Addin |
- Samseng Umno Buat Onar Ketika Anwar Umum Calon KEADILAN JB
- Petanda Baru Umno Bakal Pupus..
- 'Tazkirah' Najib Sungguh Mengelirukan
- Menteri Umno Paling Lantang, Saifuddin Abdullah Bakal Di Gugurkan?
- Misteri Skandal Bank Negara Bakal Terungkai?
- Punca Parlimen Di Bubarkan Esok Di Dedahkan..
- Kerabat Di Raja Pahang Antara Calon DAP Di Pahang
- Panas!! Bas Jelajah Merdeka Rakyat Terbakar..
Samseng Umno Buat Onar Ketika Anwar Umum Calon KEADILAN JB Posted: 02 Apr 2013 04:00 PM PDT Seperti dijangka banyak pihak, Pakatan Rakyat mengumumkan calon bagi bertanding kerusi parlimen Johor Bharu dalam pilihanraya umum akan datang. Menepati ramalan sebelum ini, bekas penglima tentera darat, Jeneral (B) Md Hashim Hussein dari KEADILAN dipilih mewakili Pakatan Rakyat bagi menghadapi tentangan calon Umno dan Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam satu lagi program Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Johor Bharu sebentar tadi. Turut hadir, Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang dan saf pimpinan Pakatan Rakyat negeri. Sebelum pengumuman tersebut dibuat, lebih 50 samseng upahan Umno seperti biasa melakukan provokasi melampau dengan membawa bendera BN sambil menjerit perkataan lucah tanpa rasa malu di hadapan ribuan rakyat yang sudah menunggu sejak jam 845 malam lagi. Mereka cuba mengadakan sekatan jalan raya menuju tapak ceramah tetapi kecekapan anggota polis yang berada di tempat kejadian berjaya mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Samseng yang dipercayai dari sekitar Johor Bharu dan Tebrau juga cuba menghalang kenderaan yang membawa pemimpin Pakatan Rakyat dari memasuki tapak ceramah, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa apabila polis mengarahkan mereka supaya berundur bagi memberi laluan. Sasaran mereka jelas, ditujukan kepada Anwar dan rombongannya dengan menggunakan kayu bendera yang dibawa dan cuba menjolok masuk ke kenderaan yang membawa Anwar tetapi gagal kerana tidak mengenai sasaran. Parlimen Johor Bharu disandang bekas ahli majlis tertinggi Umno, Shahir Samad dan dijangka akan dicalonkan semula memandangkan spekulasi awal menyebut dia akan digugurkan dan digantikan dengan muka baru. Md Hashim merupakan anak jati Johor Bharu dan antara pemimpin tentera yang disegani ramai termasuk pemimpin Umno atas ketegasannya dalam isu keselamatan. Malah beliau juga baru sahaja dilantik sebagai penasihat Majlis Keselamatan Kebangsaan Pakatan Rakyat dalam satu pengumuman di ibu pejabat parti di Petaling Jaya, minggu lalu. Sementara itu, BN menggunakan pembesar suara yang amat kuat disusuli dengan 'pertandingan karaoke' bagi mengganggu perjalanan ceramah Merdeka Rakyat namun tidak dihiraukan. Paling kelakar, apabila khemah BN mula memperdengarkan lagu Negaraku, hadirin yang mendengar ceramah Pakatan Rakyat turut bangun dan menyanyikan lagu kebangsaan membuatkan pemimpin Umno yang berada di khemah mereka terdiam. ~jalan pulang | ||
Petanda Baru Umno Bakal Pupus.. Posted: 02 Apr 2013 08:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Adnan Othman secara rasmi diisytiharkan menyertai PAS hari ini. Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, pagi tadi. Adnan bersama-sama pada sidang media itu dengan berkerusi roda kerana masalah kesihatan. Lulusan University of Exeter, England dalam bidang Sains Politik itu pernah berkhidmat di China ketika Malaysia baru menjalin hubungan dengan kerajaan China pada tahun 1974. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Kanada dan Singapura. Beliau dilantik sebagai Duta Besar Arab Saudi dan juga Iran sebelum bersara dan berkhidmat secara kontrak sebagai Pesuruhjaya Tinggi Canberra, Australia pada tahun 2001. Bapa kepada empat cahaya mata dan datuk kepada tujuh cucu itu membuat keputusan menyertai PAS kerana yakin terhadap nalurinya yang merasakan PAS ialah parti yang paling sesuai dengan jiwa dan fikiran beliau. Sementara itu, Ustaz Hadi berkata, kemasukan tokoh-tokoh berwibawa ke dalam PAS dapat membantu agenda perjuangan parti. "PAS akan menggunakan khidmat segala pengalaman tokoh-tokoh ini untuk membantu PAS dalam melaksanakan agenda perjuangan kita lebih-lebih lagi jika kita diizin oleh Allah dapat sampai ke Putrajaya," katanya. ~harakahdaily | ||
'Tazkirah' Najib Sungguh Mengelirukan Posted: 02 Apr 2013 07:09 AM PDT Dalam Berita TV3 ucapan Najib Tun Razak di Masjid Sri Petaling. Beliau begitu lantang memperkatakan tentang menjaga Islam, mempertahankan syriat dan menjaga kalimah suci. Saya pening kerana: 1. Adakah Syariat Islam telah dilaksana di Malaysia? Jika ada mana dia? : a. Undang-undang hudud qisas, takzir dan hisbah kat mana? b. Sistem ekonomi Islam, ihya' mawat, Iqta, haram riba, tiada penswastaan harta awam, cukai hanya daripada orang kaya untuk orang miskin dll, kat mana? c. Isu kalimah Allah bukankah ianya bermula drpd KDN benarkan cetak bible dalam Bahasa Melayu? Yang benarkan ialah KDN yang diterajui umno yang mana presidennya ialah Najib Tun Razak. Sampai hari ini saya masih belum dengar dari Najib: "Kami umno bertegas bahawa penggunaan kalimah Allah dalam bible versi BM adalah salah dan tidak dibenarkan. Tapi yang ada buat statement penegasan ini ialah PAS via Syura statement. 2. Dia bercakap seolah Islam sudah sedia dilaksanakan di Malaysia. Sebab tu saya bertanya di atas, mana!!!! Kalau tidak ada dan jika Najib bercakap seolah-olah ada, bermakna dia berbohong dan lebih dahsyat sanggup menjadikan agama dan syariatnya sebagai bahan kempen. Oleh : Ustaz Zaharuddin Muhammad, Ahli Majlis Syura Ulamak PAS | ||
Menteri Umno Paling Lantang, Saifuddin Abdullah Bakal Di Gugurkan? Posted: 02 Apr 2013 06:15 AM PDT Timbalan menteri pengajian tinggi, Saifuddin Abdullah dijangka bakal digugurkan dari senarai calon, menguatkan spekulasi bahawa namanya sudah tidak berada dalam kedudukan calon pilihan perdana menteri, Najib Altantuya. Ia juga menguatkan spekulasi bahawa parlimen Temerloh tidak akan ditandingi Umno seperti kelazimannya memandangkan parti itu akan bertukar kerusi dengan MCA yang menyerahkan Kuantan kepada Umno untuk menentang penyandang dari KEADILAN, Fuziah Salleh. Saifuddin dalam mesej di Twitter sebentar tadi mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada calon PAS-Pakatan Rakyat, Nasrudin Hassan yang sah bertanding kerusi Temerloh dalam satu sidang media oleh presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur sebentar tadi. Kerusi Temerloh secara tradisinya ditandingi Umno, namun oleh kerana Umno mahukan Kuantan maka Temerloh dijangka diserahkan kepada MCA sekaligus berakhir sudah penguasaan parti itu di bandar kedua terbesar di Pahang itu. Ahli majlis tertinggi Umno itu sudah lama disenarai sebagai antara calon yang bakal digugurkan kerana kerap kali menentang dasar Najib Altantuya selain mempertikaikan banyak polisi dan dasar kerajaan termasuk Akta Perhimpunan Aman (APA 2012). Sambil mengakui dia masih belum pasti tentang kedudukannya, Saifuddin menjelaskan adalah lebih baik dia hanya menunggu sahaja pengumuman senarai calon oleh Najib tetapi desa desus mengatakan dia hampir pasti tidak akan dicalonkan walaupun disenangi penduduk Temerloh. The Star melaporkan dua minggu lalu bahawa kerusi Kuantan akan diwakili Umno dan sebagai ganti kerusi Temerloh diserahkan kepada parti perkauman Cina itu. Nampaknya bukan setakat calon Melayu hilang lagi satu kerusi malah suara Melayu di parlimen akan turut berkurangan, sebaliknya bagi Pakatan Rakyat, perikatan itu akan menambah senarai calon berbangsa Melayu lebih ramai berikutan PAS ditambah kuota kerusi mereka dari 66 kepada 76 dalam pilihanraya umum kali ini. | ||
Misteri Skandal Bank Negara Bakal Terungkai? Posted: 02 Apr 2013 02:00 AM PDT Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Nor Mohamed Yakcop akan dipanggil bagi menjelaskan kerugian RM5.7 bilion. Sekiranya berjaya membentuk kerajaan persekutuan, Pakatan Rakyat berjanji akan menjadikan isu kemasukan tukaran asing pada 1990 sebagai sasaran utama siasatan. Sehubungan itu, mereka akan meneliti peranan Nor Mohamed yang sekarang bertindak sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri. Jumlah itu diperoleh daripada Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia pada 1997, yang dimaklumkan pada September lalu oleh Timbalan Menteri Kewangan, Donald Lim Siang Chai kepada Parlimen. "Jika beliau masih gagal menjelaskan selepas 20 tahun, dan jika Pakatan berpeluang membentuk kerajaan di Putrajaya, Nor Mohamed akan diheret untuk soal siasat," kata Lim dalam sidang media semalam. Ahli parlimen Tasek Gelugor itu kini tertekan ekoran skandal matawang tersebut yang turut melibatkan beberapa pemimpin terkenal termasuk bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin yang dipercayai dalang yang mengarahkan penjualan besar-besaran matawang negara. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pernah mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) menghentikan urusniaga pertukaran matawang asing ketika berada dalam kerajaan. Arahan itu dakwa Anwar diberikan kepada Gabenor Bank Negara, Jaafar Hussein ketika itu."Saya pasti BNM mempunyai rekod dan sahkan apa yang saya sebut. "Saya selaku Menteri Kewangan ketika itu minta (perniagaan itu) dihenti serta merta. Perniagaan forex (mata wang) dibuat sebelum 1990, sebelum saya menjadi Menteri Kewangan. "Perniagaan forex ini dilakukan dengan kebenaran Menteri Kewangan sebelum itu (Daim Zainuddin) dengan persetujuan Perdana Menteri ketika itu," katanya dalam sidang media di Parlimen pada 24 September tahun lalu. Untuk rekod, Daim menjadi Menteri Kewangan dari tahun 1985 hingga 1991 sebelum Anwar menggantikannya bermula pada tahun yang sama sehingga dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998. Anwar membuat penjelasan selepas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mencelah mengatakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang pernah meminta Anwar meletakkan jawatan berikutan kerugian itu pada tahun 1993. Sementara itu, Ketua Umum KEADILAN itu juga memaklumkan jumlah kerugian yang dialami oleh BNM dalam pasaran pertukaran wang asing (Forex) pada tahun 1991 boleh dijelaskan oleh Gabenor BNM sekarang, Zeti Akhtar Aziz. Ini kerana Zeti adalah diantara orang yang bertanggungjawab dalam isu itu selain Nor Mohamed yang ketika itu memegang jawatan Pentadbir Kanan BNM. Sebelum itu, dalam sidang perbahasan di Parlimen, Guan Eng meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah kerugian sebenar yang dialami oleh BNM akibat Forex dari tahun 1990 hingga 2012. Guan Eng mempersoalkan mengapa spekulator matawang George Soros dikecam sebagai penyangak, ketika pihak yang bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 bilion BNM melalui forex dinaikkan pangkat. ~roketkini | ||
Punca Parlimen Di Bubarkan Esok Di Dedahkan.. Posted: 01 Apr 2013 10:57 PM PDT KUALA LUMPUR - Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan. Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar. Jika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi" Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen selepas mesyuarat. Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu. Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen. Beberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini. Tempoh 60 hari adakan PRU-13 "Saya sudah menerima surat dan mungkin ini adalah mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Parlimen dibubarkan selepas itu," kata seorang Menteri kepada BH semalam. Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap empat tahun Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009. Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu. Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru. Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi negeri pertama terbubar secara automatik pada Khamis lalu dan kini ditadbir kerajaan sementara yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata jika Parlimen dibubarkan esok SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan beberapa perkara dasar seperti daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon tarikh mengundi. ~berita harian | ||
Kerabat Di Raja Pahang Antara Calon DAP Di Pahang Posted: 01 Apr 2013 06:36 PM PDT
RAUB: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz telah diletakkan sebagai calon DAP bagi kerusi Parlimen Raub. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan perkara berkenaan kepada ahli parti dan penyokong mereka di Sungai Liu dekat sini pada Isnin. Sementara Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji akan bertanding menentang calon MCA bagi kerusi Mentakab. Mohd Ariff, 57, merupakan Adun selama satu penggal dari 2004 hingga 2008, juga merupakan seorang penulis blog yang menggunakan nama "Sakmongkol AK47." Dia menyertai DAP pada Januari tahun lalu, bersama-sama seorang veteran Umno, Aspan Alias.Mohd Ariff akan berhadapan dengan Exco senior Pahang yang juga Adun Bilut, Datuk Hoh Khai Mun yang dijangka akan menggantikan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen bagi kerusi berkenaan. Tengku Zulpuri,47, merupakan kerabat diraja Pahang. Beliau bertanding dan menang jawatan timbalan pengerusi dalam pemilihan parti pada 2010. Tengku Zulpuri akan berhadapan dengan penyandang kerusi Datuk Chuah Boon Seong, yang juga Ketua MCA Bahagian Temerloh. Selain daripada dua personaliti yang berpengaruh itu, Lim turut mengumumkan bahawa Adun Tras, Choong Siew Onn akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya.Tras merupakan satu daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Raub. Dua lagi kerusi DUN ialah Batu Talam dan Dong. Pada pilihan raya 2008, Choong memenangi kerusi DUN Tras dengan majoriti 2,451 ekoran isu bantahan terhadap Bukit Koman. Sementara itu, dalam ceramah di lokasi lain di Kampung Baru Ulu Perting, Lim turut mengumumkan Adun DAP selama lima penggal, Leong Ngah Ngah akan bertukar kerusi dan bertanding di Ketari.Leong merupakan Pengerusi DAP Pahang dan Adun Triang sejak 1990. Lim turut mengumumkan bahawa Ketua Pemuda DAP Bentong, Choe Yu Hui akan bertanding di Bilut sementara Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC), Kamache Doray Rajoo akan berhadapan dengan calon MIC di Sabai. Pada pilihan raya umum lalu, Kamache tewas dengan majoriti tipis kepada penyandang kerusi Datuk M. Davendram dengan 145 undiKerusi DUN Sabai, Ketari dan Bilut terletak di bawah Parlimen Bentong. Sementara satu lagi kerusi iaitu, DUN Pelangai merupakan kerusi disandang oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Bulan lalu, Lim mengesahkan bahawa Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack akan bertanding di Bentong menggunakan lambang DAP. Wong akan berhadapan dengan Menteri Kesihatan yang juga Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. ~mstar | ||
Panas!! Bas Jelajah Merdeka Rakyat Terbakar.. Posted: 01 Apr 2013 06:00 PM PDT Admin apabila di beritakan perkara ini agak terkejutlah juga,tapi bila dilihat yang mempostingkan berita ini adalah macai-macai Umno,Admin rasa sesuatu yang tak boleh di percayai,maklumlah nama pun macai-macai Umno,kalau tak fitnah atau pembohong bukanlah Umno. Sebenarnya Bas Jelajah Merdeka Pakatan Rakyat yang diberitakan hangus terbakar di Alor Setar itu adalah karut,dusta,gila,fitnah,dan itulah kerja jahat Umno melalui macai-macainya utk mewujudkan suasana tidak aman dalam negara kita ini.. Dengan bersumberkan ISRAEL TIMES,mereka Umno telah mengedit gambar Bas Jelajah Merdeka seolah-olah Rakyat Kedah Ganaz seperti mana macai-macai Umno menyerang jentera kempen Pakatan Rakyat di banyak tempat seluruh negara.. (Macai Umno suka baca ISRAEL TIMES) pelik rasanya!! Menurut Israel Times.Bus hangus terbakar dibomb boleh dirujuk klik SINI , dengan menggunakan gambar tersebut kemudian diedit seolah-olah Bas Jelajah merdeka telah di hangus di bakar di Alor Setar!!! jahat dan amat busuk hati Umno nih.. Disinilah bermula berita fitnah Umno, apa yang boleh admin katakan,jika tidak membawa fitnah ianya bukan Umno,umno dan fitnah tak dapat dipisahkan selamanya jika anda sayangkan negara ini dari gejala fitnah yang berleluasa,apa yang perlu anda lakukan ialah..dengan mengundi Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti. ~rakyat marhaen Addin: Kalau nak menipu agak-agaklah.. kan dah kantoi.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan