yang dikenali sebagai tabung khidmat rahsia .Tempat ni memang betul2 safety. Akses keluar masuk, cctv...XXX yang tak boleh gua ceritakan detail sangat. sekarang ni diaorang dah start shif 24jam keje. Lagi satu unit ni ada unit komunikasi dikenali sebagai Radio Saifer. Mampu ceroboh hp orang lain, tengok mesej, dengar perbualan dan baca email orang senang senang aja. Selain tu hantar terima maklumat dari perisik2 Malaysia yang ada kat dalam or luar negara. Kalo kat luar negara diorang selindung sebalik nama Wisma Putra. Dari bulan 11 tahun lepas sampai bulan 2. baru baru ni ada satu bilik operasi untuk pantau pilihan raya dah disiapkan.Jaga jaga, dari sinilah arahan menipu undi akan diputuskan bagaimana. Bilik ni terletak di tingkat -3 dikawal oleh unit teknikal. Perasan tak orang buat demo contoh pertahan kalimah Allah dan ape2 demo anjuran perkasa,umno atau ape2 pun itu memang B4 yang buat. Design kebanyakan memang sama. Kalo korang perasan orang demo kat masjid tanpa orang umno or perkasa ,banner diorg bercetak cantik.Tu la baner yang dicetak kat B4 nih. Perhatikn bila umno or perkasa buat demo sekali dengan banner..same tak? Kalo semua negeri buat demo gua rasa dari Perlis sampai Johor pun banner diorg sama.Kebanyakkan banner or risalah ni diorang packing dalam kotak dan baru diedarkan kat kawasan2 tertentu. Dia orang tak guna kenderaan jabatan. Kete2,lori2 kat opis B4 ni semuanya didaftarkan atas nama orang lain walaupun keta kerajaan. Keta, lori2 ni tak berlogo langsung.. Bahagian ni jugak ada kem askar. Yang gua taw kem Changkat dekat Batu Gajah. Kem ni kem gerakan operasi perisikan atau GOP. Gua pernah riky2 kt sane. Bukan kem askar biasa tapi semuanya adalah perisik yang berselindung. Kenderaan kat kem tu bukan kenderaan celoreng tentera tapi kenderaan 4x4 awam cam biasa didaftarkn atas nama orang lain. Risikn kem ni gua tak taw camane yang pasti ada satu bukit berbentuk busut yang tersimpn sejumlah senjata. Senjata2 ni kalo nak keluarkan diorg akan gunakn lori2 biasa yang orang tak kan terfikir pun ada senjata. Apa tujuan busut senjata kat kem tu? Tujuannya kalo ada delagasi luar negara datang selalunya diorg bagi senjata atau wang tunai. dan kadang2 bahgian ni yang bagi diorang tunai or senjata. Bab ni gua tak bape taw sangat. Yang jaga senjata ni askar pencen pangkat pegawai waran 1.. Tak semua SB or askar taw fungsi jabatan ni. Lagi satu kem dekat Johor yang gua terlupa nama tempat kat mane dan memang ceruk. Kem Johor ni untuk pegawai2. Kat sini kebnyakan staf adalah pegawai bergred M41 iaitu pegawai PTD..kalo ada 500 staf, pegawai hampir 400 orang.. Peta jalan ketempat penjahat negara Pengarah CIA pernah datang kat rumah operasi jalan Bellamy. Ape2 ops selalunya diaorg buat kat situ. Banyak rumah2 operasi kat area kat yg bak pernah dgr rumah mukhlis, rumah hamid. Tu nama org yang jaga rumah tu. Nama Jln gua tak ingat plak. Yang jln Bellamy tu adalah sekolah latihan aka rumah operasi jugak. Kemungkinan diorg akan pantau pru13 dan arahan arahan jahat ni dekat situ. p/s : Apa tujuan gua dedahkan rahsia besar kerajaan BN? tujuannya ialah untuk menyelamatkan negara dari diperintah oleh orang orang jahat yang menunggang kekayaan negara demi kepentingan sendiri tampa memikirkan hak hak rakyat yang telah dicabuli.Sama samalah kita tumbangkan kerajaan jahat BN ini dan kita penjarakan mereka akibat jenayah yang mereka lakukan selama 55 tahun menjadi pemerintah! -kingofgoblok | |||
Umno Tuaran lumpuh, 600 anak muda sertai KEADILAN Posted: 09 Apr 2013 05:30 PM PDT Ruqayya Rahman SABAH : Seramai 600 anak muda Tuaran menyertai KEADILAN sekaligus menujukkan gelombang kebangkitan rakyat di Sabah, tak boleh ditahan-tahan lagi. Diketuai bekas ahli Umno Cawangan Wawasan Lok Batik Tuaran, Mohd Nazlin Awang Puasa, mereka menyerahkan borang keahlian KEADILAN kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu program. Penyertaan mereka disambut tepukan gemuruh 5,000 penyokong KEADILAN yang menyaksikan majlis itu pada Jelajah Merdeka Rakyat 31 Mac lalu. "Sebilangan besar dari kalangan anak muda DUN Sulaman dan Parlimen Tuaran. Saya harap penyertaan ini akan menambah kekuatan Pakatan Rakyat," kata Nazlin. Beliau percaya lebih ramai anak muda dari BN bakal menyertai KEADILAN kerana perjuangan parti pemerintah itu tidak lagi releven untuk anak muda. Dalam majlis sama, Pengarah Media dan Perang Saraf Jentera Pilihan raya KEADILAN Sulaman, Ghulabdin Enjih, berkata anak muda hilang keyakinan terhadap pimpinan Umno di Tuaran. "Kepimpinan Umno Tuaran mengabai kepentingan rakyat, contohnya penyusunan rumah di Kampung Mengkabong yang dibina secara semberono dan sambil lewa. "Lebih ketara lagi pembangunan perumahan itu dibuat tanpa sistem kumbahan dan pusat pembentungan najis, malah ada penduduk yang masih tidak mendapat rumah mereka," katanya pada kenyataan media. (FZL) | |||
Bloomberg Lapor BN Menciplak Manifesto Pakatan Rakyat Posted: 09 Apr 2013 05:26 PM PDT KELAB GREENBOC Barisan Nasional dimalukan oleh media antarabangsa gara-gara "menciplak" manifesto Pakatan Rakyat Menjelang PRU-13. TERKINI : Bukan sahaja Pakatan Rakyat yang mendakwa Datuk Seri Najib menciplak manifesto mereka, media antarabangsa Bloomberg juga membuat laporan yang sama. Laporan bertajuk "Malaysia's Najib Unveils Poll Manifesto Similar to Anwar's" itu, Bloomberg melaporkan, Perdana Menteri Najib Razak berjanji akan melawan rasuah, menurunkan kos sara hidup dan membina lebuhraya pan-Borneo jika kekal sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum nanti. "Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Bloomberg. Link : bloomberg
|
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan