Selasa, 30 April 2013

.

.


Tokguru Tidak Perlu Hiraukan Brahim Ali

Posted: 29 Apr 2013 06:26 PM PDT

MENJOLOK MENTARI                                                                                                       

Hari ini surat khabar Utusan menyiarkan pendedahan Inchek Ibrahim Ali kononnya Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki 20 lot tanah di kawasan Tunjung bernilai RM4 juta. Berita itu bolehlah untuk menutup ruang surat khabar berkenaan. Dalam dunia surat khabar, bila masa sudah terdesak dateline sudah habis, maka apa-apa berita pun akan dimuat, kalau tidak ia tidak dapat dicetak. Lambat nanti operator mesen akan marah.

Jadi pendedahan dibuat Brahim itu hanya cerita buruk untuk memenuhui kolom-kolom kosong akhbar itu saja selepas sudah habis tektik untuk mempedaya pembaca dan memfitnah. Dalam berita itu Berahim suruh Nik Aziz jawab mengenai apa didedahkan itu. Tidak perlu jawab Tokguru, biarlah berita itu dibaca dan dikunyah oleh rakyat dalam warga negara bernama Utusan. Utusan apa-apa berita yang disiarkan bukan boleh dipakai. Membaca Utusan menjadikan kita bersubahat dengan kejahatan. Utusan sudah menjadi najis mughalazah.

Integriti Utusan sebagai sebuah surat khabar sudah lama mati dan berkubur. Perhatikan saja sudah beribu kes saman ke atas surat khabar berkenaan, kebanyakan semuanya kalah. Juallah segala aset Utusan Melayu untuk bayar saman tidak cukup. Maruah dan integriti sesebuah surat khabar terletak di situ.

Kalau hendak bercakap soal harta dan tanah, Brahim patut jujur dan dedahkan dulu harta benda yang dia ada. Ibrahim selalu tusuk mengenai apa yang ada di dalam dirinya. Brahim buat harta di Kuala Lumpur orang Pasir Mas tidak tahu. Brahim mengatuh di coffee house orang Pasir Mas tidak tahu. Cuba minta dan tanya Brahim berapa buah rumah beliau ada di Kuala Lumpur. Jangan mudah terima Brahim kerana dia hulur seringgit dua. Duit tidak boleh melindungi dosa, di akhirat besok RM tidak valid.

Saya tidak mahu memberi jawaban dulu, mahu tengok seikhlas mana Brahim. Apakah dia seorang bertanggungjawab atau tidak. Kalau bak menuduh dan menghina orang memang Brahim ini nombor wahid. Tetapi kalau terkena ke atas kepalanya, menikus senyap sunyi tidak berketek macam buah kedepar hanyut air.

Orang Pasir Mas cuba tanya projek bandar baru Pasir Mas di Lubuk Jong itu siapa dalangnya? Syarikat Semasa Sdn Bhd, siapa yang menjadi nyawanya. Berapa yang Ibrahim ambil duit dari Cina bernama Albert. Saya ada menyimpan semua dokumen dan gambar-gambar berhubung penandatangani MoU projek berkenaan.

Tanya juga siapa yang buat jambatan Tendong dan berapa harganya yang sebenar dan berapa yang di make-up. Sebanyak RM85 juta ke mana duit itu pergi dan masuk ke dalam poket siapa. Projek itu dibawa oleh Brahim tentu dia tahu ke mana perginya duit itu. Brahim tidak boleh melindungi ini dengan mengakui dia calon berwibawa. Wibawa kepala hotak dia?

Brahim kena jujur, nanti di akhirat besok lidah akan dipotong dengan gunting. Kalau hendak menang pilihan raya pun jangan berbohong sampai nampak ke atas belakang. Malu kepada budak-budak. Kalau tidak malu ke budak-budak pun malulah kepada babi hutan yang kini sudah berkeliran di pinggir-pinggir kampung Pasir Mas.

Sekali lagi diingatkan Tokguru Nik Aziz tidak payah ulas dan jawab apa yang didedahkan Brahim itu. Dan orang PAS juga tidak perlu memberi reaksi kepada laporan akhbar berkenaan. Kalau kita ulas dan respon ertinya kita bersubahat dengan pembohongan dan fitnah. Ibarat Utusan dibuat bungkus tahi, kalau kita pegangnya kita juga terkena dan terhidu najis tersebut.

Tokguru hanya perlu berkata begini kalau ada orang tanya; "pergi taya Brahim sendiri atau tunggulah di akhirat besok... di sana nanti semua anggota kita menjadi saksi.." Ada faham ke Brahim bab ini?

Jangan lupa tanya Brahim berapa nilai dan aset yang dia ada. Berapa buah rumah yang dia ada. Kalau berpuluh juta dia belanjakan untuk rakyat, tentulah duit dia berkali ganda dari itu. Ibrahim bukan bodoh sampai nak 'kirah' semua harta bendanya untuk beri kepada rakyat. Ibrahim bukan Umar Ibnu Aziz dia adalah Setopa anak Ali.

Saya hanya percaya Brahim hanya milik seorang isteri saja, tetapi saya pernah tengok dia ada lebih dari sebuah rumah. Tanya dia juga berapa harga rumahnya itu? Sesiapa nak tahu rumah Brahim sila jumpa saya, saya akan tunjuk. Hari ini pun boleh...

RM4 juta harga Tokguru Nik Aziz seperti dikatakan itu (memang bohong) hanya kecil, terlalu kecil. Apa dia ingat Nik Aziz macam Madir, (Mahathir) jadi PM 22 tahun boleh jadikan anak orang terkaya di Malaysia? Brahim, Nik Aziz bukan seperti Madir, Nik Aziz adalah Nik Aziz yang kau pernah sembah dan sujud untuk mendapat kerusi. Cis 'menete tak reti bahasa'.

Kalaulah Nik Aziz tergilakan wang dan harta bukan saja setakat RM4 juta, RM4 billion pun beliau akan dapat, tidak payah songlap harta macam pemimpin parti disertai orang gila (Umno) cukup orang-orang yang menerimanya sebagai tokguru dan mursyid sahaja menderma kepadanya. Dia tidak perlu menyamun harta rakyat seperti politician lain termasuk juga Brahim.  [wm.kl.9:12 am 30/04/13]

Apa Khabar PAS Terengganu Bolehkah Tumbang Mat Said?

Posted: 29 Apr 2013 05:06 PM PDT

ANALISA TERENGGANU                                                                                            

Sering saya ditanya mengenai peluang dan pencapaian PAS khasnya, dan Pakatan Rakyat amnya di Terengganu Daruliman. Setiap kali berdepan dengan persoalan ini sukar untuk saya menjawabnya. Saya selalu mengelak untuk memberi ulasan. Saya tidak ada petunjuk atau pun firasat mengenai perkembangan Pakatan Rakyat di Terengganu. Terengganu semacam ada formulanya sendiri bagi menghadapi UBN kali ini, jadi sukar untuk diramalkan keadaanya.

Manan: Yakin Terengganu tumbang.
Sekali pandang seolah-olah PAS Terengganu ingin menyembunyikan apa yang mereka sedang dan akan lakukan. Kerana terlalu sembunyi menyebabkan orang di luar Terengganu termasuk saya sendiri menganggap PAS atau Pakatan Rakyat Terengganu senyap sunyi saja atau sudah lemah semangat. Lautan Cina selatan yang membirai negeri Terengganu tenang tiada gelora besar!

Bahkan saya sendiri lebih berprejudis seperti PAS Terengganu mempunyai formula tidak selari dengan Pakatan Rakyat di pantai baray. Semacam PAS Terengganu hendak memerintah seorang diri saja tanpa ada atau perlukan kepada pakatan dengan PKR. Kepada seseorang saya memberi tahu PAS Terengganu terus akan menghidupkan agenda Unity Gorvenment?

Pernah berlaku satu program Anwar Ibrahim di Terengganu tidak mendapat kerjasama sepenuhnya dari PAS. Di sesetengah kawasan ada yang tidak memberi laluan langsung kepada Anwar sehinggakan Anwar terpaksa melencong ke tempat lain. Keadaan itu menyedihkan. Misalnya di Dungun, satu prgoram Anwar anjuran PKR tidak diberi kerjasama sewajarnya. Peralatan atau PA sistem tidak dibenarkan untuk diguna kerana ia milik PAS.  Kenapa sampai begitu sekali?

Bertolak dari situasi dan kondisi itulah menampakkan hubungan PAS dengan PKR tidak begitu intim seperti dinegeri-negeri lain. Semacam PAS Terengganu terpisah dengan Anwar atau PKR. Keserabutan ini membawa kepada saat pemilihan calon. Proses pembahagian kawasan antara PAS dengan Terengganu sungguh gawat. Tidak terlampau kalau dikatakan PKR telah terkorban di Terengganu disebabkan egois PAS.

Keserabutan itu membawa ke hari penamaan calon bila mana berlaku pertindihan di tiga kerusi di Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera. Kejadian ini sungguh menyedih dan memalukan. Kejadian ini menampakkan kedua pihak tidak kompak dan bersatu hati. Ianya telah dieksploit oleh UBN.

Perkembangan-perkembangan itu menyebabkan saya tidak begitu berminat untuk membuat tinjauan ke atas negeri Terengganu. Pemerhatian saya tumpul kepada Terengganu. Tidak terfikir macam mana untuk mendapatkan keyakinan PAS dapat menawan Terengganu kalau awal-awal lagi sudah tidak menunjukkan persefahaman dan 'bbolot' istilah orang Terengganu.

Sehinggalah saya berjumpa dengan tokoh veteran Umno Terengganu yang pernah menjadi anggota kabinet, Datuk Manan Osman semasa majlis di rumah Tengku Razaleigh Hamzah tiga minggu lalu. Selepas berintraksi dengan Manan baru saya menjadi terliur untuk menulis dan membuat sedikit research mengenai Terengganu. Saya seolah-olah mendapat semangat baru dari Manan untuk melihat kepada Terengganu keseluruhan tanpa prejudis.

Menurut Manan beliau yakin kerajaan UBN Terengganu akan tumbang kali ini. Alasan yang diberikan ialah kerana Umno tidak ada pemimpin. Ahmad Said yang kini menjadi MB menurutnya bukan seorang pemimpin yang sepatutnya diletak sebagai MB. Kelemahan dan kebolehan Mat Said sudah diketahui rakyat Terengganu. Mat Said tidak mampu menjana kekuatan untuk Umno terus kekal memerintah negeri Penyu itu.

"Saya cukup yakin Umno akan tumbang dalam pilihan raya kali ini," tegas bekas Menteri Pertanian yang suka gelak itu. Saya cuba menekan kepadanya apakah alasan dan hujah lain menyebabkan beliau menyatakan demikian. Dia tidak menjelas lanjut tetapi menyakinkan saya dengan beranologi, "apa yang berlaku di Terengganu kini seperti penyu," ujarnya.

"You tahu penyu dia senyap dan diam sahaja. Masa dia betelor juga senyap tidak ada siapa tahu. Tau tau keluar telor ratusan biji. Begitu jugalah kerja-kerja PAS dan PKR lakukan untuk menumbangkan Umno di Terengganu. Umno sendiri tidak sangka," katanya sambil tersenyum lebar bersemangat.

Anologi itu saya terima dengan baik. Rasanya ada logiknya. Manan seorang berpengalaman pandangannya tidak boleh dikesampingkan. Beliau tidak juga memjelaskan apakah strateginya tetapi terus menekan yang dia yakin Umno akan tumbang. Sikapnya itu membuatkan saya terpaksa mencari dan merenung sendiri akan hujah-hujah dan alasan diyakinkan itu untuk dijustifikasikan.

Bila saya teliti dan menghalusi ada dua perkara yang saya lihat kalau berlaku kejuatan di Terengganu, pertama kerana ada semacam kerjasama baik di antara Pakatan Rakyat khasnya orang-orang PAS dengan pihak kerabat Istana. Ini terbukti bila mana dua orang kerabat di Raja Terengganu telah menyertai PAS. Mereka ialah Raja Kamarul Baharin Shah dan seorang lagi Datuk Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Ibni Sultan Almaruh Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Raja Baharin malah bertanding di kerusi parlimen Kuala Terengganu.

Kemasukan Raja Baharin dan Datuk Seri Penglima Raja memberi impak besar kepada PAS. Umum akan melihat penyertaan mereka berdua sedikit sebanyak ada restu dari Istana Terengganu. Gambaran ini tidak dapat elak kerana hubungan mereka dengan istana amat intim sekali. Secara tidak langsung rakyat kita mentafsir bahawa orang Istana juga tidak mahukan Umno.

Kesungguhan Tengku Ibrahim tidak syak lagi. Semasa saya berjumpa dengannya di satu majlis di Ampang, beliau menjelaskan akan hasrat dan cita-citanya untuk menumbangkan kerajaan UBN Terengganu. Apabila saya bertanya apakah dia akan bertanding, jawabnya tidak, tetapi dia akan membantu PAS.

"Saya tidak bertanding kerana ingin membantu PAS. Saya akan jelajah dan round seluruh Terengganu bagi memastikan UBN kalah," katanya serius sambil mengundang saya ke Terengganu melihat perkembangan terkini waktu itu sudah sudah ada tanda-tanda rakyat Terengganu akan bangkit.

Apabila saya padankan azam Tengku Seri Paduka itu dengan penegasan dan keyakinan Manan baru saya fahm atau menemui teori macam mana mereka yakin kerajaan UBN Terengganu akan tumbang dalam pilihan raya kali ini. Dan dapatan itu ditambah pula apa yang berlaku selepas hari penamaan calon. Khabarya kehangatan politik Terengganu bermula sebaik selepas proses penamaan calon.

PAS Ternegganu mengemukakan lebih separuh muka baru untuk bertanding dalam pilihan raya kali ini. Yang jelasnya pemimpin Van C20 yang telah menjadi liabiliti kepada PAS semuanya digugurkan kecuali yang tinggal Abdul Hadi Awang. Kebimbangan saya selama ini ialah kalau pemimpin Van C20 ini bertanding ia akan menjadi masalah kepada PAS Terengganu. Tetapi apanbila nama mereka tidak disenaraikan, ia menunjukkan PAS Terengganu membuat perubahan besar ke atas calon-calonnya dan mereka ingin menang kali ini.

Walaupun berlaku pertidihan kerusi di antara PAS dengan PKR tetapi penyelesaian cara baik telah dicapai. Di mana ketiga-tiga kerusi itu diserahkan kepada PAS. Kesediaan PKR bertolak ansur ini memberi keyakinan dan semangat baru yang PAS dan PKR sama-sama nekad untuk menumbangkan Terengganu. Tampaknya PKR telah melakukan pengorbanan besar untuk mengapai kerajaan di Terengganu hanya bertanding di dua kerusi saja satu parlimen satu Negeri.

Harapan untuk tumbangkan Terengganu memang ada. Jika diteliti kepada fakta dan statisik pada pilihan raya lalu, terdapat tujuh kerusi yang PAS kalah dibawah 1,000 undi. Kerusi-kerusi itu;  Jabi (804), Tepoh (430), Telok Pasu (462), Pengkalan Berangan (930), Rantau Abang (790), Paka (344), Chukai (769).

Manakala yang kalah bawah 2,000 dua kerusi. Kerusi-kerusi itu ialah Bandar (1,142) dan Kuala Nerang (1,592). Manakala lapan kerusi yang dimenangi PAS dalam pilihan lalu ialah; Bukit Tunggal (336), Wakaf Mempelam (2,193), Ladang, (31), Batu Buruk (1161), Bukit Payung,(115) Rhu Rendang,(2,686) Manir (432) dan Sura (1,000).

Sekiranya PAS dapat merampas sembilan kerusi yang kalah bawah 1,000 dan 2,000 undi itu dicampur dengan lapan kerusi yang sedia ada ini menjadikan PAS berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah di Terengganu apabila mendapat 17 kerusi iaini dengan kelebihan satu kerusi. Kalaupun hari ini belum dapat diyakini PAS akan menang tetapi pilihan raya kali ini di Terengganu adalah sengit.

Mungkin Umno dapat merasai keadaan ini dan dalam kecemasa. Disebabkan itu video sex yang kononnya melibatkan Setiausaha Agung PAS, Mustapa Ali disebar meluas di Terengganu dengan harapan ia akan mempengaruhi rakyat dan menolak PAS. Keadaan berlaku sebaliknya. Video rekaan dan fitnah itu telah menimbulkan simpati rakyat kepada PAS. Video Mustapa itu tidak memberi apa-apa bekas kepada PAS. Penyebaran video berkenaan juga tersalah jangka kerana Mustapa sudah dibawa keluar dari gelanggang - tidak bertanding.

Satu faktor lagi boleh meranapkan harapan Umno dan Mat Said untuk memerintah Terengganu ialah berlakunya perpecahan kepimpinan didalam Umno Terengganu. Umno Terengganu kini wujud tiga kumpulan. Kumpulan Mat Said, kumpulan Idris Jusoh dan kumpulan Tengku Putera Tengku Awang yang dilihat berkecuali. Tengku Putera dilihat orang yang akan merampas jawatan MB dari Mat Said kalau Umno menang. Tengku Putera bertanding di DUN Kuala Berang.

Ramai mereka yang duduk dalam kumpulan Idris Jusoh yang memprotes perlantikan Mat Said menjadi MB dulu tidak dicalonkan semula. Antara mereka ialah Wahid Rosol, Din Adam dan lain-lain. Sudah pasti mereka akan membuat kacau atau 'peteh betis' sebagai membalas dendam. Mat Said gagal untuk menenangkan orang-orang Idris Jusoh. Khabranya secara senyap orang-orang Idris Jusoh akan 'mengajar' Mat Said secukupnya.

Kesimpulan yang dapat dibuat hari ini mengenai PR di Terengganu, mereka juga sedang bergerak dan mengalami gelombang sama seperti negeri-negeri lain. Wave atau pun gelombang untuk menuju ke Putrajaya juga sudah sampai ke Kuala Terengganu. Cuma bezanya gelombang di Terengganu bergerak dari bawah bukan dari atas. Kebangkitan di Terengganu agak 'anjur' sedikit. [wm.kl.8:05 am 30/04/13]

Tiada ulasan: