Isnin, 29 April 2013

Addin

Addin


Blogger Milo Suam Di Buru Polis

Posted: 29 Apr 2013 09:00 AM PDT

Pemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) pantas mengesan perbuatan menyebarkan khabar angin di media cetak dan elektronik menerusi Unit Pelan Tindakan Media Bersepadu (RMP-IMAP), yang ditubuh setahun lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata unit itu mempunyai anggota yang bertugas 24 jam bagi memantau dan mengesan maklumat tidak benar yang disebar di Internet.

"RMP-IMAP bekerjasama dengan semua jabatan di PDRM untuk menangkis dakwaan yang boleh mencemarkan imej PDRM sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik, termasuk laman sosial," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini. 

Beliau berkata maklumat tidak sahih yang dipapar dalam media berkenaan dirujuk ke bahagian tertentu dalam PDRM untuk disiasat.

Syed Ismail berkata unit itu juga mengesan pemilik blog Milo Suam yang didapati menyebar maklumat tidak benar dengan mendakwa anggota PDRM mengundi lebih awal.

Pemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan. ~bernama

Addin :

Kepada blogger Milo Suam, diharap tabah menghadapi saat-saat getir sekarang. Diharap pemimpin PR dapat memberi bantuan seberapa segera. Tunjukkan solidariti kita ketika berhadapan kekejaman pemerintahan Umno BN.



Iklan C (ii)

 


Mahathir Optimis Pakatan Rakyat Tawan Putrajaya?

Posted: 29 Apr 2013 07:17 AM PDT

PUTRAJAYA: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang calon PAS Datuk Husam Musa bertubi-tubi di ceramahnya semalam memberi petunjuk bahawa Putrajaya dalam bahaya buat BN.

"Saya datang sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, tentukan Husam dikalahkan dengan teruk sekali," kata Dr Mahathir ketika berceramah di Presint 9, Putrajaya kelmarin bertajuk Pertahankan Putrajaya.

Dalam ucapannya juga semalam, Mahathir dengan angkuhnya merendah-rendahkan Husam dengan berkata;

"Balik betulkan Kelantan dahulu. Kalau dah berjaya baru mohon izin untuk bekerja di Putrajaya. Kalau dia nak jual goreng pisang pun saya benar. Itu latihan terbaik untuk jadi PM, bagi kuali,minyak kelapa dah pandai baru bercita-cita jadi PM.

"Sebelum daripada itu duduk diam-diamlah di Kelantan, itu tempat tinggal kamu. Tiru presint-presint di Putrajaya ini. Buat pejabat-penjabat dan rumah yang baik di Kelantan, Selepas itu baru minta kerja di Putrajaya," kata Mahathir.

Mahathir terlupa, jikalau bukan kerajaan pusat menyekat duit royalti pada Kelantan, sudah pasti Kelantan hari ini jauh terkehadapan berbanding mana-mana negeri BN.

Persoalan yang terpenting yang perlu dibaca daripada cacian Mahathir ialah; jika Putrajaya kubu kuat Umno BN, mengapa ada terlintas di fikiran Mahathir bahawa Putrajaya akan jatuh kepada "orang yang tak sepatutnya."

Pertanding di P125-Putrajaya ini adalah antara Husam dan calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kedua-duanya bukan berasal daripada Putrajaya. Tengku Adnan berasal daripada Melaka.

Kedua-duanya bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Jadi apa kriteria "orang yang tak sepatutnya" bagi Mahathir.

"Bagi Mahathir, Putrajaya adalah jantungnya. Bayangkan di umur 87, beliau terpaksa menerima hakikat bahawa jantungnya akan jatuh ke tangan PAS enam hari lagi. Pastilah gelabah," kata satu sumber Umno kepada Harakahdaily.

"Saya di program Mahathir. Kemudian saya mengikuti ceramah Husam selepas balik ke rumah di ustream. Nampaknya Mahathir tersilap langkah lagi. Husam menjual idea, gambaran masa depan yang lebih baik, Mahathir masih menjual nilai kebencian dan mencaci pada Husam. Orang muda dah tak suka benda itu," kata sumber Umno itu lagi.

Tapi, bagi beliau, taktik Mahathir dan BN memang sudah dijangka.

"Selain mencaci dan lucah, apa lagi yang BN mampu main? Manifesto hancur. Janji Ditepati hancur. BR1M sudah tak berkesan. Yang tinggal hanya populariti Najib, itupun sudah dipintas Anwar. 6 hari terakhir ini, BN bakal 'mengganas' seperti orang yang hampir lemas, PR kena bersedia," nasihat beliau.

Selepas Mahathir, kata sumber Umno itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak akan turun padang menyelamatkan Putrajaya. Husam, katanya, harus berdepan dengan serangan Najib pula.

"Saya dengar mereka sedang merancang satu drama untuk mendapatkan undi simpati pada Najib pada saat-saat akhir kempen. PR kena bersedia dengan segala kemungkinan," nasihat beliau lagi, sambil menasihatkan Harakahdaily untuk membaca semula insiden yang melanda bekas Presiden Taiwan Chen Shui Bian di 2004 sehari sebelum pilihanraya. ~harakahdaily




Iklan C (ii)


Majlis Profesor Negara Yakin BN Tumbang Kali Ini?

Posted: 29 Apr 2013 04:07 AM PDT


KUALA LUMPUR: Kebimbangan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan kerajaan sampai ke kemuncaknya apabila Majlis Profesor Negara mengadakan mesyuarat tergempar di Putrajaya.

Menurut Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam tulisannya, seorang rakannya dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaklumkan hal ini kepada beliau.

"Semalam, seorang kawan di UKM telefon, beritahu Majlis Profesor Negara bermesyuarat tergempar di Putrajaya, ekoran situasi bayangan membimbangkan bakal melucutkan takhta BN," tulis Lutfi dalam kolumnya di Harakahdaily.

Beberapa hari sebelum itu, tulis Lutfi, pensyarah kanan UKM, Profesor Dr Mohamad Agus Yusoff juga melahirkan keyakinan BN akan tumbang kali ini.

"Semasa saya mengunjunginya di Bandar Baru Bangi juga melahirkan keyakinan sama," tulis Lutfi.

"Khabarnya banyak lagi meeting serupa semalam di Putrajaya, bincang isu sama," tulis Lutfi lagi. ~harakahdaily




Iklan C (ii)


Panas!! 10 Ribu Hadiri Ceramah Zulkifli Noordin Di Bukit Jelutong

Posted: 29 Apr 2013 03:00 AM PDT


Ceramah calon mesra BN Parlimen Shah Alam, Zulkifli Noordin di Bukit Jelutong bersama calon Dun Kota Anggerik telah di sambut hambar oleh masyarakat Bukit Jelutong.

Ceramah sekitar jam 9 malam ini langsung tidak mendapat sambutan masyarakat di Bukit Jelutong. Jikalau macam inilah sambutannya, Zulkifli Noordin boleh berkira-kira untuk mengemas barang-barangnya

Mood rakyat sekarang mahu perubahan, di merata-rata tempat rakyat ceritakan pasal perubahan. Sekiranya beginilah sambutan setiap ceramah Umno BN, mereka menghadapi situasi paling getir sejak merdeka.

Sekiranya di perhatikan gambar ni, 50 orang pun tak sampai. Maka Umno BN bersiap sedialah untuk menjadi parti pembangkang yang baru di Malaysia.



Iklan C (ii)


Ribuan Kerusi Serbu Ceramah Shahrir Samad Di JB.. Saksikanlah!!

Posted: 28 Apr 2013 10:53 PM PDT


Di saat-saat penolakan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) makin ketara, hanya ada satu nama besar yang dijangka akan 'terselamat' kerana ceramah yang dianjurkan ternyata mendapat 'sambutan hebat' berbanding dengan calon KEADILAN yang mewakili Pakatan Rakyat!

Calon BN bagi kerusi parlimen Johor Bharu, Shahrir Abdul Samad berucap dalam satu majlis dengan dewan yang hampir kosong apabila hanya kurang 100 sahaja penduduk Cina dari Taman Century di Johor Bharu yang hadir semalam.

Shahrir yang merupakan ahli parlimen di kawasan yang dikenali sebagai "sting garden" oleh penduduk temapatan sejak enam penggal itu juga dilihat gagal menarik kelompok masyarakat Cina dalam program anjuran parti komponen BN, Gerakan.

Malah, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, yang dijadualkan akan berada di sana, juga tidak muncul.

Program yang dijalankan di Dewan Persatuan Wushu Hua Tiong itu turut menyaksikan kerusi kosong gagal dipenuhkan walaupun penganjur turut menyediakan jamuan bagi hadirin.

Shahrir ketika berucap di hadapan majoriti masyarakat cina yang berusia itu turut menjelaskan kemasukan Pakatan Rakyat terutamanya DAP di Johor akan mengubah budaya masyarakat berbilang kaum di negeri kubu kuat BN itu.

"Orang luar datang kata Umno rasis dan tiada pandangan seimbang ... dan yang cakap ini DAP, mereka bukan mahu undi orang Melayu, tetapi mahu jadi suara orang Cina, itu pandangan yang racial," kata Shahrir yang pernah memenangi kerusi parlimen itunatas tiket calon bebas selepas meletakkan jawatan sebagai protes kepada perdana menteri ketika itu Mahathir Mohamad pada 1988 malam tadi.

"Sebagai orang Johor saya ingin menyatakan kita diajar untuk membuat keputusan. Sama ada kita Melayu Cina, India ... cara sebagai orang Johor mahu kita teruskan atau orang seperti Kit Siang akan bawa keadaan lain," katanya, merujuk kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Jelas Shahrir, cara yang dibawa pemimpin veteran DAP itu bukanlah cara masyarakat Johor, kerana rakyat berbilang kaum di negeri itu mengamalkan kaedah komuniti berbincang dengan kerajaan tanpa melibatkan retorik politik.

Shahrir yang memenangi kerusi berkenaan pada 2008 dengan majoriti 43,143 undi kali ini akan menentang pesara tentera, calon KEADILAN, Jeneral (B) Md Hashim Hussein.

Hashim merupakan anak jati Kempas, Johor dan merupakan bekas tentera yang pernah berkhidmat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di serata dunia serta berjanji akan meningkatkan mutu dan taraf hidup anggota tentera ekoran kehidupan mereka kini dakwanya tidak dibela kerajaan.

"Ini soal kita harus fikir benar-benar kerana ia tentunya keputusan dan persoalan yang begitu besar.

"Selama ini tiada masalah yang kita tidak boleh selesaikan. Tiada rintangan menyekat kemajuan kita ke depan," katanya, dan menambah, "kita mahu ubah kepada keadaan yang kita tak tahu untung atau rugi."

Kerusi parilmen Johor Bahru mempunyai sejumlah 96,515 pengundi berdaftar dengan masyarakat Melayu membentuk 51 peratus, Cina 43 peratus atau 41,501, dan baki lima peratus adalah India.

Selepas majlis selesai, Shahrir ketika dalam perjalanan menuju ke kenderaannya turut kedengaran memberi teguran kepada penganjur program itu.

"Lain kali nak organise (anjur), organise betul-betul".

Ternyata nada kecewa sahaja dikeluarkan Shahir petanda BN kini memang dalam bahaya, bukan setakat di parlimen yang dikatakan kubu kuatnya sejak zaman berzaman tetapi merebak ke seluruh negara.

Johor yang merupakan kubu kuat BN juga diancam dengan kehadiran tokoh besar seperti Lim Kit Siang dari DAP dan Salahuddin Ayub dari PAS.

Johor juga merupakan negeri di mana Umno dilahirkan pada 1946 di Istana Besar di tengah bandaraya itu. ~jalan pulang



Iklan C (ii)


(Gambar) 200 Ribu Hadir Ke Ceramah Mahathir Di Putrajaya

Posted: 28 Apr 2013 08:13 PM PDT


Hebat!! inilah keadaan sebenar di presint 9 ketika ceramah BN baru-baru ini yang terpaksa menjemput Mahathir untuk menarik pengundi Putrajaya, namun yang malangnya umum mengetahui kakitangan kerajaan memang telah menolak kerajaan korup Umno BN.

Kehadiran ke ceramah mahathir anjuran Umno BN nampak hebat bila gambar di ambil dari bahagian depan. Tapi jangan tertipu, lihatlah gambar di belakang ni.. anda nilailah sendiri berapa jumlahnya.







Iklan C (ii)


Tiada ulasan: