Jumaat, 1 Mac 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BEBERAPA VIDEO PERNJELASAN DAN JUGA PERISTIWA DI SABAH

Posted: 01 Mar 2013 09:02 AM PST






















http://youtu.be/sG4zTba8z_w


Serangan Lahad Datu Melenyapkan Pendedahan Bala

Posted: 01 Mar 2013 08:36 AM PST

Serangan Lahad Datu Melenyapkan Pendedahan Bala

Lahad Datu
SHAH ALAM 1 MAC: Serangan polis ke atas kubu kumpulan penceroboh dari selatan Filipina hari ini dipercayai bermotifkan politik dengan cubaan Kerajaan Umno-BN melenyapkan pendedahan P. Balasubramaniam berkenaan misteri pembunuhan Altatunya.

Menurut Ketua Angkatan Muda PKR Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin, tanggapan rakyat akan ke arah ini kerana Kerajaan Pusat seharusnya tidak membenarkan perkara ini berlanjutan jika tindakan diambil daripada awal.

"Kerajaan Umno-BN tidak boleh menyalahkan rakyat dengan persepsi ini, kelemahan ketara dalam kabinet apabila Menteri Luar, Datuk Anifah Aman gagal menggunakan saluran diplomatik menyelesaikan isu ini sehingga mengancam keselamatan rakyat Sabah.

"Dan rakyat berhak menyatakan tindakan serangan ini sebagai sesuatu yang dirancang ditengah-tengah kehangatan manifesto Pakatan Rakyat dan kepulangan penyiasat persendirian Bala yang mahu mendedahkan siapa sebenarnya terlibat dalam pembunuhan wanita Monggolia Altantuya Shariibu," kata Iskandar.
Tambahnya, tidak timbul ia berlaku secara kebetulan atau tidak, masa yang diambil terlalu lama dan kesan akibat serangan ini amat besar terhadap rakyat Sabah khususnya yang ada kaitan kuat dengan Kesultan Sulu.

"Kini rakyat cemas, saya dimaklumkan pada ketika ini beberapa sekatan polis berlaku di daerah Papar terhadap penduduk yang ada pertalian darah tadi. Perkara ini tidak baik untuk negara.
"Saya sanjung tinggi usaha polis menjaga keamanan, tetapi saya tidak dapat lari daripada berasa simpati dan bersedih dengan kematian yang berlaku. Dan saya ingin tegaskan sekali lagi Kerajaan Pusat terutama Menteri Dalam Negeri perlu bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan," katanya.


Hari ini menurut laporan Bernama, dua komando polis Malaysia terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata  dari selatan Filipina.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Kit Siang impikan PR menang tidak kurang 125 kerusi pada PRU-13

Posted: 01 Mar 2013 08:24 AM PST

Kit Siang impikan PR menang tidak kurang 125 kerusi pada PRU-13
1 March 2013
KUALA LUMPUR, 1 MAC: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau impikan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti memihak kepada Pakatan Rakyat (PR) dengan kemenangan selesa sekurang-kurangnya 125 kerusi Parlimen iaitu 45 kerusi oleh PKR dan masing-masing 40 kerusi oleh DAP dan PAS.

Katanya, jika tsunami politik di Semenanjung pada 2008 datangnya dari Utara dengan PR memenangi di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor dan tsunami PRU-13 dijangka datang dari Selatan dengan mencipta kejayaan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Terengganu.

Sehubungan itu, menurutnya, PR juga menetapkan matlamat pada PRU-14 untuk memenangi lebih banyak kerusi berbanding sembilan kerusi Parlimen di Johor, seiring dengan kejayaan di Sabah dan Sarawak, dengan memperolehi lebih daripada 19 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor.

"Walaupun UMNO/BN menjangka memiliki kelebihan berbanding PR, PRU-13 pasti menjadi medan persaingan sengit dan kempen menjadi penentu terakhir perikatan mana akan memenangi saingan untuk mentadbir Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

"UMNO/BN jelas tidak yakin akan memenangi PRU-13 sebab itu Datuk Seri Najib Razak berdolak-dalik hsepanjang dua tahun untuk membubarkan Parlimen kerana bimbang beliau akan tercatat dalam sejarah sebagai Perdana Menteri UMNO/BN terakhir memenuhi ramalan politik RAHMAN.

"Awal bulan lalu, Najib sudah sedia membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU-13 apabila meluluskan "senjata rahsia" untuk PRU-13, dengan membelanjakan RM3.5 juta bagi menjemput bintang pop Korea, Psy, ke Pulau Pinang mengadakan persembahan pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN supaya raya memihak kepada beliau.

"Bagaimanapun, Najib hilang yakin apabila inisiatif Psy tenggelam di dalam lautan "No, No, No" bukan saja di Pulau Pinang tetapi juga bergema di seluruh negara sejak bencana politik dan perhubungan awam itu bermula ketika kemunculan Psy dan Gangnam Style pada 11 Februari itu," katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 42 Hari ke PRU-13, di sini, semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, The Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI) meramalkan BN akan memenangi antara 123 dan 135 kerusi (iaitu majoriti 24-48 kerusi) selain tiga lagi kemungkinan yakni status quo sekarang kekal iaitu 140 kerusi untuk BN berbanding 82 kerusi untuk PR berikutan "tsunami politik" 8 Mac 2008.

Selain kedua majoriti BN merosot iaitu mendapat kurang daripada 58 kerusi selepas "tsunami politik" 308; dan BN memperoleh semula majoriti dua pertiga dengan memenangi sekurang-kurangnya 148 kerusi Parlimen atau minimum majoriti 74 kerusi.

Bagaimanapun, katanya, ada dua lagi kemungkinan, meramalkan PR menang dengan majoriti tipis dan majoriti selesa seperti yang dinyatakan

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman ketika bercakap kepada pertubuhan Cina Kulai awal bulan lalu yang menjangka PR akan menang dengan majoriti antara 5% hingga 10% kerusi Parlimen.
"Ini bermakna PR akan memenangi 117 kerusi manakala BN dengan 105 kerusi iaitu majoriti hanya 12 kerusi (iaitu 5.5% majoriti) atau 122 kerusi iaitu majoriti 22 kerusi (10%).

"Anggaran Ghani itu hanpir sama dengan anggaran bekas Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, di Singapore Regional Outlook Forum bulan lalu bahawa BN mungkin menang antara 97 dan 107 daripada 222 kerusi Parlimen manakala  PR dengan majoriti antara lapan dan 28 kerusi," katanya..
Tinjauan terakhir Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang dilakukan antara 26 Disember dan 11 Januari mengukuhkan lagi ramalan bahawa keputusan PRU-13 bahawa sokongan kepada BN berkurangan daripada 25% pada Disember 2011 kepada 5% pada Januari 2013.
Responden percaya PR boleh mengambil alih Putrajaya pada PRU-13 apabila sokongannya semakin meningkat daripada 18% pada Disember 2011 kepada 21% pada April 2012, 30% pada September 2012 dan 37% pada Januari 2013.

Sebaliknya, responden yang percaya BN boleh memenangi PRU-13 sudah berubah daripada 43% pada Disember 2011 kepada 49% pada April 2012, 44% pada September 2012 dan 42% pada Januari 2013.
Responden yang tidak pasti atau tidak dapat memutuskan siapa boleh memenangi PRU-13 jatuh daripada 39% pada Disember 2011 kepada 30 peratus pada April 2012, 26% pada September 2012 dan 21% pada Januari 2013.

Dalam senario Umcedel, apa yang diperlukan PR untuk mengalahkan BN dalam perlumbaan ke Putrajaya pada PRU-13 adalah dengan memikat lebih daripada lima peratus responden yang tidak pasti dan tidak dapat memutuskan iaitu terdiri daripada 21% responden pada Januari 2013.

Tinjauan antara 23 Januari dan 6 Februari, sebelum Tahun Baru Cina dan bencana "Psy" dan juga perkembangan memalukan Perdana Menteri (Suruhanjaya Siasatan Diraja di Sabah, kritikan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam, peniaga permaidani Deepak Jaikishan dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang berterusan), menyebabkan populariti Najib jatuh dua peratus.


Menurut Merdeka Centre, penurunan ini disebabkan kejatuhan empat mata rasa puas hati terhadap Najib di kalangan pengundi Melayu, turun daripada 77 peratus sebulan lalu dan rasa puas hati orang Cina berada pada status quo 34 peratus sementara sokongan India jatuh satu mata kepada 75 peratus.


"Pada 8 Mac 2013 akan memberi ujian terakhir sama ada Najib begitu tidak yakin sehingga terpaksa mengharungi penghinaan menjadi satu-satunya Perdana Menteri di Malaysia yang mengheret penggal Parlimen melepasi lima tahun penggal kebiasaan dan bergantung kepada peruntukan yang memberinya "ruang bernafas" 50 hari lagi kerana mengikut perlembagaan, penggal lima tahun Parlimen mula dikira daripada mesyuarat pertamanya (iaitu 28 April 2008) dan bukannya tarikh pilihan raya sebelumnya pada 8 Mac 2008," katanya.-Roketkini.com



Print Friendly

SABAH: USAHA TERDESAK BN?? NAJIB REMEH KESELAMATAN NEGARA -ANWAR

Posted: 01 Mar 2013 04:13 AM PST



2 terkorban di Lahad Datu bukti Najib remeh keselamatan negara

Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.
LahadKerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.
Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini?
Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku.
Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum KEADILAN)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46269

YA BETUL MAHATHIR..ISA TIADA BOLEH TIBAI DUIT NEGARA ANAK BERANAK

Posted: 01 Mar 2013 03:36 AM PST

  • Dr M: Orang bebas bercakap bohong dengan ketiadaan ISA
  • NONEMantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyebabkan orang ramai "bebas berbohong dan membuat perkara yang bukan-bukan". 

Orang bebas untuk menyapu duit negara anak beranak,melakukan apa sahaja sehinggakan memberikan projek ic kepada pendatang. Jika komunis itu bermakna belot kepada negara dan sudah semestinya dihukum mati dengan ditembak.

Namun walau pun ISA dihapuskan, semuanya dilaksanakan dengan  akta baru pula. Dengan akta ini kita berharap , pesalah yang menyamun duit negara, yang mengayakan anak beranak dengan tender yang tidak iklas, menggunakan syed mokhtar sebagai proksi perniagaan politik, dan juga memberikan kewarganegaraan akan di hadapkan ke mahkamah, dan kita dengar ramai-ramai akan kesalahan yang di lakukan.

Orang suka bohong dan buat yang bukan-bukan ni tak lain tak bukan Mahathir Mohammad.Sebab tu la dia kaya raya.......kita ambik semula duit rakyat.

Tiada ulasan: