Ahad, 21 April 2013

Askamakalikada

Askamakalikada


PANAS - KEPUTUSAN AWAL PRU13 : Parlimen BN 1 - PR 0 dan DUN BN 7 - PR 0

Posted: 21 Apr 2013 08:42 AM PDT

Isu pertembungan sesama sendiri (MSO sifatkan mereka ini adalah HANTU) di 8 tempat semakin panas.
Lihat bagaimana BeEnd menyerang PR walaupun mereka lupa atau malu nak sebutkan
bahawa pihak mereka juga wujud pertembungan malah penentangan yang lebih besar dengan 
25 insiden (22 Umno, 2 Gerakan dan 1 MCA) semuanya.
Ya, biarlah mereka berkokok melata sedang tahi bergelumang diekor sendiri.
Lebih baik kita bicarakan hal kita, buruk dan baik kita, tak payah tuding jari kepada pihak mereka 
sedangkan perkara yang sama berlaku di pihak kita.
8 pertembungan yang aku sifatkan lahir dari kelemahan calon itu sendiri dan juga kelemahan pemimpin
tertinggi PR. Calon yang sudah pun tahu rakan seperjuangan telah pun mengemukakan pencalonan
ketika hadir di pusat penamaan calon terus juga berdegil mengemukakan borang untuk menjadi calon. 
Inilah yang aku sifatkan gila kuasa yang jelas bertentangan dengan prinsip perjuangan yang di kokokkan
pada setiap kali ceramah mereka! Adakah PAS atau PKR atau DAP akan memecat mereka? Atau mereka sendiri sepatutnya letak jawatan!
Kemungkinan juga HANTU-HANTU tadi engkar dengan perintah ketua mereka dan berdegil juga hendak menjadi calon.
Maka adalah menjadi tanggungjawab ketua mereka memecat keahlian mereka serta merta.
Jika gagal berbuat demikian maka lebih baik ketua pemimpin mereka meletak jawatan!
Boleh jadi juga sememangnya dalang pertembungan ini ialah ketua pemimpin mereka sendiri.
Jika ini sebenarnya yang berlaku, maka lebih baik dalang ini meletak jawatan!
Bunyinya cukup tegas dan keras. Tapi perlu ingat, selama ini pun pihak kita sentiasa memaksa, bertempik, berdemo, 
memaksa pihak pemerintah, umNO beend letak jawatan kerana gagal dalam sesuatu hal atau isu.
Dan apabila mereka tidak mahu dikatakan mereka ini tiada integriti dan tidak bertanggungjawab.
Kini satu jari yang kita tudingkan pada mereka, 3 jari menuding kita pula!
Nah! Buktikan bahawa HANTU-HANTU tadi atau pemimpin mereka punya integriti!
Kalau tidak, mereka juga 2 X 5!
Dari pertembungan 1 di Parlimen dan 7 DUN, beend kini sudah satu kaki menuju kemenangan.
Bermakna beend sudah mendahului 1-0 di peringkat Parlimen dan 7-0 di DUN.
1. Bagi P166 Labuan,
Mampukah tokoh korporat Ibrahim Menudin PKR atau Hadnan Mohamad PAS mengaut undi yang besar sedangkan sudah pasti perpecahan undi
Melayu pasti berlaku.
Bagaimana mereka nak menandingi majoriti 8,457 yang dimenangi beend pada PRU12 yang lalu walaupun beend mengemukakan muka baru. 
2. Di Trengganu N2 Kota Putera, modal majoriti 3,332 undi pada PRU12 akan dibawa oleh calon baru beend sedangkan undi PR pastinya berpecah
kepada Adam Mat Said PAS dan Mohamed Abdul Ghani PKR. Kawasan ini bergantung sepenuhnya dengan undi Melayu (98.7%). 
3. Di N11 Seberang Takir, calon beend yang merupakan penyandang pastinya akan pertahankan majoritinya 2,430 undi malah Ahmad Razif 
Abd Rahman tentunya sudah melakukan post mortem dan pastinya akan cuba memperbaiki kelemahan dari PRU12 lalu.
Undi Melayu (99.1%) sudah pastinya berpecah 3, apakah mampu Ahmad Nazri PKR dan Zakaria Dagang PAS menandingi penyandang Ahmad Razif.
4. N25 Bukit Besi, menyaksikan pertembungan Roslan Ismail PAS dengan Mohd Shamsul Mat Amin PKR. Dan mereka berdepan dengan calon baru
beend Roslee Daud. Pada PRU12 beend mendapat majoriti sebanyak 2,492 undi.
5. Di Pulau Pinang pula iaitu di N21 Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria beend penyandang dengan majoriti kechil 250 undi akan berdepan
dengan Che'gu Bard PKR dan Ustaz Yusni PAS. Belajar dari PRU12 yang lalu sudah pasti calon beend itu akan memperbaiki kelemahannya dulu
dan sedar bahawa undi PR akan berpecah dua beliau hanya perlu berusaha lebih sedikit sahaja untuk mengulangi kejayaannya.
6. Di N31 Jelapang, Perak, undi majoriti (6,707) yang cukup tinggi diperolehi oleh 'katak' DAP di PRU12 lalu bukanlah menjadi lesen buat Teh Hock Ke DAP
untuk menang selesa. Hock Ke bakal berdepan dengan M. Sarasvathy PSM dan S. Mokan beend.
Kelebihan buat Hock Ke disini kerana pengundi China merupakan pengundi majoriti iaitu sebanyak 67.6%. Namun harus diingat bahawa undi PR akan berpecah kepada 2.
7. N39 Kota Damansara, Mohd Nasir PKR penyandang dengan majoriti hanya 1,075 undi di PRU12 bakal berdepan dengan Ridzuan Ismail PAS, calon beend dan 3 calon bebas.
Pengundi Melayu seramai 56.1% sudah pastinya akan berpecah kepada 5 calon Melayu. Agak sukar bagi Mohd Nasir untuk pertahankan kerusi yang dimenanginya.
8. Sementara di N34 Panti, Johor, calon benend Datuk Bader Dasuki akan pertahankan kerusinya yang dimenanginya dengan majoriti 7,503 undi.
Undi yang pastinya berpecah kepada 2 iaitu kepada Azlisham Azahar PAS dan Mohd Annnuar PKR rasanya tak mampu menggugat kedudukan Datuk Baderi.
Walau apa pun yang akan berlaku dan bersungguh-sungguh pemimpin PR berkata dalam sehari dua lagi akan menyelesaikan pertembungan ini
di kertas undi sudah pasti tertera parti-parti dibawah PR yang bertembung. Ini mengelirukan pengundi apatah lagi penyokong PR.
Malah lebih teruk lagi implikasi dari pertembungan ini sudah dilihat oleh mata seluruh dunia dan agak sukar untuk diperbetulkan persepsi 
bahawa PR tidak punya persefahaman yang kukuh.
Kepada yang terlibat lebih baik letak jawatan dan buktikan kamu punya integriti!

 

Tiada ulasan: