Khamis, 21 Mac 2013

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Tazkirah Maghrib Dato Seri Anwar Ibrahim di Kg Batu 16 Lambor Kanan

Posted: 21 Mar 2013 01:02 AM PDT

                 Solat Maghrib dan Tazkirah Dato Seri Anwar Di Bilik Gerakan Kg Tua Kg Batu 16 Lambor Kanan telah berjaya dilangsungkan dengan jaya nya bermula dari 7.00pm hingga 8.15pm pada 10 hb Mac 2013.Sebelumnya DSAI telah menghadiri majlis perjumpaan rakyat anjuran Parti Keadilan Parit dan Parti Pas Parit (Padang Tenggala) Kedatangan DSAI ke Batu 16 telah disertai dengan konvoi bekereta dan Bas Jelajah Merdeka Rakyat.


              Majlis Tazkirah di Bilik Gerakan Kampung Tua itu telah dipengerusikan oleh Ustaz Zulkifly Ibrahim.Tetamu yang turut hadir ialah Mustapa Kamil Ayob,Mohd Noor Manuty dan Ustaz Ismi (YDP PAS Parit).


             Antara lain dalam tazkirahnya DSAI menekankan bahawa matlamat kehidupan manusia diatas muka bumi ialah mencari keredhaan Allah.semua manusia diwajibkan untuk akur dengan perintah dan aturan yang telah di tetapkan oleh Maha Pencipta.Manusia juga bertangungjawab untuk menjadi pemimpin dan memilih pemimpin peminpin mereka.Pemimpin mestilah dipilih dari kalangan mereka mereka yang amanah dan jujur.Berlainan dengan keadaan politik Malaysia dewasa ini,ramai pemimpin yang dilantik dikalangan mereka yang pecah amanah serta tidak jujur dalam menjalankan amanah rakyat.Apa yang dipedulikan oleh pemimpin ini ialah untuk mengkayakan diri sendiri dan kroni,merampas hak yang sepatutnya diagih agihkan dikalangan rakyat.

Satu Projek Gajah Putih

Posted: 20 Mar 2013 05:14 PM PDT

Ini adalah sebuah tempat menunggu bas.Biasanya satu malaysia,tempat tunggu bas musti ada bumbung.Tapi yang ni special punye...ade tiang aje..tak de bumbung.Lokasi bas stop ni berhampiran simpang masuk ke MRSM Parit.
Cube Kome tengok..tak de orang pun yang nunggu bas kat sini..apasal?...angat pijor libang libu wehh..udah tak de berbumbung...udah 6 bulan lebih tersadai jer macam tu..ijak ke deme nak ngojerkan bagi siap?udah madang duit ke kerajaan kite nih??..atau deme dah tak peduli..asyik ngirekan PRU 13 ajer...ce..citerr..ce..citerrr
Ate ape peduli dek deme nasib rakyat...deme bukannye naik bas..deme naik kete besor siap ade e..kon..Rakyat..lantak deme ler..Lagi satu..ini cuma satu bas stand aje..mengapa tidak dibina secara sederhana sahaja.Nengokkan pada tiangnya macam nak bina istana.Berhati hatilah guna wang rakyat..jimat cermat ler...kalau duit komer..gasak ler..tak de sape nak marah...

Msinc-Terkenang naik bas Sri Perak dizaman kecik kecik dulu..masa dulu kenderaan awam amat dititikberatkan..sejam sekali musti ada..sekarang ni..kalau nak tunggu bas ,udah berjanggut..baru ade.

Tiada ulasan: