Ahad, 28 April 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


1,000 Ahli PKR Permatang Pauh keluar PKR?.. Dei Samy!!.. dah berapa kali lu keluar PKR ha?

Posted: 28 Apr 2013 04:20 AM PDT


Sebagaimana khabar angin yang tersebar semalam di Permatang Pauh, hari ini ianya menjadi kenyataan di mana telah dilaporkan kira-kira 1,000 Ahli PKR Permatang Pauh keluar PKR..

Sebuah Blog Pro UMNO yang dikendalikan oleh Encik Pisau Suka Hiris melaporkan..

Sekarang di Safira Club Seberang Jaya,Permatang Pauh berlangsung program keluar parti oleh seribu ahli PKR India. Program anjuran Ponnusamy pembantu khas Anwar Ibrahim ,katanya Anwar terlalu banyak berbohong kepada masyarakat India.

Berasa tertipu atas perjuangan palsu yang sering dilaungkan oleh PKR dan Anwar ,masyarakat India kini sedar hanya BN sahaja yang mampu untuk membela kaum India.

Ini adalah kesan daripada dasar 1Malaysia yang baik dan membuktikan dapat diterima oleh kesemua masyarakat berbilang kaum.Permatang Pauh sekarang ini bagai dilanda satu fenomena baru apabila melihat perubahan dan kebangkitan rakyat yang sudah jelik dengan retorik politik gampangan pakatan.

Perkembangan seperti ini turut dapat dilihat dikalangan penyokong PAS yang sudah berkerat rotan tidak akan sesekali bersekongkol dengan Anwar dan ada dikalangan mereka turut sama bergotong royong menaikkan bendera BN di sekitar Permatang Pauh.

Turut serta didalam program ini adalah Calon Parlimen Permatang Pauh Dr Mazlan dan juga calon DUN Seberang Jaya Datuk Nasir.

N Ponnusamy ialah lelaki berbaju biru muda dalam gambar diatas

Ok.. ini jawapan dari Pengarah Komunikasi PKR Cabang Permatang Pauh mengenai perkara ini..

Perlu diketahui bahawa hanya seorang sahaja Pembantu Khas yang Datuk Seri Anwar Ibrahim ada, beliau adalah Saudara Zainol Abidin Bin Saad bukannya N Ponnusamy.

Jawatan bagi Pembantu Khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi Kaum India adalah satu jawatan yang tidak rasmi dan ianya adalah jawatan yang dilantik oleh Ponnusamy untuk dirinya sendiri.

Dan jawatan ini langsung tidak wujud dalam Carta Organisasi PKR, baik Permatang Pauh mahupun PKR Pusat oleh itu ianya bukanlah satu jawatan yang sah.

Selain itu.. Ini adalah kali ketiga Ponnusamy mengistiharkan dirinya keluar PKR, kali yang pertamanya ialah ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pauh sedang berlangsung.

Beliau dan beberapa orang kawan-kawannya telah mengumumkan keluar dari PKR kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Anwar Ibrahim kononnya...

Kali kedua, beberapa bula yang lalu.. kali ini beliau telah mengumumkan beliau berserta 200 orang Ahli PKR Permatang Pauh keluar PKR dan menyertai DAP kerana kecewa dengan sikap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang ketika itu Datuk Mansor Othman..

Menurutnya beliau kecewa kerana Datuk Mansor langsung tidak memperdulikan akan nasib masyarakat India kononnya, oleh itu beliau mengumumkan keluar PKR..

Kali yang ketiga ialah hari ini 28 April 2013 sempena PRU13 pula.. dalam satu program di Safira Club Seberang Jaya, Permatang Pauh.

Beliau mengumumkan keluar PKR sekali lagi hari ini bersama-sama 1,000 ahli PKR berbangsa India, sebab beliau keluar kali ini menurutnya ialah kerana Anwar terlalu banyak berbohong kepada masyarakat India.

1,000 Ahli PKR berbangsa India juga tidak ujud dalam senarai Ahli PKR Permatang Pauh, kerana jumlah Ahli PKR berbangsa India yang ada hanyalah sekitar 500 orang sahaja...

Setiap kali beliau mengumumkan dirinya keluar PKR, N Ponnusamy tidak pernah diterima kembali bagi menyertai PKR.. oleh itu kejadian yang berlaku hari ini adalah satu pembohongan semata-mata...

Atau dalam lain ayat.. skrip lama dikitar semula...


Gempar!! Muhyiddin bercakap dengan kerusi di Perlis..

Posted: 28 Apr 2013 02:36 AM PDT


Biarpun yang hadir dalam majlis Barisan Nasional ini adalah Timbalan Presiden UMNO sendiri, tanpa kerahan kehadiran kakitangan awam dan juga pelajar.. Muhyiddin terpaksa bercakap dengan kerusi..

Muhyiddin Yassin dilaporkan tiba di sini pada 27 april 2013 untuk lawatan kerja sehari ke Perlis sebelum ini dilaporkan terus ke Dewan 2020, untuk merasmikan penutupan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2013, program anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Muhyiddin yang diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Ketibaan beliau disambut Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Peristiwa ini telah dirakamkan ketika Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), menghadiri salah satu dari dua program Pemimpin Bersama Rakyat iaitu di Bukit Keteri dan Simpang Empat, Perlis untuk mendapatkan sokongan rakyat kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-13.


Kesian dia... ha..ha..ha..

Sumber gambar dari SINI

Ribuan di Program Mahathir di Putrajaya.. tapi puluhan ribu pula bersama Ustaz Azhar .. gambar sebagai bukti..

Posted: 27 Apr 2013 09:05 PM PDT

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa datang untuk Ceramah Perdana Pertahankan Putrajaya selepas puluhan ribu menyertai ceramah Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Presint 3 malam tadi. 

Acara beliau di Presint 3 juga disambut meriah, ini gambar-gambar dari program Mahathir bersama calon BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tanpa menengahkan sebarang bukti, macai-macai UMNO mendakwa bahawa ribuan yang hadir dalam program Tun Mahathir ini adalah pengundi sebenar di Putrajaya.

Menurut mereka Putrajaya akan kekal dalam penguasaan UMNO/BN kerana ribuan yang hadir dalam program ini membuktikan penduduk di Putrajaya majoritinya tetap kekal menyokong Barisan Nasional.


Tapi apakah ia setanding apa yang dicapai oleh calon PAS Datuk Husam Musa bersama Ustaz Azhar Idrus yang juga diadakan pada hari dan masa yang sama di Presint 19?


Di dalam kuliahnya, Ustaz Azhar Idrus menyatakan harapannya untuk melihat sebuah kerajaan baru yang telus, lebih baik dan beramanah selepas 5 Mei nanti.

Menjawab soalan parti mana yang perlu diundi, berikut ialah jawapan Ustaz Azhar Idrus.

"Kita jawab mudah. Kita duduk di atas padang. Pangkahlah di atas kepala tuan-tuan sendiri. Faham tak? Benda? Tu atas tu (Tangan Ustaz Azhar menghala ke bulan di atas langit). Atas langit tu, jangan pangkah dahi. Nampak tak?"

Hadirin jawab "nampak" sambil tergelak.

Ustaz Azhar menyambung jawapannya. "Buat apa nak pangkah dia? Kerana dia bulan? Bukan. Kerana dia lawa putih gitu? Bukan. Kerana dia ada hijau di keliling? Tidak. Faham tak, tak kira apa warna pun, jikalau tulah yang nak kepada kebenaran, nak menegakkan manfaat yang boleh dikongsi bersama, nak menjatuhkan kebathilan, buat marilah logo apapun, kita akan sokong. Dulu, kini dan selamanya.

"Kebetulan inilah logo yang telah dipersetujui oleh ulamak-ulamak kita, tok-tok guru kita, ustaz-ustaz kita yang berjumlah ribuan di dalam Malaysia, maka kita bersetuju dengan logo ini di peti undi nanti. Bukan kerana logo tapi kerana partinya sudah menetapkan untuk menegakkan kebenaran," tegas beliau.


Di majlis itu juga, pelakon popular Mustapha Kamal turut hadir bersama dengan lebih 100 rakannya ke Putrajaya menyatakan sokongan secara terbuka kepada calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa.

Tiada ulasan: