Selasa, 2 April 2013

Biaqpila

Biaqpila


TERBAIK!!!! PAS tanding 237 kerusi DUN, 76 parlimen

Posted: 02 Apr 2013 08:04 AM PDT



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap agihan kerusi antara PAS dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat telah selesai dan "kalau ada pun telalu kecil sangat yang melibatkan masalah teknikal".

Sehubungan itu, katanya, PAS akan bertanding 76 kerusi parlimen - bertambah 10 kerusi berbanding pilihan umum lalu dan 237 kerusi DUN.

Hadi menyatakan demikian ketika menjawab soalan dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti itu pagi ini untuk mengumumkan calon-calon kerusi Parlimen.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang hadir dalam sidang media itu turut mencelah ada "dua atau tiga" kerusi DUN berkurangan berbanding pilihan raya lalu.

Abdul Hadi juga berkata parti itu juga akan meletakkan calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan lebih 20 calon dari Dewan Muslimat.

Ahli parlimen Marang itu juga berkata calon parti juga akan bertanding di kawasan yang dianggap kerusi dengan pengundi campuran dan menegaskan PAS berjaya memecahkan benteng perkauman sehingga pengundi Cina boleh menolak calon komponen BN.

"Dan (mereka) mengundi calon PAS dan PKR yang bukan Cina dan India dan dalam keadaan fanatik Umno menyokong calon MCA, MIC dan Gerakan," katanya.

Sementara itu dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi turut mengumumkan kemasukan bekas Duta Besar Arab Saudi dan Iran Datuk Adnan Othman ke dalam parti itu.

Adnan juga pernah berkhidmat secara kontrak sebagai pesuruhjaya tinggi Cranberra, Australia pada 2001.

MK

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

Nurul Izzah tunjuk bukti surat SPR maklum kes pengundi diragui

Posted: 01 Apr 2013 06:00 PM PDT



PANTAI DALAM 1 APRIL: Dakwaan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof tidak dimaklumkan berhubung permohonan semakan untuk membatalkan senarai 4,637 pemilih yang meragukan tidak berasas, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Katanya, bukti surat daripada Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria yang menunjukkan suruhanjaya itu mengambil maklum perkara tersebut dan sedang meneliti aduan berkenaan.
Surat tersebut dikemukakan Izzah pada sidang medianya di Pejabat Parlimen beliau, hari ini.
"Saya ada surat bertarikh 6 Mac 2013 yang juga dihantar menerusi faks pada hari yang sama melalui peguam saya kepada SPR. Pada surat penerimaan keesokannya dicop dengan jelas dan ditandatangani oleh peguam kanan SPR.

"Surat itu adalah pembatalan nama-nama berdaftar yang tidak lengkap dan merujuk kepada kawasan mengundi Lembah Pantai P121," jelas Izzah.
Menurutnya, jawapan Kamaruddin itu bukti jelas bahawa SPR dimaklumkan terlebih dahulu tentang tindakan undang-undang yang akan diambil sekaligus menunjukkan kenyataan Aziz tidak selari dengan jawapan tersebut.

"Mengapa Pengerusi (Aziz) kata saya tak hubungi dia sebelum ambil tindakan undang-undang?
Tindakan ini menghancurkan lagi kredibiliti SPR kerana tidak mengambil serius isu daftar pemilih dan buat dakwaan tidak berasas," tegasnya.
"Ia kenyataan yang tidak boleh diterima dari seorang pengerusi sedangkan kami berusaha sedaya mungkin untuk bekerjasama dengan SPR," kata Izzah.
Aziz dalam wawancara disiarkan akhbar Mingguan Malaysia menyatakan kononnya Naib Presiden KEADILAN itu tidak pernah memaklumkan kepada pihaknya berhubung senarai 4,637 pemilih yang meragukan dalam kawasan parlimen beliau.

Pada 27 Mac lalu, Izzah memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman bagi membatalkan senarai nama pemilih yang meragukan tersebut.
"Saya terkejut dengan kenyataan beliau (Aziz) yang menyatakan SPR tidak dimaklumkan tentang semua rungutan dan senarai pengundi yang meragukan sebelum kami failkan ke mahkamah," kata Izzah. – NS


KD

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

Tiada ulasan: