Jumaat, 26 April 2013

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Kalau ada telor, sebut nama lorr..

Posted: 26 Apr 2013 07:00 AM PDT


Pasal menuding jari pada pembangkang memang pandai tapi tak der telor nak berterus terang siapa pemimpin yang dimaksudkan.

3 pemimpin pembangkang dikenal pasti dalang kemelut Lahad Datu konon.... Pigiiraahh,,,!! Kalau dah dikenal pasti sapa dia, cer bagi tahu... Ini tidak... dok main aci cop pulak dengan kita. Konon nak dedah lepas PRU, sebab tak nak tindakan menahan mereka dianggap sebagai political ploy. [sini]

Ewah... ewah... Nak berbullshit pulak dia. Weh.. pencerobohan ke atas kedaulatan negara, is not a small matter. ek.?? Its very serius dan tak der kompromi dalam soal tu. Kalau ada bukti yang cukup, tahan mereka sekarang. No delaying. Pengkhianat tetap pengkhianat...tak kita ler pemimpin pembangkang yang disanjung rakyat. Bawak mereka ke mahkamah. Nak tunggu apa ke jadahnyer lagi..??

Kalau betul mereka bersalah dan terbabit... tangkap jer. Rakyat pasti akan memahami tindakan yang diambil. Kalau bertanding pon... pasti rakyat akan tolak mereka. Kita mahu pemimpin yang berwibawa bukan pemimpin yang celaka. Nampak sangat yang main politik sekarang ialah si Bagan Datuk.

Ini semua strategi terdesak nak bagi rakyat benci pada Pakatan Rakyat. Kalau cakap si kaki auta macam dia ini sapa nak percaya?? Sudah-sudahlah memperbodohkan diri sendiri. Rakyat dah cerdik untuk menilai apa yang sebenarnyer berlaku di Lahad Datu. 

Oleh itu, tak payah ler bikin suspens. Rakyat tak caya sama lu...

Khalid Ibrahim: Kebijaksanaannyer digeruni.

Posted: 26 Apr 2013 04:58 AM PDT



Orang persenda dia sebagai Khalid Gagap. So, what?? Gagap... gagap ler. Yang penting... dia ada otak. Bijak wa cakap lu. Itu sebab puak-puak lanun gerun dngannyer.

Korang baca... Bijak, kaann??

Hari ini, saya ingin kupaskan isu pengurusan sumber-sumber semulajadi serta utiliti-utiliti utama. 

Apabila Pakatan Rakyat jadi kerajaan di Selangor, kami mendapati perjanjian konsesi air terlalu berat sebelah. Keuntungan industri air sepatutnya disalurkan balik kepada rakyat. 

Oleh itu, kami menetapkan 20 meter padu air untuk diberi percuma kepada rakyat. Awalnya, Barisan Nasional kata akan bankrap, akhirnya mereka tiru dasar kami.

Sekarang, kami berhasrat menstrukturkan semula industri air untuk mengembalikan hak air kepada rakyat dan menghentikan penyelewengan yang masih berleluasa.

Sebahagian daripada penstrukturan ini melibatkan pemberian saham syarikat air kepada rakyat, supaya rakyat akan menjadi pemilik sebenar khazanah negeri.

Apabila Alam Flora cuba memaksa kerajaan negeri menerima harga yang tidak munasabah, kontrak dibatalkan & Pihak Berkuasa Tempatan mengambil alih.

Pihak Berkuasa Tempatan akhirnya berjaya menyelesaikan segala masalah kutipan sampah, dan RM 100 juta setahun berjaya dijimatkan.

Hasil rombakan semula industri kutipan sampah dan perlombongan pasir, kami berjaya mendapat peruntukkan untuk kurangkan cukai pintu dan program Jom Shopping.

Pada peringkat persekutuan, Manifesto Pakatan Rakyat menyatakan bahawa Suruhanjaya Anti-Monopoli dan Suruhanjaya Kontrak Awam akan ditubuhkan.

Ini adalah langkah terhadap rombakan kontrak-kontrak mega yang berat sebelah terhadap pihak swasta tertentu tetapi bebankan rakyat.

Kontrak-kontrak seperti yang melibatkan IPP dan syarikat konsesi tol adalah antara yang perlu dilhat kembali dengan segera.

Khazanah-khazanah negara tidak boleh disalahguna untuk memperkayakan segelintir sahaja, tetapi harus dijaga dan diurus dengan baik demi semua rakyat.- Khalid Ibrahim

Mimpi Bakal Tak Jadi MB Kelantan

Posted: 26 Apr 2013 12:00 AM PDT




"Perubahan itu amat ketara terutama di Pasir Puteh apabila ramai anggota Pas dan PKR menyertai Umno sama ada secara senyap atau terbuka,"

[ Citernyer nun di sana]

Itulah yang didakwa Stopa Mamad. Usisyyy.... macam ni kalu habis ler PAS dan PKR. UMNO dah semakin sarat dengan penyokong lompat parti. Ghuyuup... Ghuyuup ler Pakatan Rakyat di Kelantan. 

UMNO akan dapat 30 kerusi... kata Stopa Mamad. Ini kalilah... !! Rakyat Kelantan akan ubah!! Hidup UMNO..!!

Malas aku nak komen labon orang yang kuat perasan dan berangan ni. Cuma nak tanya satu soalan jek...

Hello Stopa Mamad..... Mu bermimpi ke??

Kah kah kah kah kah.....

Rakyat UMNO di Selangor, sengsara beb..!!

Posted: 25 Apr 2013 09:30 PM PDT

 
Calon BN Parlimen Subang, A Prakash Rao dan calon Dun Paya Jaras, Ir Muhammad Bushro Mat Johor pasti kecundang dan terlentang dalam PRU13 ini. Nak tau mengapa??

Sebab, dia jemput si Katak Puru Bayan Baru untuk beri ceramah dalam siri kempen mereka. Apa punya bahalol daa... Tak der ke orang lain. Si Katak Puru Bayan Baru tu, katak petualang. Dia... katak yang tak der integriti .... tak boleh dipercayai dan amat dibenci. 

Dia suka jilat sana dan suka jilat sini... ikut dan asalkan dia dapat tak kebulor. Uissyy.... kuat makan katak sekor tu. Orang macam ini ko panggil untuk bantu kau dapat undi...?? Hahahaha.... kau bermimpler. Silap besor ler. Orang lari weh.... lari. Gigit jari ko, wa cakap lu. Habis undi lari kepada Paktan Rakyat.

Oleh sebab tu... mekasih bebanyak ler Mad Bushro oi.... kerana jasa baik ko tu.  In shaa Allah... Pakatan Rakyat akan terus berkuasa di bumi Selangor dan yahoo-nyer, kami akan ke Putrajay jugak.

Namun demikian.... my sympathy to you kerana ko telah menderita dan sengsara selama 5 tahun. Ya... menderita dan sengsara sungguh ek...?? 

Sebab... tak berpeluang nak menipu dan merompak duit rakyat Selangor, kan? Tak berkesempatan nak membesarkan lagi tembolok, kan?? Betoi kan... kalau UMNO tak memerintah susah nak hidup?? Maklum ler projek tak masyuk... fulus tak masyuk... kuasa dan glamor tak der.. Takleh nak eksyen dah, kan..? Kaann...??

Tapi kaann.... setahu dan senampak aku, rata-rata rakyat Selangor ok jek dan sejahtera jek di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat. Mungkin yang rasa sengsara macam yang ko rasa tu, ialah rakyat UMNO di Selangor, kot?? 

Pepun... lu bebas nak berasa sengsara, coz this is a democratic country. So, feel free to feel sengsara. Selamat kecundang di DUN Paya Jaras. Bye... assalamualaikum.

Di sana booomm..!! Di sini, baaaangg...!!

Posted: 25 Apr 2013 07:48 PM PDT

Timbalan KP Kastam ditembak mati
Wartawan Sinar Harian
26 April 2013
Shaharuddin Ibrahim
Shaharuddin Ibrahim. - Foto Ihsan Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim meninggal dunia akibat ditembak di Presint 8 di sini, pagi ini.

Beliau terkena tiga das tembakan berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh mengesahkan insiden ini, yang dipercayai berlaku kira-kira 8.40 pagi tadi.

Bernikah di Siam sah jugak oooo...

Posted: 25 Apr 2013 05:30 PM PDT




Noh Omar mulut longkang, otak udang!!

Di bawah pemerintahan komer, nak ber'nikah' di Malaysia banyak kerenah dan banyak songehnyer. Susah nak ber-'nikah'  di sini. Komer lain ler.... banyak barua dan banyak balaci bagi memudahkan urusan nikah komer.

PAS/PKR/DAP  nak ber-'nikah' di sini, banyak halangan. So... depa pi ber-'nikah' di Siam dengan juru nikah yang sah. Alhamdulillah... rakyat restui pernikahan depa. Itu yang penting. Dan syukur kepada Allah SWT.... wujud persefahaman dan toleransi dalam pernikahan ini,

So... Noh Omar, jaga mulut longkang hang no. Nanti aku sentai  dengan beruih dawai, tersagat abih gigi-gigi hang.

Noh: PKR, Pas dan DAP ibarat bersekedudukan

SUNGAI BULOH – Tiada kesepakatan dalam menggunakan lambang dalam pilihan raya membuktikan penggabungan PKR, Pas dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) diibaratkan seperti pasangan bersekedudukan tanpa nikah.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, keadaan tersebut menyebabkan mereka menggunakan logo parti masing-masing dan berbeza dengan BN yang berkongsi kuasa dan menggunakan satu lambang (dacing)
dalam pilihan raya.

"PR ini seperti orang yang bersekedudukan, duduk serumah, tidur sama, makan sama ini orang kata kahwin tidak sah sebab bersekedudukan tetapi tiada sijil nikah. [Teruskan menbaca di sini]

Tiada ulasan: