Rabu, 27 Mac 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Hisham Rais: Sandiwara Al-Lahad Datu (LM)

Posted: 27 Mar 2013 06:49 PM PDT

Cui bono, siapa untung?

Minggu ini saya memperkenalkan satu ayat dalam bahasa Latin - Cui bono - siapa untung. Ayat ini muncul di kota Rom dalam tahun 1604. 

Hari ini ayat ini sedang digunakan oleh FBI, CIA, Mossad, MI5, MI6 atau FSB badan risik yang menggantikan KGB di Rusia.

Ayat ini menjadi kunci untuk apa sahaja bentuk siasatan intel, jenayah dan analisa politik. 

PAKATAN DI JANGKA MENANG DI PAHANG

Posted: 27 Mar 2013 12:36 PM PDT

Sah, PAS Terajui Pembangkang Di Pahang Untuk Buat Kejutan Besar Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Nanti !

KUANTAN,  - Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Pahang sekali lagi diberi kepercayaan menerajui Pakatan Rakyat (PR) negeri ini apabila diberi peluang bertanding 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Daripada keseluruhan 42 Dun, DAP bertanding 7 manakala selebihnya (14) ditandingi PKR selepas selesai agihan kerusi peringkat Pakatan Rakyat Pahang. Menurut Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Pahang (JPN) Cikgu Abdul Majid Hasan, DUN-DUN yang akan ditandingi PAS ialah N2 Jelai, N3 Padang Tengku, N8 Dong, N9 Tahan, N11 Pulau Tawar, N12 Beserah, N15 Tanjung Lumpur, N16 Inderapura, N17 Sungai Lembing, N19 Panching, N20 Pulau Manis, N21 Peramu Jaya, N24 Luit, N26 Chenor, N28 Kerdau, N29 Jengka, N32 Kuala Semantan, N36 Pelangai, N37 Guai, N40 Bukit Ibam dan N42 Tioman. 
 
 
 Bagi mengetuai cabaran tersebut, PAS dijangka menampilkan lebih 50 peratus muka baru iaitu terdiri daripada ulamak muda lulusan Timur Tengah dan profesional dalam pelbagai bidang. Antaranya di Pulau Tawar, Inderapura, Luit, Kerdau, Beserah, Sungai Lembing dan Chenor. Melihat kepada faktor Pahang tidak terkena tempias tsunami politik 2008, negeri Perdana Menteri dan menempatkan majoriti besar pengundi Melayu, tidak ramai penganalisis yang berani meletakkan PR akan berjaya mencipta sejarah pada PRU 13. Namun menurut Abdul Majid, berdasarkan beberapa perkembangan mutakhir, tidak mustahil PR mampu membuat kejutan. 
 
 
 Antara lain ialah kelemahan kerajaan BN Pahang dalam menangani isu-isu rakyat, kebangkitan rakyat yang celik maklumat dan swing pengundi Cina yang dijangka meningkat sehingga 80 peratus. Satu faktor lagi, terdapat 25 DUN mengandungi kawasan tanah rancangan Felda. Dengan pelbagai isu yang menghantui serta kesedaran warga peneroka dijangka boleh menyumbang ke arah kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum nanti.

Pembangkang Mahu Buat Kejutan Di Pahang Kali Ini

Pada ketika ini empat DUN sudah dimenangi Pakatan Rakyat iaitu dua oleh PAS di Kuala Semantan dan Beserah serta dua oleh DAP iaitu di Triang dan Tras. Kedua-dua parti dijangka tiak menghadapi sebarang masalah untuk mengembalikan semua kerusi masing-masing. Namun yang menariknya terdapat lapan DUN di mana PR hanya kalah di bawah 1,000 undi pada PRU yang lalu iaitu Sabai (145), Teruntum (293), Tanjung Lumpur (496), Damak (509), Tanah Rata ( 575), Jengka (596), Inderapura (873) dan  Ketari (882).  Manakala 8 Dun lagi majoriti kekalahannya di bawah 1,500 ialah Luit (1,068), Bilut (1,108), Padang Tengku (1,188), Cheka (1,280), Tahan (1,357), Benta (1,358), Jenderak (1,374) dan Panching (1,444). Abdul Majid berkata, jika terdapat swing (lonjakan) kurang daripada 5 peratus sahaja trend pengundian terdahulu meningkat ke arah PR, bermakna DUN-DUN seperti Guai (1,941), Semambu (2,136), Lanchang (2,139) Batu Talam (2,415) dan Mentakab (2,439) akan jatuh ke tangan PR sekali gus mendapat majoriti mudah untuk ke Wisma Sri Pahang.
 
  "Itu yang saya katakan PR mungkin boleh membuat kejutan berdasarkan terlalu banyak kelemahan kerajaan BN Pahang dalam menangani isu-isu air dan tanah, muncul aktivitis media baru serta peningkatan sokongan pengundi Cina terutama selepas isu Lynas. "Bagaimanapun saya masih menekankan faktor utama kemenangan ialah jentera pilihan raya yang bertugas di segenap unit peti undi serta jentera kempen selain daripada bertawakal sepenuhnya kepada Allah," katanya.
 
 
 
 Lonjakan lima peratus yang dikehendaki itu tidak mustahil boleh diperolehi PR berdasarkan peningkatan yang sama diperolehi pada PRU 2008 berbanding PRU 2004. Bagi kerusi parlimen di Pahang pula, Abdul Majid berkata PAS akan bertanding enam daripada 14 iaitu di parlimen Jerantut, Maran, Kuala Krau, Temerloh, Bera dan Rompin. 


PKR kekal bertanding di Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Pekan dan Lipis. Sementara DAP kekal di kerusi tradisinya Cameron Highlands, Raub dan Bentong.  Tambah Abdul Majid, Pahang bakal menyumbangkan sekurang-kurangnya lima kerusi parlimen bagi membantu PR ke Putrajaya iaitu mengekalkan Indera Mahkota dan Kuantan. Manakala Jerantut, Raub dan Temerloh juga, dengan izin Allah, akan jatuh ke tangan PR. Katanya, kajian dari pihak BN sendiri yang diperolehi demikian. Menurut angka terbaru jumlah pemilih pada PRU 13 di Pahang seperti dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah 727,047 orang iaitu meningkat lebih 20 peratus (603,242) dari tahun 2008. Pecahannya mengikut kawasan parlimen ialah P078 Cameron Highlands (27,774), P079 Lipis (32,005), P080 Raub (53,802), P081 Jerantut (57,774), P082 Indera Mahkota (63, 419), P083 Kuantan (55,577), P084 Paya Besar (47,465), P085 Pekan (79,721), P086 Maran (37,875), P087 Kuala Krau (42,415), P088 Temerloh (65,308), P089 Bentong (61,335), P090 Bera (50,513) dan P091 Rompin (52,064). Peratusan bagi pecahan kaum pula ialah Melayu 72%, Cina 22% dan India 6%. Yang menakjubkan ialah lebih 45% pengundi adalah yang berusia antara 21 tahun hingga ke 40 tahun. Senario ini jelas sekali menggambarkan para pengundi kali ini lebih bermaklumat.

Pakatan Tampil Calon Lebih Mantap Untuk Cabar BN

Bagi calon-calon pula, belum ada pengumuman rasmi meskipun tarikh pilihan raya semakin hampir. Namun begitu, pemimpin tertinggi PAS Pahang dijangka terus kekal bertanding di kerusi masing-masing iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) di DUN Jengka, Ustaz Yusof Embong di DUN Panching dan Dr Hamzah Jaafar di Parlimen Jerantut. 
 
 
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Dato' Fauzi Abdul Rahman dijangka bertanding di Parlimen Indera Mahkota menggantikan Azan Ismail yang berpindah ke Terengganu. Sementara Leong Ngah Ngah yang diberi jolokan 'Lee Lam Thye Pahang' dijangka beralih ke Ketari. Manakala DUN Triang yang dimenanginya selama lima penggal akan diserahkan kepada Setiausaha Organisasinya Lee Chin Chen. 
 
Sementara itu PKR yang bertanding menampilkan muka baru bagi menentang Bn di Pahang.Dengan tenaga muda dan profesional,Bn dijangka akan menghadapi masaalah dimana Pakatan bertanding.Antaranya di DUN Kemayan,Cheka, Benta, Teruntum,Jenderak ,Lanchang  juga Rompin.
 
 Pengerusi Himpunan Hijau Anti Lynas, Wong Tack dikhabarkan akan bertanding di Bentong atas tiket DAP. Rata-rata menyebut, PR masuk bertanding PRU kali ini lebih bersedia. Ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat diadakan di Kerdau tahun lalu, berjaya dihimpunkan. Pada hari tersebutlah diumumkan tawaran PR Pahang 6 + 3 yang jika betul-betul disampaikan kepada khalayak rakyat, pasti akan memilih PR. Ia berbetulan pula dengan kelemahan kerajaan BN yang sudah terlampau lama berkuasa sehingga menimbulkan terlalu banyak ketidakpuasan hati rakyat. sumber

AWASI 3 CARA BARU PENIPUAN Umno

Posted: 27 Mar 2013 12:27 PM PDT

PDF Print E-mail


Para pengundi diingat tiga cara menipu yang cuba dibuat oleh pihak tertentu termasuk petugas Umno dan BN menjelang pilihan raya ini.

Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Sheikh Ismail (gambar) mendedahkan, terdapat tiga perkara sedang dirancangkan oleh jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kuasa Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Perkara ini baru sahaja di kesan dan beliau meminta semua pihak berwaspada dengannya....

Katanya, mereka diminta mengawasi gerak geri Wanita Umno yang akan berlakun sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turun ke rumah-rumah khususnya di luar bandar untuk mengajar cara mencelup jari kelingking dengan dakwat hitam.

Bila kelingking dicelup dakwat tersebut katanya,  ia akan mengambil masa tujuh hari untuk luntur. 
Bila berlaku begitu mereka dianggap sudah mengundi dan tidak sama sekali diberikan peluang memasuki bilik pengundian pada hari pilihan raya nanti.

"Lazimnya jentera tajaan BN menggunakan nama NGO untuk menyenangkan mereka menyelinap masuk ke kampung-kampung kononnya untuk mengajar terutamanya kaum ibu tentang kaedah penggunaan dakwat hitam oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) ketika mengundi kelak. 

"Mereka akan bertindak dalam masa tiga hari sebelum hari pengundian, " tegasnya di majlis ceramah Pentas Wanita di perkarangan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti semalam.

Perbuatan kedua yang dirancang ialah mereka akan menyamar sebagai pegawai TEKUN, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sebagainya untuk meninjau projek atau bertemu dengan kelompok yang membuat pinjaman.

Mereka akan meminta kad pengenalan dan mengambil gambarnya lalu memproses untuk diklonkan kad pengenalan individu terbabit. 

Bila proses ini berjaya kad pengenalan itu nanti diiberikan kepada pengundi hantu dan bila pemilik asal hendak masuk mengundi namanya telah pun dipotong tanda sudah ada orang mengundi bagi pihaknya.

Ketiga sambung Siti Aishah, mereka akan menggunakan ruang di sebelah tengahari hari mengundi iaitu petugas kita alpa dan tinggalkan pondok panas atau balik ke rumah untuk mandi, solat dan sebagainya.

Petugas jelasnya,  hendaklah senantiasa berada di pondok panas dan sepanjang perayu undi bertugas. 
"Jika sampaI waktu solat, makan dan seumpamanya berikan tugasan orang lain sekejab. Jangan biarkan hadapan pintu masuk tempat mengundi tiada petugas Pakatan Rakyat," tegasnya.

"BN dan Umno mesti laksanakan perkara tersebut di kala kita alpa. Justeru itu, para petugas yang dilatih khas kena bersedia setiap masa," jelasnya diiringi laungan  'Lawan Tetap Lawan'.





Berceramah sama ialah Pemangku Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang, Aida Yusuf Rawa, bekas penyanyi, Dayangku Intan, Ketua Wanita DAP, Choong Eng dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. - HARAKAHONLINE



SEKIAN LAMA BERSABAR,KINI MELETUS DI SABAH

Posted: 27 Mar 2013 12:15 PM PDT

SUDAH KESEKIAN KALINYA DISERANG DAN DIBALING KAYU,TELUR DAN BATU.KINI , BUDAK-BUDAK INI HARUS DIAJAR.SEBABNYA MEREKA MENGAKU DIUPAH.MALAHAN DENGAN NAIK MENGGUNAKAN MOTOSIKAL SEOLAH-OLAH SAMSENG ITU DIKATAKAN BERMORAL?




PR TOLAK KERJASAMA DENGAN SAPP DAN STAR

Posted: 27 Mar 2013 12:09 PM PDT

Mengapa PR TOLAK Kerjasama Dengan SAPP dan STAR?

Selepas ini tiada lagi perbincangan akan dibuat Pakatan Rakyat bersama dengan Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Reformasi Sabah (STAR).

Keputusan tegas itu dibuat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim selepas mengadakan pertemuan dengan semua jentera Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan KEADILAN bersama-sama dengan dua lagi sekutu baru iaitu Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang diketuai ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dipengerusikan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin.

Walaupun terpaksa menerima keputusan tersebut dengan rasa 'berat hati', Anwar menjelaskan Pakatan Rakyat sudah banyak kali mengadakan pertemuan dengan mereka tetapi mereka bertegas dengan formula 'kerusi parlimen Pakatan boleh bertanding tetapi kerusi DUN biar kami yang menentang Barisan Nasional (BN)'.

Sumber dalaman memberitahu, SAPP yang ketuanya Yong Teck Lee dan STAR yang dipimpin Jeffrey Kitingan tidak mahu formula Pakatan Rakyat dilaksanakan, iaitu majoriti kerusi parlimen diperuntukkan kepada parti dalam pakatan itu manakala bagi kerusi DUN, pembahagian mengikut kekuatan parti akan digunakan untuk memilih kawasan bertanding.

Jika formula Pakatan Rakyat ini dibuat, ini bermakna SAPP dan STAR cuma mampu bertanding kira-kira 10 kerusi parlimen dan 20 kerusi DUN manakala Pakatan Rakyat akan meletakkan calon mereka di kerusi selebihnya, 15 di parlimen dan 40 di DUN.

Alasan Pakatan jelas, ia realistik sesuai dengan kekuatan jentera Pakatan Rakyat yang lebih tersusun selain dana mencukupi untuk menghadapi pilihanraya berbanding dua parti negeri itu yang kurang mendapat sambutan walaupun pada awalnya dikatakan 180,000 rakyat negeri ini sudah menyertai STAR.

Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari bagi STAR apabila sedikit demi sedikit ahli yang baru menyertai parti itu sudah keluar dan bersama Pakatan Rakyat terutamanya KEADILAN di Tenom, Sipitang dan Kudat.

Terbaru seramai 79 ahli STAR keluar di Tenom, salah satu kubu kuat mereka.

Manakala di Pensiangan, lebih 277 ahli PBS keluar dan mengisytiharkan diri mereka bersama Pakatan Rakyat dan menyertai KEADILAN.

Bagaimanapun tegas Anwar, walaupun mereka tidak bekerjasama dengan SAPP dan STAR dalam soal pembahagian kerusi, Pakatan Rakyat tidak akan menyerang mereka kerana fokus untuk menumbangkan BN kekal menjadi sasaran utama.

Kemungkinan untuk pertandingan satu-lawan-satu sudah dianggap tipis namun Pakatan Rakyat akan cuba untuk mengelak perkara tersebut semaksimum mungkin.

Tuduh-menuduh sudah tidak berguna lagi dan sekarang masanya untuk bekerja menumbangkan BN yang juga bermasalah terutamanya krisis antara ketua menteri, Musa Aman dengan Naib Presiden Umno, Shafie Apdal.

Bagaimanapun dengan perkembangan terbaru selaras dengan keputusan perdana menteri, Najib mengarahkan supaya 10 daerah merangkumi 15 kerusi parlimen menjadi zon selamat akan menyukarkan Pakatan Rakyat untuk membuat kejutan.

Mengapa tidak, kerana Najib Altantuya akan memastikan 15 kerusi tersebut kekal di tangan BN sekaligus mengelak tsunami politik kedua dalam sejarah megeri itu setelah Parti Bersatu Sabah (PBS) melakukannya era 90-an dulu.

Peluang untuk membuat kejutam tetap ada namun tindakan licik Najib dijangka akan menyelamatkan BN dari kehilangan Sabah kepada Pakatan Rakyat.

Tetapi Anwar optimis Pakatan Rakyat sudah diterima di negeri ini dan biarlah Najib  menipu dalam pilihanraya, yang pasti rakyat Sabah akan membuat pilihan dan BN akan tahu nasib sebenarnya nanti.


SUMBER JALAN PULANG

Tanduo Ditutup, Penduduk Dipindah Ke Lokasi Baru

Posted: 27 Mar 2013 12:05 PM PDT

Tanduo Ditutup, Penduduk Dipindah Ke Lokasi Baru

 

Sepatutnya kawasan ini harus diletakkan 1 batalion tetera darat bagi mengawal kawasan 100 KM atau lebih.Ini semua kelengkapan tentera terpaksa dibawa dari semenanjung.Adoiiii lena ka apa ka.

 

 

LAHAD DATU: Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baru yang akan diputuskan kemudian.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Februari lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas.

"Setakat ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Rabu.

Beliau berkata penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat.

Hamza turut memaklumkan kawasan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihaknya akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing.

Proses penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan beliau yakin proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya, katanya.

Terdahulu, Hamza berkata pasukan keselamatan merampas sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang yang ditinggalkan militan selepas berlaku pertempuran di kawasan Sungai Bilis, Gugusan Labian pagi Rabu.

Beliau berkata kejadian pada 7.30 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi pembersihan di kawasan itu sebelum terserempak dengan tiga pengganas yang bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.

Pengganas kemudian melarikan diri apabila diserang balas dan tiada kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak, katanya. BERNAMA

Tiada ulasan: