Khamis, 4 April 2013

Addin

Addin


Rengekan Khairy Berhasil? Bakal Tercalon Semula Di Rembau?

Posted: 04 Apr 2013 09:45 AM PDT

Kira-kira jam 3.45 petang tadi, mendapat berita bahawa ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dikatakan merajuk dan berhasrat untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Rembau dalam pilihanraya umum kali ini.

Rajukannya adalah disebabkan keengganan bekas perdana menteri, Najib  yang tidak menyenaraikannya sebagai salah seorang anggota kabinet walaupun menang jawatan ketua pemuda menewaskan dua pencabar lain, Razali Ibrahim dan Mukhriz Mahathir.

Razali merupakan BEKAS timbalan menteri belia dan sukan manakala Mukhriz merupakan BEKAS timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Berita 'pengunduran' Khairy pantas dinafikan BEKAS menteri besar Negeri Sembilan yang juga bapa saudaranya, Mohamad Hasan dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Mohamad, Najib Altantuya sendiri yang mahukan Khairy terus mengekalkan penguasaan BN di Rembau kerana faktor populariti selain rajin melayan pengikutnya di laman sosial Twitter walaupun kerap dikecam kerana menyerang penyokong Pakatan Rakyat yang memberi komen pedas.

Petang tadi, kata Khairy, sebagai seorang yang agak 'old-fashioned', beliau akan akur apa sahaja keputusan Najib Altantuya yang juga BEKAS perdana menteri.

"Kalau diarah bertanding, saya akur. Kalau diminta undur, saya akur juga," kata BEKAS ahli Parlimen Rembau itu.

Menulis di laman Facebooknya hari ini, Khairy berkata, yang penting, komitmen untuk memastikan kemenangan BN harus tidak berbelah bagi tidak kira sama ada menjadi calon atau tidak.

Ini adalah petikan daripada tulisannya di akaun untuk peminatnya (fanpage) di Facebook:
Salam kepada semua rakan FB. Minta maaf tidak ada banyak update di FB. Seperti mana semua sedia maklum, PRU13 sudah tidak lama lagi. Ramai yang tanya saya melalui Twitter samada saya bertanding atau tidak.

Saya sudah maklum kepada Pengerusi BN, Dato' Sri Najib, preference saya yakni saya lebih cenderung untuk tidak bertanding pada PRU13. Perkara ini juga pernah saya sebut secara umum satu ketika dahulu.
Tetapi saya seorang yang agak old-fashioned. Saya akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN. Kalau diarah bertanding, saya akur. Kalau diminta undur, saya akur juga.

 ~jalan pulang



Iklan C (ii)





LIVE!! Jelajah Merdeka Rakyat Grik, Anwar Umum Kerusi Yang Beliau Tandingi Di Perak

Posted: 04 Apr 2013 07:46 AM PDT


LIVE!! Jelajah Merdeka Rakyat Grik, Perak. Malam ni di jangka Anwar akan umum kerusi yang akan beliau bertanding di negenri Perak.

Di jangka juga, Anwar akan mengumumkan calon-calon PKR di negeri Perak pada malam ini.. saksikanlah kehangatan PRU13..







Iklan C (ii)





Penyanyi Aishah Bertanding Atas Tiket PAS Di Parlimen Jempol

Posted: 04 Apr 2013 05:17 AM PDT


Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin, 48, akan bertanding atas tiket PAS mewakili parlimen Jempol.


Penyanyi berkenaan bakal menjadi artis pertama negara yg akan bergelar Yang Berhormat (YB) berikutan dia akan diletakkan bertanding dalam PRU13. Syabas Aishah!!!




Iklan C (ii)




Punca Najib Tak Umum Lagi Senarai Calon BN Terbongkar

Posted: 04 Apr 2013 03:41 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Apr: Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak takut untuk mengumumkan senarai calon Barisan Nasional lebih awal kerana masalah dalaman yang buruk dalam parti itu, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menurutnya, ketakutan sebenar Najib adalah isu sabotaj di kalangan mereka yang tidak terpilih sebagai calon dan kecewa kerana diketepikan.

Keresahan itu, katanya, terpapar jelas ketika presiden Umno itu mengumumkan pembubaran parlimen semalam, malah hingga tersasul menyebut tentang tarikh pembubaran.

" Saya percaya keresahan itu membuktikan wujud pelbagai masalah dan konflik dalam Umno BN. Konflik dalaman parti itu akan bertambah parah jika beliau mengumumkan senarai calon lebih awal," kata Shamsul.

Najib sebelum ini mengumumkan hanya calon boleh menang (winnable candidate) yang akan diberi kepercayaan bagi mewakili 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN seluruh negara.

Berdasarkan laman web Barisan Nasional, ia memaklumkan senarai tersebut hanya akan diumumkan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon.

Antara negeri yang dilaporkan telah menyerahkan senarai tersebut kepada Najib ialah Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

Berbeza dengan Pakatan Rakyat, gabungan parti itu sudah menetapkan tarikh pengumuman bagi senarai calon secara berperingkat mulai malam ini.

Manakala sebahagian calon telah diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.

"Kepimpinan Pakatan Rakyat ternyata lebih berkeyakinan dan bersedia untuk menghadapi PRU dengan mengumumkan calon terlebih dahulu secara berperingkat dan senarai penuh calon-calon akan disiapkan sepenuhnya dalam beberapa hari lagi," kata Shamsul.

"Saya memohon rakyat supaya membuat penilaian yang tepat pada PRU nanti dengan memberi mandat kepada parti yang lebih yakin dan bersedia untuk mengangkat martabat rakyat dan memacu negara ke arah lebih baik," katanya. ~keadilandaily



Iklan C (ii)




Anwar Buat Kejutan Malam Ini

Posted: 03 Apr 2013 11:35 PM PDT

KUALA LUMPUR 4 APRIL: Kerusi yang bakal ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perak dijangka terjawab berikutan pengumuman senarai penuh calon KEADILAN di negeri itu berlangsung di Gerik 11 malam ini.

Pengumuman itu sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke negeri itu yang dihadiri Ketua Umum. Perak mencatat sejarah menjadi negeri pertama membuat penyenaraian penuh calon, diikuti lain-lain negeri.

Pengerusi KEADILAN Perak, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, pengumuman kerusi mana yang akan menjadi pilihan Anwar masih belum dapat dipastikan.

"Kerusi mana pilihan Datuk Seri kita belum tahu lagi. Kita tunggu malam ini mungkin dia akan buat kejutan.

"Apapun, semua calon dan jentera pilihan raya negeri bersedia penuh untuk PRU 13," katanya kepada Keadilan Daily.

Pada sidang media di Ipoh semalam, Muhammad Nur berkata, KEADILAN Perak akan menampilkan hampir 60 peratus muka baru di samping calon wanita bagi memperkukuh kemenangan di negeri itu.

Beliau berkata, status quo bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) KEADILAN Negeri masih dikekalkan seperti mana PRU 12 lalu iaitu 10 (Parlimen) dan 20 (DUN).

Bagaimanapun, katanya berlaku sedikit perubahan pada dua kerusi DUN masing-masing di Lintang dan Changkat Jering apabila Majlis Pimpinan Negeri menyatakan kesediaan untuk bertukar kerusi dengan PAS.

"Setakat ini, hanya satu kerusi sudah dimuktamadkan iaitu DUN Lintang dipindah ke Kenering (Pengkalan Hulu) sementara Changkat Jering masih dalam perbincangan akhir bersama PAS," katanya, dipetik Sinar Harian.

Berdasarkan keputusan PRU lalu, KEADILAN menang di tiga kerusi iaitu Bagan Serai, Sungai Siput dan Gopeng. Tujuh lagi kuota Parlimen adalah Padang Rengas, Tambun, Tapah, Pasir Salak, Lumut, Bagan Datoh dan Tanjung Malim.

Bagi DUN pula, KEADILAN menang di tujuh kerusi iaitu Kuala Kurau, Kuala Sepetang, Changkat Jering, Simpang Pulai, Teja, Hutan Melintang dan Behrang.

Pada PRU kali ini, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail disebut-sebut bakal bertanding di Parlimen Tambun. ~keadilandaily



Iklan C (ii)




Punca Wajah Sugul Najib Semasa Bubar Parlimen Tersebar

Posted: 03 Apr 2013 09:14 PM PDT


Najib Razak membubarkan parlimen hari ini dalam keadaan sedih dan dukacita. Apakah yang sebenarnya berlaku? Mengapa tidak ada keceriaan langsung sedangkan membubarkan parlimen itu wajar menjadi satu kepuasan?

Di sebalik Najib memerlukan lebih masa tambahan, ingin menunaikan umrah dan melaksanakan 'rasuah-rasuah' pembelian undi seterusnya, ketika yang sama Timbalan Perdana Menteri memberi tekanan supaya parlimen dibubarkan bagi memberi laluan PRU dalam bulan ini juga, bukan bulan Mei seperti dijangka.

Apakah kesugulan ini memberi gambaran awal betapa sebuah empayar yang memerintah negara selama 57 tahun akan berakhir? Sudahlah dengan wajah sugul, Najib tersasul pula menyebut pembubaran pada tarikh 3 April tahun 2012 daripada sepatutnya tahun 2013.

Kesedihan Najib Razak gagal disembunyikan, mengambil kira kemungkinan besar dirinya akan menjadi Perdana Menteri dari Umno yang terakhir dalam sejarah peradaban negara. Jika ini benar menjadi kenyataan maka ia adalah sebuah kemenangan rakyat, kerana perlawanan PRU-13 adalah perebutan kuasa di antara elit pemerintah dan juga rakyat marhein.

Rakyat cuba dibeli semahunya. Sepanjang menunggu hari pembubaran, puluhan bilion diumumkan oleh Najib Razak untuk dihabiskan demi rakyat kononnya ia adalah pemberian parti Barisan Nasional. Tetapi ia berlaku ketika hayat pemerintahan Umno dan Barisan Nasional dipenghujungnya, tidak pernah berlaku sejak 57 tahun lalu. Jikapun berlaku, hanya sebulan sebelum parlimen dibubar dan ia dinamakan gula-gula pilihanraya.

Walaubagaimanapun, rakyat bukan lagi budak-budak. Rakyat hari ini telah matang dan dewasa, tidak termakan umpan berupa gula-gula pilihan raya. Kejahatan pemerintah tidak dapat disorokkan lagi dengan pemberian penuh extravaganza semata-mata. Bagi rakyat, apa yang diberi adalah tanggungjawab yang selama ini telah tidak dilaksanakan malah seharusnya ia tidak cukup.

Justeru itu, kesedihan yang terpacar di wajah Najib Razak ketika membubarkan parlimen sebentar tadi ada asasnya. Najib menyedari kegagalan demi kegagalan berlaku walaupun telah berhabisan 'menjual negara' melalui defesit kewangan yang melampau di era pentadbirannya.

Antara cubaan terakhir untuk Najib untuk mengembalikan sokongan ialah dengan menjadi hero di Lahad Datu. Cubaan ini juga sangat gagal apabila kasualti nyawa sepatutnya boleh dielak jika isu pencerobohan Lahad Datu dikendali dengan tegas dan bijak. Najib cuba menjadikan peristiwa Margeret Thacther merebut kepulauan Falkland sebagai rujukan tetapi tetap menemui jalan gagal.

Apalagi yang tinggal? Hasrat untuk lewatkan pembubaran hingga ke maksima juga tidak berjaya setelah ditekan oleh Muhyiddin Yassin yang dilihat lebih mengutamakan 'maruah'. Mungkin Muhyiddin merasakan kekalahan itu tidak dapat dibendung maka lawanlah dengan saki-baki maruah yang ada. Lagipun, Muhyiddin tidak akan dihukum gantung jika Barisan Nasional tumbang pada PRU-13.

Tanggal 3 April 2013 adalah satu permulaan sejarah, menghampiri sekuel tsunami politik yang akan berlaku dalam masa 60 hari dari tarikh hari ini. Inilah permulaan yang dinanti dengan sabar oleh rakyat, akhirnya tiba juga hari ini.

Sesungguhnya, rakyat tidak sabar untuk pembaharuan yang sudah lama ditunggu-tunggu, lima kali 8 Mac itu bagaikan terlalu lama. Rakyat tidak sabar untuk sesuatu yang baru atau lebih spesifik – kerajaan rakyat yang baru. Dengan pembubaran parlimen ini, ayuh kita pastikan tanahair dapat diselamatkan kali ini, hanya kali ini. It's now or never.

Percayalah, rakyat akan menang dan tidak akan menanggung azab untuk lima tahun atau 10 tahun atau 50 tahun lagi. Perubahan akan berlaku di umur kita, dan wajah sugul Najib ketika bubarkan parlimen akan tetap menjadi ingatan.

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia



Iklan C (ii)




Dr. Juanda Jaya Bertanding Atas Tiket PKR Di Arau Atau Permatang Pauh

Posted: 03 Apr 2013 06:12 PM PDT

Kecoh semalam apablia pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin secara unilateral mengumumkan bahawa ketiga-tiga kerusi parlimen di negeri itu kesemuanya akan ditandingi parti itu dan menolak pencalonan bekas mufti, Juanda Jaya bertanding di parlimen Kangar.

Pengumuman Hashim dibuat setelah meneliti senarai calon yang telah dipersetujui sebelum ini bahawa Kangar akan ditandingi KEADILAN manakala PAS akan kekal bertanding di Padang Besar dan Arau.

Padang Besar akan diwakili ketua urusan ulama, Azamhari Mahmood manakala Arau kekal ditandingi timbalan Mursyidul Am, Tuan Guru Dr Haron Din. Sementara bagi Kangar, AJK PAS parlimen itu, Baharuddin Ahmad diumumkan selaku calon.

Juanda yang akan bertanding di Kangar nampaknya masih belum mahu mengalah kerana jika diukur dari segi populariti dan personaliti, beliau lebih layak bertanding berbanding Baharuddin yang bukannya ketua PAS kawasan.

Adalah mustahil bagi bekas mufti itu yang berasal dari Sarawak bertanding di dinegeri kelahirannya kerana corak demografi dan iklim politik di negeri itu tidak sesuai dengan karektornya selain bakal mendapat tentangan hebat dari ketua menteri, Taib Mahmud.

Berlainan daripada seorang lagi rakannya, Maszlee Malik, Juanda dilihat mampu mengimbangi pengaruh dan monopoli PAS di negeri terkecil di Malaysia itu.

Difahamkan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang akan bermesyuarat hari ini akan memutuskan kerusi manakah yang sesuai untuk Juanda bertanding, sekaligus membatalkan pengumuman mengejut yang dibuat sejurus parlimen dibubarkan semalam.

Jika Juanda kekal di Kangar, ini bermakna PAS Perlis terpaksa menelan ludahnya sendiri seakan memandai-mandai mengubah status quo yang diamalkan dalam pilihanraya umum lalu.

Dengan pengunduran bekas menteri dalam negeri, Radzi Sheikh Ahmad, peluang untuk merampas Kangar dari tangan Barisan Nasional (BN) dilihat cerah sekiranya Pakatan Rakyat meletakkan calon popular dan berkebolehan untuk menentang calon baru dari BN.

Alasan PAS bahawa KEADILAN kalah besar dengan majoriti lebih 10 ribu undi dalam pilihanraya umum lalu tidak boleh dijadikan alasan untuk menolak ketokohan Juanda yang sudah dikenali bukan setakat di negeri ini malah di seluruh negara.

Walaupun Kangar mempunyai pengundi majoriti Melayu iaitu 79 peratus, undi kaum Cina dan India yang berjumlah 20 peratus tidak boleh diambil ringan kerana ia bakal menentukan sama ada seseorang calon boleh menang atau sebaliknya.

Pilihan lain bagi Juanda ialah bertanding di parlimen Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim yang sudah sah tidak akan mempertahankan kerusinya dan bakal bertanding sama ada di Lumut atau Padang Rengas.

Sumber dalaman memberitahu Juanda akan kekal bertanding tetapi majlis presiden akan memutuskannya sebaik mesyuarat pembahagian kerusi di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, selesai jam 3.30 petang nanti.

Mengakui Kangar bukanlah kerusi kelabu buat Pakatan Rakyat, namun jika jentera pilihanaya ketiga-tiga parti dalam pakatan itu sebulat sederap untuk memenangkan siapa saja yang akan dipilih kelak, ia tidak mustahil untuk menjadi kenyataan.




Iklan C (ii)




Kantoi!! TV3 EDIT Kenyataan Najib Salah Sebut Tarikh..

Posted: 03 Apr 2013 05:46 PM PDT


Pagi ini kecoh 1Malaysia bilamana Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke enam Datuk Seri Najib Tun Razak telah tersalah menyebut tahun bagi pembubaran Parlimen.

Apa yang disebut oleh Najib ialah "Pada pagi ini, saya telah pun menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenaan supaya parlimen ke-12 dibubarkan pada hari ini Rabu, 3 April 2012".

Beliau menyebut tahun ini sebagai 2012 bukannya 2013 dan ada pihak yang mendakwa skrip yang dibaca oleh Najib itu telah disediakan sejak dari April 2012 lagi..

Tetapi oleh kerana terlalu banyak isu melibatkan pentadbiran beliau dan beliau sendiri yang didedahkan oleh pihak Pakatan Rakyat terutamanya PKR.. Najib terpaksa menangguhkan pembubaran hingga kesaat-saat akhir.

Pengumuman pembubaran oleh Najib itu telah disiarkan oleh boleh dikatakan seluruh media elektronik, ianya telah ditonton dan didengar oleh jutaan rakyat Malaysia dan ramai individu telah merakam dan memuat naik kedalam laman YouTube..

Namun begitu ramai juga yang tidak menyedari akan kesilapan tahun yang disebut oleh Najib itu dan ramai yang mula menyedarinya bilamana perkara ini dimainkan oleh kebanyakkan Blog Pro Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun pihak TV3 yang menyiarkan rakaman tersebut masih cuba untuk menyelamatkan Najib dan dalam masa yang sama cuba memperbodohkan rakyat yang sumber maklumatnya hanyalah Utusan dan TV3 sahaja..

Untuk tujuan itu TV3 telah memotong tahun yang disebut oleh Najib ketika mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen.. ~anak sungai derhaka




Iklan C (ii)




Tiada ulasan: