BRIGED MP SEGAMBUT |
Posted: 17 Apr 2013 07:10 AM PDT Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini mengalu-alukan bekas pemimpin PKR Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon BN di Shah Alam, yang disifatkannya sebagai orang yang berprinsip. "Beliau calon boleh menang," kata Nazri dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata, beliau selalu menggemari personaliti Zulkifli dengan menyifatkan naib presiden PERKASA itu sebagai penceramah yang baik, ahli politik yang baik, orang yang berprinsip dan orang yang dapat menarik undi kepada BN. Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan Zulkifli sebagai "calon rakan BN" untuk bertanding melawan penyandang kerusi Shah Alam dari PAS Khalid Samad - tindakan yang mengejutkan ramai pihak. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan