Anak Sungai Derhaka |
Kenapa Melayu Perlu Undi Pakatan? Posted: 05 Apr 2013 10:24 PM PDT Setelah lama berdiam diri, bekas defakto Menteri Kehakiman, Datuk Zaid Ibrahim menulis dan meminta orang Melayu mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini. "Kepada mereka (orang Melayu), saya cadangkan, inilah peluang anda untuk mendapat kerajaan baru. "Kerajaan baru akan membolehkan anda membuat perbandingan antara yang ada sekarang dengan yang baru," tulis Zaid dalam blognya. Menurut Zaid, rakyat telah diberitahu dari masa ke semasa bahawa hanya Umno dan BN boleh memerintah dan melindungi mereka. "Adalah lebih baik anda sendiri mengesahkan perkara ini. Macamana kita tahu Pakatan akan terlebih buruk dari Umno kalau kita tidak bagi mereka peluang?" kata Zaid. Bagi Zaid, rakyat negara ini khasnya orang Melayu tidak patut membiarkan mereka dibuli sentiasa. "Parti pembangkang yang ada sebenarnya mempunyai Melayu lebih ramai berbanding BN, jadi mereka tidak akan menyusahkan anda," katanya. Katanya, mereka (Pakatan Rakyat) telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan layak diberikan peluang. "Apa yang pasti, anda akan mendapat sekolah yang lebih baik, guru yang lebih baik untuk anak anda (kerana mereka lebih memberikan masa untuk mengajar dari berpolitik) dan juga suasana yang lebih selamat dari polis dan tentera. "Hatta, pendapatan anda akan meningkat dari kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang kurang rasuahnya," jelas Zaid lagi. Zaid juga berkata, rakyat tidak akan rugi apa-apa dengan mengundi pembangkang. "Jika pembangkang lebih kuat dengan undi anda tetapi BN tetap menang, anda akan mendapat lebih banyak wang tunai yang akan diberi sebagaimana yang mereka janji. "Wang dan projek hanya diberikan kepada anda kerana pembangkang kuat, jika pembangkang lemah, tentu anda tidak akan mendapat BR1M 1 dan 2. "Adalah jelas, jika anda mahukan lebih dari BN, anda undi pembangkang. Belajarlah menghargai undi anda untuk memperbaiki hidup anda," tegas Zaid. |
Posted: 05 Apr 2013 09:21 AM PDT Akhirnya dalam ucapannya yang disaksikan oleh ribuan warga Permatang Pauh yang hadir dalam satu ceramah di Taman Pauh Indah malam tadi.. Anwar Ibrahim mengumumkan beliau akan kekal mempertahankan Parlimen Permatang Pauh.. Pengumuman itu dibuat selepas beberapa hari beliau menyatakan kemungkinan bertanding di Perak tetapi ianya bergantung pada penerimaan pengundi dan penyokongnya di Permatang Pauh sendiri.. Katanya, beliau membuat pilihan itu kerana hubungannya dengan penduduk Permatang Pauh seperti keluarga sendiri, yang sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan. Tambahan pula hari ini setengah hari beliau bersama pengundi dan penyokongnya di Permatang Pauh, semuanya tidak mahu beliau meninggalkan Permatang Pauh. Desakan secara terbuka juga telah disuarakan oleh warga Permatang Pauh sendiri dalam satu Majlis Hi-Tea di Markas Pakatan Rakyat di Kubang Semang petang tadi.. Antara desakan yang dinyatakan ialah"Jika Najib mahu hidup dan mati beliau di Pekan.. Kami juga mahu Hidup dan Mati Anwar Ibrahim di Permatang Pauh..." Lagi apa kata Anwar sila lihat dalam video di bawah.. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap hasrat Anwar untuk berpindah bertanding di Perak menunjukkan beliau tidak (lagi) berasa selamat di Permatang Pauh adalah sampah semata-mata. Selain itu Najib juga berkata "Rakyat patut sedar bahawa jika Anwar boleh meninggalkan penyokongnya di Permatang Pauh, pada akan datang, beliau boleh mengetepikan pengundi di kawasan pilihan raya barunya pula. "Ia mengenai kesetiaan mereka yang menyokong anda, ini penting dalam politik. Dari segi prinsipnya yang penting. Bukan semata-mata mengenai kemenangan," katanya lagi.. Sekarang... seperti juga Najib.. Hidup dan Mati Anwar adalah di Permatang Pauh.. Sekarang.. apamacam macai yang komen "BRO...ANWAR NI PEMIMPIN TAKDA PENDIRIAN, ORG MMG MCM TU BRO.. TAKUT KALAH.. LAST2 PINDAH TEMPAT LAIN PUN KALAH GAK ... HIDUP BN" kat ( SINI ) tadi tu? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan