Rabu, 13 Mac 2013

SOKONG PAKATAN RAKYAT

SOKONG PAKATAN RAKYAT


TENTANG MONOPOLI

Posted: 13 Mar 2013 04:11 AM PDT

Antara isu dalam ekonomi  negara ialah agihan pendapatan rakyat.  Agihan pendapatan rakyat pula sering dikaitkan dengan jurang pendapatan  dalam kaum,  jurang pendapatan  antara kaum, jurang pendapatan antara wilayah (negeri)  dan jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar. Apabila menyebut agihan pendapatan, maka isu monopoli akan diperkatakan.

Subsidi seperti   BRIM  adalah satu mekanisma segera membantu mengurangkan jurang pendapatan  rakyat, Tetapi  ianya bukan strategi  yang baik dan berkesan untuk jangka panjang.  Mesti ada perubahan struktur  ekonomi serta  peningkatan ilmu dan kemahiran rakyat  untuk membolehkan rakyat berpartisipasi dan merebut peluang ekonomi negara secara adil dan sama rata.  Tugas utama negera ialah mewujudkan prasarana peluang yang adil dan menyeluruh kepada rakyat untuk membolehkan mereka meningkatkan pendapatan mereka.

Sebagai contoh,  pemberian permit teksi secara monopoli dan terpileh kepada syarikat kroni telah menafikan hak pemandu teksi perseorangan  mendapat permit teksi. Tak fasal fasal sang pemandu teksi terpaksa menanggung kos tambahan menyewa permit teksi dan sewa teksi   dari syarikat pemilik permit teksi.  Ini sudah tentu bukan sahaja membebankan pemandu teksi peseorangan,  malah mengurangkan pendapatan mereka.  Saya pun hairan bagaimana kerajaan BN tidak boleh melaksanakan idea yang paling mudah untuk membantu rakyat yang memandu teksi dengan memberi mereka permit teksi secara langsung tanpa orang tengah.  Nampak sangat kerajaan mengutamakan geng mereka sahaja.  Monopoli adalah musoh ekonomi tetapi  itulah yang diamalkan oleh BN.

Oh Allah, kau bagilah pemerintah yang sayangkan rakyatnya....

Tiada ulasan: