WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
BEKAS TPM, MUSA HITAM PUN TIDAK PERCAYA JIKA PR PERINTAH NEGARA BANGKRAP Posted: 12 Mar 2013 05:55 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS APABILA PR perintah maka bangkrap lah negara. Ini hujah pemimpin Umno yang telah bergelumang dengan berbagai unsur rasuah dan penyelewengan. Siapa boleh nafi KM Melaka Ali Rustam pernah dihukum bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana terlibat di dalam rasuah politik wang sewaktu pemilihan di dalam parti Umno dahulu? Mengapa beliau terus diberi amanah menjadi KM Melaka? Jawapannya adalah Umno tidak pernah merasa jijik dengan rasuah. Begitu juga dengan Isa Samad, bahkan dipilih menjadi calon dan menang di Bagan Pinang. Ketua Pemuda Umno, KJ juga sama terlibat di dalam rasuah politik wang. Bukan Pembangkang yang tuduh, Lembaga Disiplin Umno sendiri yang sebut. Benarkah jika PR perintah, negara boleh bangkrap? Bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Timbalan Presiden Umno, Musa Hitam pun naik pening dengan dakwaan pemimpin Umno sekarang. Beliau tidaklah sebodoh seperti pemimpin yang ada sekarang kerana beliau pernah berada di dalam kerajaan dan beliau sekarang bukannya ahli atau pemimpin PR, tetapi ikhlasnya beliau tahu propaganda Umno sekarang memperlihatkan betapa bimbangnya Umno jika hilang kuasa. Hilang kuasa bererti mereka tidak lagi boleh mengaut kekayaan negara. Musa Hitam bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Bicara Minda 'Survival Ekonomi Melayu' di Kompleks Karangkraf baru-baru ini berkata, " Tidak ada pihak yang sanggup dan sengaja membiarkan ekonomi jatuh kerana ia tanggjungjawab selepas diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara. "Hasrat mereka (Pakatan) sama seperti yang lain iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat. "Sebab itu mereka bersaing untuk menang dalam PRU dan untuk membuktikan siapa lebih layak," katanya. Dakwaan pemimpin Umno ternyata tidak masuk akal samasekali. Adakah dengan dasar membantu rakyat boleh mengakibatkan negara bangkrap? Peliknya melakukan rasuah dan komisyen jutaan ringgit tidak pula dikatakan boleh membangkrapkan negara? Itulah perangai pemimpin Umno yang begitu bimbang rahsia mereka bocor apabila PR mengambilalih Putrajaya. Lihat sahaja apa yang terjadi pada Khir Toyo. Andainya PR tidak memerintah Selangor, adakah kita yakin Khir Toyo boleh diseret ke mahkamah? Isu Altantuya, isu komisyen kapal selam, pembelian RIV oleh Rejimen Komando, Isu NFF (lembu kondo), PKFZ, pemberian IC kepada pendatang dan banyak lagi boleh diselesaikan dengan cepat dan mereka yang bersalah pastinya akan diseret ke mahkamah. Itulah yang menggerunkan pemimpin Umno. Justeru itulah mereka mencanangkan kepada rakyat bahawa negara akan bangkrap jika PR memerintah dengan dasarnya membantu rakyat. Hanya yang bengap sahaja boleh terima dakwaan itu. |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan