Selasa, 23 April 2013

Addin

Addin


Umno Kedah Bakal Cantas Muhkriz.. Ini Buktinya

Posted: 23 Apr 2013 09:12 AM PDT


Maklumat terbaru sampai ke tangan saya tepat jam 7.47 malam tadi. Pengirim emel yang enggan namanya disiarkan memberitahu gerakan untuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN) DUN Ayer Hitam, Mukhriz Mahathir sedang giat dirancang rapi beberapa pemimpin Umno Kedah sendiri.

Enggan memberitahu siapakah mereka yang menjadi dalang di sebalik gerakan tersebut, dia juga memberitahu satu mesyuarat rahsia peringkat negeri dihadiri beberapa pemimpin Umno yang tidak suka kepada Mukhriz akan dibuat dalam masa terdekat.

Apabila team Jalan Pulang membalas emel berkenaan bertanyakan butiran lanjut serta di mana pertemuan itu diadakan, balasan dari si pengirim ini setakat ini belum dapat diterima.

Antara tulisan pengirim emel tersebut yang boleh disiarkan adalah seperti berikut:


"Salam tuan punya blog Jalan Pulang. Saya ingin memberitahu sesuatu maklumat penting berkenaan calon Dun Ayer Hitam yang juga anak Mahathir.

Dalam pengetahuan saya, beberapa pemimpin UMNO negeri Kedah termasuk ketua bahagian yang tidak sebulu dengan Muhkriz dipercayai akan membuat satu mesyuarat tergempar bagaimana mahu menewaskannya di duntersebut.

Sebagaimana yang kita tahu, dun Ayer Hitam ini merupakan kubu kuat Pas tetapi nama Mukhriz yang sepatutnya berada di dun Kuah telah dipindahkan di saat akhir semasa bapanya, bekas perdana menteri yang kita kasihi,Mahathir sedang berada di London menziarahi mendiang bekas pm Tatcher.

Saya merayu supaya tuan dapat melakukan sesuatu keranamaklumat yang sampai ke tangan saya akan memastikan Mukhriz dimalukan bagi memberi pengajaran kepada Mahathir supayanjangan mencampuri urusan Umno.

Kalau tuan hendak tahu, UMNO Kedah kini bermasalah kerana ada dua kem iaitu Mukhriz dan Mat Bashah yang memang menjadi pengikut setia PM kita Najib Tun Razak.

Saya panjangkan maklumat ini kepada tuan agar dapat melakukan sesuatu sebelum terlambat.

Saya akui semua maklumat yang saya berikan adalah benar setakat pengetahuan saya sebagai ahli UMNO yang sayangkan Mahathir kerana dia adalah idola saya.

Saya harap nama saya tidak disiarkan sebagai keselamatan kerana maklumat ini rahsia dan hanya diketahui beberapa orang saja.

Sekian, wassalam.

Yang benar, ahlI UMNO Anak Bukit."

- Received : cheannst@gmail.com 23 April 2013 19:47


Dari emel di atas, ada beberapa maklumat yang mengesahkan spekulasi sebelum ini:

1) Mukhriz memang akan diletakkan sama ada di DUN Kota Siputeh atau DUN Kuah dan bukannya DUN Ayer Hitam. Ini bermaksud pemimpin Umno sendiri yang mengkehendaki Mukhriz dimatikan kariernya secara senyap.

2) Senarai nama yang diumumkan Najib memang bukan dari cadangan Mahathir. Nama mereka diumum ketika Mahathir ke London selama tiga hari mewakili Malaysia ke upacara pengkebumian bekas perdana menteri Britain, Margaret Tahtcher.

3) Mat Bashah atau nama sebenarnya Ahmad Bashah Md Hanipah merupakan bos Umno negeri tetapi Muhkriz merupakan timbalannya di Kedah. Calon DUN Bakar Bata ini diketahui tidak mahu Muhkriz menang di DUN Ayer Hitam dan sebab itulah namanya diletakkan di kubu kuat PAS bagi memudahkan Mukhriz dipancung, bukan setakat pengundi tidak mengundinya tetapi Umno sendiri akan memastikan dia kalah.

4) Sekiranya kalah, ini bermakna peluang Ahmad Bashah untuk menjadi menteri besar cerah kerana Muhkriz sudah tiada tempat dalam barisan kepimpinan Umno negeri, itu pun jika Umno dapat merampas semula negeri ini.

Bekas pengerusi MARA, Tamrin Ghaffar juga seakan mengetahui situasi sulit yang dialami Muhkriz dan Mahathir sendiri.

Disebabkan itu, Tamrin menjangkakan banyak kerusi parlimen yang dimenangi BN sebelum ini akan kecundang ke tangan Pakatan Rakyat.

Beliau turut meramalkan tindakan BN yang memindahkan Mukhriz Mahathir daripada Parlimen Jerlun ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam sebenarnya ingin membunuh karier politik anak BEKAS Perdana Menteri itu.

"Sepatutnya kerusi yang selamat untuk Mukhriz adalah DUN Kuah di Langkawi kerana ada sentimen Mahathir yang telah membangunkan Langkawi.

"Kawasan Jitra (Kayu Hitam) itu kawasan kuat PAS. Dua PRU yang lalu PAS menang.

"Memang ada unsur cubaan nak pekena dia sebab ada kumpulan lain yang nak jadi Menteri Besar juga," katanya.

Dalam sidang media bersama bekas menteri besar Selangor, Muhammad Muhd Taib di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Tamrin juga menyeru supaya ahli Umno keluar dan menyertai Pakatan Rakyat kerana Umno sudah tidak boleh diharapkan untuk membela nasib orang Melayu dan agama Islam.

Secara peribadi, saya masih lagi menanti balasan pengirim emel yang hanya menyatakan namanya sebagai "ahli UMNO Anak Bukit" itu.

Jika ada perkembangan lanjut, in sha Allah saya akan kongsikan kepada semua pembaca. ~jalan pulang



Iklan C (ii)



Selepas Zul Kulim Di Cium India, 104 Ahli MIC Shah Alam Keluar Parti

Posted: 23 Apr 2013 06:34 AM PDT


KUALA LUMPUR:Selepas media BN menyiarkan gambar seorang lelaki India mencium calon BN Shah Alam, Zulkifli Nordin, Naib pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 pengikutnya keluar meninggalkan MIC.


(Seorang India berpakaian BN mencium Zulkifli Nordin. Kesannya, Naib Pengerusi MIC Shah Alam bersama 104 pengikutnya keluar MIC)

Ia dibuat sebagai tanda bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana meletakkan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam.

Perkembangan terbaru ini memberi tamparan hebat kepada BN terutamanya dalam misi untuk merampas negeri Selangor dan pemimpin utama MIC S Vell Paari juga pernah memberikan amaran sama sebelum ini, lapor The Malaysian Insider.

"Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti... seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama," kata Supayah apabila dihubungi laman itu.
Supayah yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MIC Shah Alam sejak 2009 juga memberikan tiga alasan mengambil langkah keluar parti, salah satu sebab utamanya adalah kerana faktor pengumuman

Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam.

"Sebab pertama adalah kerana meletak calon Perkasa Zulkifli Noordin, dia sebelum ini telah menghina masyarakat India dan penganut agama Hindu.

"Bukankah itu jelas penghinaan?" kata Supayah lagi. 

Faktor kedua yang menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut adalah kerana tindakan Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Mohd Zin memijak kepala lembu pada tahun 2009 disamping tindakan calon BN Che Johan Che Pa di Pasir Mas yang memberikan laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut.

Zulkifli Nordin adalah Naib Presiden Perkasa.

Sebelum ini tersebar video beliau menghina tuhan orang India yang beragama Hindu.

Di Pasir Mas pula, Datuk Ibrahim Ali bertanding sebagai calon bebas selepas namanya tidak terpilih sebagai calon BN.

Ketika Umno memecat 61 pemimpinnya kerana bertanding calon bebas, calon BN di Pasir Mas tiba-tiba tidak memfailkan namanya di hari penamaan calon.

Ibrahim telah merayu kepada Umno supaya tidak bertindak ke atas Che Johan Che, Naib Ketua Umno Bahagian Pasir Mas kerana tidak memfailkan namanya sebagai calon BN di situ.



Iklan C (ii)



SPR Pembohong!! Polis Mula Mengundi Hari Ini?

Posted: 23 Apr 2013 06:26 AM PDT


Anggota Polis diarahkan mengundi hari ini.. Kegilaan apakah ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).


Berikut mesej yang dihantar oleh beliau:

Salam admin, minta jasa baik admin ambil berat apa yang saya ingin sampaikan ni.. Hari ni telah bermula undi pos bg anggota PDRM,di sini saya nak bagitau beberapa perkara

1) Undi pos sepatutnya bermula 3 hari awal dari undi awam tapi skrg ni baru berapa hari bulan?

2) Undi tnpa ada pemerhati dari spr,hnya kantung undi sahaja yang ada

3) Kertas undi ada no siri

4) Sebelum pangkah undi, terdapat borang yang sudah tertera nama pengundi beserta no ic dan no siri yang sama dengan kertas undi

5) Borang tersebut dimasukkan bersama kertas undi ke dalam sampul sebelum digam dan dimasukkan ke kantung undi

6) Undi tak rahsia langsung, siap ada no siri, kawan-kawan ada kiri kanan, bersepah2 undi.. tiada tmpat khas utk mengundi!!

Harap admin dpt sebarkan n bangkitkn perkara ni,n dpt segera sampaikn ke pucuk pimpinan PR,mintak tolong sgt2..

Beliau turut mendedahkan bukti kertas undi...

Ayuh tumbangkan penipuan..~jahar





Iklan C (ii)



Calon BN Dapat Konsesi Bina UiTM RM1.3 Bilion

Posted: 23 Apr 2013 02:36 AM PDT

PETALING JAYA 23 APRIL: Calon BN Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Rahman didapati menerima anugerah konsesi RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, Perak, walaupun syarikat milik beliau, Detik Utuh Sdn Bhd bukanlah syarikat pembinaan yang aktif dan mempunyai rekod prestasi yang baik. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan demikian pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Di bawah pendedahan penuh Rafizi mengenai projek kontroversi itu:

Datuk Seri Najib Razak berjanji bahawa calon-calon Barisan Nasional dalam PRU13 ini benar-benar ditapis agar mereka mempunyai rekod cemerlang yang bebas dari rasuah, atau anugerah projek yang diragukan.

Pemilihan calon BN terus menjadi kontroversi sehingga menyebabkan ramai pimpinan Umno Barisan Nasional sendiri tidak puas hati dan mengambil tindakan keluar parti.

Terbaru, Datuk Kamillia Ibrahim menyertai seramai 61 orang anggota Umno yang telah dipecat kerana bertanding bebas.

Di kerusi Parlimen Pandan pun, lawan saya (Gary Lim) masih bergelumang untuk membersihkan namanya yang dituduh melanggar etika dan peraturan guaman sehingga bekas majikannya sendiri membuat satu laporan polis terhadap beliau.

Seperti yang dijanjikan, KEADILAN terus meneliti calon-calon BN untuk meneliti sendiri kredibiliti mereka seperti yang diwar-warkan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Salah seorang yang diteliti adalah Datuk Tajuddin Rahman, calon BN bagi Parlimen Pasir Salak yang didapati menerima anugerah konsesi RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, walaupun syarikat miliknya (Detik Utuh Sdn Bhd) bukanlah syarikat pembinaan yang aktif dan mempunyai rekod prestasi yang baik.

 Sebahagian bukti dokumen syarikat milik Tajuddin

Merujuk kepada pengumuman yang dibuat kepada Bursa Malaysia (rujuk Lampiran A), rakan kongsi yang juga merupakan syarikat pembinaan sebenar dalam projek ini iaitu Crest Builder Holdings Berhad mengumumkan bahawa projek itu dimiliki secara bersama oleh Crest Builder Holdings Berhad (51%) dan Detik Utuh Sdn Bhd (49%) melalui syarikat pegangan khas bernama UniTapah Sdn Bhd.
Kos pembinaan UiTM Tapah hanyalah RM285 juta tetapi Unitapah diberikan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyenggara kemudahan universiti itu pada jumlah RM1.3 bilion sepanjang tempoh itu.

Kadar bayaran kepada Unitapah oleh Kerajaan Malaysia adalah seperti berikut:

· Bayaran tetap penyediaan bangunan – RM4.50 setiap kaki persegi setiap bulan

· Bayaran penyenggaraan bulanan – RM1.146 setiap kaki persegi setiap bulan

Jumlah keluasan kaki persegi keseluruhan UiTM Tapah yang diberikan melalui konsesi ini adalah seluas 837,872 kaki persegi.

Ini bermakna, setiap bulan Kerajaan Persekutuan terpaksa membayar sewa dan yuran penyenggaraan sebanyak RM56.77 juta. Jumlah keseluruhan sepanjang tempoh konsesi adalah RM1.3 bilion, iaitu 5 kali ganda berbanding dengan kos pembinaan yang hanyalah RM285 juta.

Detik Utuh Sdn Bhd adalah sebuah syarikat Ali Baba yang hanya mendapat keuntungan atas angin dengan menggunakan Crest Builder Holdings Berhad untuk mengusahakan sepenuhnya pembinaan dan penyenggaraan UiTM Tapah. Pada masa yang sama, kosnya melambung sehingga 5 kali ganda akibat pemberian konsesi yang menguntungkan Dato' Tajuddin Rahman.

Maklumat ini adalah maklumat yang diperolehi dari Perjanjian Konsesi yang ditunjukkan kepada saya.

Sebagai calon boleh menang yang sepatutnya bersih dari tuduhan kronisme, rasuah dan mengaut untung atas angin hasil dari kontrak kerajaan, Dato' Tajuddin Rahman perlulah membersihkan namanya dan menjelaskan perkara-perkara berikut:

1. Apa kelayakan dan rekod pembinaan Detik Utuh Sdn Bhd miliknya?

2. Kenapa projek ini tidak diberika terus kepada sebuah syarikat pembinaan yang layak tanpa perlu ada usahasama dengan syarikat ahli politik Umno yang tidak membawa apa-apa kepakaran?

3. Berapa dari jumlah RM1.3 bilion itu yang akan disumbangkan kepada penduduk Pasir Salak?

Perjanjian konsesi ini adalah salah satu dari perjanjian konsesi yang akan disemak semula sekiranya Pakatan Rakyat menang PRU13. ~keadilandaily



 
Iklan C (ii)



Projek 'Cabut Lari' Najib Selepas PRU13 Terbongkar..

Posted: 23 Apr 2013 01:00 AM PDT


PKR mempersoalkan wang berjumlah RM7 bilion yang didakwa dipindahkan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada satu akaun didakwa "sulit" di Cayman Islands.

Perkara itu didedahkan dalam laporan tahunan 1MDB dan turut dibangkitkan dalam satu laporan The Edge, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan hari ini.

"Akaun pesisir rahsia hanya digunakan untuk urusniaga yang perlu disembunyikan dari pandangan, kerana negara tertentu mempunyai undang-undang yang melindungi perniagaan walau terdapat elemen jenayah atau rasuah.

"(Perdana menteri sementara) Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan segera mengenai pemindahan wang RM7 bilion ini, memandangkan beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB," kata Rafizi. ~mkini




Iklan C (ii)



Akhbar Singapura Dedah Robert Kuok Beli Tanah Di Iskandar Malaysia Di Bawah Harga Pasaran

Posted: 22 Apr 2013 10:21 PM PDT


Mengejutkan! Pendedahan terbaru sebuah laporan akhbar di Singapura, The Straits Times mengesahkan bahawa bilionair terkenal, Robert Kuok sudah pun membeli tanah di Iskandar Malaysia di Nusajaya pada harga RM182 juta (SGD74 juta).

Pembelian itu dibuat kurang dari dua minggu sebelum pilihanraya umum 5 Mei ini menerusi usahasamanya dengan cabang pelaburan kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional (Khazanah).

Dua lot tanah presint di Nusajaya telah dibeli dengan pegangan ekuiti 70 peratus dimiliki oleh Robert sementara selebihnya oleh Khazanah.

Dalam pelaburan yang dijangka memperolehi pulangan sehingga RM12 bilion (SGD3.7 bilion) dalam masa 15 tahun, Robert yang merupakan manusia terkaya di Asia Tenggara sudah memulakan projek berskala besar di pusat pentadbiran kerajaan Johor itu sebaik sahaja pembelian selesai.

Kekayaan terkini Robert di seluruh dunia dianggarkan bernilai USD12.7 bilion (RM40.64 bilion).

Menerusi syarikat induknya, Kuok Brothers, Khazanah dan syarikat Kuok tersebut akan bergabung menjadi entiti dinamakan Southern Marina Development untuk membangunkan tanah seluas lima hektar di Puteri Harbour di Nusajaya dari pemilik tanah asal, UEM Berhad (UEM).


Menurut laporan The Straits Times yang disiarkan di ruangan Asia Report itu, Southern Marina akan membangunkan lot kediaman termasuk kondominium bernilai tinggi, lot perniagaan dan pusat membeli belah terbaru di Johor Bharu dengan nilai anggaran kasar pembinaan mencecah RM1.2 bilion (SGD479 juta) dalam tempoh tersebut.

Kuok yang menetap di Hong Kong terkenal dengan monopoli gula sebelum diambil alih oleh seorang lagi taikun Melayu yang rapat dengan Umno, Syed Mokhtar al-Bukhary pada 2010.

Dijangka lebih banyak tanah Melayu akan tergadai sekiranya Johor kekal dikuasai Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum 5 Mei ini.

Nusajaya terletak dalam parlimen Gelang Patah yang menyaksikan pertembungan dua gergasi antara Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dengan BEKAS menteri besar Johor yang disingkirkan, Abdul Ghani Othman.


Tanpa menunggu keputusan pilihanraya umum, Kuok dengan berani melabur sejumlah besar hartanya kerana disokong oleh kepimpinan Ghani sejurus sebelum parlimen dibubarkan 3 April lalu.

Persoalan yang timbul adalah bagaimana tanah bernilai tinggi kepunyaan kroni Umno itu boleh terlepas dengan mudah ke tangan Kuok dan Khazanah pada harga begitu murah sedangkan nilai tanah di Nusajaya sudah mencecah RM13.4 bilion pada harga RM720 sekaki persegi?

Apakah ini satu lagi kaedah digunakan Ghani untuk memperoleh wang berkempen menerusi penjualan tanah pada harga yang sangat murah?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya menyiasat urusniaga penjualan tanah ini kerana disyaki mengandungi unsur rasuah dan salah guna kuasa semasa Ghani menjadi menteri besar dulu. ~jalan pulang




Iklan C (ii)



Akhirnya.. Indentiti Pemimpin Umno Kena Siasat SPRM Di Dedahkan

Posted: 22 Apr 2013 07:48 PM PDT


Malang bertimpa-timpa buat pemimpin wanita Umno Perak ini. Sudahlah mencekik dan menyerang calon Pakatan Rakyat parlimen Gopeng kelmarin hingga laporan polis dibuat, semalam PAS Perak pula mendedahkan seorang calon Umno-BN yang pernah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss akhirnya mendedahkan, individu yang dimaksudkan adalah bekas Exco  Perak, Hamidah Osman yang dicalonkan sekali lagi di DUN Sungai Rapat.

Menurutnya, Hamidah disiasat atas berhubung isu billboard elektronik beberapa bulan lalu.

"Sebelum ini PAS Perak sudah mendedahkan beberapa kali tentang ada dari kalangan exco kerajaan negeri yang disiasat oleh SPRM dan hari ini kami mendedahkan individu tersebut ialah Hamidah Osman," katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak.

Hadir sama ialah ahli jawatankuasanya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin, Safarizal Saleh serta peguam, Mohd Fitri Asmuni.

Jelas beliau, beberapa orang kanannya termasuklah adiknya, Hamizura Osman turut dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan.


Pejabatnya di Bangunan Kerajaan Negeri Perak juga katanya turut dihadiri oleh SPRM dan beberapa barangan termasuklah komputer riba dirampas untuk membantu siasatan.

"Kami mempersoalkan apakah status tentang kes ini yang sehingga hari masih belum ada kenyataan rasmi daripada SPRM," jelasnya lagi.

Raja Iskandar berkata, PAS hairan adakah Pengerusi BN, Najib Razak benar-benar menapis sebaik mungkin calon-calon sebelum dipilih untuk menjadi calon.

Katanya, adakah Najib melihat Hamidah adalah calon 'winnable candidate' walaupun terpalit dengan isu rasuah sehingga menyebabkan beliau disiasat oleh SPRM.

"Masyarakat umum khususnya di DUN Sungai Rapat mengetahui tentang masalah dan tingkah laku Hamidah yang bersikap provokatif termasuklah mengganggu ceramah PAS dan sebagainya tetapi dia masih terpilih untuk menjadi calon.

"Tidak mustahil masih ada calon BN yang akan bertanding pada pilihanraya umum ini tidak bersih dan mempunyai pelbagai skandal dan masalah," jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia.





Iklan C (ii)



Hanya 200 Orang Yang Hadir Ceramah PR.. Saksikanlah!!

Posted: 22 Apr 2013 05:59 PM PDT

Desa Pandan bersama UAI


Berhampiran Pasar Seremban DAP
Bekas MB Selangor Mike Tyson di Shah Alam
Skudai Johor bersama Salahuddin Ayub bakal MB Johor dari PAS
Selat Klang bersama Dr Halimah Ali
Kuala Selangor bersama DS Anwar Ibrahim
DSAI di Sabak Bernam
Sauk Perak sebelum bertolak ke Selangor
Bukit Angkasa bersama YB Izzah
CERAMAH RASUAH Beras Negara (BN) berjuta mari di Pekan.. kahkahkah





Iklan C (ii)



Tiada ulasan: