Anak Sungai Derhaka |
- Wah! Tengok nih!.. Ramainya kutuk macai UMNO kerana sebar video lucah..
- Khairy Kutuk Macai-macai UMNO yang sebar video lucah..
- Macai UMNO Kantoi lagi!! Mustafa nafi letak jawatan SUA PAS..
Wah! Tengok nih!.. Ramainya kutuk macai UMNO kerana sebar video lucah.. Posted: 13 Apr 2013 02:52 AM PDT Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin di dalam satu tweetnya mengecam pihak tertentu yang menjadikan kelucahan sebagai senjata politik dan menganggap bahawa negara akan musnah jika pihak berkenaan menguasai kepimpinan negara. Kenyataan beliau itu dipercayai merujuk kepada isu penyebaran video seks lucah yang mengaitkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, yang dimainkan oleh pihak blogger pro-UMNO melalui laman sosial dan blog-blog sejak beberapa hari ini. Sementara itu harakahdaily melaporkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan Islam membantah politik kotor yang cuba membunuh lawan dengan cara terkutuk. Tindakan ini disifatkan dibuat tanpa mengambil kira sama ada budaya itu akan terkesan atau tidak terhadap generasi hari ini dan akan datang. Demokrasi sihat bertunjangkan perkhidmatan kepada rakyat dan hujah tidak menjadi agenda utama dalam mengembangkan persaingan sihat dalam arena pilihan raya. "Sepatutnya, budaya persaingan ini perlu lebih menjurus kepada hujah, penerangan dan bukannya budaya fitnah, apatah lagi lucah biarpun dalam keadaan sengit sekalipun," tegas Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh, kepada Harakahdaily, hari ini. Biarpun budaya ini sudah dijangka, kata beliau sewajarnya perlu dihentikan oleh mana-mana pihak, tidak kira dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Tambah beliau, bukan sahaja pemimpin parti, malah para pendokong, ahli-ahli parti, termasuk unit perang saraf tidak menggunakan taktik kotor ini dalam usaha memenangi hati pengundi. "Biarlah kempen atau strategi digerakkan mengikut lunas-lunas syarak yang lebih memikat hati pengundi tentang betapa tinggi dan mulianya nilai-nilai yang perlu diusahakan," kata beliau lagi. Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Shaa'ani Abdullah, berkata budaya lucah ini hanya menunjukkan pihak yang menyebarkannya sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab, malah amat tidak beretika. Menyatakan pendapatnya atas kapasiti peribadi beliau sendiri, Shaa'ani berkata semua pihak tidak wajar menjadikan isu seumpama itu sebagai alat untuk menjatuhkan seseorang atau parti tertentu. Sambil menggesa ia dihentikan segera, Shaa'ani berpandangan rakyat patut melihat individu yang menyebarkan sebarang bahan lucah itu sebagai tidak bertanggungjawab. "Siapa yang seharusnya menjadi wakil kita? Mereka yang berkempen dengan cara begini, pada pemikiran anda bolehkah menjamin dan melindungi hak anda apabila mereka menang nanti? "Mereka yang akan duduk di atas (pemerintahan negara) perlu menunjukkan contoh terbaik, bukannya membiarkan budaya seperti ini terus menular dalam masyarakat ini," tegas beliau. Sementara itu, Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Prof Madya Dr Abdul Halim El Muhammady menegaskan, amalan politik di negara kita seharusnya lebih matang memandangkan sudah 55 tahun negara kita merdeka. "Sepatutnya amalan politik kita lebih matang dari segi nilai kemanusiaan. Kematangan itu bukan sahaja dilihat dari segi kemajuan kebendaan tetapi sepatutnya juga dari segi nilai-nilai kemanusiaan untuk mengimbangi kemajuan yang kita capai. "Tapi apa yang kita lihat nilai kemanusiaan dan adab semakin luntur, kekuatan jati diri, karektor Melayu Muslim semakin terhakis. "Mana-mana ahli politik tak bermoral dalam apa jua konteks kita perlu tolak daripada dijadikan pemegang amanah," katanya. Pengerusi Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan, Dr Fauzi Zakaria pula mengingatkan pengamal media agar lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan sesuatu perkara dan mengambil tanggungjawab memastikan kesahihan berita yang disebarkan itu. "Saya menyeru masyarakat terutamanya akhir-akhir ini menjelang pilihan raya umum kita sama-sama membentuk masyarakat madani terutama kepada para pengamal media. "Pengamal media peranannya lebih besar untuk membentuk masyarakat madani iaitu masyarakat yang dikehendaki oleh Allah," katanya. Nada yang sama turut disuarakan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan (gambar) yang mahu media lebih bertanggungjawab mengemukakan bukti bagi setiap perkara yang disebarkan. "Media yang bertanggungjawab menentukan kesahihan apabila menyebarkan sesuatu perkara juga tanggungjawab kepada mereka yang membuat tuduhan untuk mengemukakan bukti, bukan meminta orang yang dituduh itu membuat penafian. "Kita tak mendidik masyarakat kita dengan perkara-perkara (lucah) ini. Sudahlah kalau anak-anak kita baca akhbar sebegitu kita mesti malu. "Perkara lucah sebegini lebih rancak dibincangkan berbanding membincangkan polisi-polisi atau apa yang nak disumbangkan kepada negara. "Polisi dan tawarankepada rakyat yang harus dibincangkan, bukan perkara-perkara lucah yang pembuktiannya masih meragukan dan hanya bertujuan mengaibkan dan menimbulkan kesangsian pemilih," katanya. Dalam pada itu, penulis makalah berkaitan qazaf dan menjawab fitnah, Ustaz Zaidi menegaskan, amalan menyebarkan fitnah dan perkara lucah amat berbahaya kepdaa masyarakat khususnya generasi muda yang akan memimpin negara pada masa akan datang. Katanya, walaupun semua pihak berusaha mengekalkan kuasa dan mandapatkan kuasa, mereka masih terikat dengan hukum Allah. "Kerana kasih sayang kita kepada masyarakat kita jangan dibudayakan amalan berbohong dan menuduh seseorang tanpa cukup bukti tak kiralah dari pihak rakyat kepada pemerintah atau pemerintah kepada rakyat. Kita mesti mengikat diri kita dengan hukum syarak dalam setiap perkara yang kita buat. Dalam suasana panas politik hari ini menjelang PRU 13 kita masih terikat dengan syarak, masih ditulis oleh malaikat dan akan dihisab, tak ada benda yang terlepas. "Kepada yang nak mempertahankan kuasa atau yang nak mendapatkan kuasa masih perlu mengingat diri masing-masing dengan hukum Allah," pesannya. |
Khairy Kutuk Macai-macai UMNO yang sebar video lucah.. Posted: 13 Apr 2013 12:15 AM PDT Khairy Jamaluddin mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan politik lucah dan menegaskan Barisan Nasional (BN) menolak sekeras-kerasnya tindakan sedemikian. Semalam, satu lagi video seks sepanjang 11 minit menyerupai pemimpin tertinggi PAS telah disebar di Internet oleh laman-laman blog pro-Umno. "Saya ingin nyatakan bahawa saya menentang politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya. "Umno dan Barisan Nasional tidak menggalakkan mana-mana pihak, mahupun pihak ketiga untuk mengamalkan politik seperti itu," kata bekas ahli parlimen Rembau itu semasa merasmikan program BN Youth Volunteer (BNYV) di Bangsar pagi ini. Khairy berkata tidak adil sekiranya pembangkang mahu menunding jari kepada BN mengamalkan politik lucah kerana musuh politik mereka banyak dan bukan hanya daripada kalangan parti pemerintah sahaja. "Tidak adil mereka salahkan Umno dan BN sahaja. "Musuh mereka banyak, bukan hanya daripada kerajaan sahaja," katanya lagi. Khairy juga berkata BN tidak akan sampai ke tahap menggunakan politik lucah untuk berkempen dan cerita-cerita yang dibuat bertujuan untuk memberikan gambaran negatif kepada BN. "BN tidak bertindak sehingga tahap itu. Politik juga ada batasannya," kata beliau. Dalam pada itu, Khairy juga menggesa kedua belah pihak tidak kira daripada kerajaan ataupun pembangkang untuk berpolitik secara matang dan bersih pada Pilihan Raya 2013 nanti. "Marilah sama-sama kita pastikan perlawanan kali ini bersih. "Kita lawan politik dengan idea, dasar dan polisi yang baik untuk rakyat, bukannya dengan politik lucah," katanya lagi. ~ The Malaysian Insider |
Macai UMNO Kantoi lagi!! Mustafa nafi letak jawatan SUA PAS.. Posted: 12 Apr 2013 08:45 PM PDT Semalam sekali lagi macai-macai UMNO melalui Blog-blog mereka riuh rendah menyebarkan fitnah kononnya Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali mengumumkan perletakan jawatan beliau berkuatkuasa serta merta. Tindakan ini kononnya menurut macai UMNO dilakukan beliau ekoran penyebaran meluas video seks beliau dengan seorang pelacur dari timur tengah ( Timur Tengah pulak dah.. mula-mula depa kata dari Indonesia) di salah sebuah hotel di ibu kota. Lapor macai-macai UMNO lagi "Saya akui yang saya merupakan pelaku dalam klip video tersebut dan kejadian tersebut berlaku 2 tahun yang lepas dan saya ingin tegaskan, perlakuan saya tidak menggambarkan perjuangan PAS kerana ia adalah kesilapan peribadi saya". Mustafa nafi letak jawatan SUA PAS Kantoi lagi.... Sebelum ini cubaan macai-macai UMNO untuk melagakan antara PAS dan PKR telah dikantoikan oleh pihak Polis sendiri.. baca di SINI. Kesian aku tengok macai-macai UMNO ni.. hidup dengan dengan mencari rezeki melalui menyebar fitnah.. kalau bukan Islam aku tak kisah.. tapi kalau yang menyebarkan fitnah itu beragama Islam.. mati nanti kemana agaknya dia... Dalam hal ini aku nampak.. Orang Gila itu lebih terpuji akhlaknya dari macai-macai UMNO yang kerjanya menyebar fitnah ni.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan