Telok Bakong Online |
Penganas Ditembak Tiga Kali Tidak Lut..Hasil Pemakaian Tangkal? Lahat Datu Semakin Misteri… Posted: 25 Mar 2013 05:14 PM PDT Pagi ini saya sempat berbual dengan ibu bapa salah seorang anggota PGA yang ditugaskan di Lahat Datu ketika ini.Ibu anggota tersebut sempat mengenang nasib para anggota keselamatan apabila saya dan kawan kawan membicarakan tentang hal ehwal politik negara. Cerita punya cerita,terkeluarlah cerita tentang anaknya yang terserempak dengan penganas dalam jarak 50 meter didalam sebuah kebun kelapa sawit.Sebenarnya operasi anak nya ini adalah sekumpulan 13 orang anggota tetapi mereka bergerak berjarak antara satu sama lain. Didalam keadaan tegang dan terperanjat,anak nya telah melepaskan satu tembakan kearah penganas tersebut.Tetapi amat memeranjatkan,musuh tidak tumbang lantas anaknya melepaskan tembakan kedua.Tubuh masih juga berdiri utuh.Dengan tawakal anggota ini melepaskan tembakkan ketiga.Masih juga tiada kesan kecederaan pada musuh,apatah lagi nak rebah. Anggota keselamatan tersebut cuma mampu mengucap kalimah syahadah dan membayangkan bahawa musuh akan bertindak balas menembaknya.Disaat getir dan kilam kabut tersebut tiba tiba musuh tersebut melarikan diri tanpa melepaskan tembakan.Anggota tersebut amat bersyukur kerana terselamat dalam peristiwa itu.Tidak berapa lama kemudian rakan rakannya yang lain sampai ketempat kejadian apabila mereka mendengar tiga tembakan berturut turut kedengaran. Msinc-Berdasar cerita diatas,apa pendapat pembaca tentang kejadian tersebut.Sila beri pendapat anda,semoga dapat pencerahan.Adakah ini membabitkan sihir atau sesuatu yang lain? |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan