Roslan SMS Corner |
Syarat baru buat bekas-bekas PM (26/3/13) Posted: 26 Mar 2013 01:00 AM PDT Dalam sibuk-sibuk orang ramai menunggu tarikh pembubaran Parlimen dan penetapan hari mengundi, saya berkesempatan duduk minum teh dengan seorang pemuda semalam. Beliau bakal mengundi buat pertama kali PRU ini. Secara peribadi pemuda ini dilihat lebih cenderung kepada BN namun berminat untuk tahu lebih mendalam berkenaan PR dan perjuangannya. Malah semasa berbual beliau mengakui dirinya sebagai "atas pagar" dalam erti kata lain masih menunggu dan melihat sebelum membuat keputusan mukatamad. Mungkin ramai yang seperti pemuda ini di luar sana, pemuda atau pemudi yang bakal mengundi buat kali pertama namun masih "atas pagar". Oleh itu kekuatan jentera pilihanraya sewajarnya dihalakan kepada mereka yang seumpama ini. Yang telah berkali undi, lazimnya telah pun membuat keputusan cuma sekadar menunggu hari mengundi. Kelompok seumpama pemuda ini saya percaya boleh sahaja "swing" samada kea rah BN mahupun PR. Jika cekap mendekatai dan menangani mereka ini, pasti undi mereka bersama kita. Tetapi yang lebih menarik bagi saya dalam kes pemuda ini adalah apabila kami berbual berkenaan bekas-bekas PM kita. Yang masih hidup hari ini cuma Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah. Tetapi Mahathir kebelakangan ini kelihatan masih aktif melontarkan pandangannya atau lebih mudah lagi masih aktif berpolitik, berkemungkinan besar kerana mahu melobi anaknya sebagai bakal MB Kedah jika BN menang di sana. Dollah walaupun seorang ahli parlimen tapi kelihatan lebih "low profile", dan sememangnya beliau begitu pun semasa PM dahulu. Kata Pemuda yang saya maksudkan, bekas-bekas PM kita sepatutnya tidak lagi berpolitik. Dan saya setuju bahawa untuk diiktiraf sebagai negarawan, bekas-bekas PM Malaysia, semua mereka sepatutnya memberi tumpuan kepada kerja-kerja amal dan lain aktiviti non politik sahaja. Dengan cara ini mereka akan dihormati dan disanjungi rakyat semua peringkat. Sepatutnya ada peraturan begitu. Dalam tempoh mahu berpilihanraya ini sepatutnya ada tekanan bahawa di masa hadapan bekas-bekas PM Malaysia khasnya, sepatutnya tidak lagi berpolitik, makan pencen dari rakyat Malaysia sebagai bekas PM buat semua. Ketika itu barulah pandangan mereka diberi tempat, teguran mereka didengari dan kehadiran mereka diraikan. Bekas-bekas PM adalah berstatus diplomat, memberi nafas kepada erti keamanan dan kemerdekaan. Mereka boleh hadir dalam apa sahaja majlis non politik samada anjuran parti pemerintah yang pro kerajaan Perseketuan atau sebaliknya. Malaysia sudah lama Merdeka dan kita mahu dilihat standing dengan Negara maju lain. Kerana itu kita perlu buktikan kita juga matang dalam berfikir. Mungkin selepas ini kita syaratkan bekas-bekas PM mungkin termasuk bekas-bekas MB dan Ketua Menteri, perlulah "above politics" lebih kurang macam Raja-raja Melayu. Kiranya mereka terus mahu aktif berpolitik maka status "bekas" itu digugurkan dan begitu juga pencen mereka. Biarlah rakyat Malaysia punya bekas-bekas pemimpin Negara yang terus menyanyikan lagu-lagu keamanan, perpaduan dan berakhlak mulia serta sentiasa bertaqwa. Barulah boleh dihormati, menjadikan bagaikan padi makin berisi makin tunduk. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan