Isnin, 15 April 2013

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Tolak Politik Samseng. Ini kali... UBAH-LAH!!

Posted: 14 Apr 2013 07:11 PM PDT


Politik ala mafia sebegini kita mesti tolak. Tak boleh dibiarkan. Kalau bapak mafia kecundang, maka in shaa Allah balaci-balaci mafia pun akan kekubur sama.

Sebab tu, ini kali, kita kena pastikan yang UMNO terkubur agar kita dapat usahakan satu budaya yang lebih sihat selari dengan amalan demokrasi. Aha... demokrasi sihat bukan demokasi ala laknat!!

Rakyat disaran tolak politik ganas, lucah
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
15 April 2013

PETALING JAYA - Rakyat disaran untuk menolak terus politik yang berbentuk ganas dan lucah agar keadaan itu tidak menjadi budaya politik di negara ini. Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan (PUMWP), Dr Mohd Fauzi Zakaria berkata, perang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) telah bermula dan pelbagai cara untuk menjatuhkan pihak lawan sudah dilakukan oleh parti yang bertanding.

"Gejala politik ganas dan lucah seperti serang peribadi lawan dalam kempen politik dengan fitnah seks bertujuan aibkan dan menjatuhkan maruah individu yang disasarkan semakin menjadi-jadi.

"Rakyat harus mengisytiharkan perang ke atas politik seperti ini yang akan menghina maruah dan integriti politik negara di mata dunia," katanya pada sidang media selepas majlis Wacana Kepimpinan Islam dan Isu semasa menjelang PRU13 semalam.

[Lagi di sini]

Tiada ulasan: