Addin |
- (Gambar) Ribuan Sambut Anwar Di Tawau, Sabah..
- Faizal Tahir Belasah Norman KRU
- Puluhan Cawangan Umno Akan Di Bubarkan?
- Panas!! 80% Pemimpin Umno Cabut Lari Ke Singapura?
- Rupanya Cara Ni Najib Menang Setiap Kali Pilihanraya..
- Punca Sebenar Muhammad Taib Tinggalkan Umno Tersebar
(Gambar) Ribuan Sambut Anwar Di Tawau, Sabah.. Posted: 28 Apr 2013 09:35 AM PDT |
Faizal Tahir Belasah Norman KRU Posted: 28 Apr 2013 08:02 AM PDT Faizal Tahir hari ini telah membelasah Norman KRU apabila, Norman kru yang di percayai telah menulis di twitternya, seolah tidak percaya kepada rezeki yang datang dari Allah S.W.T tetapi dari pemerintah Umno. Inilah keruntuhan akidah yang di alami oleh sesetengah penyokong tegar Umno BN yang mempercayai rezeki dari mereka tetapi bukan telah di tetapkan oleh Allah S.W.T. Buat Norman, semoga insaf dan bertaubat kerana masih belum terlambat. Kepada Faizal Tahir tahniah kerana berani menyatakan kebenaran.. ALLAHU AKHBAR!! |
Puluhan Cawangan Umno Akan Di Bubarkan? Posted: 28 Apr 2013 06:00 AM PDT Berita yang mengatakan UMNO akan menghadapi masalah besar dalam sehari dua ini telah saya dengar seminggu dulu. Semalam saya mendengar pula banyak cawangan UMNO akan dibubarkan di Selangor terutamanya akan berlaku dalam tempoh yang terdekat ini. Jika benar berita ini ia tidak mengejutkan kerana saya telah menyebutnya setahun dahulu tetapi tidak pula menyangka yang keadaannya sampai ketahap membubarkan cawangan-cawangannya. Saya selalu memberikan komen tentang hasrat Najib dan Muhyiddin yang kali ini UMNO akan menurunkan calon-calon yang 'winnable'. Blog ini selalunya menyatakan yang mana mungkin UMNO boleh menurunkan calon yang 'winnable' sedangkan UMNO itu sendiri sudah tidak 'winnable' lagi. UMNO tidak 'winnable' lagi kerana pimpinannya tidak 'winnable'. Jika kita lihat di Selangor, pemimpin yang sibuk untuk mengambil alih kerajaan PKR ini adalah pemimpin yang sama yang telah di tolak oleh rakyat Selangor dalam pilihanraya lalu. Tidak nampak ada pimpinan baru yang boleh meyakinkan rakyat Selangor. Malahan pimpinan UMNO Selangor telah kehilangan hidayah samasekali dengan meminta Zulkifli Nordin sebagai calon bagi kawasan elit Shah Alam dan ini sekali gus menjadikan orang ramai tidak lagi yakin terhadap kewibawaan UMNO Selangor itu. Penyertaan Zulkifli Nordin itu bukan sahaja menjatuhkan imej UMNO itu di Selangor tetapi menjatuhkan keyakinan ramai terhadap UMNO di seluruh negara. Itu belum di tambah lagi dengan isu yang berlaku di Pasir Mas dalam mana UMNO sendiri telah berperanan untuk meletakkan Ibrahim Ali sebagai calon UMNO malalui pencalonan bebas di sana. Semakin hampir kepada plihanraya semakin banyak perkara yang buruk dihadapi oleh UMNO itu. Di sebaliknya pihak PAS telah mendapat lonjakkan yang besar di Selangor dengan penyertaan TS Muhammad Taib dalam PAS yang sekali gus meninggalkan UMNO buat selama-lamanya. UMNO telah mengabaikan ramai pimpinan kerana ramai pimpinan yang tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan tidak di indahkan oleh UMNO. Semangat PAS dan rakan Pakatan telah naik mendadak dengan penyertaan Muhammad Taib. Jika berita banyak cawangan UMNO akan di bubarkan di Selangor itu terjadi dalam masa yang terdekat ini, ia tentunya sedikit sebanyak kerana pengaruh Muhammad Taib itu tadi. Itulah keadaan sebenarnya walaupun cuba diselindungi oleh UMNO sendiri. Keadaan ini telah menyebabkan UMNO itu tidak mungkin berjaya meletakkan calon 'winnable' dalam pilihanraya kali ini kerana UMNO itu sendiri bukan parti yang 'winnable'. Apa yang dihadapi UMNO sekarang ini bermula tiga puluh tahun dahulu. Penyakitnya sudah berada dalam parti itu sejak itu dan penyakit itu beransur-ansur merebak keseluruh tubuh UMNO itu sendiri sehinggakan ia sudah melumpuhkan seluruh tubuh parti itu. Sejak hampir tiga dekad dahulu saya mengkritik dari dalam kerana di setiap peringkat pemimpin-pemimpin yang 'winnable' telah dihapuskan oleh sistem berparti yang di mulakan oleh Dr Mahathir. Ramai pimpinan UMNO di peringkat Bahagian telah di ketepikan dan hasilnya UMNO terpaksa memilih calon-calon 'winnable' dari kumpulan pemimpin yang tidak 'winnable' dalam sebuah parti yang sudah lama tidak 'winnable' lagi. Rupa-rupanya kami terpaksa mengambil masa hampir 30 tahun untuk membuktikan kebenaran ini. Bagi ahli-ahli UMNO yang sedar, dan sebagai orang Melayu saudara-saudari sekelian wajar memberikan dukungan kepada PAS kerana PAS sahajalah yang ada sebagai pilihan kepada orang Melayu sekarang ini. Kewajaran orang Melayu untuk beramai-ramai memberikan sokongan kepada PAS itu tidak boleh dinafikan oleh sesiapa kecuali mereka yang sudah hilang segala hidayah politik mereka. PAS sahajalah nampaknya sampai kesaat ini membuktikan segala janji-janjinya di tepati. Yang lain itu mungkin masih bergelumang dengan masalah-masalah masing-masing, dari masalah berebut-rebut jawatan kerana masih mempunyai DNA UMNO itu, dan masalah parti yang masih rasis yang masih tidak dapat di pecahkan dalam 'mind-set' mereka. Oleh kerana yang lain itu masih dengan cara mereka yang lama maka rakyat harus memilih parti yang sudah benar-benar terbuka untuk perubahan yang di mahukan oleh rakyat sekarang ini. ~aspan alias |
Panas!! 80% Pemimpin Umno Cabut Lari Ke Singapura? Posted: 28 Apr 2013 03:51 AM PDT Nampaknya kedudukan Umno dan Barisan Nasional (BN) kian hari kian tenat walaupun baru seminggu tempoh berkempen serta disogokkan dengan projek haram penghantaran ribuan pendatang asing Bangladesh dan Nepal dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung yang sudah bermula sejak tiga hari lalu. Sumber yang rapat dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan bahawa sebaik sahaja pusat pengundian ditutup di seluruh negara jam 5 petang, hampir 80 peratus pemimpin Umno dan BN sudah bersedia untuk menyeberang sempadan negara dan 'berkubu' di beberapa hotel mewah di Singapura. Menurut maklumat tersebut, pemimpin Umno dan BN ini akan menggunakan laluan udara dari lapangan terbang di negeri masing-masing kerana kebiasaanya laluan trafik dari Tambak Johor ke Woodlands dan LinKedua dari Gelang Patah menuju Tuas di republik itu pada hari Ahad sangat sesak ekoran cuti hujung minggu di kedua-dua negara. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah memastikan apa saja keputusan pilihanraya umum diumumkan, sama ada BN menang atau kalah, mereka sudah berada selamat bersama isteri dan anak masing-masing yang terlebih awal tiba sambil menekup muka dengan bantal sekiranya tewas teruk di kawasan masing-masing. Kesemua mereka akan memperolehi keputusan pilihanraya dari republik itu berdasarkan maklumat sulit dari sumber polis dan tentera menggunakan 'talian selamat' lebih awal dari yang disiarkan di televisyen dan radio kawalan rejim mereka sendiri. Sekurang-kurangnya mereka dikatakan 'terlepas' dari 'tangkapan' yang kononnya akan dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat sebaik sahaja jumlah kerusi yang dimenangi pakatan itu disahkan melepasi angka 112 sekaligus membentuk kerajaan persekutuan yang baru. Sumber tersebut juga memberitahu kakitangan JPM diarahkan supaya tidak dibenarkan masuk pada hari pengundian iaitu Ahad, 5 Mei dan hari seterusnya sementara urusan berkaitan kerja yang tidak mustahak atau kerja lebih masa yang sudah diluluskan, dibatalkan sehingga diberitahu kelak. Dipercayai beberapa kakitangan yang rapat dengan bekas perdana menteri, Najib Razak sedia melakukan apa sahaja pada hari itu termasuk membakar atau menghapuskan dokumen penting seperti kertas cadangan projek untuk kroni, laporan kewangan sulit perbendaharaan dan bukti penting kerajaan persekutuan seperti mana yang pernah dialami kerajaan Selangor apabila BN tumbang pada awal pagi 9 Mac 2008. Khir Toyo dan pegawai yang menjadi balacinya dikaitkan dengan pemusnahan puluhan dokumen penting kerajaan negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam sebaik mengetahui Pakatan Rakyat memperolehi majoriti mudah 28 kerusi di DUN Selangor. Berbalik kepada perkembangan pemimpin BN yang cuba melarikan diri ke Temasek, sumber memberitahu suite eksklusif di beberapa hotel mewah seperti The Ritz-Carlton Milenia, Hotel Singapore, Marina Bay Sands, Raffles Hotel dan Mandarin Oriental sudah habis ditempah pada 5 dan 6 Mei, malah ada di antaranya sudah pun habis seawal 3 Mei lagi. Walaupun pihak hotel terbabit tidak dapat memberikan maklumat lanjut kerana ia bertentangan dengan polisi dan kerahsiaan tetamu, ia mengesahkan adanya perancangan pemimpin Umno dan BN untuk lari ke luar negara melalui Singapura sebelum terbang ke destinasi pilihan di negara ketiga seperti Australia, United Kingdom atau Amerika Syarikat. Hasil semakan dalam laman web beberapa hotel bertaraf lima bintang di republik itu mendapati beberapa bilik mewah sudah penuh ditempah walaupun cuti persekolahan hanya akan bermula akhir bulan depan. Pihak kami di Singapura termasuk yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dan Lapangan Terbang Seletar memaklumkan mereka sedang memerhatikan dan memantau pergerakan pesawat peribadi atau jet mewah yang dilihat mencurigakan yang berada di lapangan terbang tersebut dan proses tersebut sedang dibuat secara rahsia tanpa diketahui sesiapa. Pada 21 Mac lalu, bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi amaran kepada semua pemimpin BN supaya tidak cuba lari ke luar negara sebaik keputusan pilihanraya diumumkan berpihak kepada Pakatan Rakyat. "Sebaik sahaja kita tawan Putrajaya, 'Perdana Menteri' baru, Anwar Ibrahim akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang seluruh negara supaya jet peribadi tidak dibenarkan membuat penerbangan ke mana-mana destinasi," tegas Setiausaha Agung DAP itu pada majlis perasmian pusat khidmat rakyat parti itu di Puchong, Selangor. Senarai operator jet dan pesawat peribadi yang terdapat di lapangan terbang di Singapura. "Kita tidak mahu 'mereka-mereka' ini bawa lari dan bakar fail, PM baru akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang, jet peribadi tidak boleh terbang sebaik sahaja Pakatan Rakyat diumum dapat tawan Putrajaya. "Arahan akan keluar juga di sebuah daerah di Sarawak kerana di sana banyak jet peribadi, tidak boleh terbang kecuali dapat kebenaran 'kerajaan baru' Malaysia," katanya. Malah, Naib Presiden PAS, Husam Musa turut membayangkan, pihak istana akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seawal jam 10 malam pada hari pilihanraya nanti. "Ketika itu, Najib dan Mahathir Mohamad sibuk untuk meninggalkan negara kerana bimbang dengan kesalahan masa lalu mereka. "Manakala rakyat keseluruhannya menyambut perubahan kerajaan dengan gembira," kata Husam dalam satu majlis bersama jentera pilihanraya PAS di Kota Bharu pada 18 Disember tahun lalu. Senario ini disebut sekali lagi oleh Husam yang juga Pengarah 'Roadmap to Putrajaya' PAS ini para pemberita selepas majlis tersebut selesai. |
Rupanya Cara Ni Najib Menang Setiap Kali Pilihanraya.. Posted: 28 Apr 2013 12:19 AM PDT PEKAN 27 APRIL: Calon KEADILAN Pekan, Fariz Musa mendedahkan, ribuan pendatang asing dari Myanmar dan Kemboja dikesan menetap di Pekan dan mendapat pelbagai hak keistimewaan melebihi penduduk tempatan. Katanya, penemuan ini amat mengejutkan kerana berlaku dalam parlimen yang dikuasai sekian lama oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak. "Di Kampung Sungai Miang sebagai contoh, ramai warga Myanmar di situ mendapat hak keistimewaan daripada kerajaan seperti rumah, lot tanah untuk bertani dan paling dikesali pemberian kad pengenalan untuk mereka mengundi. "Jika ada pendatang ini beragama Islam, setiap bulan akan diberikan zakat sebanyak RM600 dan kelebihan seperti ini tidak diterima oleh penduduk Pekan yang beragama Islam dan Bumiputera," katanya kepada Keadilan Daily. i Tambah Koordinator NGO Jingga 13 itu, ketika di Merchong, beliau bertemu seorang warga emas lingkungan 60 tahun dalam sebuah rumah yang uzur tanpa bekalan air dan elektrik. "Saya diberitahu, beliau hanya mendapatkan air dari longkang dan parit untuk kegunaan seharian dan sebenarnya masih ramai lagi penduduk Pekan mengalami kedaifan serupa. "Menurut mangsa, caj deposit lebih RM1,000 yang dikenakan untuknya mendapat bekalan elektrik sangat jelas tidak mampu dibayar," kata Fariz.Dalam perkembangan berkaitan, Fariz menyatakan, wujud isu warga emas lain yang dinafikan hak mendapatkan bantuan kebajikan kerana bukan ahli Umno. ~keadilandaily |
Punca Sebenar Muhammad Taib Tinggalkan Umno Tersebar Posted: 27 Apr 2013 06:00 PM PDT Kewujudan kumpulan pendesak seperti PERKASA menunjukkan bahawa Umno telah gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada orang Melayu, kata bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Muhammad, yang menyertai PAS Isnin lalu berkata pada masa lalu, Umno tidak pernah memerlukan "samseng" untuk membantu perjuangannya dan parti itu telah menyimpang daripada perjuangannya. Sekarang, tambahnya, Umno perlukan Datuk Seri Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan kumpulan-kumpulan pelampau untuk memberi tekanan. Menurutnya, selepas 60 tahun, Umno sepatutnya mampu untuk mencapai sasaran 30 peratus ekuiti orang Melayu, meningkatkan tahap pendidikan (orang Melayu) kedudukan wanita. Tetapi kini ia memerlukan kumpulan pendesak untuk melakukannya," kata Muhamad di hadapan kira-kira 100 hadirin di majlis ceramah calon PKR Parlimen Batu, Tian Chua petang ini. Muhammad berkata beliau tidak memahami logik meminta bantuan kumpulan pendesak sedangkan mendakwa mendapat sokongan daripada satu juta penjawat awam. ~ mkini |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan