Anak Sungai Derhaka |
- Rafizi Ramli memalukan Muhyiddin Yassin..
- Hasil Kaji Selidik Sinar menunjukkan 82% pembaca menolak Manifesto BN..
- Ini dia tarikh yang ditunggu-tunggu kebanyakkan rakyat Malaysia!!
- Calon bagi TKM1 Pulau Pinang didedahkan...
Rafizi Ramli memalukan Muhyiddin Yassin.. Posted: 10 Apr 2013 05:00 AM PDT Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tidak faham struktur cukai kereta yang dilaksana Barisan Nasional nampaknya.. Ini ekoran dari kenyataannya yang cuba untuk memperbodohkan rakyat olehnya semalam.. Dalam kenyataannya beliau mengatakan bahawa harga kereta akan turun apabila Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA) dilaksanakan sepenuhnya. Padahal sekarangpun Sekarang pun, AFTA sudah dilaksanakan apabila pembelian kereta-kereta yang dikilang di Asean tidak dikenakan sebarang cukai import. Di bawah kenyataan penuh Rafizi: Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) bahawa harga kereta akan turun apabila Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA) dilaksanakan sepenuhnya membayangkan beliau tidak memahami struktur cukai kereta yang dilaksanakan sendiri oleh BN. Fuh!! nasib baiklah ada pilihanraya.. kalau tidak kekallah Malaysia diperintah oleh orang-orang yang dungu yang hanya tahu bercakap tetapi tidak faham apa yang dicakapkannya itu sendiri.. Tapi.. yang aku hairannya masih ada lagi yang menyokong manusia sebegini untuk menjadi pemimpin mereka.. |
Hasil Kaji Selidik Sinar menunjukkan 82% pembaca menolak Manifesto BN.. Posted: 10 Apr 2013 01:24 AM PDT Menurut seorang sahabat yang berada dalam barisan pengurusan penerbitan akhbar Sinar Harian, matlamat penerbitan ini ialah untuk menyiarkan laporan secara adil buat Kerajaan dan juga Pembangkang. Oleh itu boleh dikatakan hingga ke saat ini Sinar Harian boleh dikatakan memberikan laporan yang telus buat kedua-dua belah pihak, biarpun ada kalanya laporannya kelihatan memihak kepada Kerajaan. Jika dulu dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh Sinar Harian On-Line hasilnya telah memeningkan kepala Najib apabila hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Sinar langsung tidak memihak kepada Najib dan UMNO.. Lihat di SINI Kali ini hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Sinar Harian juga menerima maklumbalas yang sama.. dengan lain ayat apa saja yang cuba dibawa oleh UMNO/BN ditolak oleh majoriti rakyat.. Kaji selidik kali ini berkisar tentang Manifesto untuk pilihanraya.. Jumlah pembaca yang mengambil bahagian dalam kaji selidik ini hingga jam 4.00 petang tadi ialah 6822 orang pembaca. Bagi soalan "Jika anda seorang pengundi, manifesto parti mana yang memikat perhatian anda".. 81% pembaca meletakkan Manifesto Pakatan Rakyat sebagai lebih menarik.. Bagi soalan yang kedua pula "Manifeso yang mana meyakinkan anda, hingga bakal mempengaruhi sokongan anda".. 6034 dari 7321 pembaca yang mengambil bahagian iaitu 82% memberikan jawapan Manifesto Pakatan Rakyat.. Soalan seterusnya pula mengenai penilaian rakyat berhubung tawaran Manifesto Barisan Nasional, 62% pembaca menyatakannya sebagai 'Tidak Menarik', 21% menyatakannya sebagai 'Sederhana'.. Walaupun ianya bukanlah mewakili seluruh pengundi dalam Malaysia, sikit sebanyak ianya membuktikan bahawa apa yang di bentangkan oleh Najib dalam Manifesto BN itu hanyalah syok sendiri.. Hmmm.. mungkin ada kebenarannya dakwaan seorang sahabat dari UMB yang mengatakan ramai cybertrooper dari UMB masih bersama UMNO tetapi tidak menyokong UMNO lagi... Jika mereka masih menyokong sudah tentu lebih dari 10,000 cybertrooper tu mampu mengubah hasil kajiselidik oleh Sinar ini.. |
Ini dia tarikh yang ditunggu-tunggu kebanyakkan rakyat Malaysia!! Posted: 09 Apr 2013 09:56 PM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei 2013. Badan pengendali pilihan raya itu juga menetapkan 20 April 2013, Sabtu bagi tarikh penamaan calon dan 30 April untuk pengundi awal. Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pembubaran Parlimen pada 3 April lepas, genap empat tahun perdana menteri keenam itu menggalas tanggungjawab sebagai perdana menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009. Kedua-dua parti politik di negara ini, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) akan bertarung untuk merebut sebanyak 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN. Pilihan Raya 2013 dijangkakan paling sengit dalam sejarah walaupun BN seperti diramalkan oleh ramai pihak akan terus menerajui negara selepas itu. Walau bagaimanapun, PR tidak mustahil untuk membuat kejutan kerana buat pertama kalinya, BN bakal berhadapan dengan pembangkang paling tersusun ~ The Malaysian Insider Baca juga siapa yang bakal dicalonkan sebagai TKM1 Pulau Pinang di SINI |
Calon bagi TKM1 Pulau Pinang didedahkan... Posted: 09 Apr 2013 08:17 PM PDT Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mengumumkan Badrul Hisham Shahrin sebagai calon parti itu bagi kerusi DUN Sungai Aceh dalam pilihan raya umum akan datang. Lebih dikenali sebagai Chegu Bard, beliau adalah pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Sudah menjadi rahsia umum bahawa PAS dan PKR berebut kerusi luar bandar majoriti Melayu itu yang terletak dalam kawasan pilihan raya Nibong Tebal sejak beberapa bulan yang lalu. Malah terdapat spekulasi bahawa penyandang Ahli Parlimen PAS Parit Buntar, Mujahd Rawa Yusuff akan diletak bertanding di situ. Bagaimanapun, Mansor berkata PAS dan PKR Pulau Pinang telah menyelesaikan rundingan untuk kerusi Sungai Acheh dengan merestui calon PKR bertanding di situ. "Kami percaya Chegu Bard akan membawa kemenangan kepada Pakatan dan perubahan kepada kawasan Sungai Acheh," katanya. Chegu Bard kalah tipis ketika bertanding menentang Khairy Jamaluddin di Rembau dalam pilihan raya 2008. Faiz Musa tentang PM di Pekan Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Pekan, yang disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, lapor Bernama. Fariz, bekas guru berusia 43 tahun berasal dari Marang, Terengganu. Beliau juga dilantik sebagai Penyelaras Pilihan Raya PKR Parlimen Pekan. Anwar turut mengumumkan Ketua Cabang PKR Kuala Lipis, Zakaria Abdul Hamid, 48, seorang jurutera, akan bertanding di Parlimen Bera. Di majlis pengumuman calon di sebuah hotel di Kuantan, Anwar menegaskan semua calon yang diumumkan itu perlu disokong sepenuhnya ahli-ahli parti berkenaan dan jika ada yang bertindak menjadi calon Bebas, mereka akan dipecat daripada parti ~ Malaysiakini Sebagai sahabat.. Aku ucapkan TAHNIAH buat kedua-duanya.. Ini pesanan ringkas buat Chegu Bard.. Taman dalam hati tu.. tebaslah sikit... he..he..he.. Buat Cikgu Fariz pula..samada kalah atau menang, yang penting Lawan Tetap Lawan!!! |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan