Jumaat, 12 April 2013

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Propaganda Pemimpin Old Skool

Posted: 11 Apr 2013 07:19 PM PDT


Rumah dah kata pergi, kubor dah kata mari... cukup-cukuplah tu. Sepatutnyer, apabila umur dah di hujung nyawa.... buat-buat ler bertaubat. Tapi... pelik aku dengan sekor malaun ni...

Nampak sangat jiwa dia kacau. Dalam dirinyer ada sifat suka bermusuhan dan suka akan pergaduhan dan huru hara. Orang yang jiwanyer kacau jer macam tu peelnyer. Kalau orang yang jiwanyer tenteram... dia akan suka pada kedamaian dan ketenteraman.

Orang kata... bala jangan dimintak. Jangan disebut-sebut pun... Nauzubillah. Tapi hok yang ni, mintak-mintak agar berlakunya huru-hara. Buruk mintak betoi orang tua ni. Bukan setakat buruk mintak tapi juga kuat berburuk sangka. Tak ke buruk perangai namanyer tu. He is so negatif

Dia kata... Lim Kit Siang akan menjadi punca berlakunyer konfrantasi kaum jika menang di Gelang Patah. Baca di sini

Eeee... batu api betoi si tua lahanat ni. Apa punya mentaliti daaa. Ini negara demokrasi. Kalah menang dalam gelanggang pertandingan, adat ler weh. Jika kalah... teimalah dengan hati terbuka. Kalau menang alhamdulillah. Pikul tanggungjawab dengan amanah.

Masalahnyer sekarang... UMNO/BN tak boleh nak menerima kekalahan. Apabila kalah jerk.... nak bergaduh. Ini sifat sekor diktator dan si kuku besi.

Cer tengok kat Penang.... anak Lim Kit Siang menang.... tak der konfrantasi kaum pun.... Yang ada UMNO meroyan. Ekonomi Pulau Pinang pun semakin cemerlang di bawah pentadbiran anak Lim Kit Siang. Pendapatan negeri serta pelaburan pun mencanak naiknyer. Pakatan Rakyat ibarat VIAGRA yang telah menge-WOW-kan ekonomi Pulau Pinang. Yang menurun... ialah hutang negeri kepada Kerajaan Pusat.

Kita pandai kurangkan hutang... Depa pandai buat hutang, sampai negara pun dah nazak dengan beban hutang. Pandai sangat ler UMNO menjaga ekonomi negara, ek??

Oleh itu.... propaganda si tua tu, tak boleh pakai. Taktik lama. Old skool betooi ler orang tua ni!! 

Hello... Ini zaman melinium beb... bukan zaman puntong berasap. Rakyat dah cerdik dan bijak. Yang IQ serta mentaliti mereka semakin menurun ialah orang macam si tua mantan Piem kita ni. Susut nilainyer amat tinggi. Hahahaha... layak masuk kubor jek.

Yang sebenornyer, si tua ni, memainkan sentimen perkauman serta taktik menakut-nakutkan rakyat ni adalah kerana... dia takut UMNO/BN kalah. Dia takut kemenangan Lim Kit Siang akan menjadi pencetus kepada kebangkitan Pakatan Rakyat di Johor yang dulunyer menjadi kubu kuat UMNO.

Hahahaha... UMNO kalah Mahathir susah. Dia takut mati sebagai banduan, kot?? Atau... mati terbuang, jauh di negara orang.

Listen... Listen... Listen... Bertaubatlah old man dan duduk diam-diam. Jangan bagi orang bertambah benci pada hang, tau??

Tiada ulasan: