Addin |
- Awie Wings Calon BN Di Bukit Bintang?
- Belum Pun Penamaan Calon, Papagomo Dah Terlucut Hak Untuk Bertanding
- Umno Melaka Tampil Pemuda Mabuk Dalam Ceramahnya.. Saksikanlah!!
- Sah!! Husam Musa Bertanding Di Putrajaya
- Biadap!! Abdullah Saamah Gelar Tuan Guru Nik Aziz 'Umat Syaitan'
- Samseng Umno Buat Onar Lagi..
- Memalukan!! Media Antarabangsa Lapor BN 'Copy Paste' Manifesto Pakatan Rakyat
- Panas!! VIP Mengaku Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Anwar
- Ketua Menteri Dan Exco Pulau Pinang Serah Kereta Rasmi Pada SUK
Awie Wings Calon BN Di Bukit Bintang? Posted: 09 Apr 2013 09:18 AM PDT Ini berita panas yang baru kami terima, jika PAS meletakkan Aisyah "Janji Manis Mu" untuk bertanding di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan kini ada perkabaran baru mengatakan Awie Wings akan diletakkan sebagai calon UMNO BN di Parlimen Bukit Bintang. Menurut maklumat yang diperolehi dari Wisma Putra mengatakan Awie diberi ruang untuk bertanding disitu kerana namanya amat popular sebagai artis dan boleh menarik ramai pengundi muda untuk menyokong BN. Jika benar dakwaan ini, maka kini nampaknya golongan artis sudah pun mendapat tempat dikalangan pemimpin politik di negara kita. Semuanya gara-gara untuk menarik undi orang muda yang bakal menjadi penentu keputusan pilihanraya umum ke-13 ini. Bertuah benar golongan artis yang menyertai politik, dek kerana populariti mereka maka peluang lebih terbuka luas untuk dicalonkan. Apapun, terdapat maklumat PAS Jempol amat kecewa keputusan pencalonan Aisyah di situ. Ini kerana, ia langsung tidak menghormati pemimpin kawasan yang sudah lama membuat kerja untuk parti selama ini. Namun, mereka terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan. Menentang bererti dituduh pengkhianat, maka terimalah kenyataan. |
Belum Pun Penamaan Calon, Papagomo Dah Terlucut Hak Untuk Bertanding Posted: 09 Apr 2013 07:08 AM PDT Pengumuman penulis blog kontroversi Papagomo untuk bertanding menentang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut dengan tanda tanya oleh para pengamal undang-undang yang mempersoalkan kelayakan bekas anggota polis itu sebagai calon. Tanda tanya itu timbul memandangkan Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris sebelum ini didapati bersalah atas kesalahan rasuah dan didenda ketika bertugas sebagai konstabel polis trafik. Mahkamah Rayuan pada tahun lalul mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi, dan Wan Muhammad Azri didenda RM10,000 dan dijatuhi hukuman penjara 14 hari. Seorang peguam, Razlan Hadri Zulkifli, berkata Wan Muhammad Azri tidak boleh bertanding disebabkan hukumen berkenaan memandangkan keputusan mahkamah itu dibuat pada tahun lalu. "Maka, Wan Muhammad Azri tidak boleh bertanding melainkan Wan Muhammad Azri bukan Papagomo," katanya. Seorang lagi peguam, Ranjit Singh juga sependapat dan berkata individu yang dikenakan hukumen denda RM2,001 dan lebih tinggi tidak boleh bertanding, seperti yang diperuntuk dalam Perkara 48 dalam Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan itu menyebut, seorang anggota parlimen hilang kelayakan apabila didapati bersalah dan dijatuhi hukumen utuk tempoh tidak kurang dari satu tahun dan didenda tidak kurang dari RM2,000 dan tidak menerima pengampunan. Perkara itu juga menyatakan, individu yang didapati bersalah tidak dibenarkan untuk bertanding dalam tempoh lima tahun. ~mkini |
Umno Melaka Tampil Pemuda Mabuk Dalam Ceramahnya.. Saksikanlah!! Posted: 09 Apr 2013 04:54 AM PDT Gara-gara ketandusan pemidato, UMNO/BN dipercayai telah menampilkan individu yang berada dalam keadaan mabuk sebagai penceramah mereka baru-baru ini di Melaka. Umum mengetahui bahawa selama ini katak-katak dari PKR sering ditampilkan dalam setiap ceramah anjuran UMNO/BN. Tetapi berikutan dengan Pilihanraya Umum yang bakal tiba nanti, Katak-katak ini tidak mungkin diberikan peluang lagi untuk berada di pentas-pentas ceramah anjuran UMNO/BN. Kerana kebanyakkan Ketua-ketua Bahagian UMNO tidak mungkin untuk memberikan laluan buat mereka untuk menarik perhatian Najib supaya dijadikan sebagai calon UMNO. Oleh itu akibat ketandusan pemidato dalam satu siri ceramah Janji ditepati, UMNO/BN telah menampilkan pemuda-pemuda mabuk diatas pentas mereka.. Mereka dipercayai berada dalam keadaan mabuk berikutan butir ucapannya yang tak tentu hala.. Bagaimanapun macai-macai UMNO yang berada ditapak ceramah tersebut dipercayai memahaminya kerana mereka satu kepala... ~anak sungai derhaka |
Sah!! Husam Musa Bertanding Di Putrajaya Posted: 09 Apr 2013 01:46 AM PDT Ini maklumat terbaru yang diterima! Kejutan terbesar hari ini datangnya dari keputusan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengesahkan Naib Presiden bertaraf bekas Exco kerajaan Kelantan, Husam Musa yang sudah disahkan akan bertempur di parlimen Putrajaya menentang Setiausaha Agung Umno, Adnan Mansor. Pengumuman tersebut dibuat Tuan Guru Abdul Hadi di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur sebentar tadi. Beberapa sumber memetik Husam kini giat menumpukan perhatiannya di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu beberapa hari lalu. ~jalan pulang |
Biadap!! Abdullah Saamah Gelar Tuan Guru Nik Aziz 'Umat Syaitan' Posted: 09 Apr 2013 01:25 AM PDT Satu perhimpunan oleh sekumpulan guru sekolah pondok membuat ketetapan bahawa umat Islam haram mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang kerana gabungan parti itu didakwa menyokong pluralisme agama. Laporan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini memetik deklarasi berkenaan yang diumumkan oleh pengerusi persidangan tersebut, Harun Yahya. Harun yang juga pemimpin kumpulan anti-PAS, Minda Pondok, dalam laporan itu berkata, peserta persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu antara lainnya berpendapat, perjuangan Pakatan "sesat dan menyesatkan". "Akibat pluralisme, rukun Islam pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah lenyap yang menyebabkan murtad kerana umat Islam tidak mengesakan Allah serta mengaku agama lain adalah agama Allah dan Nabi Muhammad bukan lagi utusan yang membawa agama Allah, yang bermakna Islam bahkan semua agama benar belaka bukan hanya Islam. "Oleh itu adalah haram menyokong PAS, PKR dan DAP kerana mereka sepakat dalam memperjuangkan bahawa nama Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain yang membawa maksud semua agama adalah agama Allah," katanya seperti dikutip dalam laporan itu. Laporan berkenaan tidak menyebut jumlah perwakilan yang hadir ke persidangan yang berlagsung sejak hari Sabtu di Gurun, Kedah. Satu lagi laporan di halaman sama memetik kenyataan penasihat Minda Pondok, Abdullah Sa'amah yang menggelar mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai individu yang takbur dan taksud dengan fahaman parti. Abdullah yang mengenakan serban berwarna merah dan baju merah jambu dalam gambar bersama laporan itu juga mendakwa golongan yang taksub dengan fahaman parti politik tidak diakui sebagai umat Nabi Muhammad. "Nik Abdul Aziz ini takbur dan taksub kepada pemikiran dan fahaman parti dia, orang taksub ini Nabi Muhammad tak mengaku umat. "Orang macam ini bukan umat Nabi Muhammad, ini umat syaitan, tulis perkataan saya kata ini sebab Nik Aziz setuju dengan pluralisme agama, setuju kalimah Allah untuk disyirikkan, dia yang bukan Islam," kata Abdullah Sa'amah seperti dipetik Utusan. Bekas anggota PAS itu pada awal bulan ini mengunjungi bekas Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyatakan sokongan terhadap bekas perdana menteri itu dan juga ke atas Umno. "Kami juga yakin bahawasanya tidak ada perjuangan lain untuk keselamatan orang Melayu dan orang Islam melainkan bersama dengan Umno dan BN," katanya seperi dipetik dalam laporan Bernama. ~mkini |
Posted: 08 Apr 2013 09:25 PM PDT MELAKA 9 APRIL: Sekumpulan 30 samseng Umno cuba mengganggu ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat yang dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Bahagia, Bukit Baru malam tadi. Mereka menyekat laluan pejalan kaki yang mahu ke ceramah Pakatan dengan meletakkan deretan kerusi sebagai penghadang. Kumpulan itu juga mencetuskan provokasi dengan memaki hamun Ketua Umum KEADILAN dan pimpinan Pakatan serta menghambur kata-kata kesat. Malah pada waktu serentak, Umno turut mengadakan ceramah kira-kira 100 meter dari tapak ceramah Pakatan. Bagaimanapun, lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum berjaya melepasi sekatan dan gangguan samseng Umno terlibat. Dalam ceramah itu, Anwar mengumumkan bekas pensyarah sebuah kolej di Brunei, Rahim Haji Ali sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Tangga Batu. ~keadilandaily |
Memalukan!! Media Antarabangsa Lapor BN 'Copy Paste' Manifesto Pakatan Rakyat Posted: 08 Apr 2013 08:55 PM PDT Barisan Nasional dimalukan oleh media antarabangsa gara-gara 'copy paste' manifesto Pakatan Rakyat menjelang PRU13. Bukan sahaja Pakatan Rakyat yang mendakwa Datuk Seri Najib meniru manifesto mereka, media antarabangsa Bloomberg juga membuat laporan yang sama. Laporan bertajuk "Malaysia's Najib Unveils Poll Manifesto Similar to Anwar's" itu, Bloomberg melaporkan, Najib Razak berjanji akan melawan rasuah, menurunkan kos sara hidup dan membina lebuhraya pan-Borneo jika kekal sebagai kerajaan selepas PRU13 nanti. "Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Bloomberg. Baca link di bloomberg |
Panas!! VIP Mengaku Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Anwar Posted: 08 Apr 2013 08:03 PM PDT Dato Omar Abu Bakar membuat pengakuan lisan di hadapa ribuan haririn mengakui bertanggungjawab terhadap fitnah liwat Anwar Ibrahim. Layanlah video ini. Semoga apa yang diperkatakan dapat menukar persepsi kita terhadap DS Anwar Ibrahim. Seorang demi seorang tampil mengaku bahawa tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim adalah fitnah semata-mata. Lihat video di SINI. |
Ketua Menteri Dan Exco Pulau Pinang Serah Kereta Rasmi Pada SUK Posted: 08 Apr 2013 05:46 PM PDT GEORGE TOWN - Pemegang amanah sebagai Y.A.B Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng, hari ini, mengumumkan penyerahan kunci kenderaan rasmi Kerajaan Negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus di sini. Menurutnya, penyerahan kunci kenderaan rasmi Kerajaan Negeri turut melibatkan pemegang amanah Timbalan Ketua Menteri I dan Timbalan Ketua Menteri II serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang lain. "Kenderaan rasmi tidak harus disalahguna untuk kegunaan persendirian atau parti sebaliknya ia harus digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan Negeri sahaja. "Inilah intergriti yang dipegang oleh Kerajaan Negeri sungguhpun kini hanya sebagai pemegang amanah," ulas Guan Eng pada sidang akhbar di Komtar, sebentar tadi. Tambahnya, intergriti harus dipraktikkan secara fizikal dan bukan hanya tahu melafazkannya. "Bercakap adalah perkara lain dan melakukannya pula adalah suatu perkara yang lain pula. "Hari ini kita (pemegang amanah Kerajaan Negeri) akan menyerahkan kunci kenderaan masing-masing kepada Setiausaha Kerajaan Negeri," tambahnya. Guan Eng turut menegaskan bahawa penggunaan kenderaan rasmi adalah hanya untuk majlis rasmi Kerajaan Negeri dan bukan digunakan untuk tujuan berkempen. "Sungguhpun menjelang Pilihanraya Umum (PRU13), kenderaan rasmi ini tidak akan digunakan untuk ceramah dan kempen. "Begitu juga pemandu, mereka hanya akan bertugas mengikut waktu pejabat dan apabila menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan," tambahnya. Dalam pada itu, Guan Eng turut mengulas manisfesto yang dilancarkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN). "Sungguhpun manisfesto BN menyentuh soal kekangan rasuah, namun BN tidak pula menyatakan tatacara (measurements) membanterasnya. "Salah satunya ialah melalui pengumuman awam pengisytiharan aset dan pelaksanaan tender terbuka," katanya. Katanya lagi, Kerajaan Negeri telah mengamalkannya sejak 2008 dan ianya terbukti berkesan apabila kempen anti-rasuah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dipuji oleh Transparency International. "Seterusnya menghalang pemimpin dan ahli keluarga pimpinan kerajaan berurus niaga dengan kerajaan demi kepentingan peribadi. "Melalui pendekatan ini, rasuah dapat dihindari," ulasnya lagi. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan