ALHUSSEYN |
Umno dan MCA saling kokak mengokak di Wangsa Maju Posted: 06 Apr 2013 02:41 AM PDT Umno dan MCA sedang bertelagah berebut kerusi Parlimen Wangsa Maju.Kerusi parlimen tersebut pernah di wakili oleh MCA dalam tahun 2004 hingga 2008. Namun kali ini Umno berkeras mahu merampasnya dari MCA untuk meletakkan Ketua Umno bahagian Wangsa Maju , Mohd Shafie Abdullah menjadi calon di situ. Shafie adalah juga setiausaha politik kepada perdana Menteri, Najib Tun Razak. Muhyiddin Yasin telah hadir di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota Kuala Lumpur kelmarin untuk menyerahkan sumbangan RM52,000 untuk mangsa kebakaran Kampung Puah dan makan tengah hari di situ selepas solat Jumaat. Shafie dan Umno pada masa dan tempat yang sama telah mengadakan demo selepas selesai solat Jumaat menuntut supaya Shafie menjadi calon di situ. Adalah sangat mustahil sekiranya TPM ini tidak tahu mengenai rancangan Shafie mahu mengadakan demonstrasi haram di situ tetapi kenapa tidak cuba menghalangnya? Kalau dia tidak tahu, nampak sangat dia seorang TPM yang bengap! Takkanlah SB yang bereselerak di situ tidak pandai buat kerja? Muhyiddin seolah-olah merestui demonstrasi haram tersebut.Sebagai seorang pemimpin, Muhyiddin perlu menunjukan sikap dan semangat setia kawan, tidak tikam menikam sesama sendiri. Muhyiddin sepatutnya mengarahkan kumpulan Umno Shafie itu berunding dengan MCA untuk mencapai kata sepakat dan muafakat. MCA mengaggap tindakan Umno itu sebagai tidak menghormati semangat BN, mewujudkan perpecahan dalam BN Wangsa Maju dan menjejaskan peluang untuk merampas semula kerusi parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang. Baca di sini |
Akhirnya Rosmah termakan hasutan Tuan Guru Posted: 05 Apr 2013 07:30 PM PDT Najib dilaporkan berasa hati sangat terhadap Rosmah. Suami mana yang tidak berasa hati, bila selama ini, dia sangat-sangat memanjakan isterinya itu.Ditatang tidak ubah seperti minyak yang penuh! Tidur pun Najib dodoikan sambil memainkan lagu P.Ramlee, 'Tidurlah Wahai Permaisuri' Makan pun dia tolong suapkan. Rosmah pun sangat berselera menyebabkan dia semakin montok! Mana nak cari suami yang begitu sangat memanjakan isterinya? Namun segala pengorbanan Najib selama ini nampaknya sia-sia sahaja. Rupa-rupanya, Rosmah telah termakan hasutan Tuan Guru .....( Nama dirahsiakan demi keselamatan!) Rosmah terpedaya dengan hasutan Tuan Guru itu hingga dia sanggup menjadi pengkhianat perjuangan suaminya untuk mempertabatkan Melayu. Najib kesal kerana Rosmah sangat tidak mengenang jasa. Dia lupa, kalau tidak kerana Umno/BN, mana dia mampu memperolehi segala kemewahan hidup seperti sekarang ini. Apa lagi kehendak Rosmah? Cincin permata RM24 juta dah dapat. Beg tangan harga juta-juta dah dapat. Gelang tangan, jam tangan ....semua menelan berjuta-juta hinggit dia dah dapat! Sampai hati, Rosmah mengkhianati perjuangan memperkasakan orang Melayu. Sampai hati Rosmah, disaat beginilah, dimana setiap suami memerlukan dorongan dan ransangan dari isteri. Tapi Rosmah dah buat perangai pula.....Aku pun simpati kepada Najib bila lihat gambar kat bawah ni.... |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan