Addin |
- PAS Akan Menang Satu Kerusi Tanpa Bertanding Esok?
- Rahsia Calon BN Terbongkar Lagi..
- Gambar Lim Kit Siang Menangis Kerana Tak Dapat Guna Logo DAP Tersebar
- Punca Umno BN Bakal Tumbang Di Negeri Sembilan Tersebar
- Penyanyi Dayangku Intan Bertanding Menentang Azalina Di Pengerang
- Najib Makin Sasau..Saksikanlah!!
- Blog Pro Umno Belasah Ghani Othman
- Maklumat Risikan SB Terbongkar..
PAS Akan Menang Satu Kerusi Tanpa Bertanding Esok? Posted: 19 Apr 2013 09:35 AM PDT Benarkah calon-calon BN itu merupakan calon yang dikehendaki rakyat setempat dan 'winnable'? Siapa yang menentukan mereka itu 'winnable' atau tidak 'winnable'? Kalau benar mereka dipilih daripada mereka yang 'winnable', kenapa banyak penolakan terhadap calon-calon mereka sejak pengumuman senarai calon tiga hari yang lepas? Seandainya perisikan untuk mencari calon yang 'winnable' itu benar-benar tepat kenapa calon DUN Johol di Kuala Pilah ditolak mentah-mentah malam tadi oleh orang-orang UMNO dan BN sendiri? Calon yang telah dipilih oleh BN, Ustaz Fadzil Kasim ditolak ramai-ramai oleh orang-orang UMNO sendiri sehinggakan Ustaz ini terpaksa dikawal oleh polis semasa hendak pergi ke kereta beliau? Dulu, penyokong UMNO membaling telur dan batu terhadap pemimpin Pakatan Rakyat apabila berada di tempat ceramah di banyak tempat di dalam negara ini, sekarang mereka melakukan perkara yang sama terhadap calon 'winnable' sendiri. Apa sudah jadi? Sekarang di banyak kawasan sering berlaku ahli-ahli UMNO dan BN berdemonstrasi dengan sepanduk-sepanduk menolak calon-calon yang dipilih oleh parti.Presiden UMNO selalu menyebut yang calon BN kali ini adalah di kalangan mereka yang diterima rakyat tetapi keadaan sebenar yang berlaku adalah sebaliknya. Dulu-dulu memang biasa calon yang dipilih pimpinan itu ditolak tetapi tidak pula sampai calon itu ditolak oleh ahli partinya sendiri sehingga terpaksa dikawal oleh Polis?Insiden seperti ini berlaku di mana-mana sejak dua hari yang lepas. Ia berlaku di Selangor, Perak dan Kedah sehinggakan banyak bilik gerakan BN terpaksa ditutup. Bagaimana BN boleh mengaku yang UMNO akan kembali memerintah Selangor sedangkan bilik gerakan yang ada terpaksa ditutup? Keadaan ini boleh diibaratkan seperti 'pesawat yang terhempas sebelum berlepas'?Apa yang berlaku di Johol itu adalah disebabkan calon-calon UMNO dipenuhi oleh orang-orang Mohammad Hasan sahaja. Mohamad Hasan nampaknya tidak 'magnanimous' sebagai pemimpin negeri. Beliau sedang berlawanan dengan kehendak rakyat. Insiden di Johol ini merupakan manifestasi rakyat NS terhadap Menteri Besarnya. Orang ramai selalu kata, "Mat Hasan ni sombong tak tontu di aghah. Hidung eh kek dahi."Dulu kita di Negeri Sembilan anggap Mohammad ini adalah seorang pemimpin yang datang dari langit tetapi apa yang berlaku sekarang menunjukkan beliau hanya hendak cenderung untuk memilih kelompok beliau sahaja. Pucuk pimpinan negeri yang hebat sepatutnya telus dan berani menurunkan calon-calon yang lebih canggih dari beliau sendiri.Oleh itu ramai menelefon saya yang PAS DUN Johol hampir pasti memenangi satu kerusi sebelum pun pilihanraya itu diadakan. Kalau begitu keadaannya DUN Johol ini akan diwakili oleh Ustaz Norazman Mohamad yang diterima ramai bukan sahaja oleh ahli-ahli PAS tetapi juga oleh rakyat yang ramai.Maka calon PAS lah yang lebih 'winnable' di Johol itu bukannya calon Menteri Besar Mohammad Hasan. Sesungguhnya Ustaz Fathil itu adalah calon Mohammad Hasan, bukannya calon UMNO/BN.Kalau saya berada di tempat Ustaz Fathil, saya akan pergi berjumpa Mohammad Hasan dan berkata, "Tok Mat, den tak nak lah jadi calon Johol ni, sobab den ditolak rakyat. Macam mano nak jadi wakil rakyat?"Keadaan ini bukan sahaja berlaku di DUN Johol, tetapi berlaku juga di DUN Juasseh dan Seri Menanti. Dalam keadaan terdesak seperti ini, Mohammad masih hendak berpuak-puak. Kalau Mohammad masih ada sisek kepimpinan beliau perlu menukar calon-calon Juasseh dan Seri Menanti itu. Masih ada masa untuk membetulkan keadaan.Kasih Mohammad ini bertompok-tompok, bencinya merata-rata. Mohammad telah memecah-belahkan semua Bahagian UMNO di Negeri Sembilan. Itulah yang akan terjadi jika politik negeri diserahkan kepada 'political novice' seperti Mohammad Hasan ini.Bagi Pakatan Rakyat, pandai-pandailah mendekati rakyat. Jangan pulak berlaku seperti yang berlaku di dalam UMNO. Saya mengingati PR kerana dalam PR sendiri terutamanya dalam PKR, ada unsur-unsur ini wujud.Jangan bersikap angkuh hanya kerana sudah nampak peluang untuk mendapat mandat itu agak cerah. PKR wajar belajar dari kesilapan UMNO dan BN. 'Jangan buangkan air di tempayan terlalu cepat. Tunggu hujan turun dulu. Kalau hendak menembak pelanduk, jangan bersorak dahulu sebelum menembak. Nanti pelanduk itu akan lari sebelum sempat menembaknya'.Setahun dua dahulu saya selalu membayangkan yang ratusan ribu ahli-ahli UMNO akan keluar parti melalui peti-peti undi dalam PRU13 ini. Nampaknya seperti biasa telahan saya itu tidak meleset.Melakukan telahan yang tepat dalam isu ini tidak perlu mempunyai Phd atau Doctorate dalam kejuruteraan seperti taraf pelajaran calon-calon BN yang diumumkan oleh Najib itu. ~aspanalias |
Rahsia Calon BN Terbongkar Lagi.. Posted: 19 Apr 2013 05:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Ekoran dakwaan salahlaku profesional ke atas bakal calon BN di Pandan, Gary Lim, calon PKR di situ akan membuat pendedahan esok. Rafizi Ramli, calon PKR Parlimen Pandan dalam kenyataannya berkata, beliau mempunyai beberapa dokumen yang menunjukkan calon BN itu sedang disiasat. "Saya akan memberi maklumbalas rasmi mengenai dakwaan salahlaku profesional yang melibatkan calon BN di Pandan (Gary Lim) sejurus selepas proses penamaan calon tamat esok," kata Rafizi dalam kenyataannya. Penamaan calon untuk Parlimen Pandan akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya esok. "Saya juga akan mengemukakan beberapa dokumen yang mengesahkan bahawa calon BN di Pandan sedang disiasat kerana dipercayai ada salahlaku professional," kata Rafizi lagi. ~harakahdaily |
Gambar Lim Kit Siang Menangis Kerana Tak Dapat Guna Logo DAP Tersebar Posted: 19 Apr 2013 03:18 AM PDT Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini. Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS). Karpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba. "Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung. Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu. Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas. Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS. "Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung)," kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai "bersejarah" untuk PAS. ~mkini |
Punca Umno BN Bakal Tumbang Di Negeri Sembilan Tersebar Posted: 19 Apr 2013 01:34 AM PDT Penolakan terhadap calon Umno di Negeri Sembilan semakin menjadi-jadi sejak dua hari lepas. Jika kelmarin berlaku bantahan besar-besaran oleh ahli Umno di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol dan DUN Palong, petang semalam berlangsung pula satu lagi bantahan di DUN Lenggeng. Lebih 50 pengundi dari DUN Lenggeng membantah pencalonan Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail yang akan bertanding di kerusi DUN Lenggeng pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini. Perkembangan terbaru ini agak mengejutkan kerana Ishak dianggap calon popular di DUN Lenggeng kerana beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng selama tiga penggal berturut-turut bermula 1995, 1999 dan 2004 sebelum digugurkan pada tahun 2008 (PRU-12). Dikalangan orang-orang Umno, Ishak sering dikatakan sebagai seorang yang amat rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Maka pemilihan Ishak sebagai calon PRU Umno DUN Lenggeng memang sudah dijangka sejak dari awal lagi. Wakil Jawatankuasa Bertindak Badan Bukan Kerajaan DUN Lenggeng, Mohd Azhari Jasad berkata, mereka bukannya penentang Barisan Nasional (BN) dan Umno, malah penyokong tegar parti itu namun mereka kecewa dengan calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan Umno. "Bagi kami calon yang dipilih ini bukan calon 'winnable candidate' kerana rakyat Lenggeng sendiri tahu bahawa dia pemimpin yang bermasalah. "Malah golongan muda juga menolak Ishak kerana faktor usia dan 'trade mark' sebagai calon 'kitar semula' yang sepatutnya tidak melepasi saringan kesihatan dan beberapa perkara lain. "Pemilihan Ishak akan mengundang kemarahan pengundi DUN Lenggeng yang dikhuatiri akan membawa kekalahan kepada BN," kata Mohd Azhari. Mohd Azahari berkata DUN Lenggeng adalah kubu kuat BN dan hidup mati masyarakat di situ adalah bersama BN. "BN sekarang ini berusaha kuat merampas DUN Ampangan dan DUN Sikamat daripada pembangkang, tapi jangan pula BN hilang DUN Lenggeng ibarat yang 'dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. ' "Malah satu memorandum bantahan turut akan dihantar kepada Najib yang juga presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari esok (Jumaat)," katanya. Calon bebas Sementara itu turut serta menyatakan bantahan adalah Pemuda BN DUN Lenggeng yang turut memberi amaran bahawa calon bebas akan ditampilkan jika BN terus memilih Ishak sebagai calon. Ketua Pemuda BN DUN Lenggeng, Zool Amali Hussin berkata beliau akan mengambil tindakan keluar parti dan akan menampilkan seorang calon bebas jika Ishak tidak diganti dengan calon baru. "Kita sudah ada calon bebas dan akan perkenalkan semasa penamaan calon nanti iaitu orang lama dan orang kuat Umno dan lebih baik daripada Datuk Ishak, jika suara kami tidak dilayan. 'Ini suara akar umbi. Kami pun bukan suka-suka buat bantahan tetapi kami mahu suara kami didengar oleh pucuk pimpinan parti kerana tidak sewajarnya Ishak dipilih sebagai calon Lenggeng," kata Zool Amali. Kandungan memorandum tersebut menghuraikan apakah punca yang akan menyebabkan kekalahan BN di DUN Lenggeng jika Ishak terus dipilih iaitu faktor undi protes yang akan memberi undi kepada calon bebas, undi rosak serta penyokong Umno dan BN tidak mahu keluar mengundi. Peserta bantahan mempamerkan pelbagai sepanduk seperti 'Inikah Winnable Candidate untuk DUN Lenggeng? Yang Dipilih oleh PM', 'Kami pengundi Lenggeng membantah sekeras-kerasnya', 'Dia bukan calon boleh menang', 'Dia calon yang akan pecah belahkan undi Umno di sini' dan slogan yang paling menarik perhatian ialah 'DAHJIB – DUN Lenggeng akan hancur jika Ishak Ismail Bertanding'. ~free malaysia today |
Penyanyi Dayangku Intan Bertanding Menentang Azalina Di Pengerang Posted: 19 Apr 2013 12:00 AM PDT Nampaknya golongan artis tempatan mula mendapat tempat dalam arena politik negara apabila seorang lagi dicalonkan untuk bertanding kerusi parlimen di selatan tanah air. Penyanyi terkenal era 80-an, Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid sah dicalonkan untuk bertanding di parlimen Pengerang menentang BEKAS menteri pelancongan, Azalina Othman Said selaku BEKAS penyandang. Pengesahan itu dibuat Ketua Cabang KEADILAN Pengerang, Mat Daud dalam satu sidang media semalam. Dayangku Intan dijangka akan memberikan tentangan sengit walaupun sebelum ini dikhabarkan akan bertanding di parlimen Pontian menghadapi cabaran ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan. Menurutnya, Dayangku Intan yang sudah mula menetap di Pengerang menerima surat watikah pencalonan daripada pucuk kepimpinan bagi kerusi parlimen itu di Kuala Lumpur semalam. Beliau berkata, pihaknya juga sudah melakukan kempen bersama-sama Dayangku Intan bagi memperkenalkan calon parlimen itu kepada penduduk di sekitar Sungai Rengit. "Dalam tempoh seminggu ini kita sudah giat bergerak mengedarkan risalah, dalam masa sama kita berkempen sekali untuk memperkenalkan Dayangku Intan kepada penduduk sekitar sini. "Setakat ini penduduk sama ada Melayu ataupun Cina menerima baik kehadiran beliau, malah kita juga menerima respons yang positif daripada masyarakat setempat."Malah bagi memperkenalkan lagi beliau kepada penduduk, kita juga telah menggunakan poster gambar beliau yang ditampal pada kenderaan bagi berkempen," katanya. Difahamkan Dayangku Intan juga telah mula menetap di sebuah chalet di Pengerang sejak 14 April lalu.Ketika mengulas mengenai calon bagi kerusi DUN Tanjung Surat, Mat Daud berkata, hingga kini masih belum ada nama rasmi yang dipilih oleh pihak kepimpinan. Bagaimanapun katanya, Ketua Ranting KEADILAN Sungai Rengit, Hasnul Ahmad adalah antara nama yang dikhabarkan akan bertanding bagi kerusi tersebut."Kita berharap pada kali ini kita dapat mengubah kepada sebuah kerajaan yang baru," katanya. Azalina yang dicalonkan semula di saat-saat akhir oleh suami BEKAS perdana menteri, Rosmah Mansor setelah Mahathir terbang ke London mewakili negara ke upacara pengebumian bekas perdana menteri Britain, Margaret Tatcher dijangka sudah bersedia mempertahankan bekas kerusinya buat penggal ketiga berturut-turut. Dayangku Intan yang juga pengerusi biro kesenian KEADILAN berkata beliau akan memastikan kebajikan penduduk Pengerang sentiasa terpelihara dan berusaha supaya projek berbahaya kilang RAPID dikaji semula atau dihentikan. Penyanyi yang berasal dari Johor ini sudah banyak mencipta nama di zaman kegemilangannya termasuk mencungkil bakat baru seperti Erra Fazira hingga berjaya selaku antara primadona filem negara. Seorang lagi bekas artis terkenal, Wan Aishah Wan Ariffin dari PAS pula sudah sah diumumkan bertanding di parlimen Jempol menentang BEKAS menteri besar Negeri Sembilan, Isa Samad.Inilah senarai terbaru calon Pakatan Rakyat setelah dikemaskini jam 9 pagi tadi. |
Najib Makin Sasau..Saksikanlah!! Posted: 18 Apr 2013 10:59 PM PDT KUALA LUMPUR 18 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, percubaan Najib Razak menimbulkan rasa takut kepada pelabur dan komuniti perniagaan sekiranya Pakatan Rakyat menang pilihan raya sebagai keji dan memalukan. Katanya, Najib ketika wawancara bersama Bloomberg mengatakan kemenangan Pakatan Rakyat akan menjadi malapetaka kepada negara dan pasaran saham akan jatuh menjunam melambangkan terdesaknya beliau. "Najib menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri sementara untuk mengeluarkan kenyataan tidak berasas tersebut bagi menakutkan rakyat dan membangkitkan kebimbangan pasaran," kata Anwar pada kenyataan hari ini. Beliau berkata, Najib perlu menerima hakikat untuk dikalahkan dalam pilihan raya akan datang dan bertindak seperti pemimpin kalah yang baik."Kami percaya, pertambahan jumlah rakyat yang mengambil bahagian dalam pelbagai gerakan perubahan melambangkan kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan rejim."Proses ini adalah selari dengan praktis sebuah negara demokrasi berperlembagaan. Cubaan Najib untuk samakan revolusi ini seperti 'Arab Sring' adalah niat jahat beliau untuk mengelirukan rakyat," tegas Anwar menggesa supaya Najib berhenti bersikap kebudak-budakan dan segera berperanan seperti pemimpin Pakatan Rakyat.Bekas Menteri Kewangan itu juga yakin dengan keupayaan Pakatan menstabilkan keadaan ekonomi dan kewangan negara dalam jangka masa pendek jika berlaku sebarang reaksi spontan akibat perubahan kerajaan."Kami ingatkan kepada semua pemegang saham untuk menghormati suara dan pilihan rakyat. Kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat akan pastikan perubahan kuasa secara aman dan lancar."Kerajaan baru juga akan memastikan keyakinan di kalangan orang awam, pelabur dan para pemegang saham melalui polisi ekonomi yang jelas dan konsisten serta perincikan keutamaan polisi," sambung Anwar. Beliau turut menyifatkan, perubahan adalah penting untuk meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global dan melonjakkan potensi ekonomi jangka panjang."Perubahan kerajaan memastikan berlaku keseimbangan keperluan rakyat dalam pasaran bebas. Malaysia akan menjadi negara berdaya saing dalam pasaran bebas tapi dalam masa sama tidak menindas hak golongan miskin. "Menghapuskan rasuah dan korupsi, kapitalis kroni, meningkatkan keupayaan ekonomi masyarakat dan menghapuskan sebarang tindakan menindas akan menjadi objektif utama polisi ekonomi Pakatan Rakyat," jelas Anwar. ~keadilandaily |
Blog Pro Umno Belasah Ghani Othman Posted: 18 Apr 2013 07:26 PM PDT Akhirnya segala kebimbangan dan usaha sebahagian besar rakyat Johor agar kerajaan Negeri pimpinan Ghani Othman mempertahankan pegangan dalam Kentucky Fried Chicken (KFC) tidak dipedulikan malah keluh kesah dan denyut nadi mereka yang mahu terus berbangga terhadap KFC sebagai harta mereka hanya tinggal kenangan semata-mata. Tanggal 14 Februari 2013 nanti berakhirlah pegangan Johor Corporation (JCorp) terhadap perniagaan Kentucky Freid Chicken (KFC) yang selama ini menjadi kebangaan rakyat Johor apabila Tripple Plate yang dikuasai oleh Zaki Zahid yang dilantik sebagai PemudahCara akan menjual saham dalam KFC sebanyak 51 % dan Jcorp sebanyak 30 % kepada CVC Capital dan jumlah jualan ini melibatkan pertukaran saham sebanyak 81% dan selebih bakinya dipegang oleh Jcorp dan KWSP. Peringkat awalnya,Tripple Plate sebelum ini adalah gabungan tiga syarikat sebagai Pemegang Aamanah saham bagi oihak KFC apabila Suruhanjaya Sekuriti meluluskan penstrukturan semula KFC dan QSR Berhad yang akhirnya JCorp memegang saham KFC sebanyak 51 %.KWSP 25 % dab CVC Capital 24 %. Namun sekarang saham tersebut telah dijual kepada Iskandar Water Front City sebanyak 30% manakala saham KWSP sebanyak 25 % itu dibeli semula oleh Jcorp dan dijual semula kepada CVC Capital sebanyak 25 %. CVC Capital dan Iskandar Water Front City adalah milik majoriti Lim Kang Hoo.Jadi siapa pemegang saham terbesar?Berapa peratus milik JCorp?Berapa peratus milik KWSP Hebat Zaki Zahid,dia buat duit jual atas jual dan adakah ini kita boleh panggil sebagai jenayah terancang?Ada pula orang kata,dimana ada Zaki Zahid maka pasti disitu akan ada penjualan aset. Selain Zaki Zahid,siapa lagi yang mengaut keuntungan disebalik semua ini?Mustahil Tripple Plate sahaja yang meraih keuntungan dan yang pasti rakyat Johor semakin menanggung kerugian bila segala aset-aset mereka dicairkan untuk kepentingan-kepentingan individu tertentu. Bayaran dari hasil penjualan sahama sebanyak 5 bilion telahpun siap sedia akan dibayar melalui CIMB Finance dan kita tidak tahu berapa pula komisen yang bakal diterima oleh Zaki Zahid yang jual atas jual ini dan juga telah berjaya mengawal minda MB Johor Ghani Othman untuk bersetuju melepaskan pegangan Jcorp dalam KFC kepada CVC Capital yang majoriti sahamnya dpegang oleh Iskandar Water Front City sebanyak 51 % dan baki pegangan saham dimiliki oleh seorang warga Britain. Sebelum ini STJ pernah mendedahkan konspirasi disebalik skandal KFC ini dan diserang dalam komen dengan berbagai-bagai serangan tetapi akhrinya terbukti apa yang dibimbang dan diselusuri melalui tulisan terebut telah menjadi kenyataan,akhirnya rakyat Johor terlopong melihat KFC bukan lagi milik penuh JCorp ataupun kerajaan Malaysia.Tulisan sebelum ini boleh dibaca disini. Kita harus mengucapkan tahniah kepada Ghani Othman,Zaki Zahid dan terutama sekali kepada Lim Kang Hoo kerana akhirnya berjaya meruntuhkan mercutanda pernigaan yang dibanggakan oleh seluruh rakyat Johor dan agenda Gahnai Othman ini dilihat bukan untuk mengkayakan orang-orang Melayu terutamanya di Johor tetapi lebih kepada mahu memiskinkan rakyat negeri itu. Hebat Zaki jual atas jual..! Ghani yang sedang menggunakan talian hayatnya untuk kekal lagi sebagai MB Johor dilihat langsung tidak memahami tentang denyut nadi rakyat.keresahan rakyat apabila beliau mengambil pendekatan menjual satu demi satu harta rakyat Johor kepada bangsa asing terutama sekali kepada Lim Kang Hoo,ahli perniagaan Cina yang sedang menguasai sebahagain besar pembangunan hartanah di Johor ketika ini. Selepas KFC yang terlepas ini kita tidak tahu apa lagi harta-harta rakyat Johor yang akan dijual oleh Ghani kepada kroni-kroni tertentu dan adakah kerana Ghani menyedari bahawa tempohnya sebagai Menteri Besar Johor akan berakhir ataupun tidak dicalonkan semula untuk bertanding dalam PRU13 ini membuatkan beliau mengambil keputusan untuk menjual segala harta-harta yang yang menjadi milik rakyat Johor termasuklah ifahamkan berates-ratus ekar tanah juga dijual kepada Lim Kang Hoo atas dasar kononnya untuk melakukan pembangunan di negeri tersebut. Pun ada juga yang mendakwa walaupun sebahagian besar rakyat Johor menolak Ghani untuk dicalonkan semula dalam PRU13 nanti ataupun sebagai Menteri Besar Johor, Najib dikatakan masih berminat untuk mengekalkan beliau atas kepentingan individu serta kelompok-kelompok tertentu dan tindakan Najib ini disifatkan sebagai melawan arus dengan menolak desakan-desakan rakyat yang mahu kepimpinan Ghani ditamatkan ekoran kerakusan beliau mempergunakan kuasa sebagai Menteri Besar. Tahniah Ghani-Akhirnya Lim Kang Hoo kuasai KFC? ~sanggah tok janggut |
Maklumat Risikan SB Terbongkar.. Posted: 18 Apr 2013 05:49 PM PDT Maklumat terbaru yang diterima menunjukkan Pakatan Rakyat dijangka menang sehingga majoriti 68 kerusi menerusi satu sumber perisikan yang bocor beberapa hari lalu. Dengan kedudukan ini, Pakatan Rakyat diramal mampu menguasai 145 kerusi, jauh dari sasaran asal 125 kerusi sahaja semasa anggaran awal yang dibuat pertengahan Mac lalu. Sementara BN cuma memperolehi 77 kerusi sahaja, jauh lebih buruk dari jangkaan asal 95 kerusi juga mengikut anggaran awal pada pertengahan Mac. Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang yang mendedahkan maklumat ini berkata, walaupun dia tidak dapat mengesahkan sumber yang diterima dari perisikan polis di Bukit Aman, inilah kedudukannya menjelang penamaan calon esok di seluruh negara. Analisis yang dibentang Ketua Ekonomi Bank Islam yang masih digantung sehingga hari ini, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin menyebut Pakatan Rakyat berkemungkinan memperolehi antara 115 hingga 125 kerusi manakala BN antara 95 ke 105 kerusi sahaja. Kit Siang menghargai kenyataan bekas ketua polis negara, Musa Hassan yang meminta supaya politik ugut dan menakut-nakutkan rakyat yang diamalkan BN ditolak oleh seluruh rakyat. Musa yang memegang 'janji' BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya bahawa proses peralihan kuasa akan berjalan secara aman turut mengingatkan BN tidak boleh menggunakan kekerasan sekiranya secara rasmi diisytihar kalah dalam pilihanraya umum nanti. Malah, Kit Siang turut memuji Musa kerana terus profesional menegur BN dan Pakatan Rakyat walaupun sudah bersara dari perkhidmatan kerajaan kerana banyak campur tangan BN dalam pasukan polis semasa Musa menjadi ketua polis negara dulu. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan