Jumaat, 5 April 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Anwar kata Permatang Pauh atau Tambun, tunggu malam ini

Posted: 05 Apr 2013 06:21 AM PDT


Dalam mesyuarat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Jentera Pilihanraya Parlimen Permatang Pauh pada jam 5 petang tadi di Yayasan Aman, Seluruh Jentera termasuk aku sendiri telah menetapkan bahawa kami tetap mahu Datuk Seri Anwar kekal di Permatang Pauh!

Itu keputusan kami semua bagaimanapun keputusan akhir masih terletak ditangan beliau sendiri.. tak perlu diumumkan disini.. biarlah beliau sendiri mengumumkannya malam ini..

Apa saja yang beliau akan umumkan kita terima sajalah..

Samada dalam Ceramah di Taman Pauh Indah atau Batu Maung.. beliau akan mengumumkannya sendiri..

Sementara itu korang baca apa yang Sinar laporkan ini..

BUKIT MERTAJAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu yang beliau mempunyai masa kira-kira tiga jam lagi untuk berfikir sebelum mengumumkan kerusi yang akan ditandinginya.

Beliau yang menghadiri majlis minum petang bersama kira-kira 300 penyokongnya di Kubang Semang petang tadi berkata, keputusan akan diumumkan di dalam ceramah umum di Taman Pauh malam ini.

"Saya akan menghubungi beberapa pemimpin tertinggi untuk berbincang sebelum membuat keputusan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut membayangkan akan bertanding di Parlimen Tambun bagi mengukuhkan tiga kerusi yang dikuasai PR iaitu Parit Buntar, Bagan Serai dan Gopeng.

"Ini bukanlah bermaksud yang saya tidak menghargai sokongan penduduk Permatang Pauh selama ini, namun tujuannya adalah untuk menguatkan lagi sokongan di sana," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengesyorkan Ketua Srikandi Keadilan Malaysia, Siti Aisyah Shaik Ismail sebagai calon sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun.

"Ia merupakan salah satu cara untuk mengukuhkan kedudukan di sana dan saya percaya sokongan padu tetap akan diberi penyokong sempena pilihan raya kali ini," katanya.

Lagi video Zulkifli Noordin hina agama Hindu tersebar!!

Posted: 05 Apr 2013 12:23 AM PDT


Zulkifli Noordin telah menyalahkan PAS berikutan tersebarnya video beliau menghina Agama Hindu minggu yang lalu.

Menurutnya parti dalam Pakatan Rakyat yang mengamalkan politik sempit dan suka mencaci pihak lawan sehingga mempengaruhinya bertindak sedemikian.

Beliau turut mempertahankan kenyataannya itu dibuat dalam satu ceramah di markas PAS kira-kira 10 tahun lalu semasa beliau masih lagi memegang jawatan Yang di Pertua PAS kawasan Bandar Tun Razak dan Ahli Jawatankuasa PAS Wilayah Persekutuan.

Malah, ucapan itu dibuat dalam program PAS dihadapan penyokong parti sendiri semasa beliau masih menjadi peguam mewakili Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, semasa dalam PAS beliau telah ditanamkan sifat jumud, ekstremis, dan cauvinis sehingga menghina pihak lain demi kepentingan politik sebelum menyedari kesilapan itu dan keluar parti.

"Kepada rakan-rakan penganut agama Hindu, dengan menyusun sepuluh jari saya mohon maaf atas sekiranya saya mengguris hati mereka kerana saya tak berniat nak menghina agama Hindu.

"Semoga tuan-tuan memaafkan saya," kata beliau..

Bagaimanapun dalam permohonan maaf tersebut beliau telah menipu.. dan penipuannya telah terbongkar.

Beliau mengatakan ceramah tersebut dibuat 10 tahun lalu tetapi Patung Dewa Murugan yang dipermainkan dan dihina olehnya itu hanya siap dibina dan dirasmikan enam tahun yang lalu.. sila baca di ( SINI )

Hari ini satu lagi video Zulkifli Noordin menghina agama Hindu tersebar.. malah beliau juga dalam masa yang sama menghina masyarakat India....

Kali ini pada backdrop dibelakangnya jelas terpampang tarikh beliau memberikan ucapan tersebut iaitu 6 March 2013...


Inilah wajah sebenar manusia yang dilindungi oleh UMNO/BN ini...

Siapa pula yang bakal disalahkan olehnya kali ini?.. Bersamalah kita nantikannya....

Khairy kata wanita yang berbogel sambil pegang bendera BN ini penyokong Pakatan Rakyat?

Posted: 04 Apr 2013 08:06 PM PDT


Meskipunwanita di atas telah menyatakan sokongannya terhadap Barisan Nasional, malah turut sama berkempen untuk Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihanraya ini, satu laporan Polis akan dibuat terhadapnya..

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis terhadapnya yang dikatakan telah mengambil gambar dirinya dalam keadaan tidak sopan dan hanya dilindungi oleh bendera BN.

Malah Khairy juga menuduh wanita tersebut adalah penyokong Pembangkang.

"Satu tindakan yang amat biadap. Saya tidak terkejut jika beliau seorang penyokong pembangkang yang sengaja mahu sabotaj BN dalam PRU akan datang, kononnya menyamar sebagai penyokong BN yang tidak senonoh dan tidak beradab," kata beliau.


Lawak jenis apa Ketua Pemuda Barisan Nasional ni lakukan?

Jelas dan terang Alvivi tulis dalam caption yang mengiringi gambar tersebut  "Remember to vote for BN! 记得投国阵哦! Ingat, undilah BN!" masih Khairy kata dia ni penyokong Pakatan Rakyat..


Lagipun Alvin Tan, pasangan kepada Vivian dalam video lucah yang disiar mereka, sekitar Oktober 2012 lalu secara terbuka mengakui presiden parti komponen Barisan Nasional, MCA Chua Soi Lek sebagai idolanya.

Ada ke penyokong Pakatan Rakyat yang anggap Chua Soi Leksebagai idola mereka?

Kenapa??.. Malu nak mengaku ke yang dia ini penyokong BN?.. selama ini UMNO/BN menyiarkan video seks dalam TV3 dan Utusan tak malu pulak?

Lagi gambar Alvin dan Vivian sokong BN sila lihat di SINI

Sebab Guan Eng pilih hari Jumaat untuk bubar DUN akhirnya terbongkar!!.. Video sebagai bukti!.. Saksikan!!

Posted: 04 Apr 2013 09:42 AM PDT


Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan, beliau memilih tarikh 3 April 2013 untuk membubarkan Parlimen kerana mahu menggenapkan tempoh empat tahun pentadbirannya.

Najib menegaskan, tarikh empat tahun penting bagi sesebuah kerajaan yang memerintah kerana ia membolehkan rakyat menilai keberkesanan dasar transformasi dalam kerajaan, ekonomi, politik dan sosial yang beliau perkenalkan.

Itu adalah apa yang dilaporkan oleh Lidah Rasmi UMNO..

Najib seorang pemimpin parti perkauman Melayu yang berugama Islam memilih tarikh 3 April 2013 iaitu hari Rabu lalu untuk menggenapkan tempoh empat tahun pentadbirannya..


Pagi tadi (4 April 2013) Lim Guan Eng menghadap TYT Pulau Pinang bagi memohon pembubaran DUN Pulau Pinang, beliau mencadangkan agar esok (Jumaat) dipilih sebagai hari pembubaran dan diterima oleh TYT Pulau Pinang..

Apahal pulak Guan Eng pilih hari Jumaat yang tarikhnya ialah 5 April 2013 untuk membubarkan DUN Pulau Pinang?

"Saya pilih esok untuk membubarkan DUN Pulau Pinang kerana esok hari Jumaat, penghulu segala hari."

Tak percaya Guan Eng kata macam tu?.. Tengok video di bawah ni..


Najib pilih Rabu untuk bubar Parlimen sebab nak cukupkan tempoh empat tahun pentadbirannya... Tapi Guan Eng pulak pilih Jumaat sebab Jumaat, penghulu segala hari..

Apa pendapat anda??.. err.. macai UMNO kalau nak komen jangan mencarut ya...

Tiada ulasan: