Anak Sungai Derhaka |
- Nak pertahan Kalimah Allah, tapi Calon BN Permatang Pauh tak tahu al-Quran buktikan Ahli Kitab yang kafir pun pakai kalimah Allah..
- Gempar! Shahrir Samad pula bercakap dengan kerusi di Johor!!
- Kepala Batas menanti masa untuk tumbang...
Posted: 29 Apr 2013 12:44 AM PDT DATUK Dr Mazlan Ismail yang bertanding atas tiket Umno di Permatang Pauh berjanji nak pertahan kalimah Allah dengan meminta orang Islam di parlimen itu menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena PRU13 ini. Itu maklum balas semasa sesi ceramah kelompok di Kampung Belah Dua semalam. 'DAP Melayu' Khairul Ishak pun ada dalam ceramah itu. Semasa berdialog, saya tanya, "Apa yang bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang (Mazlan) itu nak pertahankan?" Orang kampung kata Mazlan paksa semua kami percaya Islam haramkan bukan Islam guna kalimah Allah. Saya kata, "Mazlan sama celaru dengan Nasharuddin Mat Isa yang puak-puak Yusni Mat Piah puja atas nama ulama dulu-dulu." Saya tidak mahu mengulas apa yang telahpun disebut oleh Anwar sebelum ini. "Kalimah Allah ini digunakan sejak Nabi Muhammad belum dibangkitkan sebagai Rasul lagi. Ayah Rasulullah namanya Abdullah yang bermaksud 'Hamba Allah'," jelas Anwar. Kalau kita belek (baca: tadabbur) al-Quran, di dalamnya ada disebut mengenai kalimah Allah disebut oleh Islam dan bukan Islam dalam rumah ibadat masing-masing. وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا "Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah." (Surah Al-Hajj : 40) Dalam ayat ini, Allah SWT menyebut bahawa rumah-rumah ibadat yang menyebut kalimah Allah ini, bukan hanya digunakan di masjid-masjid sahaja, bahkan digunakan juga di rumah-rumah ibadat agama selain Islam, seperti gereja dan biara yahudi. Ia sekaligus satu pengi'tirafan daripada Allah, atas keizinan bagi bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam peribadatan mereka. Sabda Rasulullah S.A.W: لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ اللَّهُ اللَّهُ "Tidak akan berlaku kiamat, melainkan tidak ada lagi di bumi orang menyebut, Allah, Allah..." (Sahih Muslim) Dalam bahasa arab, kalimah 'assa'ah' yang diterjemah sebagai 'kiamat'. Ia juga boleh diterjemah sebagai 'kebinasaan'. Hal ini merujuk kepada hadis bahawa Nabi SAW bersabda; فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ Maksudnya; "apabila amanah dikhianati, maka tunggulah kebinasaan" Ditanya, "bagaimana amanah dikhianati?" "apabila diberikan sesuatu urusan itu kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaan" Jawab Nabi SAW ringkas tapi padat Dalam bahasa arab, kalimah 'assa'ah' yang diterjemah sebagai 'kiamat'. Ia juga boleh diterjemah sebagai 'kebinasaan'. Hal ini merujuk kepada hadis bahawa Nabi SAW bersabda; فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ Maksudnya;"apabila amanah dikhianati, maka tunggulah kebinasaan" Ditanya, "bagaimana amanah dikhianati?" "apabila diberikan sesuatu urusan itu kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaan" Jawab Nabi SAW ringkas tapi padat." Daripada ini, kita fahami bahawa kebinasaan akan berlaku, jika tiada lagi manusia yang menyebut kalimah Allah atas muka bumi. Dalam hadis ini, tidak pernah wujud satu pengkhususan bahawa keizinan menyebut kalimah Allah ini hanya khusus kepada orang islam sahaja. Justeru, dari segala dalil-dalil yang dikemukakan ini, difahami bahawa tidak ada larangan dari Islam bahawa orang bukan islam tidak dibenarkan menyebut kalimah Allah. Bahkan, yang wujudnya adalah, nas sendiri memberikan keizinan untuk disebut kalimah Allah bagi orang bukan Islam. Daripada ini, kita fahami bahawa kebinasaan akan berlaku, jika tiada lagi manusia yang menyebut kalimah Allah atas muka bumi. Dalam hadis ini, tidak pernah wujud satu pengkhususan bahawa keizinan menyebut kalimah Allah ini hanya khusus kepada orang islam sahaja. Justeru, dari segala dalil-dalil yang dikemukakan ini, difahami bahawa tidak ada larangan dari Islam bahawa orang bukan islam tidak dibenarkan menyebut kalimah Allah. Bahkan, yang wujudnya adalah, nas sendiri memberikan keizinan untuk disebut kalimah Allah bagi orang bukan Islam. ~ Faqar Mungkin di tak pernah terbaca artikel dari The Star ini.. atau dia baca tapi buat bodo saja.. |
Gempar! Shahrir Samad pula bercakap dengan kerusi di Johor!! Posted: 28 Apr 2013 09:02 PM PDT Jika semalam telah disiarkan satu laporan beserta dengan beberapa keping gambar tentang insiden yang memalukan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Perlis, ini pula satu insiden yang memalukan buat pemimpin UMNO di Johor.. Muhyiddin dalam satu lawatan kerjanya ke negeri Perlis pada 27 april 2013 lalu terpaksa bercakap kepada kerusi yang lebih banyak dari manusia dalam satu program Pemimpin Bersama Rakyat anjuran BN Perlis..lihat di ( SINI ) Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Abdul Samad pula berucap dalam satu majlis dengan dewan yang hampir kosong apabila hanya kurang 100 sahaja penduduk Cina dari Taman Century di sini yang hadir semalam. Bagaimanapun Shahrir mempersalahkan pihak penganjur kerana majlisnya yang tidak mendapat sambutan sama sekali itu... Ini laporannya yang dipetik dari The Malaysian Insider.. JOHOR BARU, 29 April — Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berucap dalam satu majlis dengan dewan yang hampir kosong apabila hanya kurang 100 sahaja penduduk Cina dari Taman Century di sini yang hadir semalam. Semakin jelas UMNO/BN ditolak rakyat.. hinggakan dikubu kuatnya sendiri rakyat sudah tidak peduli siapa yang hadir bagi membantu kempen UMNO/BN.. Adakah PRU13 ini akan menyaksikan kubu kuat yang juga negeri kelahiran UMNO menjadi kubur buatnya.. bersamalah kita jadikannya satu realiti.. Oleh itu.. UNDILAH SIAPA SAJA ASAL BUKAN CALON DARI UMNO?BN DAN JUGA BEBAS!! Buat warga Permatang Pauh.. jangan lupa malam ini... |
Kepala Batas menanti masa untuk tumbang... Posted: 28 Apr 2013 07:54 PM PDT Tertekan dengan kempen calon PAS parlimen Kepala Batas, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang semakin mendapat sambutan penduduk parlimen itu, papan tanda besar yang dipasang di persimpangan Lebuhraya PLUS di Bertam menjadi mangsa! Menurut pengirim gambar tersebut, kejadian ini dikesan semalam apabila petugas kempen melalui kawasan berkenaan dan terkejut apabila melihat papan tanda tersebut sudah diconteng dengan perkataan yang biasa Umno lakukan, BABI. Apa yang peliknya, papan tanda besar memaparkan calon Barisan Nasional (BN) parlimen itu, Reezal Marican Naina Marican dan calon DUN Pinang Tunggal, Roslan Saidin yang dipacak bersebelahan dengan papan tanda milik calon PAS itu tidak pula dirosakkan dan tiada tanda-tanda sabotaj berlaku. Beberapa penduduk yang kesal dengan kejadian tersebut melaporkan perkara itu kepada petugas kempen Afnan dan meminta supaya laporan polis dibuat bagi meminta pihak berkuasa menyiasat siapakah dalang yang mensabotaj papan tanda yang sudah diletakkan sejak penamaan calon 20 April lalu. Jika dilihat kepada kedudukan papan tanda berkenaan, jelas BN sememangnya marah dengan papan tanda calon PAS itu kerana ia diletakkan betul-betul di tengah-tengah antara simpang tiga laluan masuk ke lebuhraya sedangkan papan tanda calon BN kelihatan tersudut dan condong ke kiri. Inilah punca mengapa papan tanda calon PAS berkenaan diconteng dengan perkataan tersebut dipercayai oleh penyokong Umno yang sudah tertekan dengan sambutan yang diberikan kepada Afnan walaupun baru kali pertama bertanding di parlimen itu. BEKAS ahli parlimen Kepala Batas yang juga BEKAS perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi pastinya akan merasa malu besar kerana sepanjang dia menjadi wakil rakyat di parlimen berkenaan sejak 1978 hinggalah digugurkan dalam pilihan raya kali ini, belum pernah terjadi insiden sabotaj yang memalukan Umno dilakukan kerana penduduk Kepala Batas menghormati antara satu sama lain. Tetapi sejak Reezal disahkan bertanding dan memulakan kempen, bermacam-macam perkara yang tidak sepatutnya dilakukan sudah pun terjadi. Tidak pula dapat dipastikan apakah perbuatan tidak bertamadun ini dilakukan penyokong Umno sendiri kerana sebelum nama Reezal diletakkan, beberapa siri boikot sudah dizahirkan oleh mereka kerana Reezal bukanlah anak tempatan tetapi sebaliknya dia merupakan calon payung terjun menggantikan Abdullah. Kain rentang yang digantung di kawasan Kampung Pinang Tunggal beberapa hari sebelum penamaan calon 20 April lalu membuktikan pemimpin Umno bahagian jelas tidak bersetuju dengan pencalonan Reezal yang disokong presiden Umno, Najib Razak. Lagipun Reezal bukanlah Melayu tulen sebaliknya berketurunan mamak seperti yang dikatakan penyokong Umno sendiri dan kebetulan BEKAS ahli parlimen Tasek Gelugor yang bersebelahan dengan Kepala Batas juga seorang mamak! Persoalannya mengapa baru sekarang ahli Umno mempersoalkan darah dan keturunan calon pilihan presiden mereka sendiri sedangkan Nor Mohamed Yakcop menyandang kerusi tersebut selama dua penggal berturut-turut? Pak Lah yang terang-terang menolak dicalonkan semula kali ini membuatkan Najib mati kutu untuk mencari penggantinya yang setaraf atau paling tidak boleh diterima oleh penduduk setempat. Tetapi dengan hadirnya Reezal membuatkan jentera Umno kini berada dalam keadaan defensif dan tidak bermaya hingga sanggup mensabotaj papan tanda parti lawan. Apakah ini kesan dari penerapan konsep Islam Hadhari yang dilaungkan Pak Lah sendiri semasa menjadi perdana menteri? Hanya orang Kepala Batas tahu jawapannya selepas 5 Mei nanti ~ Jalan Pulang Jangan lupa malam ini di Permatang Pauh |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan