Isnin, 1 April 2013

Addin

Addin


Gambar Najib Pakai Kain Pelikat Dan Berkopiah.. Saksikanlah!!

Posted: 01 Apr 2013 04:00 PM PDT


Salam semua... Bagi orang-orang kampung, berkain pelikat ni dah perkara besa. Bukan takat pi masjid ja, ubah lembu kat padang, lepak bawah rumah petang-petang, tu jugak la unifom depa...

Jadi kembang kempeh la hati orang-orang kampung mengkalu ada orang pekan yang syok melaram ngan unifom depa.

Kali ni Pak Long nak buat sumbangan kat tim Najib. Asyik-asyik dok tunjuk pak lebai Pas ja yang berpelikat ngan kopiah, sekali sekala Pak Long nak tunjuk jugak kat rakyat semua bahawa Najib pun dah berubah selera...

Memang terpegun la Mak Long hang tengok Najib bersimpuh sopan dengan kopiah dari pekan... haha...

Alhamdulillah,
Segak bergaya bekaih PM kita...
Walau senget macam tak besa...
Sekali sekala apa salahnya...
Salin kulit time pilihanraya...

~pak long din

Addin :

Macam tak biasa je..



Iklan C (ii)



Penyanyi Yasin Di Soal Siasat SKMM

Posted: 01 Apr 2013 08:12 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 APRIL: Penyanyi Yasin Sulaiman dipanggil Suruhanjaya Komunikasi & Mulitimedia Malaysia (SKMM) jam 3 petang ini di Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja Kuala Lumpur.

Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Syed Badli Shah ketika dihubungi memaklumkan pihak SKMM mahu merakam percakapan Yasin.

Yasin pada Konvensyen Pakatan Rakyat 25 Februari lalu. Yasin sebelum ini menerima dua mesej ugutan bunuh menerusi akaun Youtube miliknya selepas memuat naik lagu Reformasi sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 pada 25 Februari lalu.

Mesej berkenaan ditulis pemilik akaun bernama 'Azzali Abdul Aziz' mengugut untuk memijak-mijak penyanyi itu sehingga lumat manakala 'Pencinta Muzik' menulis, 'Yasin patut dibunuh'.

Pengugut kemudian menarik semula ugutannya dan meminta maaf menyebabkan Yasin membatalkan hasrat membuat laporan polis.

AMK pada 17 Februari lalu melancarkan video klip lagu 'Reformasi' nyanyian Yasin yang menjadi lagu rasmi kempen AMK di seluruh negara.

Yasin adalah duta rasmi kempen pilihan raya AMK akan bergerak mengelilingi Malaysia dan turun ke setiap kawasan ditandingi calon AMK ~keadilandaily







Iklan C (ii)



Punca Penyokong PKR Belasah Pemuda Umno Bandar Tun Razak Di Dedahkan..

Posted: 01 Apr 2013 07:58 AM PDT

Di Bandar Tun Razak, Jumaat lalu hanya disebabkan bendera satu pergaduhan telah dilaporkan berlaku antara penyokong Pakatan Rakyat dan juga seorang macai UMNO.

Laporan dari kebanyakkan media Pro UMNO mendakwa bahawa pergaduhan telah dimulakan oleh seorang penyokong Pakatan Rakyat.

Kononnya menurut macai-macai UMNO pergaduhan tercetus hanya kerana penyokong PR tidak berpuashati bila menyaksikan bendera-bendera BN dipasang jauh lebih banyak dari bendera PKR..

Itu menurut macai UMNO.. Adakah ianya benar atau satu lagi fitnah mereka? Berikut adalah penjelasan mengenai insiden tersebut oleh seorang sahabat kepada Mohammad Saiful Bin Mansur..

Salam.. hari ni aku buka FB Isu Politik Semasa dan Page UMNO yang lain kecoh pasal kes seorang Mamat dan nama dia memang MAMAT pun,... dipukul oleh seorang sahabat aku Mohammad Saiful Bin Mansur yang berpunca dari sikap biadap dan dengki UMNO/BN dengan bendera tiga jalur yang dipasang bersama dengan bendera Besar PKR di BANDAR TUN RAZAK DEKAT DEPAN CIMB BANK JALAN JUJUR.

Kejadian pada Malam kelmarin itu sebenarnya adalah dari keangkuhan dan kesamsengan yang terlampau MAMAT ini yang datang mahu membuka bendera tersebut. Aku ada ditempat kejadian bersama sahabat ini dan seorang lagi rakan. Mereka BN semuanya 5 orang termask pemuda UMNO mewah.

Semasa perbincangan beliau ( MAMAT yang kena pukul tu ) menunjukkan lagak dan gaya yang sangat kurang ajar bila bercakap dengan Saiful yang lebih tua berpuluh tahun dari beliau. Mamat mengatakan persatuan Ayahnda PEKIDA bising dan minta beliau turunkan bendera 3 jalur yang kami pasang tersebut.

Aku mengatakan kami boleh membuka bendera tersebut jika pihak BN juga membuka satu signboard di Desa Tun Razak yang bercantum logo PEKIDA dan BN serta dipasang lagi bendera BN. Beliau berdolak dalih kononya tiada kuasa nak buka sedangkan beliau sendiri nak mengacau bendera kami. Kalau takde kuasa nak buka sendiri punya apahal pulak ada kuasa nak buka orang lain punya.

Semasa perbincangan tersebut Mamat ni cakap main lepas saja dan tangan beliau angkat tinggi-tinggi seolah-olah menunjukkan kepoyoan beliau terhadap saiful yang bukan kecik anak Ayahndanya.

Saiful sudah memberi amaran agar Mamat jangan tinggi suara dan jangan naikkan tangan dengan tunjuk-tunjuk jari ke arah saiful,sebab dia seperti tak hormat Saiful yang lebih tua umur dan pangkat. Tapi amaran tidak di endahkan.

Dengan nada bongkak si Mamat ini tadi berkata beliau tidak peduli apa yang akan jadi dan akan tetap mencabut bendera kami pada malam itu juga.

Saiful yang sudah tak boleh sabar melayan kerenah Poyo dan ala samseng si Mamat ni mula menolak beliau kerana tangan mamat yang menunding jari hampir kena ke muka Saiful seolah-olah mahu mencucuk muka beliau. Maka berlaku lah tolak menolak dan tumbuk menumbuk yang mana Si Mamat tadi ni teruk kena tumbuk.

Pergelutan yang berlaku dalam masa 10 ke 15 minit itu menyaksikan Saiful mendapat kuasa dalam pertarungan itu. Geng-geng UMNO/BN cuba masuk campur tetapi diberikan amaran oleh seorang lagi sahabat aku.

Kami sendiri pun tak masuk campur kenapa mereka pulak nak melebih-lebih. Kerana aku tak sampai hati membiarkan mereka terus-terusan bergelut aku telah mengambil satu tindakan drastik meleraikan kedua-duanya.

Mamat aku tarik dulu sebab aku tengok mulut dan muka beliau berdarah. Aku suruh dia dan Saiful Istighfar. Ingat Allah. Sabar . Jangan kerana bendera kita sesama kita berbunuhan berlawan. Kita ni sekampung dan aku kenal Mamat ni sejak kecil. dia budak baik dulu selalu berserban dan berjubah serta rajin ke kelas agama. Cuma lepas sekolah dia berubah gila-gila seolah-olah kena kejutan budaya.

Aku katakan benda kecik macam ni boleh di bawa bincang. Mamat pun aku salahkan kerana cakap ngan orang tua agak kasar. Pertarungan terhenti sampai disitu dengan masing-masing tak berpuashati.

Aku mengatakan kepada Mamat dan geng UMNOnya. Jika bendera itu tidak disenangi oleh Ayahnda Pekida beliau, masing-masing ada majlis pimpinan. Biar pimpinan yang mengambil tindakan jika kami salah menggantung bendera dan kena bersikap adil dalam melaksanakan hukum kerana dipihak UMNO/BN juga ada signboard Pekida terang-terangan menyokong BN dan memasang bendera serta logonya sekali.

Sedangkan bendera kami hanya memasang bendera tiga jalur sahaja dan tiada logo PEKIDA. Boleh saja kami katakan itu bendera Jamaica atau penyokong Bob Marley. Ingat tiga jalur je semua PEKIDA ke.??

Malah jika alasan Mamat kononya PEKIDA itu NGO dan tak terlibat dengan politik, bagaimana pula dengan saignboard PEKIDA menyokong BN tersebut itu belum lagi dikira dengan Markaz belia 4B yang di buka di Perumahan Sri Pulau Pinang bukankah belia 4B itu hak kerajaan dan tak boleh berpolitik juga.

Tetapi apa yang kami tengok mereka juga pasang bendera BN. So jangan marah jika nanti ada belia 4B yang lain pasang bendera parti-parti PR pula.

Akhirnya masing-masing kembali ketempat masing-masing setelah aku serta sahabat dan geng UMNO/BN sepakat bahawa bendera tersebut tidak perlu dikacau sehingga majlis pimpinan masing-masing mengambil ketetapan.

Biar mereka yang buat keputusan.Jika kena buka bendera tersebut kami akan akur tetapi signboard itu juga mesti dibuka. Masing-masing bersetuju dan pulang ke tempat masing-masing. Dalam perjalanan balik aku bertanya pada Saiful apa yang beliau rasa.

Dia cakap dia memang geram bila ada budak-budak bawah dia cakap dengan cara kurang ajar dan angkat tangan ke muka dia.

"Dah le mereka datang nak cabut bendera kita ( maruah tu beb ) lepas tu cakap macam samseng macam seolah-olah kita ni kena ikut telunjuk dia pulak. Aku bukan adik-adik dia nak cakap kurang ajar macam tu Siapa dia nak turunkan bendera kita. Kalau Ayahnda dia bising mari jumpa aku dan aku boleh je berunding cara baik.

Malah aku memang lemah bila berunding dengan orang baik dan kadang-kadang orang baik sendiri boleh kalahkan aku dengan cara baik tapi ini perangai serupa Yahudi datang serang dan nak runtuhkan bendera orang lepas tu cakap mulut takde insuran. Baru jadi AJK Pemuda UMNO caw dah berlagak macam ni. Kalau jadi Menteri ke MP ke macam mana nanti lagak dia ". Kata beliau.

Esoknya aku dapat tau kes ini sudah kecoh dan laporan polis kononnya telah dibuat oleh Mamat.

Menurut cakap sahabat aku laporan polis yang dia buat adalah sebagai melindungi diri beliau kononya jika berlaku sesuatu kepada Saiful atau bahasa mudahnya jika Saiful kena pukul bukanlah berpunca dari beliau dan beliau tidak bertanggungjawab.

Alahai takkanlah kita ni tak guna akal yang waras. Jika Saiful kena pukul ke apa ke dah tentu dia juga kena sebab dia dah ada motif. Korang reportlah beratus report tapi Polis bila ada sesuatu kes mereka akan utamakan motif dulu dari report korang lah.

Kalau Saiful kena pukul dah tentulah si Mamat ni akan disoal dulu sebab beliau mempunya konflik diawalnya. Kena pula kalau memang terbukti dia yang buat atau upah orang dah tentulah dia kena dulu silap-silap double charge sebab mengelirukan polis.

Sebab sebelum ni kami dapat kantoi UMNO/BN upah kepada samseng untuk pukul orang-orang PR termasuk Saiful. Budak yang diupah sendiri buka mulut dia dibayar untuk pukul dan senarai orang yang dipukul pun beliau berikan.

Bodoh puak-puak ni pakai kaki pukul tapi bodoh tak tau kaki pukul tu kawan kami jugak hahahah.. Lawak2..

Sehingga hari ini kes ini sudah dimainkan dihalaman-halaman dan page UMNO terutama page Isu Politik Semasa.

Banyak yang menggugut nak mencederakan Saiful. sedangkan mereka itu semua tolol sebab tak tahu apa yang berlaku main hentam keromo saja. Dah le takde bukti bergambar lepas tu tunjuk gambar saiful dan tuduh beliau macam-macam seolah-olah mereka lebih tau apa yang berlaku.

Kecoh je memanjang sehingga Artikel ini ditulis pun isu itu masih hangat dikatakan mereka. Padahal bodohnya mereka terima berita bulat-bulat dari orang yang main hentam je buat fitnah.

Semakin aku menyampah dengan UMNO bila kejadian ini berlaku dan semakin aku nampak kelemahan UMNO. UMNO suka jaja cerita fitnah, Berlagak Poyo, Suka memerintah orang yang tak sebulu dengannya,

Suka tunjuk kuasa dan pengecut bila kes kecik macam ni sampai nak berpolis-polis buat laporan Alahai UMNO Layu Melayunya. ~selatanonline-




Iklan C (ii)



Panas!! Samseng Umno Roboh Khemah Petugas Pilihanraya KEADILAN

Posted: 01 Apr 2013 05:06 AM PDT

PANTAI DALAM 1 APRIL: Satu lagi siri keganasan politik berlaku di Lembah Pantai apabila petugas pilihan raya KEADILAN Parlimen itu diugut sekumpulan samseng dan khemah mereka diceroboh serta dimusnahkan.Ketua Jawatankuasa Daerah Mengundi Lembah Pantai, Siti Mariam Mohd Aly berkata, pada 26 Mac lalu, beliau bersama tiga petugas di khemah Taman Sri Sentosa Utara didatangi dua lelaki berbangsa India dan mengancam mereka."Mereka ugut supaya jangan aktif di kawasan tersebut dan cepat cabut khemah," kata Mariam kepada Keadilan Daily.

Menurutnya, samseng tersebut kemudian datang semula ke kawasan khemah berkenaan keesokan hari bersama enam lagi rakannya dengan empat motosikal.Mereka turut diiringi sekumpulan samseng yang menaiki dua kereta dan sebuah teksi."Kali ini mereka ugut saya dan dua lagi petugas supaya keluar dari khemah. Mereka cabut bendera, rampas risalah, patahkan kaki khemah dan maki hamun kami dengan kata-kata kesat dalam Bahasa Tamil. Turut dirampas sebuah Samsung Galaxy Note," jelasnya.

Mariam (kanan Izzah) menunjukkan laporan polis serangan samseng ke atasnya.Mariam membuat laporan polis berhubung insiden itu pada 28 Mac, dan diminta membuat kawad cam terhadap samseng tersebut."Polis kemudian memeriksa kawasan kejadian. Apa yang menghairankan, polis suruh kami dirikan khemah jauh dari situ kerana tapak khemah tersebut berdekatan dengan khemah BN."Kami was-was kenapa polis arahkan demikian sedangkan kami tak buat kacau, malah kami yang diserang," kata Mariam.

Pada hari yang sama, salah satu bilik operasi KEADILAN di kawasan Jalan Kurau, Bangsar dipecah masuk. Barang-barang seperti kayu bendera dicuri dan kerugian dianggarkan berjumlah lebih RM20,000.Pada 29 Mac pula, seorang petugas pilihan raya di Jalan Kampung Kerinchi Kiri mengalami kecederaan akibat diserang samseng dan terpaksa menerima lima jahitan di kepala.Selain itu, papan iklan Ahli Parlimen Lembah Pantai bertajuk 'Berani Kerana Benar' yang dipasang di Lebuh Raya Persekutuan turut dirosakkan pada 12 Mac lalu.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen kawasan tersebut, Nurul Izzah Anwar mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sedaya mungkin memastikan insiden keganasan politik tidak berulang."Semua parti komponen tidak kira dari BN atau Pakatan Rakyat harus menolak politik ganas dan perlu memastikan tiada lagi insiden sebegini," katanya pada sidang media di Pejabat Parlimen beliau di Pantai Dalam, hari ini.

Pelbagai insiden keganasan berlaku di Lembah Pantai sejak 2012 antaranya sukarelawan dari pejabat Parlimen Izzah menjadi mangsa intimidasi sewaktu membuat tinjauan pengundi di kawasan perumahan pada Mac, 'Malam Berdarah' Lembah Pantai pada Mei, dan serangan terhadap aktivis mahasiswa, Adam Adli yang ditumbuk di Kerinchi pada April."Justeru, Hishammuddin perlu sedaya mungkin dalam bidang kuasa beliau memastikan insiden-insiden keganasan tidak berulang. Mereka yang dibuktikan terlibat wajib dibawa ke muka pengadilan serta-merta," tegas Izzah. ~keadilandaily



Iklan C (ii)



Lagi Kebobrokan Kerajaan Umno BN Di Dedahkan

Posted: 01 Apr 2013 01:34 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 APRIL: Kegagalan agensi perisikan negara mengesan awal pencerobohan di Lahad Datu, Sabah akibat campur tangan politik BN yang keterlaluan, kata mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.Menurutnya, jika anggota perisikan menumpukan kepada usaha mengesan lebih awal kemasukan penceroboh dari negara luar, insiden di Lahad Datu dapat dielakkan serta tiada nyawa terkorban."Perisik yang sepatutnya berfungsi untuk negara diperalatkan untuk politik sempit Umno BN. Saya tegaskan insiden ini bukan salah tentera dan polis tetapi penyalahgunaan aset perisikan untuk politik Umno BN."Perisik digunakan mencari maklumat untuk penerbitan risalah menghina seteru politik. Saya yakin, ramai blogger anti Pakatan Rakyat terdiri daripada perisik," katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Tragedi Lahad Datu: Rakyat Berhak Tahu di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi.Ditanya apa akan dilakukan jika diminta mengetuai operasi tersebut, kata Ghafir, beliau akan pastikan semua ahli politik tidak mencampuri tugasan berkenaan."Mereka inilah yang mengganggu kerja anggota keselamatan dengan mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan realiti semasa."Kebanyakan Menteri Pertahanan tak layak pun bercakap soal keselamatan kerana ini bukan bidang kepakaran mereka," ujarnya.

SB gagal kesan pencerobohanSementara itu, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari berkata, jika insiden pencerobohan itu mengikut modus operandi perisikan yang betul, tidak mungkin pengganas mampu bolos sempadan perairan Pantai Timur Sabah dengan bilangan ramai sekaligus.Katanya, unit perisikan polis atau dikenali sebagai Cawangan Khas (SB) merupakan jabatanpaling cekap mencari maklumat yang berpotensi menggugat keamanan negara."Untuk memasuki kawasan perairan, beberapa tapisan dikendalikan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin dan Kastam perlu dilepasi.

Bagaimana SB gagal mengesan usaha pencerobohan ini?" kata Fauzi.Tambahnya, walaupun kerajaan mendakwa kumpulan pengganas terlibat berjaya ditumpaskan, namun secara akauntabiliti, Malaysia tetap gagal kerana tindakan yang lambat mengakibatkan nyawa anggota keselamatan terkorban.Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan Tentera KEADILAN, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khattab pula berkata, penggunaan jet pejuang untuk mengebom pengganas di Lahad Datu tindakan tidak wajar.

"Paturkah jet pejuang digunakan terhadap kumpulan pengganas yang berjumlah ratusan orang sahaja?"Lebih wajar kalau helikopter bersenjata sahaja digunakan kerana skala jet pejuang bukan digunakan untuk serangan terhadap sekumpulan musuh," katanya.Beliau turut mempersoal penggunaan kapal terbang tambang murah untuk menghantar anggota keselamatan ke Lahad Datu kerana berpendirian tentera perlu menaiki pesawat dilengkapi peralatan perang.

Forum tersebut dipengerusikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.Hadir sama, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke; Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari dan Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail. ~keadilandaily




Iklan C (ii)



Rahsia Pertemuan Papagomo Dengan MB Terengganu Terbongkar..

Posted: 31 Mar 2013 10:12 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Umno negeri Terengganu mempunyai hubungan dengan blogger penjenayah dan pengundi hantu Papagomo serta pernah menggunakan wang kerajaan negeri menjemput beliau pada satu majlis pada hujung Januari, tahun lalu. Menurut Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, Dr Azman Ibrahim, seramai 50 orang 'bloggers dan facebookers' pro Umno dari seluruh negara menghabiskan masa selama dua hari menjadi tetamu kerajaan dan disambut oleh pemimpin kerajaan termasuk Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said dan Exco kerajaan YB Razif Bin Abdul Rahman.

"Majlis Pemimpin Bersama Bloggers anjuran Kerajaan Umno Terengganu yang diadakan di sebuah hotel di Bandaraya Kuala Terengganu dengan turut sama disertai oleh MB Ahmad Said serta beberapa orang EXCO Kerajaan Negeri, "Pihak KAMI memandang serius perkara ini terutamanya apabila ada di kalangan blogger yang dijemput adalah blogger pemfitnah seperti Papagomo dan blogger Pas Beruk yang mengesahkan pembabitan kerajaan Umno dengan fitnah dan caci maki.

"Apatah lagi kini telah disahkan oleh PDRM bahawa Papagomo telah ditamatkan perkhidmatan kerana melakukan jenayah dan Pengerusi SPR mengakui bahawa beliau juga adalah seorang pengundi hantu," ujarnya.Menurutnya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff selaku Pengerusi SPR mengaku wujud dua nama Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 yang didaftar dua kali atau dengan lain perkataan mendaftar sebagai 'pengundi hantu' di dalam daftar pengundi.

Manakala susulan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azman berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 28 Mac lalu mengesahkan bekas anggotanya Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang popular sebagai penulis blog dengan nama samaran Papagomo, telah dibuang kerja kerana kes jenayah.

"Mortadza menjelaskan, Wan Muhammad Azri telah ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005. dan kemudiannya telah dibuang kerja daripada pasukan polis sejak September 2012. "Penjelasan polis ini menunjukkan kerajaan Umno Terengganu selama ini telah mempunyai hubungan bekerjasama dengan blogger papagomo yang disahkan melakukan jenayah,"ujarnya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada pihak media. ~buletin online



Iklan C (ii)



Tiada ulasan: