A Mum Of Three Mohd |
- Ini maciam kalu... bai-bai lorr.
- Mengapa nak tahu sangat?? Nak tiru, ek??
- Perak bakal milik Pakatan Rakyat semula??
- Najib masih bermimpi
- Shahrir Samad dah tua... tak paham aspirasi rakyat, especially yang muda
- Anjing menyalak bukit
Ini maciam kalu... bai-bai lorr. Posted: 29 Apr 2013 09:00 AM PDT Minggu lepas gua berada di Penang. Pada hari Jumaat, malam Sabtu tu... gua laki bini dan anak teruna gua pergi ke perhimpunan di Padang Kota. Pada malam itu, Pakatan Rakyat memperkenalkan calon masing-masing, sebelum penamaan calon pada hari Sabtunyer. Fuuuhh.... !! Tegak bulu roma gua tengok semangat puluhan ribu warga Pulau Pinang yang datang berduyun-duyun untuk beri sokongan pada calon-calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding. Tua muda kecik besar daripada pelbagai kaum datang dengan memakai T''shirt yang tertera perkataan 'Ubah' ... ABU... Tolak UMNO... Demi Rakyat.. Ini kalilah... Fuuuhh... !! Gilerr... Kalau begitulah sokongan yang rakyat Penang beri kepada Guan Eng dan kerajaan Pakatan Rakyatnyer, jangan mimpiler UMNO/BN nak dapat balik Pulau Pinang. Dalam mimpi mungkin boleh tapi realitinyer.... soriler!! Gua nasihatkan pada UMNO/BN... say bai-bai jer ler kepada Pulau Pinang. Satu lagi petanda yang menunjukkan UMNO/BN akan gigit jari di Pulau Pinang ialah gambar di atas. Dikhabarkan, lebih 50 ribu orang telah membanjiri |
Mengapa nak tahu sangat?? Nak tiru, ek?? Posted: 29 Apr 2013 06:52 AM PDT Si Noh Omar mencabar Pakatan Rakyat agar mengumumkan nilai harga minyak yang akan diturunkan. Haisshh... sibuk dia nak tahu. Siapa kau?? Apa hal pulak, orang nak kasi kau tahu?? Cabar ler seribu kali cabar pun tak der sapa akan layan ko?? Buat apa nak layan... buat apa nak bagi info tentang penurunan harga minyak yang dibuat oleh Pakatan Rakyat kepada kau?? Nak biarkan dia dan UMNO/BN tiru apa yang kita buat?? Huh... mereka tu copycat!! Asyik ciplak idea orang jer. Pastu mengaku sebagai idea sendiri Tak... Tak... Kami tak tiru. Itu idea kami. Kami yang buat dulu. Pakatan Rakyat yang tiru... Ya ler tu tak tiru.. Komer tak tiru tapi komer curi jek. Hahahaha... Wang rakyat lagikan derang curi... inikan pulak idea orang. Dah dasar pencuri... pencuri jugak!! Pakatan Rakyat bagi air percuma... derang pun nak bagi air percuma. Orang nak turunkan harga kereta .... derang pun nak mengkaji bagaimana nak turunkan harga keta. Eeee... tak malu ke?? Nampak sangat ketandusan idea, sebab tu pentadibiran negara haywire. Oleh itu... usah dilayan cabaran Noh Omar yang bangang tu. Bangang tahap gaban puak-puak ni. Orang kasi 20 meter padu air percuma... dia nak tiru kita. Tapi nak kasik 20 liter air percuma jek. Kah kah kah kah.... Tak ke lawak al bangang tu?? Ini macam punyer orang nak jadi MB Selangor?? |
Perak bakal milik Pakatan Rakyat semula?? Posted: 29 Apr 2013 01:00 AM PDT Di Perak, Pakatan melihat kemenangan dengan peningkatan sokongan Cina pedalaman IPOH, 29 April — Pakatan Rakyat (PR) yakin mengambil alih Perak pada 5 Mei ini dengan peningkatan sokongan di kawasan majoriti Melayu pedalaman melalui sokongan pengundi Cina, yang kini sudah tidak keberatan untuk mengundi bukan Cina bagi mewakili mereka. Cina merupakan minoriti di kebanyakkan kerusi pendalaman ini dimana parti PR, terutamanya parti Islam PAS, kalah dengan margin kecil dalam Pilihan Raya 2008 Akan tetapi Setiausaha DAP Perak Ngar Kor Ming mengatakan dengan PAS, DAP dan PKR kini berkempen sebagai satu di bawah payung PR, komuniti Cina luar bandar sudah semakin selesa untuk mengundi calon Islam dari PAS atau PKR. "Dalam tinjauan bebas terbaru kami, kami agak optimistik. Kami mempunyai kerusi yang kuat sekarang… diantara 35 dan 38. Paling baik ialah 40," katanya kepada The Malaysian Insider apabila ditemui semasa berkempen di Trong, berdekatan Taiping pada Jumaat. Terdapat 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak. Dalam Pilihan Raya 2008, DAP, PKR dan PAS secara kolektifnya memenangi 31 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) 28. "Di kerusi marginal seperti ini, undi bukan Melayu adalah penting," kata Nga, merujuk kepada Trong, kerusi DUN dimana PAS tewas kepada Umno dengan 916 undi dalam Pilihan Raya 2008. Nga menambah, seperti dimana-mana di Perak, kekalahan di Trong sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan sokongan Cina kepada calon PAS Norazli Musa, kerana takut dengan pendirian parti Islam itu. Termasuk Trong, PAS juga kalah di 15 kerusi DUN dalam pilihan raya 2008, 10 kerusi dengan majoriti kecil di bawah 1,000 undi dan lima kerusi di bawah 500 undi. Dengan situasi sebegini, Nga mengatakan sokongan Cina dari kawasan pedalaman Perak boleh meningkatkan sokongan dari komuniti itu sebanyak 10 peratus dan peralihan selebihnya memihak kepada PR 5 Mei ini. "Di Perak, kita mendapat lebih kurang 70 peratus undi Cina sebelum ini. Jika kita boleh meningkatkan kepada 80 peratus, kita bukan sahaja boleh menubuhkan kerajaan akan tetapi boleh menubuhkan yang stabil untuk mengelakkan lompat parti," katanya. Kerajaan PR Perak jatuh pada 2009 selepas memerintah selama 11 bulan oleh kerana tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti. [Teruskan di sini] |
Posted: 28 Apr 2013 10:30 PM PDT Weh... Najib ni mengigau atau sasau?? Selama 5 tahun ni siapa yang memerintah Selangor?? Dia masih ingat yang selama 5 tahun ni... UMNO/BN ialah kerajaan di Selangor, kot?? Hello Mr Prime Minister sementara, wake up please. UMNO/BN di Selangot ialah pembangkang okay?? Dah 5 tahun mereka ditolak oleh rakyatnyer sendiri. Yang diberi mandat ialah Pakatan Rakyat. Hello... hello... Experiment dah dijalankan, 5 tahun yang lalu. Now... experiment dah tamat. Resultnyer pon rakyat dah tahu. Report card pun dah dikeluarkan. Assamalulaikum.... Keputusnanyer.... Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor dengan cemerlang sekali. Keputusan experiment yang rakyat Selangor buat terhadap Pakatan Rakyat, hasilnyer excellence!! A+++ wa cakap sama lu. So... experiment apa lagi yang lu mengarut ni ?? Ngingau, ek?? Sasau, ek?? [Baca sini] Oleh sebab Pakatan Rakyat telah lulus experiment dengan excellent, maka... in shaa Allah, rakyat Selangor akan tetap memilih mereka untuk tempuh 5 tahun akan datang dalam PRU13 ni. Kesian jugak aku tengok Najib Nazak ni. Ke hulu ke hilir berkempen tapi sambutan hebat yang digembar-gemburkan, semuanyer superficial belaka. Yang datang 5000 jek... Itu pun kena angkut dan kena paksa. Hahahaha.... Tak datang siap komer!! Unlike kehadiran rakyat yang menyambut kehadiran para pemimpin Pakatan Rakyat, mencecah belasan dan puluhan ribu. Takkah senario ini memeningkan kepala Najib? Sebab tu, apabila Najib hadir dalam sesuatu perhimpunan.... muka dia tak ceria jer. Tak caya, cer tengok gambar di bawah ni. Ini menggambarkan hatinya risau dan fikirannyer yang kacau. enyum pun tawar... Eleh, dibuat-buat. That's why... experiment dah tamat pun, dia fikir experiment belum bermula lagi. Pemimpin yang sasau dan kacau macam ni komer nak angkat lagi jadi Perdana Menteri?? Hanccuuss negara weh...!! |
Shahrir Samad dah tua... tak paham aspirasi rakyat, especially yang muda Posted: 28 Apr 2013 07:30 PM PDT Shahrir Abdul Samad mengajak bebangku membuat keputusan cara orang Johor. [Lihat dan baca sini] Kah kah kah kah kah.... Hello Tan Sri... jaman dah berubah. Anak muda sudah terbuka minda mereka. They want something new dan bukan cara lama yang disarankan oleh para pemimpin UMNO untuk buat keputusan yang besar dalam PRU13 nanti. They want change. Tak payah susah-susah memomokkkan rakyat Johor khususnyer di JB, kononnyer DAP tu parti yang akan menyuburkan rasisme. Baik UMNO cermin dan lihat bebetul dalam cermin tersebut dan tanya... siapa sebenarnyer rasis?? UMNO itself ialah parti rasis. Hahahaha... Melayu Johor mesti bersatu. Jangan bagi DAP memerintah. DAP tu Cina rasis. Jika Cina DAP memerintah kalu... habislah Melayu. Bukan itu yang bermain dibibir rakyat Melayu Johor?? Bukan itu yang ditakuti rakyat Johor?? Tidakkah itu rasis namanyer?? DAP sekarang bukan DAP dulu. DAP sekarang dah sedar betapa pentingnyer rakyat pelbagai kaum di Malayisa menerima co-existence kaum lain bagi mewujudkan sebuah Malaysia Baru. Sebab itulah wujudnya Pakatan Rakyat. Kita mahu bina Malaysia Baru yang lebih adil bagi semua rakyat Malaysia. Sepekara lagi... Jika... UMNO/BN sibuk dengan slogan 1 Malaysianyer, ngape pertikai dan momokkan slogan Malaysian Malaysia DAP?? Bukankah konsepnyer sama?? Satu Malaysia... satu bangsa. Kita semua Malaysians, tak kira ler kita Melayu, Cina atau pun India. DAP hanya maukan keadilan buat semua rakyat Malaysia. Apakah itu rasis?? Dulu... mungkin orang termakan dengan momokan UMNO/BN, especially hok yang tetua tu, but now... especially the younger generations, jangan harap ler. Pemikiran mereka dah advance dah. Mereka tak makanler momokan murahan UMNO/BN tersebut. Sebab tu.. tak pernah terduga dek para pemimpin UMNO untuk berceramah di hadapan kerusi-kerusi kosong. Dan... itulah yang berlaku sekarang. Di mana-mana UMNO/BN berceramah... yang banyak ialah kerusi-kerusi kosong. Sebaliknyer, ceramah Pakatan Rakyat dibanjiri belasan dan ratusan ribu rakyat, yang datang tanpa diangkut dan tanpa mendapat apa-apa ganjaran daripada pihak pengajur. Mereka datang on their own free will. Tidakkah itu petanda yang UMNO/BN semakin tidak disukai rakyat?? Tepatnya... UMNO sudah tidak popular lagi. Cara politik kuno UMNO/BN kini ditolak Tan Sri.... rakyat kini mahu cara membuat keputusan yang mengambil kira kepentingan semua kaum. It's not just about pembangunan tetapi bagaimana rakyat boleh hidup dalam suasana harmoni dalam erti kata yang sebenarnya dalam pembangunan yang dibawa itu. Dan... inilah yang UMNO/BN gagal wujudkan, dulu, kini dan mungkin selamanyer. Sebab itu.... ini kalilah.... kita kena UBAH. |
Posted: 28 Apr 2013 05:30 PM PDT Si anjing menyalak bukit tapi bukit tak terjejas, malah semakin membesar dan semakin tinggi. Kukuh dan semakin tegap, wa cakap lu.... Kesian si anjing.... begitu setia dia menyalak sakan, dulu dan kini tapi tak terpilih jadi calon. Maka terus-terusan si anjing menyalak dengan harapan suatu ketika nanti akan dikutip menjadi calon Parti Tong Taik. Demi berharap nak jadi YB, maka... dia terpaksa menyalak dan terus menyalak. Malangnyer, bukit yang disalaknyer semakin mendapat sokongan dan semakin diyakini untuk menjadi Perdana Menteri. Agaknyer... melihatkan keadaan ni, si anjing berasa amat menyesal. "Kalau aku tak cari pasal dengan 'bukit' tentu hari ini, aku dah jadi bakal YB semula" Tapi, alhamdulillah...kita cepat sedar bahawa yang dulu kita sangka permata, rupanya kaca cabok. Kini... jadilah kaca tersebut anjing yang menyalak bukit. Dendamnyer pada si 'bukit' masih membara. Tapi... semakin dia menyalak, semakin orang menyampah tengok dia. Orang getik dan meluat, I tell you. Sapa lu.... Lain ler si 'bukit'. Dia hebat dan istiqamah dengan perjuangannyer. Dan... sebab itu ler si anjing sakit hati serta jeles apabila si 'bukit' dapat pengiktirafan daripada ulamak tersohor dunia. Si'Bukit' lah yang layak jadi Piem Malaysia, kata ulamak tersohor tu. Pengiktirafan tersebut telah menjadikan UMNO/BN sesak nafas lalu si'anjing' yang nak tunjuk setia pun, menyalak dengan mengatakan Pakatan Rakyat sudah terdesak. Pakatan Rakyat sudah terdesak ke atau UMNO/BN yang sedang nazak?? Kah kah kah kah kah kah.... [sumber ilham] |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan