Khamis, 25 April 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pemilik Blog Pro- UMNO Dr. MiM kemalangan di Slim River..

Posted: 25 Apr 2013 01:57 AM PDT


Pemilik atau pengendali Blog Dr. MiM, Dr. Novandri Hasan Basri dan seorang rakannya, Azlan Alidi laporkan telah mengalami kemalangan awal pagi tadi.

Dr. Novandri Hasan Basri, 45, yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Bukit Gelugor dan Azlan Ali, 36, mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Slim River.

Selain dari menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda, Dr. Novandri juga dikatakan mengetuai Unit Media Baru bagi Pulau Pinang.

Pemilik Blog Minda Intelek Melayu (MiM) sebelum ini telah disaman oleh Khalid Samad Musa kerana fitnah.

Dr Novandri melalui blognya, novandri.blogspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan berbentuk fitnah dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.

Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya serta memohon maaf.

Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.

Selain itu beliau juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.

Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang 7 Januari 2013 yang lalu.. laporan sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Kemalangan yang melibatkan beliau telah dilaporkan oleh Utusan.

Bagaimanapun ramai pemilik-pemilik Blog pro UMNO mempertikaikan laporan dari Utusan itu yang langsung tidak menyebut kemungkinan kereta yang dinaiki Dr. Novandri telah disabotaj.

Ini kerana dikhabarkan tayar hadapan kereta yang dinaiki mereka kedua-duanya tercabut sebelum kemalangan berlaku dan menyebabkan kereta itu terbalik..


Hmm.. mungkin Utusan sendiri sudah tidak percaya cerita-cerita yang disebarkan oleh Blog-blog pro UMNO itu.. sebabnya kebanyakkannya berpaksikan kepada bohong dan fitnah.. oleh itu ianya hanya melaporkan akan kemalangan tersebut sahaja..

Khianat atau tidak.. kita serahkan kepada pihak yang berkuasa untuk menyiasat..


Bagaimanapun.. sebagai saudara sesama Islam.. bersamalah kita doakan agar beliau kembali sembuh seperti sedia kala hendakNya... Aminnnn...

Bekas Duta AS dakwa Pakatan Rakyat mampu buat kejutan.

Posted: 25 Apr 2013 12:51 AM PDT


Bekas Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, John R Malott (gambar, dua dari kiri) mengakui pilihanraya umum ke-13 kali ini sebagai 'sangat sengit' dan terlalu terbuka.

Malott yang merupakan duta besar AS dari tahun 1995 hingga 1998, ketika bekas timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim dipecat dari Umno dan kerajaan memberitahu bahawa Pakatan Rakyat yang diketuai Anwar lebih bersedia menghadapi pilihanraya berbanding lima tahun lalu.

Bercakap dalam satu majlis percambahan minda anjuran Kelab Wartawan Kebangsaan AS di Washington semalam, Malott memberitahu bahawa walaupun BN menang sekalipun ia tidak dapat tidak akan terus ditekan dari seluruh penjuru kerana terus mengamalkan politik rimba tanpa memberi kebebasan kepada media, ekonomi bebas dan masa depan negara di rantau Asia Tenggara ini.

Sambil mengakui Anwar merupakan calon paling tepat untuk menggantikan bekas perdana menteri, Malott menyatakan sekiranya Pakatan Rakyat menang dan berkuasa, AS pasti akan mengiktiraf kerajaan baru kerana negara Malaysia merupakan rakan dagang penting negara Uncle Sam itu di sebelah Asia.

Bagi mengimbangi China dan Korea Selatan dari segi ekonomi, Malott turut mengingatkan bahawa jika BN tidak berubah selepas pilihanraya umum 5 Mei nanti, pelabur asing terutama AS akan terus menjauhi Malaysia dan meneroka peluang di negara lain seperti Vietnam, Myanmar dan Kemboja.

Sama ada Najib menang atau kalah, katanya, BN sudah pasti akan menerima pemimpin baru dengan nama Muhyiddin Yassin diletakkan sebagai calon pertama.

Malott kini merupakan penulis khas bagi ruangan Malaysia untuk akhbar The Wall Street Journal, East-West Center selain menjadi tetamu khas di ruangan kolum di portal berita berpengaruh, Malaysiakini.

BN katanya menghadapi Pakatan Rakyat dalam keadaan paling tersusun sejak menang lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan pada 2008 selain menafikan majoriti keramat dua pertiga di parlimen, petanda tidak baik untuk BN kekal berkuasa.

Beliau turut memetik kajian yang dilakukan Dr Bridget Welsh dari Singapore Management University (SMU) kelmarin mengenai betapa pentadbiran Najib telah menghabiskan sejumlah USD19 bilion (RM58 bilion) hanya semata-mata untuk tujuan berkempen sejak pengenalan program 1Malaysia dilancarkan tiga tahun lalu.

Nilai tersebut adalah kira-kira 20 peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara selama setahun, jelas Malott kepada 130 peserta majlis eksklusif untuk pelabur dan kaum pemodal negara itu.

Pendedahan Malott tersebut mengejutkan peserta yang hadir dan ramai mempersoalkan tindakan Najib yang terus berbelanja di sebalik hutang luar yang sudah mencecah RM502 bilion (USD198 bilion) hanya dalam tempoh empat tahun saja selepas mengangkat sumpah jawatan pada 3 April 2009.

Tambahnya lagi, Anwar dan Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah untuk menggantikan BN dengan syarat tidak melakukan kesilapan dan fokus dengan semangat perubahan yang ditunjukkan rakyat termasuk pengenalan dasar utama seperti penurunan harga minyak dan pemberian pendidikan percuma.

Ramalannya, pakatan mana yang akan membentuk kerajaan persekutuan hanya akan menang dengan majoriti tipis, sama ada BN atau Pakatan Rakyat kerana persiangan sengit berlaku di semua kerusi parlimen di seluruh negara.


~ Jalan Pulang

Samseng UMNO tumbuk wartawan China Press di Pulau Pinang

Posted: 24 Apr 2013 08:52 PM PDT


Seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina ditumbuk di telinga ketika satu pergelutan tercetus antara sekumpulan lelaki yang memakai baju-T 1Malaysia dengan penyokong DAP di Pulau Pinang malam tadi.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 malam apabila kira-kira 50 lelaki bermotosikal dengan memakai baju-T biru 1Malaysia didakwa cuba mengganggu ceramah yang diadakan oleh DAP di pusat gerakan PAS di Bukit Gelugor malam tadi.

Kumpulan lelaki tersebut dilihat membawa bendera BN apabila mereka tiba di tempat tersebut.

Mereka mula mengeboo dengan kuat orang ramai yang hadir dan cuba memasuki kawasan ceramah itu tetapi dihalang oleh penyokong DAP.


Perbalahan kecil berlaku antara mereka dan ketika itu berlaku, jurugambar Sin Kam Weng dari akhbar China Press ditumbuk di telinganya.

Sin, 24, kemudiannya membuat laporan di balai polis berhampiran Jelutong pada jam 10.41 malam. Dia ditemani ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Prem Anand Kumar.

Dalam laporan polisnya, Sin berkata apabila pergelutan berlaku, dia cuba untuk mengambil gambar tetapi telah ditumbuk di telinga kanan.

Menurutnya, lelaki yang menumbuknya itu memberi amaran kepadanya supaya jangan mengambil sebarang gambar.


Sim berkata, dia memberitahu lelaki itu bahawa dia hanya mahu mengambil gambar apa yang berlaku, dan lelaki itu kemudiannya meninggalkan kawasan ceramah itu.

Ketika dihubungi, penyandang kerusi DUN Seri Delima, RSN Rayer yang merupakan salah seorang penceramah di situ malam tadi, mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku.

"Kami terpaksa membatalkan ceramah itu atas sebab-sebab keselamatan," katanya sambil menambah bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh turut dijadualkan berucap tetapi ianya dibatalkan.

Kekecohan itu berlaku ketika ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo sedang berucap.

Itu apa yang Malaysiakini laporkan di ( SINI ).. berikut pula ialah apa yang Utusan laporkan..

Gara-gara benarkan Husam beri tazkirah.. Habis semua AJK Surau Abdul Rahman Auf dipecat..

Posted: 24 Apr 2013 10:40 AM PDT


Dato Paduka Hj Husam Bin Musa menulis... pada 20hb. April, 2013 saya telah menunaikan solat Isyak' di Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11.

Selepas selesai tunai solat, saya telah mengambil sedikit masa berta'ruf dengan hadirin didalam surau tersebut.

Hari ini saya diberitahu bahawa Pengerusi dan Bendahari Surau tersebut telah dipanggil mengadap Ketua Pengarah JAWI di Pejabatnya pagi tadi.

Dan seterusnya saya diberitahu bahawa SEMUA AJK Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11 telah DIBERHENTIKAN SERTA-MERTA kerana membiarkan saya berta'ruf dengan makmum Surau tersebut.

Saya mohon pada semua Sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, Penduduk2 Putrajaya dan Seluruh Rakyat Negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya Politik Sempit begini ditamatkan pada 5hb. Mei, 2013.


Sementara itu BN Putrajaya yang kelihatan semakin terdesak telah dilaporkan melatih remaja-remaja untuk menjalankan kerja-kerja sabotaj terhadap Husam di Putrajaya..

Sila baca laporannya di ( SINI )

Tiada ulasan: