Rabu, 17 April 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib bertambah pening.. MCA boikot kempen BN..

Posted: 17 Apr 2013 01:23 AM PDT


MCA Wangsa Maju bersama kira-kira 120 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wangsa Maju memutuskan memboikot Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berikutan Datuk Yew Teong Look tidak dicalonkan di kerusi Parlimen Wangsa Maju.

Perkara tersebut disuarakan selepas mesyuarat tergempar bersama MCA dan wakil-wakil NGO Wangsa Maju setelah mengetahui Teong Look tidak dicalonkan, semalam.

Ketua Bilik Gerakan Pilihan Raya MCA, Lim Choong Hong berkata, 120 NGO seluruh Wangsa Maju telah sepakat bersama MCA akan memboikot pilihan raya kali ini.

Menurutnya, suara rakyat di akar umbi di Wangsa Maju langsung tidak didengar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah NGO menghantar memorandum kepada Najib supaya Teong Look dicalonkan.

"Malah MCA akan mengadakan bantahan bersiri kepada pucuk pimpinan MCA bagi mengutuk tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang tidak mempertahankan kerusi Wangsa Maju.

"Saya percaya undi masyarakat Cina di Wangsa Maju akan beralih kepada parti pembangkang dan BN akan kalah teruk PRU13 sebagai tanda protes kepada keputusan ini," katanya.

Sementara itu, Teong Look berkata, beliau telah bekerja keras untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN dan tidak henti-henti berkhidmat menjaga kebajikan rakyat hampir lima tahun.

"Saya telah membelanjakan RM2.5 juta tanpa bantuan parti komponen yang lain untuk penduduk di Wangsa Maju tetapi kerja keras tidak dinilai oleh pucuk pimpinan BN.

"Saya mengambil keputusan untuk berehat dan apa-apa keputusan dari MCA serta NGO bagi memboikot pilihan raya bukanlah dalam kawalannya sekarang," katanya.

Namun begitu, beliau tetap akur dengan keputusan pemilihan calon yang dibuat pucuk pimpinan BN.

~ Sinar Harian

Video Pemberontakan Pemimpin-pemimpin UMNO Tasek Gelugor kini tersebar!! Saksikan!!

Posted: 16 Apr 2013 10:00 PM PDT


Merasakan dirinya telah diperbodohkan dan dipermainkan oleh teman-teman seperjuangannya sendiri dalam UMNO, Mantan Ahli Parlimen Tasek Gelugor telah mengistiharkan dirinya akan menjadi calon mesra Pakatan Rakyat untuk kerusi ini..

Beliau yang juga mantan timbalan menteri Pertanian dan Asas Tani pertama kali bertanding di Tasek Gelugor pada 1999 apabila beliau menang dengan majoriti 4,236 undi.

Pada 2004, beliau mengalahkan calon PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dengan majoriti 10,183 undi.

Akan tetapi beliau memberikan kerusi tersebut kepada menteri kewangan kedua pada ketika itu Nor Mohamed yang berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan 4,547 majoriti undi, mengalahkan Ismail Salleh dari PAS.

Kerusi tersebut telah diserahkan kepada Nor Mohamed setelah Nor Mohamed merayu kepadanya agar diberikan peluang untuk bertanding di situ,..

Dan dalam perjanjian lisan antara mereka yang disaksikan puluhan penyokong mereka ketika itu Nor Mohamed telah menjanjikan akan berusaha untuk mengembalikan kerusi tersebut kepada Shariff Omar pada PRU13 ini.

Malangnya.. janji tinggal janji... segalanya tidak ditepati..

Saksikan apa lagi luahannya dan siapa lagiyang dipersalahkannya dalam video-video ini... video yang ketiga paling menarik.. SAKSIKAN!!!







Buat macai-macai diluar sana.. Allah mengurniakan manusia otak.. tetapi Allah juga mengurniakan otak kepada lembu..

Yang membezakan antara manusia dan lembu adalah akal.. jadi gunakanlah akal kurniaan Allah itu sebaik mungkin..

Fikirkanlah.. apakah UMNO kini sama dengan UMNO yang ujud ketika diawal kemerdekaan?

Perlukah UMNO disokong lagi.. sedangkan pemipin yang dekat dengan rakyat, yang berkhidmat sebaik mungkin untuk rakyat diperlakukan begini?

Laporan sebelum ini sila baca di SINI

PANAS!! Pemberontakan tercetus di Tasek Gelugor: Pemimpin - pemimpin UMNO umum bertanding Bebas..

Posted: 16 Apr 2013 06:57 PM PDT


Bekas ahli parlimen Tasik Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar mengumumkan malam tadi beliau akan bertanding di kerusi tersebut walaupun Barisan Nasional (BN) telah memilih calon lain untuk pilihan raya 5 Mei.

Shariff telah menjangkakan untuk mendapat kerusi tersebut selepas Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bersetuju untuk tidak bertanding walaupun menang di situ pada Pilihan Raya 2008.

Ia merupakan salah satu daripada dua kerusi parlimen dimenangi oleh BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum tersebut.

Bekas timbalan menteri yang mempunyai ramai penyokong di Tasek Gelugor itu mengkritik kepimpinan BN kerana memilih calon yang tidak dimahukan oleh penduduk setempat.


"Saya akan menjadi calon mesra Pakatan Rakyat untuk kerusi ini," kata lelaki berusia 65 tahun itu kepada pemberita selepas perhimpunan spontan lebih 2,000 penyokong di luar rumahnya di sini.

"Saya boleh jadi calon bebas, atau di bawah tiket DAP, saya boleh bertanding di bawah PKR dan PAS kerana semua pemimpin mereka adalah kawan saya," tambah beliau beberapa jam selepas BN mengumumkan Shahbudin Yahya akan bertanding di kerusi Tasek Gelugor.

Shariff menjangkakan mungkin berlaku perlawanan beberapa penjuru di kerusi Tasek Gelugor dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan tersebut.


Bekas ADUN Sungai Dua Datuk Jasmin Mohamed yang digugurkan berkemungkinan akan mempertahankan kerusi tersebut sebagai calon bebas oleh kerana BN telah mengemukakan calon baru Muhamad Yusoff Mohd Noor untuk mempertahankan kerusi DUN tersebut.

Apabila ditanya apakah beliau bersedia untuk berhadapan dengan kemungkinan dibuang parti oleh kerana bertanding sebagai calon bebas, Shariff mengatakan pimpinan parti boleh melakukannya pada bila-bila masa.

"Jika mereka mahu membuang saya, lakukan sekarang dan jangan hanya mengugut kami," katanya.


Shariff bertegas beliau akan bertanding sebagai calon "tidak kira apa terjadi" sebelum memberi amaran BN akan kehilangan Tasek Gelugor yang merupakan kubu kuat gabungan tersebut.

"Jika mereka tidak berhati-hati, mereka tidak harus menjangkakan Tasek Gelugor sebagai kerusi selamat kerana risiko besar mereka telah ambil di sini," katanya.

Bekas timbalan menteri Pertanian dan Asas Tani pertama kali bertanding di Tasek Gelugor pada 1999 apabila beliau menang dengan majoriti 4,236 undi.

Pada 2004, beliau mengalahkan calon PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dengan majoriti 10,183 undi.

Akan tetapi beliau memberikan kerusi tersebut kepada menteri kewangan kedua pada ketika itu Nor Mohamed yang berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan 4,547 majoriti undi, mengalahkan Ismail Salleh dari PAS.


Seorang lagi pemimpin BN, A. Mohan memberitahu sidang akhbar sebelum ini mengenai niatnya untuk bertanding di kerusi parlimen Batu Kawan dan meletakkan jawatan daripada Gerakan.


"BN tidak mengambil kira pengorbanan yang saya lakukan sepanjang empat tahun untuk berkhidmat kepada rakyat akan tetapi parti dengan jelas tidak menghargai kerja keras saya," kata koordinator BN Batu Kawan itu.

Dengan kecewa, Mohan mengatakan beliau telah membuat keputusan untuk keluar parti akan tetapi tidak mempunyai niat untuk menyertai parti lain buat masa ini.

"Saya yakin kita (BN) boleh kembali menang di kerusi Batu Kawan jika diberikan peluang akan tetapi sekarang mereka meletakkan calon muka baru di kawasan ini, yang mungkin tidak akan menang," katanya ~ The Malaysian Insider

Punca sebenar Datuk Seri Mohd Shariff kecewa dengan Barisan Nasional ialah beliau merasakan dirinya telah ditipu dan dipermainkan oleh pihak UMNO/BN sendiri..

Dimana beliau sebelum PRU12 telah dipujuk untuk memberikan laluan hanya untuk satu penggal kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Bagaimanapun janji itu tidak ditepati oleh Najib.. dan satu muka baru pula diperkenalkan sebagai calon kawasan tersebut bagi menggantikan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam PRU13 ini..

Moral of the story disini ialah.. Jikapemimpin UMNO sendiri yang punya pengaruh, punya ramai penyokong, pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri boleh ditipu begitu sahaja oleh pemimpin UMNO yang lain... macai-macai UMNO sudah tentu lebih mudah ditipu..

Tiada langsung semangat setiakawan sesama rakan perjuangan mereka... oleh itu macai-macai diluar sana.. fikir-fikirkan..

Adakah anda akan kekal dihargai atau dihargai apabila diperlukan sahaja..


Sila liaht Video mengenai pemberontakan ini di ( SINI )

Ibrahim Ali kata dia layak jadi PM.. kenapa Najib tak calonkan dia?

Posted: 16 Apr 2013 10:11 AM PDT


Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali kecewa kerana tidak diberikan laluan oleh untuk bertanding atas tiket BN bagi mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008.

Justeru, beliau akan tetap mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas dalam pilihan raya umum pada 5 Mei ini, lapor Astro Awani.

Ibrahim berkata, beliau kecewa kerana kerana tidak diberikan alasan sedangkan naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin dicalonkan oleh BN di Parlimen Shah Alam.

"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya.

"Tapi saya ingin nyatakan di sini walaupun saya bertanding di Pasir Mas bukan bererti saya menentang BN. Saya kira hal Pasir Mas ini kes terpencil," beliau dipetik sebagai berkata kepada portal berita itu.

Ibrahim dilaporkan berkata demikian kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan disambut oleh kira-kira 300 penyokongnya.

Tak dendam pada BN 

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Zulkifli sebagai "calon rakan BN" untuk bertanding melawan penyandang kerusi itu dari PAS Khalid Samad.

Bagaimanapun, di Pasir PAS, Ibrahim yang disebut-sebut bertanding atas tiket BN tidak mendapat peluang itu apabila ia diberikan kepada BN sebaliknya meletakkan Timbalan Ketua Bahagian Umno kawasan itu Che Johan Che Pa.

Sementara itu, Ibrahim menjelaskan, beliau tidak berdendam dengan BN atau Umno apabila memutuskan mahu bertanding sebagai calon bebas.

Beliau malah menasihati semua anggota PERKASA supaya menyokong calon yang dikemukakan oleh BN di kerusi-kerusi lain.

Katanya, keputusan beliau itu dibuat atas permintaan penduduk Pasir Mas dan masih ada banyak agenda yang mahu diperjuangkannya, khususnya yang menyentuh hal ehwal orang Melayu dan agama Islam.

Dalam masa yang sama, Ibrahim berterima kasih kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak kerana memilih Zulkifli bertanding menggunakan tiket BN ~ Malaysiakini


Baca juga pemberontakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO Tasek Gelugor bilamana mengetahui nama mereka tidak dicalonkan semula oleh Najib di ( SINI )

Tiada ulasan: