. |
Mat Taib Lebih Ikhlas Dari Hasan Akidah Posted: 22 Apr 2013 10:37 PM PDT ULASAN PERISTIWA
Seperti biasalah Hasan Akidah menggunakan bahasa dan pelek motivatornya untuk memberi gambaran dan menginsafkan Muhamad Taib. Hasan memancing dan menidur orang dengan simpulan-simpulan kata-kata bergandanya. Antara katanya untuk menyedar dan agar Mat Taib berfikir semula, PAS kini bukan lagi PAS di zaman aruah Mohd Fadzil Noor, tetapi PAS yang tunduk kepada nakhoda bernama Anwar Ibrahim dan jurumudinya Karpal Singh, Lim Kit Siat dan Lim Guang Eng (DAP). Hasan cuba menjual PAS hari ini sudah tidak mempunyai roh Islam lagi. Perbezaan itu, keadaan PAS katanya menyebabkan ciat-cita murni Mat Taib untuk perjuangkan Islam bersama PAS akan sia-sia sahaja. Hasan juga menyifatkan penyertaan Mat Taib itu ke dalam Pas tidak menguntungkan PAS dan tidak juga merugikan Umno. Tetapi yang rugi ialah umat Islam kerana beliau (Mat Taib) yang dianggap hebat tidak boleh melakukan sesuatu untuk Islam kalau bersama PAS? Di sini Hasan cuba gumba Mat Taib. Saya turunkan sedikit tulisan Hasan; PAS sekarang bukanlah PAS seperti dahulu yang telah berjaya menambat hati saya untuk menyertainya hampir 15 tahun yang lalu. PAS sekarang adalah PAS yang sedang kemaruk kuasa ingin ke Putrajaya dengan apa cara sekalipun sehingga sanggup meninggalkan prinsip perjuangan dan pengkalan asalnya. PAS sekarang sanggup mengikut apa sahaja kehendak rakan-rakan Pakatan Rakyat hatta "menjualkan" kalimah Allah untuk digunakan oleh penganut-penganut bukan Islam. Itulah pandangan Hasan. PAS kemaruk kuasa kononnya. Apakah beliau bukan sebahagian ahli PAS yang pernah kemaruk kuasa tiga atau empat tahun lalu? Hasan tidak boleh menafikan yang dia ada agenda besar dan nafsu besar untuk jadi MB. Disebabkan beliau tidak mencapai cita-cita itulah maka beliau menuduh PAS kini macam anggur yang masam seperti mana dilakukan oleh serigala yang tangan dan kaki pendek mengatakan anggur masam apabila ia tidak dapat mengambil anggur dikatakan aggur itu masam. Jadi Hasan Akidah ini samalah jenisnya dengan serigala. Nescaya kalau Hassan menjadi MB, dia akan kekal bersama PAS dan tidak akan membuat onar untuk PAS memecatnya. Hasan tidak akan beranggapan PAS kini sudah berubah kalau dia masih bersama PAS dan mendapat manfaat menjadi MB. Tetapi kerana tidak, maka Hasan jadikan Hasan seperti hari nini yang berakidah. Pertautan dan pertalian Hasan dengan orang Umno akhirnya menenggelamkan dirinya. Hasan mulaya ingin berkawan dengan orang Umno tetapi kerana kelemahan Hasan tanpa disedari pemimpin Umno berjaya menyututik dogma Umno - Melayu Islam dan sekluar, dan akhirnya Hasan melalikan Hasan kemudian membuntuti Umno. Hasan hanya bijak cakap tetapi dia seorang yang mudah cair dan tidak kukuh dalam pegangan politiknya. Hasan dalam dunia politik seperti pendekar sumbang, belum bukan langkah kaki sudah terbelit selempang. Justeru Hasan merayu kepada Mat Taib supaya menyemak balik keputusan menyertai PAS. Katanya dan akui Hassan Umno lebih baik dan Islamik. Katanya; Dengan rendah diri saya hanya dapat mendoakan supaya percikan-percikan hidayah yang telah menembusi hati Tan Sri terus dibaja dan disuburkan. Bagi saya proses pembajaan dan penyuburan itu sukar dilakukan dalam Pakatan Rakyat yang PAS merupakan salah satu parti komponennya. Sebaliknya dengan pimpinan Umno yang ada sekarang yang telah menunjukkan tanda-tanda membuka ruang dan peluang seluas-luasnya untuk membawa Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara mungkin boleh dilihat sebagai opsyen yang lebih munasabah bagi Tan Sri untuk menghabiskan sisa-sia usia berjihad untuk terus mengahungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu. Waduh waduh...Hasan barang kali tidak kenal Mat Taib atau kenal tidak mengetahui lurah dan sejarah perjuangan. Mat Taib bukan kecil anak dalam Umno. Beliau sama taraf dengan Hasan dalam PAS, pernah menjadi Naib presiden Umno. Bahkan penglaman dan sejarah Mat Taib lebih 'kengkang' beliau pernah menajdi ketua penerangan Umno Malaysia, MB, menteri kabinet dan senator. Manakala Hassan setakat exco adat istiadat Melayu saja. Hasan tidak perlu pesimis dan kesal atas apa yang dilakukan Muhammad Taib. Sebagai mana Hasan masuk PAS 15 tahun dulu, begitulah fikirna dan iltizam Mat Taib kepada PAS hari ini. Beliau tidak mempercayai kepada Umno yang sudah busuk sampai ke usus dan berikan peluang dia berjinak dan mengenali PAS. Masa dan keadaan akan menentukan nasib untung seseorang. Hendaknya pemikiran dan langkah Mat Taib tidak songsang seperti Hasan, dia maju ke depan dalam lanskap politik PAS dan negara kini menyakinkan. Sebaliknya Hasan mundur ke belakang untuk menebas tebang semula semak samun dalam Umno yang telah ditinggalkan Mat Taib. Hassan cuba menanam benih baru dalam Umno dengan harap dia dapat melihat hasilnya. Syabas dan tahniah kepada Mat Taib. Dan untuk Hasan menebas menebanglah bersama Mat. Mat mana lagi kalau bukan Mat Maslan. Mat Maslan apa khabar, Felda sihat ke? [*** kl. 11:25 am 23/04/13] | ||
Penjelasan Saya Mengenai Fitnah Terhadap Husam Posted: 22 Apr 2013 06:46 PM PDT SESUDAH SUBUH Yang jelasnya saya tidak bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya kali ini. Saya bukan calon bebas di kerusi P 125 Putrajaya. Tetapi khbarnya gambar saya turut disebar dan dimasukkan dalam peti surat menjadi bahan kempen di situ. Beberapa rakan dan penggemar blog saya juga menghubungi dan bertanya khabar mengenai itu. Apa sudah jadi tuan... tanya mereka. Gambar saya tersebar menerusi sebuah buku kecil yang di muka hadapannya turut tertera gambar saya. Buku itu menghentam calon PAS di Putrajaya Husam Musa. Buku itu sudah lama tersebr di Kelantan dibahagi-bahagikan sebagai buah tangan dalam setiap majlis anjuran kerajaan UBN. Khabarnya juga calon BN, Teuku Adnan Teuku Mansor ada menyebut nama saya dan kononnya bercerita sesuatu mengenai Husam kepadanya. Aduhai politik bangsaku. Saya ingin jelaskan di sini, mengenai tuduhan dan dakwaan kononnya dibuat oleh saya terhadap Husam baik oleh Teuku Adnan dan juga apa yang ditulis dan 'dikarai' didalam buku kecil itu. Buku kecil itu tidak ada nama pengarangnya. Ertinya ia buku hantu. Hantu tidak boleh dipercayai. Saya mahu berdepan dengan manusia yang normal dan nyata saja. Saya jelek dengan manusia halimunan atau tidak bertanggungjawab. Kalau boleh penulis atau penyusun buku berkenaan timbul dan tampilkkan wajah anda. Baru sedap hendak soal bicara atau berdebat. Jangan main tusuk muka itu perangai bonbon. Sebahagian bahan di dalam buku itu diambil dari blog saya. Tidak menjadi masalah tetapi ada sedutan ataupun petikan yang dibuat tidak benar dan ia adalah fitnah pula kepada saya dan lebih-lebih lagi kepda Husam. Misalnya mengenai quotation di muka 7, kononnya saya menyebut Husam ada menyimpan perempuan Cina di sebuah kondominum dan kahwin secara senyap adalah bohong dan fitnah. Buktikan kalau saya ada berbuat demikian? Tidak baik kalau kita hendak mengetuk orang dengan meminjam tangan orang lain. Guna tangan sendirilah... Itu semua adalah rekaan untuk memburuk-burukkan Husam. Memang saya tidak setuju dalam beberapa perkara dengan Husam, tetapi saya tidak mengheretnya ke dalam fitnah. Saya amat kesal atas penulisan ini yang dibuat secara tidak bertanggungjawab. Bukan tuduhan dan dakwaan itu saja, dakwaan-dakwaan lain yang agak melampau dan berniat buruk ke atas Husam adalah dikesali. Di zaman edan saya dulu, syaa berdepan dengan Husam secara direct. Saya tidak main sembunyi tangan dan selindung kepala. Sebab itu Husam saman saya dan saya menghadapi saman Husam. Kami gentlemen. Saya mengakui saya menulis blog dan mengisahkan perihal Husam, tetapi apa yang saya tulis dan perkatakan adalah apa yang saya ketahui bukan spekulasi. Jadi adalah tidak adil, menyalahi etika penulisan kalau nama saya diheret untuk memburuk-burukkan Husam.Itu namanya melanun. Saya berharap kepada semua pihak agar tidak eksploitkan nama saya, atau gambar saya untuk kempen di Putrajaya. Kemenangan di Putrajaya akan diperolehi dek mereka yang ikhlas dan jujur. Kemenangan yang sebenar ialah yang dijalankan secara teratur, tertib dan menempati lunas-lunas Islam. Saya rasaya komuniti Putrajaya tidak mudah tertipu dengan dakyah ataupun dakwaan-dakwaan yang mentah oleh mana-mana pihak kerana kebanyakan mereka berpendidikan, celik IT serta mempunyai deria rasa yang tinggi untuk menentukan siapakah pemimpin mereka di situ. [*** kl.8:38 am 23/04/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan