Sabtu, 27 April 2013

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Najib jadi hijau

Posted: 27 Apr 2013 12:38 AM PDT




Hahahahaha..... Pasti ada orang tu bertukar menjadi hijau apabila mendengar berita melotop ini Setelah terkincit dengan berita kelmarin, kini dia bertukar menjadi hijau.

Eh.. bukan dia masuk PAS, ek... Tak... tak... Dengan PAS dia very fobia. Dia jadi hijau sebab jeles. Ulamak tersohor dunia kata Anwar ialah selayak-layak pemimpin Malaysia yang layak memikul tanggung jawab sebagai Piem Malaysia. Pengiktirafan ulamak besor tu beb.

Hihihihi... kalau komer jadi dia... komer tak jadi hijau ke?? Hijau, kaaann?? Kaaann,,,??

Ulama tersohor iktiraf Anwar paling layak jadi PM

SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan surat terbuka Ketua Ijtihad Ulama Dunia, Sheikh Dr Yusuf  al-Qaradawi yang mengiktiraf Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai layak memerintah Malaysia.

Pelancaran itu  disempurnakan Nik Aziz pada majlis anjuran calon PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, di pekarangan Apartment Pantai Permai, semalam.

Di dalam surat tersebut, Yusuf disebut sebagai berkata Anwar paling layak menjadi perdana menteri. [Continue here]

Sementara tak berakai bolehlah dibalacikan..

Posted: 26 Apr 2013 07:51 PM PDT


Tengok muka, bebudak ni macam baru belasan tahun. 13.. 14... tahun gitu. Ini bermakna mereka ni masih bersekolah. Jadi apa ke jadahnyer menyibuk dengan bendera BN time kempen pilihan raya ni??

Apakah UMNO/BN sudah tak cukup abang-abang Bangla untuk menjalankan kempen mereka hingga terpaksa perguna bebudak yang masih bersekolah. Terdesak sangat, kah??

Rasanyer bebudak baya ni, tak matang lagi pemikiran mereka terutama nak memikirkan hal-hal politik. Mereka biasanyer terikut-ikut dengan apa yang sedang hot di pasaran. Seronok... seronok... Nak enjoy-enjoy jek.

Selain itu, mereka mungkin nak cari duit poket. Al maklumler kerja menjadi balaci UMNO dibayar upah. No upah no kerja. Hahahaha... sumber rezeki buat bebudak tu. Bukan selalu dapat paw duit UMNO. Iniler masanyer. Easy money. Lelainnyer sudahlah dapat pree. Pakai T'shirt dan pegang bendera... pastu menyalak sikit-sikit atau semau-maunyer, ikut suka. 

Janji.. masuk poket mereka 30-40 hengget. Hahahaha.... Jadiler.... Datpat jugak beli top up. Sepanjang musim pilihan raya ni... loaded ler bebudak tu.

Tak pe... tak pe... Masa bebudak pegangler bendera UMNO. Harap-harap pabila dah berakai nanti... mereka akan kata, "Celaka UMNO!!"

Hok di atas sepasal.. cer  tengok hok di bawah ni pulak.

 

Ini lagi terdesak. Ada ke bebudak yang hingus masih meleleh tak reti nak lap tu diumpannyer bawak bendera BN. Ini namanyer penerapan nilai-nilai cintakan UMNO/BN di sekolah.

BN...BN... institusi pendidikan peringkat sekolah rendah pun nak dipolitikkan. Politik UMNO/BN pulak tu. Mana tak haancccuuss bebudak kita. 

Begitulah senario keterdesakan UMNO/BN di saat-saat mereka hendak mampos. Sekian. Wassalam.

Yahooo...!! Putrajaya Kita Punya.

Posted: 26 Apr 2013 09:23 AM PDT




Biar gambar je berbicara, Tapi apa yang pasti... Najib Nazak dan Adnan Mansuh  terkincit. Ini bukti UMNO semakin nazak dan akan mansuh selepas PRU13 nanti, in shaa Allah.

Tiada ulasan: