WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- MAMAT INI DIAM PADA MULANYA
- AGBIMUDDIN TERBANG KE FILIPINA?
- BAGAIMANA PULA ORANG YANG MEMBERI IC?
- UMNO DENGAN TELUR BERPISAH TIADA
- Berani Najib gugurkan 8 rakan korup ini? (LM)
- UmnoReform akui kini Umno tersepit! (LM)
Posted: 15 Mar 2013 04:16 PM PDT Penubuhan RCI, kertas putih penting siasat penglibatan pihak ketiga — Shafie Apdal 14 hari pertama bila orang suluk masuk dan menceroboh Sabah, mamat ini diam.Kemudian beliau mengikut sepertimana rakan-rakan di kuala Lumpur. Tuduh sana sini.Sebar fitnah sana sini.Selepas Tian Chua kemudian Anwar.Adooiii, hilang akai rupanya orang politik.Macamana pemikiran orang politik macam budak sekolah? Patut lah negara tak boleh maju.$00 universiti yang disenaraikan ,rangkin ke 400 pun tak ada bagi standart Universiti dunia.adoiii macamana la anak aku nak masuk Universiti yang tak ada kelas. Ok lah kalau macam tu, kembali ke isu mamat ni, Isu mamat ni pun tak selesai,...kemudian bila ekoq terpalit, dia dok meracau.Bukan kemain lagi dia ni. Apakah Zahida Rafik Menjadi 'Pengurus Dan Penyimpan' Duit ...Musa Aman mahu saudara dikena tindakan, tapi takut ...Tuduhan Muhyiddin melampau, skrip huru-hara untuk takutkan rakyat »"Tuduhan Muhyiddin membuktikan betapa terdesaknya Umno BN terhadap perubahan rakyat kepada Pakatan Rakyat,"…Read More » |
AGBIMUDDIN TERBANG KE FILIPINA? Posted: 15 Mar 2013 08:39 AM PDT Sama ada dia ni boleh terbang tanpa landasan penerbangan tanpa melalui Jabatan Imigresen, aku agak konfius.Tak kan tak ada maklumat sehingga dia dapat terbang tanpa di kesan.Gamaknya dia ada landasan penerbangan sendiri.Aku suka memetik kenyataan begini: Lahad Datu: Agbimuddin sudah pulang meninggalkan orang-orangnya, kata JeneralSHAH ALAM, 15 Mac — Pemimpin militan Sulu Agbimuddin Kiram telah terbang ke kampung halamannya di selatan Filipina kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini. Beliau mengatakan pasukan keselamatan negara membuat kesimpulan tersebut selepas mengkaji maklumat risikan. "Agbimuddin telah meninggalkan orang-orangnya dan terbang ke kampung halamannya," kata Zulkifeli (gambar) dipetik dari laman The Star Online bercakap dalam satu sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar lewat petang ini. Ismail mengatakan, dari maklumbalas komander pasukan keselamatan maklumat di bawah membuktikan Agbimuddin, adik kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III sudah tidak bersama orang-orangnya. |
BAGAIMANA PULA ORANG YANG MEMBERI IC? Posted: 15 Mar 2013 08:07 AM PDT Lucut kerakyatan tali barut pengganas sulu — veteran UMNOAku melihat bahawa kenyataan ini ada maksudnya yang agak mendalam.Namun sekali imbas adalah lebih mudah untuk melihat bahawa sesiapa sahaja yang terlibat dalam memberi projek IC harus di lucut kerakyatan.Tak begitu Datuk?. March 15, 2013 Setiausaha kelab Datuk Mustapha Yaakub berkata golongan itu tidak layak menjadi rakyat Malaysia kerana mengkhianati agama, bangsa dan negara. "Veteran menggesa kerajaan supaya menyiasat, menangkap dan menghukum tali barut dan Si Kitol di sebalik pencerobohan warga asing di Lahad Datu, Sabah dengan segera tanpa kompromi dan tanpa mengira kedudukan mereka. Tindakan segera ini perlu dilakukan bagi memastikan mereka tidak menjadi ancaman kepada negara. "Veteran yakin memang wujud tali barut dan Si Kitol di sebalik pencerobohan itu, sama ada mereka pemimpin politik atau penduduk tempatan," katanya kepada Bernama hari ini. Dalam tragedi berdarah di Sabah itu, 10 anggota pasukan keselamatan gugur manakala 58 daripada kumpulan militan ditembak mati. — Bernama |
UMNO DENGAN TELUR BERPISAH TIADA Posted: 15 Mar 2013 07:45 AM PDT Bas Merdeka Rakyat 'dilencong' ke ceramah Umno diserang samseng(Norutul Ilham)PAHANG 15 MAC: Genap seminggu selepas diserang sekumpulan samseng Umno BN di Bukit Katil, Melaka; bas Jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan kayu pula dalam program sama ke negeri kelahiran Perdana Menteri, malam tadi. Ketua Cabang KEADILAN Kuala Krau, Suhaimi Said, berkata bas itu 'dilencong' dari laluan asal selepas dihampiri sebuah lori dengan bendera PAS yang seolah-olah penunjuk arah untuk ke tapak ceramah di Kuala Mai, Kuala Krau, kira-kira jam 11 malam. "Bagaimanapun, lori berkenaan berhenti mengejut di tapak ceramah Umno sebelum pemandu melarikan diri. Ketika itu bertalu-talu batu dibaling dan kayu ditusuk ke bas. "Apabila berita tersebar, penyokong Pakatan di tapak ceramah berhampiran datang untuk menghalang. Berlaku sedikit pergaduhan tetapi tiada yang cedera. "Bas kemudian meneruskan perjalanan ke tapak ceramah Pakatan," katanya dan menambah lapan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membantu menyurai kumpulan samseng Umno yang lari lintang pukang. Sementara itu, seorang remaja yang terlibat dalam perbuatan itu mengaku dibayar RM20 untuk membaling batu dan kayu, selain RM15 sebagi kos motosikal. "Remaja itu mengaku Umno yang upah mereka tapi takut untuk dedahkan individu terlibat," katanya seorang penyokong Pakatan yang mengenali remaja berkenaan dan bertanya insiden itu. Untuk tonton rakaman serangan, KLIK INI. |
Berani Najib gugurkan 8 rakan korup ini? (LM) Posted: 15 Mar 2013 04:47 AM PDT 8 SAHABAT KOTOR? Rafizi cabar Najib untuk gugur 8 pemimpin kanan Umno dari senarai PRU ke-13 Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah menyenaraikan 8 pemimpin kanan Umno dan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan mereka dari menjadi calon dalam pilihan raya yang umum ke-13. |
UmnoReform akui kini Umno tersepit! (LM) Posted: 14 Mar 2013 10:41 PM PDT Umno tersepit? — Anuar Mohd Nor 15 MAC — Umno sendirian! Adakah benar Umno sendirian dalam menghadapi PRU 13? Adakah benar komponen lain sudah sampai ke tahap lepas tangan dan seakan tidak mampu lagi melakukan apa-apa dalam usaha untuk menjadikan BN peneraju utama politik dan ditabalkan sebagai kerajaan memerintah dengan sokongan melebihi 2/3 majoriti. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan