Anak Sungai Derhaka |
- LIVE! Jelajah Merdeka Rakyat di Gerik, Perak
- Tengok nih! Pasangan Porno kempen untuk BN sambil berbogel..
- Kempen ganas Pakatan dah bermula.. Najib kena 'Tebang' di Penang?.. Jangan fitnahlah sedara...
- Apa faedahnya Anwar bertanding di Perak?
- TV3 edit kenyataan Najib yang salah sebut tarikh itu...
LIVE! Jelajah Merdeka Rakyat di Gerik, Perak Posted: 04 Apr 2013 07:58 AM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berucap di Bilik Gerakan Utama DUN Temenggor, Taman Semarak, Batu 2, Gerik dan Bilik Gerakan KEADILAN DUN Kota Tampan, Dataran 88, Jalan Baru Lenggong, antara jam 9 malam hingga 12 tengah malam. Beliau dijangka membuat pengumuman kerusi Parlimen yang bakal ditandinginya pada PRU 13. Turut berucap, empat bekas jeneral, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abd Hamid; Brig Jen (B) Datuk Abd Hadi Abd Khatab; Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid. Selain mereka ialah Dr Mohumad Nur Manuty, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, V Sivakumar, Dr Lee Boon Chye, Ustaz Termizi Abd Hamid dan Sufian Mohd Nordin.. SAKSIKAN!! Atau klik di SINI |
Tengok nih! Pasangan Porno kempen untuk BN sambil berbogel.. Posted: 04 Apr 2013 02:53 AM PDT Kenalkah anda siapakah gadis yang bergambar memegang bendera Barisan Nasional sambil berbogel di atas? Jika tidak kenal.. beliau adalah pasangan kepada Alvin Tan iaitu Vivian pelajar dari Malaysia yang menuntut di Singapura yang telah mencetuskan kontroversi dengan menyiarkan video porno mereka sendiri suatu masa lalu.. Hari ini.. Pasangan dua orang pelajar Malaysia tersebut, Alvin dan Vivian, menyatakan sokongan mereka kepada Barisan Nasional secara terbuka di Facebook (FB Page). Beberapa jam lalu mereka telah menerbitkan sebuah gambar di mana Vivian dipercayai dalam keadaan berbogel mendepakan tangan sambil memegang bendera BN. Caption yang mengiringi gambar tersebut berbunyi : "Remember to vote for BN! 记得投国阵哦! Ingat, undilah BN!" Sehingga artikel ini ditulis, gambar tersebut masih boleh diakses melalui pautan berikut : https://www.facebook.com/photo.php?f...type=1&theater Apakah ini satu taktik untuk meraih sokongan pencinta maksiat atau sekadar sokongan bintang-bintang porno kepada parti porno, itu tidak dapat dipastikan. Antara pasangan ini dan parti yang mereka sokong terdapat keserasian jika diteliti corak perilaku mereka, mengedarkan porno gred rendah secara terbuka dan tanpa malu. Apakah wujud sebarang perancangan sulit antara mereka dan UMNO/BN?.. persoalan ini dibangkitkan oleh Pahlawan Sunyi di SINI Alvin Tan pada sekitar Oktober 2012 lalu secara terbuka mengakui presiden parti komponen Barisan Nasional, MCA Chua Soi Lek sebagai idolanya. I used to look up to Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, sexually. Funny how things turned out Pelajar berumur 24 tahun dari Universiti Kebangsaan Singapura itu menulis "Saya memandang tinggi kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dari segi seksual. Kelakar bila semua perkara ini timbul". Pada 2007, rakaman peribadi Dr Chua sedang mengadakan hubungan seks dengan kekasihnya di sebuah hotel di Batu Pahat, Johor telah tersebar di khalayak ramai dan beliau mengakui bahawa beliaulah orang di dalam video tersebut. Beliau kemudian dipaksa meletak jawatan selaku menteri kesihatan pada tahun 2008 dan tidak dipilih oleh Barisan Nasional (BN) sebagai calon dalam pilihan raya tersebut. Namun menjadi presiden MCA pada tahun 2010 selepas konflik dalaman parti MCA yang berlarutan. Walaupun memenangi jawatan presiden, Dr Chua masih tidak mendapat sebarang jawatan kabinet, kerana persepsi negatif terhadap isu seksnya. Alvin Tan mencipta kontroversi selepas dia dan kekasihnya meletakkan gambar dan video mereka melakukan hubungan seks di dalam blog. |
Kempen ganas Pakatan dah bermula.. Najib kena 'Tebang' di Penang?.. Jangan fitnahlah sedara... Posted: 04 Apr 2013 12:39 AM PDT Berdasarkan gambar Billboard 1Malaysia Najib yang tumbang di atas.. seorang pemilik Blog yang menyokong UMNO telah cuba menimbulkan fitnah dengan mengatakan ianya adalah angkara penyokong Pakatan Rakyat Pulau Pinang.. Apa yang ditulisnya ialah.. Kalau tak ganas, bukan pencacai Pakatan lah namanya beb.. Buktinya, korang tengok sendiri macam mana billboard Najib disabotaj oleh puak-puak pemuja Anwar tu semalam di Jawi, Nibong Tebal.. Negara tak aman di bawah Najib??.. Aloo sedara Najib bukan Perdana Menteri Malaysia lagi lah sekarang ni sejak semalam.. Mengenai Billboard Najib yang dikatakan tumbang angkara penyokong Pakatan Rakyat itu, sebenarnya ianya telah tumbang kerana dipukul angin menurut seorang sahabat yang berada di kawasan kejadian itu.. Dan tidak ada kena mengena langsung dengan penyokong Pakatan Rakyat.. Jika gambar diatas cuba digunakan untuk menunjukkan bahawa penyokong Pakatan Rakyat adalah ganas.. gambar di bawah pula boleh digunakan untuk membuktikan bahawa penyokong UMNO/BN Pulau Pinang adalah lebih ganas lagi.. Tengok nih!! Ganas tak tindakan mereka?.. Sudahlah ditebang, dicincang pula sampai koyak rabak Billboard Pakatan Rakyat yang didirikan di Bulatan Bukit Tengah itu.. Itu aku akan tulis kalau aku nak burukkan UMNO/BN Pulau Pinang melalui fitnah... Tapi aku tak buat cerita macam tu.. aku tulis dalam Twitter aku..di SINI .. Billboard ini tumbang kerana dipukul ribut... Lagipun kalau aku sebar fitnah maka samalah aku dengan Blog-blog penyokong UMNO.. |
Apa faedahnya Anwar bertanding di Perak? Posted: 03 Apr 2013 08:59 PM PDT Pengumuman buat yang kedua kalinya oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau akan bertanding di luar kawasan Permatang Pauh menimbulkan banyak persoalan.. Antara soalan popular yang aku terima ialah "Kenapa Anwar nak bertanding di Perak?..Adakah kerana sokongan pengundi terhadapnya di Permatang Pauh semakin berkurangan oleh itu beliau melarikan diri ke Perak menyelamatkan diri?" Atau adakah kerana Jentera PKR Permatang Pauh sendiri lemah?.. Kalau nak kata jentera PKR Permatang Pauh itu lemah.. semua pilihanraya baik PRU mahupun PRK yang sudah diredah.. tak ada satu pun yang mereka kalah.. Jika itu persoalannya.. Adakah jentera PKR di Perak lebih hebat dari Jentera PKR di Permatang Pauh?.. yang ni orang Perak sendiri ada jawapannya.. Dan perkara ini digunakan oleh macai-macai UMNO untuk 'demoralize' penyokong Anwar di Permatang Pauh.. Kata mereka "Macamni pemimpin yang hangpa mau sangat?.. baru nak rasa senang sikit dah tinggai hangpa yang dah bertahun bekerja untuk bagi dia menang..?.. Hangpa ingat kalau dia jadi PM nanti dia nak kenang jasa hangpa?.. sudah-sudahlaa...." Bagi yang merupakan penyokong tegar Anwar memang ayat itu menyakitkan hati.. tapi bagi yang menyokong Ideologi Parti.. jawapannya ialah.. "Samada Anwar bersama atau tidak.. Kami akan tetap berusaha melangkah ke Putrajaya".. Ulasan oleh FATHI ARIS OMAR, Editor Kanan di Malaysiakini sedikit sebanyak memberikan jawapannya.. Selepas Lim Kit Siang menerpa masuk ke Gelang Patah dalam projek menawan Johor, kini Anwar Ibrahim pula nampak serius bertandang ke Perak. Namun atas sifatnya yang bebas dan longgar, pangkalan ini perlu tokoh besar sebagai pembangkit cas elektrostatik. Bagaimanapun pengumuman Anwar itu sikit sebanyak telah 'demoralize' beberapa Jentera PKR dalam Permatang Pauh.. Ada yang dah merajuk hingga batalkan semua program yang melibatkan Anwar esok di Permatang Pauh.. Buat masa ini aku tak mahu mengulas panjang lebar.. biarkan pihak yang sepatutnya menyelesaikan masaalah ini, menjalankan tugasnya.. Ni buat seluruh penyokong Anwar di Permatang Pauh.. Rilex laa.. kan orang kata.." General comes.. General goes.. but we soldiers still here..." Lawan Tetap Lawan!!! |
TV3 edit kenyataan Najib yang salah sebut tarikh itu... Posted: 03 Apr 2013 09:57 AM PDT Pagi ini kecoh 1Malaysia bilamana Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke enam Datuk Seri Najib Tun Razak telah tersalah menyebut tahun bagi pembubaran Parlimen. Apa yang disebut oleh Najib ialah "Pada pagi ini, saya telah pun menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenaan supaya parlimen ke-12 dibubarkan pada hari ini Rabu, 3 April 2012". Beliau menyebut tahun ini sebagai 2012 bukannya 2013 dan ada pihak yang mendakwa skrip yang dibaca oleh Najib itu telah disediakan sejak dari April 2012 lagi.. Tetapi oleh kerana terlalu banyak isu melibatkan pentadbiran beliau dan beliau sendiri yang didedahkan oleh pihak Pakatan Rakyat terutamanya PKR.. Najib terpaksa menangguhkan pembubaran hingga kesaat-saat akhir. Pengumuman pembubaran oleh Najib itu telah disiarkan oleh boleh dikatakan seluruh media elektronik, ianya telah ditonton dan didengar oleh jutaan rakyat Malaysia dan ramai individu telah merakam dan memuat naik kedalam laman YouTube.. Namun begitu ramai juga yang tidak menyedari akan kesilapan tahun yang disebut oleh Najib itu dan ramai yang mula menyedarinya bilamana perkara ini dimainkan oleh kebanyakkan Blog Pro Pakatan Rakyat. Bagaimanapun pihak TV3 yang menyiarkan rakaman tersebut masih cuba untuk menyelamatkan Najib dan dalam masa yang sama cuba memperbodohkan rakyat yang sumber maklumatnya hanyalah Utusan dan TV3 sahaja.. Untuk tujuan itu TV3 telah memotong tahun yang disebut oleh Najib ketika mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen.. Rakaman video Najib yang tersalah menyebut tahun kerana gelabah bila menyedari sukar baginya untuk mengekalkan kuasa itu sila lihat di ( SINI ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan